Ahad, Mac 30, 2008

Pernahkah kita?

Pernah tak kita sakit, kemudian bile kita makan ubat, kita kata dalam hati "Allah yg sembuhkan aku..bukan ubat nih". Bukan disebabkan ubt yg bagus atau mahal atau banyaknye ubat yg kita makan Pernah tak?

Pernah tak kita faham sesuatu subjek tu, kemudian kita kata "Allah yang bagi aku kefahaman & kepandaian ini". Bukan disebabkan kita pandai kerana otak kita berfungsi dengan baik. Pernah tak? Pernah tak?

Pernah tak kita skor dalam exam dan berkata "Allah yg bagi aku skor tinggi dalam exam". Bukan sebab kita stay up habis2an, bukan semata-mata sbb kita study pulun2 sampai berbuku2, banyak buat latihan. Pernah tak?

Pernah tak kita lalu di tempat yg cantik sprt taman2 bunga, bukit bukau yg indah, laut yang mendamaikan, lalu kita mengatakan "Sungguh indah ciptaan Allah" dan bukan "wow..cantiknye!". "cutenyee~". Pernah tak?

Pernah tak kita terjatuh/cedera lalu kita kata "Allah mengkehendaki aku jatuh ni mungkin ade sebabnya. Nak bagi aku sedar sesuatu atau nk kafarah dosa ke..atau nak kita ingat kat Dia kot?". Bukan "c***ka/****/**** pnye dinding/meja/longkang/tiang !!". Pernah tak? (yg bintang2 tu sensored la kan? hehe)

Pernah tak kita terfikir bahawa urusan kerje kita (rezeki) tu di tangan Allah SWT dan bukan sebanyak mana kita kumpul sijil kita utk promote diri yg kita bagus dalam pengurusan. Pernah tak?

Pernah tak kita terfikir bahawa urusan pasangan kita..atau pendek kata 'jodoh' itu di tangan Allah SWT. Maka kita akan berkata "takpelah..biar Allah carikan utk aku siapa yg terbaik sbb dalam surah An-Nur, Allah dh janjikan laki yg baik utk perempuan yg baik". Pernah tak?

Pernah tak kita sedar hakikat tujuan hidup kita di muka bumi ni hanya ade 2 je yg utama?
1. Jadi hamba Allah yg taat (51:56)
2. Jadi khalifah kat muke bumi (2:30)
Pernah tak?

Tapi kadang2 perbuatan kita tak mencerminkan tujuan Allah ciptakan kita tuh. Maka akhirnye kita rasa hidup kita kosong, hidup tak bermakna, hidup tak senang, selalu resah, selalu mengejar dunia, selalu mengejar sesuautu yg tak pasti, mengambil sikap tak peduli dan berjela2 lagi kot..tak dapat disebut.

Usaha adalah 1 perkara yg sangat penting. Berusaha makan ubat, berusaha study, berusaha skor exam, berusaha mencari rezeki yg baik, berusaha cari pasangan yg baik.

Tetapi ape yg lagi penting adalah berusaha memahami siapa kita dan ape kedudukan kita disisi Allah sbb bile faham yg ni, maka kesihatan, study, exam, rezeki dan pasangan kita smuanya akan mudah kita terima dan berusaha. Coz we will know Allah is there for us.

Let's reflect ourselves jom~

Jumaat, Mac 28, 2008

Sediakan alternatif & cari punca akar

Istilah2 K&TL, BM, dan nama2 yg disebut adalah tidak berniat utk menyakiti, menyentuh mana2 hati mana2 pihak. Ia adalah sebagai memudahkan struktur penyampaian dan utk mengelakkan menggunakan nama yg sebenar. Penyokong itu bermakna PENYOKONG. Maksudnya sesiapa sahaja dalam kategori menyokong..so dear readers, please read with your mind..not your emotion.

Bismillah.


Baru2 ni kampusku berlaku isu yang agak hangat. Pertembungan antara 2 pemikiran, 2 pegangan dan 2 prinsip. Sebelah yg penyokong kopiah & tudung labuh (K&TL), sebelah lagi penyokong2 band music (BM). Ia sampai tahap menjadi perang banner dan kemuncaknya (sepanjang pengetahuan aku) adalah selepas solat jumaat di mana ada perhimpunan beserta kain rentang yg menulis "NO to Hedonisme", tandatangan banner utk menunjukkan sokongan utk menentang hedonisme kerana pada malam ni akan diadakan pertandingan peringkat akhir band-band yang berjuang utk menyanyi dan membunyikan alat muzik2 mereka.

Kehangatan ini bermula selepas banner sekelompok penyokong K&TL ini diconteng dengan tanda X (sila klik SINI utk tengok gambar) lalu membangkitkan perasaan bercampur baur oleh pihak penganjur program sekelompok penyokong K&TL yang terkena pangkahan tersebut. Mana taknye, dah habis pilihanraya pun nak pangkah2 lagi..dan impressionnya memang sangat mendalam. Pihak yg memangkah ini atau mungkin individu yg memangkah ini betul2 menimbulkan kontroversi. Perbuatan tanpa berfikir ini semenangnya dikutuk ramai pihak baik di yg menyokong K&TL, pihak atas pagar, mahupun pihak yg menyokong BM.

Jika aku berada di pihak penganjur, sape la tak marah orang pangkah banner kita yg dibeli menggunakan duit tuh..sedap2 je pangkah. Kenapa tak tick je?? (ok..tak perlu gelak. Kembali serious)

Maka hari seterusnya, keluarlah pula banner yg menyebut "KAMI MAHASISWA menolak hiburan melampau" yang akhirnya pada petang hari dicabut oleh pelajar di pihak yg menyokong band music sendiri yang mana ada pihak mengatakan bahawa banner tersebut menunjukkan imej yg buruk bagi event penyokong BM.

Kemudian hari ini pula keluar lagi banner yang menyebut tentang penolakan hedonisme sekali lagi (banyak gak kain korang nih?? jahit n bagi hadiah utk yg tak tutup aurat tu mcm ok je kan?). Oh..aku tak sempat nak tangkap gamba banner2 ni, nanti kata orang excited plak ngan isu nih.

Ape2 pun, utk peperangan banner nih, pada pendapat peribadi aku, dlm keadaan dan suasana kampus yg sedia ada, dan melihat reaksi2 kedua belah pihak, aku merasakan tiada penghujungnya bende ni malah membawa lebih mudharat. Sepatutnya kalau kita dalam keadaan dua2nya adalah mudharat, sebaiknye kita amik yg kurang mudharat..tapi nampaknya tak macam bekurangan pun mudharatnye??

Adalah kurang bijak pada pendapat saya utk mengeluarkan kain rentang, menerbitkan blog yang khusus utk anti-event tersebut walhal event tersebut akan berjalan juga atas kelulusan pihak atasan universiti. Tambahan plak event2 cmni memang pelajar amat gemar tanpa memikirkan suasananya adakah haram atau halal.

Makanye jika kita berada di pihak yang ingin melihat event penyokong BM tersebut tidak mendapat sambutan, maka pendapat peribadi saya yg lemah dan tidak berilmu ini adalah dengan menukar strategi anda..atau..strategi kita? Dengan keluarnya kain2 rentang tersebut menyebabkan resistance dari penyokong BM bertambah dari nano ohm..kepada Tera ohm (rujuk calculator saintifik anda dan buku fizik sekolah anda bab elektrik). Ia tidaklah sama seperti isu perhimpunan BERSIH, perhimpunan mansuhkan ISA, perhimpunan mansuhkan AUKU, perhimpunan menentang kezaliman Israel kerana kalau difikirkan, masih banyak kelemahan dari pihak yg menyokong K&TL. Ye mungkin penyokong2 K&TL akan kata "dah tu sampai bile nak perfect?? sampai bila nak diamkan diri je??". Tidak membuat perhimpunan tak bermakna kita belum perfect atau mendiamkan diri.

Kalau setakat isu dalam kampus nak buat perhimpunan, adalah lebih baik kita cuba menganjurkan perhimpunan2 aman yg lain dahulu sblm memulakan perhimpunan2 yg berpotensi utk menyakiti hati pihak2 dalam kampus. Ini kerana perhimpunan2 ini sebenarnya adalah 1 yg luar biasa bagi mahasiswa di Malaysia. Ok. Aku tanak masuk isu perhimpunan plak kat sini.

Alternatif?

Terus pada point utama kenapa menaip entry ini...adalah..sejauh mana penyokong K&TL memberikan alternatif, dan sejauh mana alternatif kita tersebut berkesan?

Kita ambil contoh yg mudah yang aku sendiri maklum situasi ini:

Hiburan.
Ya..penyokong K&TL selalu melaungkan kami anti hedonisma, kami menentang hiburan yg melampau, kami taknak konsert2 melalaikan, kami taknak event2 lagha. Kemudian orang AT (atas pagar) akan bertanya, kamu buat apa sebagai alternatif. Maka penyokon K&TL ini akan kata "kami sediakan Malam Islam Seni". Boleh nasyid2. Oh. Alhamdulillah. Ade ruang utk bakat2 terpendam ingin menunjukkan bakat2 mereka. Bernasyid, bermain perkusi dan paling hebat main keyboard. Tetapi dimanakah alternatifnya utk pemain gitar? dimanakah alternatifnya utk pemain drum? dimanakah alternatifnya utk pemain music2 lain??? Adakah mereka layak menembusi M*I.S ini? Rasa2nya adakah mereka mendapat ruang dalam suasana yg alat2 tersebut disekat (tak caye gi tanye penganjur) daripada masuk dalam event tersebut. Ya..mungkin akan ada yg kata "alat2 ni nampak macam tak berapa nak kena la dengan islamic". Atau ada yg kata "terpaksa la hormat suasana..nak jaga itu ini". Adoilah..apekah belum kita baca Fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi mengenai musik? Ye isu ini memang khilaf, disebabkan khilaf itulah kita diberikan ruang utk menggunakannya. Kalau tak penah nak bukak fatwa Syeikh YQ, gi link ni: http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/
Nanyian1.html. Ade 2 page. Baca elok2.

Jika Penyokong Tarian boleh sahaja melakukan tarian di depan2 masyarakat umum, melakukan nyanyian di khalayak ramai, apekah alternatif yg penyokong K&TL sediakan pada khalayak ramai yg lain? Bila pula penyokong K&TL nak cuba utk melakukan lakonan islamic, hiburan islamic, tayangan islamic di hadapan2 khalayak umum sebegitu? Kalau penyokong T pandai mengambil peluang, mengapa tidak penyokong K&TL?

Mungkin ade isu2 lain yg tidak terdapat alternatifnya atau mungkin sudah ada namun tidak cukup kuat utk menarik penyokong2 BM.

Punca?

Jika kita selami secara betul2, apakah punca sebenarnya event yang tidak disukai oleh penyokong K&TL itu? Kita tak perlu tengok pada non-muslim dahulu pada waktu ini. Kita tengok kawan2 kita yg Muslim je. Mengapa mereka masih ingin menyertai event2 seperti itu, adakah penyokong K&TL akan mengatakan "oh..because the non-muslim student are so good in promoting the event". Tapi sebenarnya ade saje orang2 Muslim bersama menganjurkan event tersebut. Jadi penyokong K&TL perlu tanye kembali, mengapa mereka masih ingin menganjurkan? masih ingin menyertai? masih ingin menyokong? Adakah mereka bersalah? Ya mungkin. Tapi mereka tidak merasakan begitu. Malah mereka bersemangat dalam menganjurkan, menyokong dan menyertai.

Kemudian penyokong K&TL harus semak balik, apakah punca penyokong K&TL tidak dapat meyakinkan kawan2 Muslim penyokong K&TL ini utk menyokong event2 Islamic, event2 yg membawa hati ke Islam? Adakah promosi penyokong K&TL tidak cukup? Mungkin sudah. Adakah event penyokong K&TL tidak cukup best? Mungkin sudah cukup best.

Tapi mungkinkah sikap penyokong K&TL tidak ckup best utk membuatkan orang lain rasa best dengan kita sehinggakan mencemar nama baik persatuan kita? Ya memang orang yg memperjuangkan Islam ni akan melalui ranjau dan onak duri. Tapi bukan dari masyarakat yg 'kurang kefahamannya', tetapi dari orang yg menentang Islam. Itu baru jihad dan cabaran yg sebenar. Serasa aku la, penyokong2 BM ni tak menentang or benci Islam. Penyokong2 BM cuma belum terdetik/tersentuh/tersedar dari kelalaian dan keseronokkan hawa nafsu dunia sahaja. Kalau penyokong2 BM betul2 menentang dan benci Islam, bukan takat pangkah kuar, penyokong2 BM mungkin sudah membakar banner tersebut dan menggantung banner yg anti Islam. Di saat itu baru lah kita berdemo atau berhimpun menentang kezaliman. Itulah baru cabaran yg sebenar utk dilalui. Cabaran yg sampai tahap Hassan Al-Banna syahid, cabaran yg sampai tahap Syed Qutb dipenjara. Itulah cabaran2nnya.

Tapi kalau setakat orang bagi X kat penyokong K&TL, adakah X itu sampai mencederakan diri penyokong K&TL hingga ada salah seorang penyokong K&TL terbunuh mati? Ini ibaratnya seperti kisah Rasulullah yang dilemparkan dengan najis dan diletakkan duri dijalanan..tapi agaknye ape balasan Rasulullah pada orang2 itu? Adakah baginda mengajak sahabat2 yg lain utk mengadakan pemulauan terhadap orang yg membuang najis itu?

Kenapa penyokong K&TL mudah melatah? Segera menentang kemungkaran tanpa strategi. Utk mencegah atau kalau dah terlambat cegah, nak menentang kemungkaran, perlukan strategi yang baik agar bukan sahaja pihak yg membuat mungkar itu tidak terasa sakit hati dan meneruskan kemungkaran, akan tetapi menentang kemungkaran itu biarlah sampai tahap manusia dengan rela hati tanpa paksa mahu kembali kepada kemungkaran. Apakah semasa pengharaman arak (yang dikatakan ibu segala kejahatan itu) dibuat secara paksaan? Kalau tak tahu. Sila buka tafsir bagaimana sejarah pengharaman arak dan bagaimana pada 1 tahap, sahabat2 Rasulullah dengan rela hati melemparkan tempayan2 arak itu? Ape rahsia Rasulullah yg menyebabkan para sahabat yg meminum arak itu terus tinggalkan arak 100%??

Nanti ada suara yg mengatakan "eh..kami dah buat kerja la. Kami dah buat usrah..kami buat ceramah..kami aktiviti2 Islam..tapi diaorg still tanak join gak..still tanak support gak". Maka semaklah dimana silapnye taknak support itu? Adakah sebenarnya bentuk program itu memberikan impak yg seronok pada orang2 yg tidak memakai kopiah dan tudung labuh? Sedarkah hakikatnya kadangkala program yg dianjurkan, hanya orang yang baik saja akan hadir. Contoh mudah: tayangan di masjid. Siapa yg akan hadir? Orang2 masjid je kot??

Adakah program2 yang dianjurkan cukup seronok utk dihadiri oleh orang yg tidak rasa ingin ke masjid atau tidak ingin ke surau? Orang2 begini yang harus kita tangani dahulu.

Perbaiki diri dulu jom..

Tapi langkah yg utama sebelum menanangani manusia lain..selesaikan diri sendiri dahulu. Jadikan diri kita sebagai contoh yang baik. Berapa banyak antara kita penyokong K&TL yang melemparkan senyuman dan memberi salam di saat mereka bertembunng dengan rakyat kampus yg tidak dikenalinya? Adakah senyuman dan salam penyokong K&TL hanya utk insan2 yg kita kenal sahaja? Sudah tentu tidak jika penyokong K&TL renungkan hadith Rasulullah tentang salam.

Kepada kaum lelaki: sejauh mana kaum lelaki menggantikan baju melayu/jubah, seluar slack dan kopiah kita dengan baju t-shirt, baju jeans dan free hair (utk lelaki sahaja. Perempuan diharamkan free hair) yg masih menutup aurat? Adakah kaum lelaki hanya nampak baik dengan berkopiah dan berbaju melayu/jubah sentiasa? Kalaulah di Makkah zaman Rasulullah itu, trend pakaiannya bukan berjubah, maka mungkin kita akan saksikan sunnah Rasulullah itu bukan berjubah? Namun ini smua dalam aturan Allah. Namun pemakaian itu semua masih berkategori sunnah. Bukan wajib. Maka apa salahnya kaum lelaki sekali sekala menggantikan pemakaian itu kepada bentuk yg mungkin tidak nampak sunnahnye tapi masih dalam batas Islam dan tidak haram. Allah melihat niat kita, bukan fizikal kita. Kalau niat utk sunnah, alhamdulillah. Kalau niat utk bersama manusia lain mengajak kepada Islam dengan cara pakaian kita yg sederhana itu, adakah Allah tidak memandang usaha itu??

Kepada kaum perempuan: sejauh mana kaum perempuan menerima kawan2 kaum perempuan yg tidak bertudung labuh, kawan2 yg free hair, kawan2 yg tidak berjubah? Adakah kaum perempuan bermanis muka ketika bertembung dengan mereka? Adakah kaum perempuan melayan mereka seperti seorang kawan selayaknya? Atau adakah timbul dalam hati kaum perempuan "takboleh2..tak ukhuwwah kalau dengan orang yg tak sempurna tutup nih", maka jika keluar ungkapan ini, ketahuilah sampai ke akhirat, kaum perempuan berkemungkinan tidak berukhuwwah dengan mereka.

Mari kembali semak diri. Sejauh mana kita menerima teguran orang lain apabila kita menegur orang lain dengan penuh hebat. Ini ditujukan utk diri aku sendiri gak. Memang benar kita tak boleh diamkan diri. Kita perlu menyatakan haq. Kita perlu menyatakan yg benar. Kita tidak perlu tunggu diri perfect utk menentang kemungkaran. Memang semuanya benar. Tetapi dalam masa yg sama, terimalah teguran, luaskan pemikiran, bersikap terbuka, bijak membuat keputusan, jangan cepat melatah, berstrategi dalam menanangani isu dengan syarat ianya semua masih dalam ruang lingkup syar'ie.

Kepada rakan2 penyokong BM, terutamanya yg Muslim, kalian perlu sedar bahawa kalian juga seorang Muslim, ada tanggungjawab pada Allah. Kerana tidak bermakna semasa kalian melangkah masuk Dewan C*anseler, itu bermakna kalian bukan seorang Muslim. Jangan lupa di saat kalian melompat, menjerit dan bersorak itu, kalian masih seorang Muslim (isyh..jangan kata takde lompat, jerit dan sorak nih..tipu la kan kata duduk snyap je dalam dewan tu?)

Kesimpulan

Akhir sekali, marilah kita bersikap hormat menghormati antara 1 sama lain. Saling prihatin, saling mengambil berat. Saling faham memahami. Suasana kita belum sampai tahap Israel menentang Islam atau sekularisma menentang Islam seperti di negara2 yg mengharamkan tudung, mengharamkan pelajaran Islam dan mengharamkan azan berkumandang. Maka berusahalah utk menjernihkan keadaan kembali. Berusaha utk mncari keamanan kerana atas nama kemananan ini, semua manusia mampu bersatu yang mana hakikatnya kemananan juga adalah perjuangan dalam Islam.

Ini semua hanya pandangan aku sebagai insan yg lemah. Dipersilakan tegur andai aku salah.

Wallahu'alam.

p/s; sesapa terasa sakit hati tu, ubatilah segera kerana kadangkala kita perlu ditegur disamping kita menegur. Dan semua teguran di atas adalah reflection to myself khususnya atas ape usaha yg aku buat. Ya Allah, aku mohon padaMu tunjukanlah kami jalan yg Engkau redhai.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP