Memaparkan catatan dengan label inspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label inspirasi. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 21, 2011

Tolong tampar aku sekali!



Tersebutlah sebuah kisah kepada kami:


Seorang da'ie daripada sebuah negara Timur Tengah telah sampai ke sebuah negara di sebelah Eropah. Sesampainya da'ie ini, beliau telah mencari komuniti islam & telah menyertai aktiviti mereka dengan penuh komited.

Pada suatu hari, beliau bertanya ahli2 lain dalam komuniti tersebut "Adakah terdapat sesiapa di negara ini yang berasal sama dengan negaraku tetapi belum mengikuti kita. Saya ingin berjumpa dengannya agar saya boleh mengajaknya bersama dengan kita"

Maka mereka pun membalas "Ya..ada seorang. Dia seorang yang selalu menjadikan rumahnya tempat ber-party & mengajak ramai wanita masuk ke rumahnya"

Si da'ie ini pun berkata "Baiklah. Tunjukkan saya di mana rumahnya. Saya ingin berjumpa dengannya".

Pada hari yang ditetapkan, pergilah si da'ie ini bersama seorang lagi rakannya ke rumah lelaki yang ingin mereka jumpa itu.

Mereka berdua pun mengetuk pintu & memberi salam. Kedengaran musik & gelak ketawa yang kuat di sebalik pintu tersebut.



Maka tuan rumah pun membuka pintunya dan bertanya "Ya..kenapa?????"

Si da'ie pun menerangkan tujuannya hadir: "Assalamualaikum ^__^ Saudara apa khabar? Saya berasal dari negara sama dengan saudara. Boleh ke saya masuk bersembang2?"

Si lelaki tuan rumah itu kepelikan & bertanya dalam hairan "Sembang2? Untuk tujuan apa? Aku sibuk sekarang..."

Si da'ie pun menerangkan lebih lanjut "Sembang2 santai, tentang perkara-perkara kebaikan & kebahagiaan dunia & akhirat"

Si lelaki itu kelihatan agak bengang dan 'panas', "Takpelah. Aku sibuk skarang..takde masa nak sembang2 ni!"

DUSH!! Si lelaki menutup pintu dengan keras sekali.

Si da'ie & rakannya memandang sesama sendiri dan memberikan isyarat dalam hati "camne?". Si da'ie yg memikirkan hanya ini sahaja peluang yang beliau ada, lantas mengetuk sekali lagi pintu rumah lelaki tadi untuk kali ke-2.

TOK..TOK..TOK~

Si lelaki itu membuka pintu rumahnya dan terkejut dua lelaki yang sama masih berdiri terjegat di pintu tanpa beralih. Dengan suara yang keras si lelaki berkata "La..kan aku dah cakap aku taknak dengar apa2 dari korang..dah. Balik2!!".

Si da'ie cuba memujuk dengan lembut "Tetapi kami datang dari jauh ni..bagila peluang kami masuk rumah dulu untuk berjumpa dengan saudara".

Si lelaki yang semakin fedup lantas MENAMPAR si da'ie sambil berkata dengan nada suara yang paling biadap dalam dunia "celaka kau...aku kan suruh kau berambus dari sini. Tak faham2 lagi ke?!!..dah! blah dari sini!!" DUSH!! Sekali lagi bunyi pintu ditutup dengan kasar & kuat.

Lalu si da'ie pun berkata kepada kawannya, "Jom kita balik. Semoga Allah membuka hatinya menerima hidayah."

Berjalanlah mereka berdua menjauhi rumah si lelaki tadi. Tidak sampai 100 meter, si rakan da'ie berkata "Saya nak balik ke rumah tadi.."

Si da'ie mengerut dahi tanda hairan..."Saudara nak buat ape lagi? Kita dah dihalau, saya ditampar pula, jangan2 nanti saudara pula dicederakan!"

Si rakan berkata "Takpe..saya nak balik juga ke rumah tadi. Biar saya pula yang berbicara"

Si da'ie tidak pasti mahu bersetuju atau tidak..selang beberapa ketika, si da'ie berkata "Baiklah.."

Sesampainya mereka di pintu rumah lelaki tadi, mereka kembali mengetuk pintu untuk kali ke-3. TOK..TOK..TOK!

Selang setengah minit, tuan rumah membuka pintu & terkejut 2 orang lelaki ini datang kembali. Dengan suara yang keras, lelaki itu berkata "Hoi! Tak reti2 lagi..aku dah kata aku taknak dengar apa2 dari korang dah!!!! Apesal nih??!"

Si rakan da'ie berkata kepada lelaki tersebut "Takde pape. Jgn risau, saya bukan nk masuk atau nak cakap ape2. Cuma saya nak mintak saudara TAMPAR saya sekali boleh ke? Sebab saya rasa tak sedap hati bila rakan saya kena tampar tapi saya tak kena apa2..."

Si lelaki bertambah terkejut & hairan..tetapi kali ini penuh tanda tanya & ingin tahu. Dalam hatinya berkata "kenapa pelik sangat diaorg ni?"

Maka si lelaki itu memberhentikan musiknya, menghalau semua tetamu & perempuan yang berada di dalam rumahnya balik...lalu mempersilakan 2 lelaki tadi ke dalam rumah.

Bermulalah sesi da'wah fardhiyyah antara mereka.

Diceritakan kepada kami juga, akhirnya si lelaki itu menjadi salah seorang yang komited dalam da'wah hingga membuka pusat islamnya sendiri sebagai sumbangannya untuk da'wah.

Semoga Allah merahmati watak-watak dalam kisah ini dan merahmati mereka yang istiqamah dalam melaksanakan kerja-kerja da'wah.


PENGAJARAN: Sikap & contoh tauladan yang mudah mungkin menjadi asbab perubahan seseorang. Jadi sentiasalah kita menunjukkan contoh qudwah yang baik serta ikhlas melaksanakan kebaikan! =)



p/s: kisah dimodifikasi sedikit daripada penceritaan asal agar flow cerita berjalan dengan lancar..tetapi kandungan utama masih dikekalkan.


Isnin, Disember 07, 2009

Pengetua termuda di dunia! A good inspiration story

Salam,

Just got this story. Reported at BBC News about last month or two. Here's the link: http://news.bbc.co.uk/2/hi/8299780.stm


Ringkas cerita, nama pengetua ni Babar Ali (a muslim from india) dan dia berumur 16 tahun. Pagi dia akan pergi ke sekolah kerajaan yg kos pengajiannya free (lebih kurang 10km dari kampung dia) utk menghadiri kelas pengajian biasa dia. Kos yg perlu dikeluarkan oleh keluarga Babar Ali utk ke sekolah kerajaan tersebut adalah 1,800 rupee atau RM131.70 SETAHUN!..diulangi..SETAHUN. (ada antara kita dulu pernah sekolah Al-Amin, Hira', Hidayah..ni mungkin yuran bulanan kita) Kos ini hanyalah utk beli baju seragam sekolah, buku sekolah dan tambang naik Auto-Rickshaw yg biasa korang tengok dalam movie2 india/hindustan tu lah.

Lepas habis sekolah dalam jam 4 ptg, Babar Ali ni akan balik dan bunyikan loceng di rumah dia..dan semua budak2 kampung dia yang miskin & tak berkemampuan akan membanjiri halaman rumah dia.

Amazingly, bilangan budak2 yg datang utk belajar dengan Babar Ali ni seramai 800!! Mereka semua diajar apa yang telah Babar Ali ni dpt daripada sekolah yg dia telah hadir pada awal pagi tadi dengan percuma. Malah sekolah yg dia set-up ini diiktiraf oleh pihak berkuasa di kawasannya. Skarang sekolah itu dibantu oleh 10 orang tenaga pengajar.

I think we can learn much from this story. Pengorbanan, menyampaikan tanpa berkira, kesedaran mendidik dan pendidikan di usia yg begitu muda, keikhlasan membantu,..agak2nya adik2 kita umur 16 tahun di Malaysia ni mcm mana pemikiran mereka??

Wassalam

p/s: teringat adik2 SMK T.Kudin yg f4..sebaya ngan Babar Ali ni..

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP