Memaparkan catatan dengan label perangai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perangai. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 21, 2011

Tolong tampar aku sekali!



Tersebutlah sebuah kisah kepada kami:


Seorang da'ie daripada sebuah negara Timur Tengah telah sampai ke sebuah negara di sebelah Eropah. Sesampainya da'ie ini, beliau telah mencari komuniti islam & telah menyertai aktiviti mereka dengan penuh komited.

Pada suatu hari, beliau bertanya ahli2 lain dalam komuniti tersebut "Adakah terdapat sesiapa di negara ini yang berasal sama dengan negaraku tetapi belum mengikuti kita. Saya ingin berjumpa dengannya agar saya boleh mengajaknya bersama dengan kita"

Maka mereka pun membalas "Ya..ada seorang. Dia seorang yang selalu menjadikan rumahnya tempat ber-party & mengajak ramai wanita masuk ke rumahnya"

Si da'ie ini pun berkata "Baiklah. Tunjukkan saya di mana rumahnya. Saya ingin berjumpa dengannya".

Pada hari yang ditetapkan, pergilah si da'ie ini bersama seorang lagi rakannya ke rumah lelaki yang ingin mereka jumpa itu.

Mereka berdua pun mengetuk pintu & memberi salam. Kedengaran musik & gelak ketawa yang kuat di sebalik pintu tersebut.



Maka tuan rumah pun membuka pintunya dan bertanya "Ya..kenapa?????"

Si da'ie pun menerangkan tujuannya hadir: "Assalamualaikum ^__^ Saudara apa khabar? Saya berasal dari negara sama dengan saudara. Boleh ke saya masuk bersembang2?"

Si lelaki tuan rumah itu kepelikan & bertanya dalam hairan "Sembang2? Untuk tujuan apa? Aku sibuk sekarang..."

Si da'ie pun menerangkan lebih lanjut "Sembang2 santai, tentang perkara-perkara kebaikan & kebahagiaan dunia & akhirat"

Si lelaki itu kelihatan agak bengang dan 'panas', "Takpelah. Aku sibuk skarang..takde masa nak sembang2 ni!"

DUSH!! Si lelaki menutup pintu dengan keras sekali.

Si da'ie & rakannya memandang sesama sendiri dan memberikan isyarat dalam hati "camne?". Si da'ie yg memikirkan hanya ini sahaja peluang yang beliau ada, lantas mengetuk sekali lagi pintu rumah lelaki tadi untuk kali ke-2.

TOK..TOK..TOK~

Si lelaki itu membuka pintu rumahnya dan terkejut dua lelaki yang sama masih berdiri terjegat di pintu tanpa beralih. Dengan suara yang keras si lelaki berkata "La..kan aku dah cakap aku taknak dengar apa2 dari korang..dah. Balik2!!".

Si da'ie cuba memujuk dengan lembut "Tetapi kami datang dari jauh ni..bagila peluang kami masuk rumah dulu untuk berjumpa dengan saudara".

Si lelaki yang semakin fedup lantas MENAMPAR si da'ie sambil berkata dengan nada suara yang paling biadap dalam dunia "celaka kau...aku kan suruh kau berambus dari sini. Tak faham2 lagi ke?!!..dah! blah dari sini!!" DUSH!! Sekali lagi bunyi pintu ditutup dengan kasar & kuat.

Lalu si da'ie pun berkata kepada kawannya, "Jom kita balik. Semoga Allah membuka hatinya menerima hidayah."

Berjalanlah mereka berdua menjauhi rumah si lelaki tadi. Tidak sampai 100 meter, si rakan da'ie berkata "Saya nak balik ke rumah tadi.."

Si da'ie mengerut dahi tanda hairan..."Saudara nak buat ape lagi? Kita dah dihalau, saya ditampar pula, jangan2 nanti saudara pula dicederakan!"

Si rakan berkata "Takpe..saya nak balik juga ke rumah tadi. Biar saya pula yang berbicara"

Si da'ie tidak pasti mahu bersetuju atau tidak..selang beberapa ketika, si da'ie berkata "Baiklah.."

Sesampainya mereka di pintu rumah lelaki tadi, mereka kembali mengetuk pintu untuk kali ke-3. TOK..TOK..TOK!

Selang setengah minit, tuan rumah membuka pintu & terkejut 2 orang lelaki ini datang kembali. Dengan suara yang keras, lelaki itu berkata "Hoi! Tak reti2 lagi..aku dah kata aku taknak dengar apa2 dari korang dah!!!! Apesal nih??!"

Si rakan da'ie berkata kepada lelaki tersebut "Takde pape. Jgn risau, saya bukan nk masuk atau nak cakap ape2. Cuma saya nak mintak saudara TAMPAR saya sekali boleh ke? Sebab saya rasa tak sedap hati bila rakan saya kena tampar tapi saya tak kena apa2..."

Si lelaki bertambah terkejut & hairan..tetapi kali ini penuh tanda tanya & ingin tahu. Dalam hatinya berkata "kenapa pelik sangat diaorg ni?"

Maka si lelaki itu memberhentikan musiknya, menghalau semua tetamu & perempuan yang berada di dalam rumahnya balik...lalu mempersilakan 2 lelaki tadi ke dalam rumah.

Bermulalah sesi da'wah fardhiyyah antara mereka.

Diceritakan kepada kami juga, akhirnya si lelaki itu menjadi salah seorang yang komited dalam da'wah hingga membuka pusat islamnya sendiri sebagai sumbangannya untuk da'wah.

Semoga Allah merahmati watak-watak dalam kisah ini dan merahmati mereka yang istiqamah dalam melaksanakan kerja-kerja da'wah.


PENGAJARAN: Sikap & contoh tauladan yang mudah mungkin menjadi asbab perubahan seseorang. Jadi sentiasalah kita menunjukkan contoh qudwah yang baik serta ikhlas melaksanakan kebaikan! =)



p/s: kisah dimodifikasi sedikit daripada penceritaan asal agar flow cerita berjalan dengan lancar..tetapi kandungan utama masih dikekalkan.


Sabtu, Mac 26, 2011

Bagaimanakah sikap kita?

Bismillah.


Semoga kita dijauhkan daripada sikap ini..:

1. Seorang yang kurang amal kebaikannya mengajak kita melaksanakan suatu amal kebaikan, maka kita dengan mudah mengatakan:
"Ceh..nak ajak2 orang/nasihat2 orang pulak..dia pun tak buat! Cermin la diri sket.."

2. Apabila seorang itu telah memperbanyakkan amal kebaikannya dan menasihati kita lagi utk melaksanakan suatu amal kebaikan, maka kita akan menjawab:

"Hah! Nak eksyen la tuh buat baik banyak sangat..buat sorang2 dahla.."

Jadilah kita insan-insan yang berterima kasih kepada Allah kerana menghantar seorang insan untuk memberikan kita peringatan & nasihat. Hendaklah kita selalu meletakkan sikap yang positif dihadapan dan mengelakkan berfikir suatu yang negatif mengenai orang lain.

Semoga kita sentiasa dirahmati Allah!

Isnin, Mei 11, 2009

Jangan bersangka buruk & jangan cepat menghukum

Bismillah,

Macam tak percaya nak type jugak bende nih walaupun esok ade paper exam!

Duh. Kalau tangguh penulisan ni maybe akan jadi malas dah lepas ni.

Semalam pulang dari KL selepas ade Tamrin Tarbiah Nasional (TITIAN) 2009. Sepanjang 2 jam lebih perjalanan, i was with Bashir, one of ikhwah Kedah.

Kami bersembang dan bersembang..sampai tak sedar dah sampai.

Ada beberapa perkara yang disembangkan hasil daripada TITIAN 09. Kami bertukar pendapat tentang kandungan2 program tulah.

Tapi ada 1 topik yang nak dikongsikan bersama. Iaitu bagaimana kita dalam kehidupan seharian kita ni lebih cepat menghukum seseorang dan suka berburuk sangka daripada menyiasat dan menanam sangkaan baik.

Melihat sesuatu perbuatan yang jauh daripada norma kita yang 'baik ini'..terutamanya dalam konteks seorang pendakwah, mesti susah nak bersangka baik. Malah akal fikiran kita kadangkala generate things yang kita tahu sahaja. Setakat pengalaman yg kita ada sahaja. Benda yg kita fikirkan sebenarnya hasil daripada apa yg kita lalui dan kita tahu je. Walhal ada perkara2 yang dibelakang pengetahuan kita dan pengalaman kita yang perlu kita siasat dahulu sblm menghukum.

Kita amik example yg mudah la.

Kawan saya, Bashir membawa contoh, ada mesyuarat persatuan Islam ini dilakukan di sebuah bilik. Mereka perlu menutup pintu bilik itu supaya orang luar tidak mengganggu perjalanan mesyuarat itu dan kandungan-kandungan mesyuarat itu tak seharusnya dibiarkan didengari oleh semua orang.

Tetapi datang pula seorang yang cepat menghukum dan tidak suka bersangka baik ini melihat perbuatan ini maka dia akan terus kata "ape bende ni mesyuarat persatuan Islam tutup2 pintu?! macam ni ke nak bergerak utk Islam?!!". Seorang yg tidak tahu situasi yg sebenar terus menghukum ahli-ahli mesyuarat ini seolah-olah mereka tidak menjaga batas dan tidak pandai membuat keputusan. Seolah2 dia sahaja yg tahu situasi dan keadaan. Dia sahaja yang pandai menilai hingga apabila orang lain membuat keputusan, dia merasakan ia tidak benar.

Sesetengah orang akan kata, ELAKKAN FITNAH. Ya betul, kita memang sangat perlu utk mengelakkan fitnah dan mengawal keadaan supaya fitnah tidak timbul. Tetapi, kalau kita tidak tahu apa keadaan yang sebenar, kita akan menggunakan hujah elakkan fitnah daripada menerima hujjah situasi yang sebenar.

Semasa program tamrin, seorang ustaz berkongsi dengan kami peristiwa yang sangat memalukan dirinya. Ketika majlis konvokesyen nak bermula, beliau terlewat sedikit atas beberapa urusan (kalau orang selalu sangka buruk, akan terus kata "ustaz pun lewat2 ke?"). Kemudian, ketika di bilik memakai jubah konvokesyen pensyarah, datang pula pensyarah perempuan cina yang mengenali ustaz tersebut dan meminta ustaz utk bantunya memakai jubah tersebut disebabkan pakaian konvokesyen itu sememangnya telah direka sedikit susah utk dipakai jika ada pensyarah nak pakai kali pertama.

Dalam situasi semua orang dah takde di situ, adakah ustaz ni akan kata "oh...sorry saya takleh bantu awak..carilah orang lain..selamat tinggal!" ??

Ustaz kongsikan dengan kami, dalam hatinya kata "ya Allah~ situasi genting betul!". Dan dia cerita pada kami bahawa dia berdoa supaya tiada yang melihatnya. Kalau boleh dia nak orang lain yg tolong pensyarat cina ni tetapi memang tiada siapa di situ ketika itu. Bayangkan kalau ada orang yg melihat beliau dan terus menghukum, pasti dia akan kata "ustaz dengan pompuan cina???!!!!!!! apa punya ustaz perangai macamni?" walhal sebenarnya tak tahu pun situasi apa yg berlaku. Alhamdulillah Allah pelihara ustaz pada ketika itu dan tiada yg melihat insiden tersebut. Tetapi dia berasa sangat malu dan berharap situasi itu tak berulang balik pada dirinya.

Saya yakin ada pengajaran sebenarnya ustaz berkongsi pengalaman yg amat memalukan dirinya itu. Dia bukan berkongsi saja-saja. Tetapi beliau nak menanamkan nilai bagaimana kita harus melihat dengan teliti situasi, konteks suasana dan apakah sikap kita dalam menilai sesuatu perkara. Adakah kita akan cepat menghukum atau menyiasat dengan baik? Nak menyiasat ni satu hal lagi. Kalau salah kaedah menyiasat, mesti dah terbawa2 cerita tu pada orang yg tidak patut. Ni kene penulisan lain pulak tentang MENJAGA KEAIBAN ORANG LAIN.

Satu contoh yg lain, kita lihat dalam kereta, di hadapan ada 2 orang aktivis dakwah lelaki, di belakang ada 2 orang aktivis dakwah perempuan. Seorang yg cepat mengukum memang akan terus kata "ni persatuan Islam mana ni??? buat perangai mcam ni??". Adakah dia sudah tahu destinasi mana mereka pergi? Kenapa mereka perlu menaiki kenderaan yg sama? Mengapa mereka tidak boleh berkenderaan sendiri2? Kadangkala, ada pulak jenis manusia yg apabila selepas menghukum, kemudian mempersoal seolah-olah dia tahu segala situasi yang berkemungkinan.

Kita ambil contoh naik kenderaan tadi, seorang yg suka mempersoal akan kata
1. Takleh usaha ke cari kereta lain?
2. Takde cara lain ke nak pegi program??
3. Takkan tak boleh fikir kot diaorg nih?
4. Budak2 perempuan ni takde ke perempuan lain yg reti memandu kalau nak laki tu memandu jugak?

Tengok bagaimana sikap manusia yg suka jump to conclusion ini bila tidak tahu situasi sebenar. Kita jangan menimbulkan fitnah. Benar. Tetapi harus ada sikap jangan suka membuat fitnah juga.

Islam tu cantik sistemnya. Dia menggariskan beberapa perkara. Kita ambil contoh dalam bab Ikhtilat (percampuran berlainan jantina yg ajnabi):

  • Pihak yg melakukan ikhtilat jangan melakukan sesuatu yg menimbulkan fitnah. Menjaga adab pergaulan, menjaga aurat, menjaga batas yang dibenarkan.
  • Sebelah pihak yg lain pula harus ada sikap jangan membuat fitnah, jangan cepat menghukum, jangan selalu bersangka buruk, jangan suka membuka dan menyebarkan keaiban orang lain.
Begitulah Islam mendidik ummatnya.

Kita jangan selalu kata "eh..kamu jangan buat benda ni, nanti menimbulkan fitnah" dalam masa yg sama kita pula suka memfitnah orang, walaupun perkara/situasi itulah pilihan terakhir yang lebih baik dari pilihan lain yg lebih menimbulkan fitnah lebih besar.

Boleh menasihati. Tetapi fahami situasi dan berikan penyelesaian. Bukan terus menghukum dan membuat fitnah.

Allah swt mengingatkan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]


Kadang-kadang sesama aktivis Islam ni suka bersangka buruk sesama sendiri.


Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :


الظن ينبغي بعد اجتهاد تام ووثوق بالغ


Ertinya : "Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam" ( Tafsir Ar-Razi, 28/115 )


Saya ambil contoh yg lain la, dalam sebuah persatuan Islam yg lain, ada sebuah mesyuarat. Mesyuaratnya pula terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan. Sedang mesyuarat berlangsung di sebuah sudut dewan (yg penuh dengan ramai orang), datang pula pemimpin tertinggi persatuan Islam ini dan memberi nasihat "tolong ganjilkan bilangan ahli mesyuarat". Maksudnya, kalau ada 3 lelaki 3 perempuan, jadikan 4 lelaki 3 perempuan, atau 3 lelaki 4 perempuan..atau yg penting jangan dalam nombor yg genap. Saya tak pasti apa yg dalam kepala otak pemimpin tertinggi ini. Adakah dia bersangka bahawa dengan bilangan genap, mereka mesyuarat ini akan ber'dating'?

Saya memuji polisi dan cara yang bagus ini. Tetapi pendapat saya, kurang practical. Bila mesyuarat 6 orang tu ingin diteruskan, mereka terpaksa mencari seorang atau lebih duduk sekali dalam mesyuarat itu walhal kemungkinan orang yg diminta utk bersama itu tidak ada kaitan dengan mesyuarat tersebut. Saya cuba memikirkan, kalau ahli mesyuarat 20 perempuan, 20 lelaki..perlu juga mencari seorang utk menjadikan bilangannya ganjil?!!

Lainlah kalau berdua-duaan. Memang betul perlu menjadikan ganjil disebabkan berdua-duaan itu dipanggil KHALWAT.

Saya rasa saya tak nak hurai panjang2. InsyaAllah apa yang nak dikongsikan sudah dikongsikan. Mungkin pembaca ada pengalaman masing-masing dalam situasi disangka buruk oleh orang lain atau dihukum tanpa siasat oleh orang lain. Saya sudah penat dengan sikap orang-orang begini yang tidak boleh berfikiran jauh. Seperti saya sebutkan tadi, mereka berfikiran pendek berdasarkan pengalaman mereka tanpa memerhati dari sudut pandangan yg lebih besar.

Menarik bila baca website ustaz Zaharuddin ni ada disebutkan bahawa Rasulullah juga pernah disangka buruk. Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari & Muslim:

Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :

"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),


Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."


Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata


"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :


Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".


Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"


Baginda membalas :-


إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ


Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )


Saya juga bersetuju dengan kata ustaz bahawa dalam sesetengah keadaan, kita memerlukan sangkaan buruk ini dalam konteks BERHATI-HATI (Hazar). Seorang perempuan bersangka buruk terhadap lelaki yang cuba menghampirinya atas sebab berhati-hati.

Juga benarlah kata Ustaz bahawa sangka buruk yang tidak dibenarkan biasanya hadir dari seorang yg hasad dengki, cemburu dan berniat menjatuhkan seorang individu atau kelompok. Juga kadangkala timbul disebabkan tiada keyakinan sesama rakan dalam persatuan Islam itu sendiri atau pun merasakan hanya dia sahaja yg paling wara' dan terbaik.

Wallahu'alam,

boleh komen jika tidak setuju. ada beberapa perkara yg susah nak dihuraikan dalam masa yg pendek ini kerana dikhuatiri penulisan ini akan terlebih panjang!

p/s: gagal cari gambar yg sesuai dengan penulisan kali ini..

pembacaan tambahan: http://www.zaharuddin.net/content/view/711/72/

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP