Jumaat, September 25, 2009

When the siblings get together

Salam,

1 part yang seronok tentang cuti raya ini apabila kami berempat duduk di meja makan dan bersembang! Ini sukar dibuat pada waktu2 lain kerana masing-masing tidak akan ada peluang untuk cuti yang sama. Biaselah tu. Ini belum tahap kami berempat berkeluarga sendiri lagi.

Tapi semasa cuti kali ini, banyak kali kami berempat akan mengimbas kembali kenangan2 lama semasa kami semua kecil..dan salah seorang daripada kami berempat akan menggunakan skripnya seperti berikut:

"ingat tak..waktu tu.............."

"ingat tak dulu kita ada mainan.................."

"ingat tak..masa tu kita...."

"korang ade tak....masa...."

"ingat tak kita pernah..........."

dan 3 yang lain akan menyahut

"ha'a la..ingat3.."

"yg mane eh? bila??"

"tak ingatla yang tu.."

"seronokla waktu zaman2 tuh"

maka gelak ketawa akan berselang-seli dengan kisah-kisah yang kami imbau


Memang seronok mengimbau kenangan2 masa kecil.

Mainan yang kami pernah miliki, makanan2 pelik yang kami pernah makan, cerita yang pernah kami tonton, kisah-kisah masa kami berkelahi, haiwan apa yang pernah kami pelihara, maid mana yang telah menjaga kami, tempat-tempat lepak kami, video game yang pernah kami main, kawan yang pernah kami kenali, cikgu-cikgu sekolah yang pernah mengajar kami, lagu2 sekolah semasa kecil..

sepanjang kami hidup (alhamdulillah Allah atas nikmat ini), keluarga saya pernah memiliki 2 video camera..tetapi kedua-duanya sudah rosak. Video camera pertama kami semasa kami di Scotland dulu sudah rosak dan videonya tidak boleh ditonton lagi dek kerana waktu itu masih menggunakan tape. Entah ke mana video tape cam itu. Video camera ke-2 pula (jenama Panasonic), nasib baik sedikit advance, boleh masukkan tape camera itu kedalam sebuah tape yg lebih besar dan ditonton menggunakan video tape player. Tapi tahlah video tape player ni risikonya kotor. Bila kotor sahaja maka tak nampak dah imej.

Perasaannya seperti nak kembali ke waktu2 dulu dan menjadi pentonton kepada perjalanan hidup suatu masa dahulu. Tapi Allah mana nak bagi peluang tu dah..jadi masa hidup ini kena appreciate every second. Walaupun hidup mencabar, tak suka dilalui, perit, suka, duka, sedih..semua tu bakal menjadi kenangan 1 hari nanti.

Di akhir perbualan kami, salah seorang dari kami pun berkata

"nanti agaknya 10-20 tahun akan datang kita akan cerita pulak ape yg kita tengah lalui skarang ni"

Semua pun tersenyum riang gembira...

notaKaki: itula pentingnya camera/vid cam.

the 4 version 1993

Selasa, September 22, 2009

Eid Mubarak to all~


Salam everyone.

I'd like to wish everyone a joyous eid mubarak. Taqabalallahu minna wa minkum.

Ya Allah, terimalah ketaatan kami di bulan tarbiahMu & ampunkanlah segala keterlanjuran kami, kelalaian kami, kealpaan kami, kesilapan kami, ketidak tahuan kami, Semoa kami semua dapat sampai ke Ramadhan yang akan datang. Amin Ya Rabb~

Tema kali ni warna purplish+pink+red..jadi ucapan dalam blog pn bakcground purple.

Credits to: Ahmad Yasin & Abati for the 'bersalaman' picture. Also to awangpurba.blogspot.com for the nice khat.



Alhamdulillah sempena raya ni jugak, ada beberapa berita gembira yang diperoleh. Antaranya:

1. Suami Cikgu Laila telah dibebaskan ISA. Alhamdulilah tahun ni cikgu laila dapat sambut raya bersama suami tercinta setelah 7 tahun lebih terpisah & tak dapat menyambut raya bersama suami. Kata cikgu laila, beliau dalam proses menyesuaikan diri dengan suami yang baru pulang dek kerana selama 7 tahun ini beliau sudah biasa hidup independent bersama anaknya yg seorang. Tumpang gembira buat cikgu laila.

2. Kutipan RM250k untuk operation buah pinggang Dr Hafidzi sudah selesai dikumpulkan. Sungguh luar biasa kuasa infaq ini. Pelancaran tabung rasmi utk membiayai kos perubatan Dr Hafidzi ni tlah dilancarkan secara rasmi pada 28 Ogos dan ditutup pada 20 September. Alhamdulillah dalam masa tempoh masa tersebut, RM266k telah berjaya dikumpulkan. Semoga Dr Hafidzi selamat di-operate sekitar bulan Oktober ni kemungkinan di China. Tahniah kepada yang ber-infaq di bulan yg mulia ini. (sila tengok gamba raya Dr Hafdizi & family di blog beliau - heh..promo~)

Okelah. Sekian dulu entry utk kali nih.

again..slamat hari raya semua!!

ade yg nak jemput raya rumah tak??

Ahad, September 13, 2009

Kita ni berpotensi besar..

Bismillah.

Dah lama rasanya tak update. Erm. Takdela lama sangat..tapi adela nak dekat 2 minggu kot. Hakikatnya memang tak tahu nak update apa sebab setiap hari berlaku rutin2 yang rasanya tak perlu nak dicerita pada 1 dunia kot.

Saya nak cerita lebih2 tentang apa yg berlaku disekeliling saya dan siapa yg saya berjumpa pun, boleh jadi bahaya juga memandangkan ada potensi utk mereka membacanya (ceh~..bajet blog ni 1 dunia nak masuk), tapi kalau tengok kat peta dunia tu..boleh la jugak dikatakan 1 dunia ^__^..cuma kawasan Afrika, Amerika Selatan & Rusia je jarang ade sket orang nak masuk blog ni..mungkin tak faham ape yg saya tulis kot.

Jap..hari ni 125 orang masuk blog ini?! Ape counter tu dah rosak ke ape? Takkan sampai 125 orang kot masuk hari ni..atau ade perisik masuk beramai2 ke ape? atau hari ni server semua orang down jadi terpaksa klik blog ni sorang 25 kali?

Oklah. Semua di atas tiada kaitan dgn tajuk entry nih.

Weekend baru2 ini adalah weekend yang entah kali ke berapa saya ulang alik ke KL utk menunaikan tanggungjawab2 saya. Bezanya weekend kali ini saya terpaksa balik dalam tempoh yg singkat (kurang dari 24 jam)..tapi takdela ape sangat. Saya rasa ade je ramai budak2 di UTP ni yang slalu buat begini..lebih2 lagi bila mereka ni join event dan terpaksa ke luar UTP, travel utk setelkan keje2, jumpa company itu ini utk minta sponsor2 dari mereka. Hebat lah. Memang hebat.

Ada ketikanya saya sering merenungkan gelagat kawan-kawan & kata2 rakan-rakan saya. Contohnya di bulan ramadhan ni kan...sorang kawan saya ni muhasabah kan kami smua dgn berkata "orang sanggup datang masjid ni nak berbuka puasa..ramai plak tuh. tapi kalau solat berjama'ah di masjid..susah gak kan". FAKTOR POTENSI: Makanan

Ade sorang kawan ni..sanggup turun ke KL utk jumpa dengan aweknya..semata-mata..walaupun maknye tak bagi buat camtu. Tapi sbb lautan api ku redahi, gunung-ganang kan ku daki..maka sanggup gakla ke KL. FAKTOR POTENSI: Perempuan

Dulu masa kecil2..(ke..masa besar pun sama?!)..rajin nak round rumah orang waktu raya. Kalau dok kampung tu, sebolehnya semua kampung2 jiran pun nak sapu gak rumah. But i've never done this round2 dgn kawan2..sbb dlu masa kat kg pn takde ramai kwn sgt. FAKTOR POTENSI: Duit

Ade sorang kawan ni jugak..akan istiqamah ke saloon & facial (kena belanja duit kott!), jadi allocation duitnya penting utk perkara-perkara tersebut. Harapnya kawan ni tak baca blog ini. FAKTOR POTENSI: Penampilan diri

Saya rasa banyak lagi kot kalau dapat relate ngan diri sendiri & kawan2 disekeliling. Macam mana manusia ni sanggup bangun awal pagi utk bola tapi susah bangun awal pagi utk qiam. Dan lain2 lah..saya pun tak dapat nak fikir banyak malam nih..korang pandai2 la relate sendiri kan (sprt biasa saya akan menulis begini dalam setiap entry walaupun kadang2 saya tidak menyukainya..heh)

Saya rasa memang manusia ni kalau ade faktor2 di atas, memang smangat datang membara-bara nak buat...mungkin tu kot dikatakan nafsu. Tapi actually kalau kita pandai salurkan nafsu kita ke tempat yg betul, it would satisfy us..and make Allah happy of us too.

Begitulah sebenarnya manusia berpotensi utk dihantar ke Yathrib menyebarkan islam walaupun berseorangan..bahkan mengetuk setiap pintu rumah di Yathrib tu utk sampaikan dakwah meskipun ilmu hanya tahu solat, ucap 2 kalimah syahadah & bersuci. [1]

Begitulah jugak sebenarnya manusia berpotensi utk membebaskan manusia dari penyembahan sesama manusia kepada penyembahan mutlak kepada Allah SWT sahaja, sanggup menyebarkan dakwah dengan membawa kuda sampai ke hujung laut dan kata "Seandainya ada tanah lagi di seberang laut ini, maka aku akan menyeberang laut ini dgn kuda ini". [2]

Dan banyaaaaaaaaaaak lagi contoh2 lain manusia yg sangat berpotensi sebenarnya..cuma kene pandai salurkan potensi tu la kan?

Saya penah jugak dengar dari seorang ibu pernah berkata tentang anak perempuannya "kalau dia tension ke..geram ke..marah ngan sesiapa, nanti dia akan pegi kemas rumah, cuci tandas..". Saya rasa ini bagus juga. Salurkan potensi yang negative menjadikan potensi positive! Sama sprt yg saya sebutkan di ataslah.

ckuplah..tulis panjang2..makin meleret2..baik berhenti sahaja..waktu pn dah lewat~

sekian..

(penat jugak nak update blog nih..tp drpd tak update langsung..)

[1] - Mus'ab bin Umair
[2] - Utbah bin Nafi' (jarang ek dengar nama orang Utbah - maybe sbb takde maksud kot, ape ek maksudnya?)

BY THE WAY: KORANG DAH MENYUMBANG UTK KEMPEN FAST 2 FUND? Ade lagi 3 hari je. Klik: http://fast2fund.blogspot.com/

Isnin, Ogos 31, 2009

Ape yg keluar dari mulut mencerminkan akhlak kita =)

Salam,

Salam Ramadhan ke-11. Dah 10 hari Ramadhan berlalu. Masa utk muhasabah 10 hari yg lepas adakah sudah cukup utk kita melepasi Ramadhan dengan penuh makna? Jgnla asek nyanyi lagu Man Bai "Ku Mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna" semata-mata..

Haritu..ade solat tarawih kat 1 tempat nih *dirahsiakan lokasi..tapi kalo dpt teka tu, rezeki la tuh~*.

Seusai 4 rakaat tarawih, bermulalah sesi tazkirah. Maka pengerusi menjemput, "dipersilakan ustaz dot dot dot utk memberikan tazkirahnya". Ustaz ni mmg nampak muda la. Skali tengok, maybe 25-26 kot. Tataulah kalau dah mencecah 30an. Tapi pendek kata, muda la. Muqaddimah tazkirah memang mantop...dengan ayat Quraannye. Subhanallah.

Tapi setelah tazkirahnya masuk minit ke-5, minit ke-10, minit ke-20, macam2 perkataan yg pada saya pelik sebagai seorang ustaz utk mengeluarkannya. Saya pun tak mahu nak aibkan tapi terpaksa beri contoh juga. HArap ini bukan proses mengaibkan sesapa, tetapi pengajaran utk kita semua.

Bila ustaz ni memberi contoh, to the extreme dia akan sebut "kepala hotak berjambul". I think 1-2 kali jugakla keluar "kepala otak" nih. Then nak express about kezaliman, (sorry to say - since ustaz ini mungkin ada jawatan dalam sebuah parti pembangkang - ini yg saya berat nk ckp nih - jadi kezaliman itu adalah berkait dgn kezaliman kerajaan), maka dia akan menyebut "zalim nak mampos".

Then came another example about husband and wife. Ade part yg ceritanya wife ni tak puas hati dengan si suami, maka keluarlah "sial punya suami".

I was like..HUH?!! Apekah tazkirah sprt ini???

Ni bukan berniat nak jatuhkan mane2 pihak atau menimbulkan kontroversi ke ape. Okela maybe ustaz ni silap ke ape..atau cara dia ni boleh diterima oleh sesetengah negeri/kawasan/pendengar..wallahu'alam. Tapi bile dah beri tazkirah utk umum ni, kena la take extra care and precaution tentang insurans mulut ini.

Saya jadi kesian ngan ustaz ini. Rupanya bukan saya sornag. Ramai lagi yg risau dan kesian dengan ustaz ini. Ape tidaknye, dahla muda lagi, lepastu dah keluar kata-kata camtu. Saya memang kena iktiraf ilmu ustaz ini memang banyak sbb belajar di pondok dan di timur tengah. Memang gaya macam banyak ilmu, tetapi bila keluar perkataan2 pelik dari mulut..wah...terus runtuh segala binaan HORMAT pada ustaz ini..Pulak tu nanti masa akan datang beliau ini akan jadi pemimpin, rujukan masyarakat, ustaz yang dijemput memberikan ceramah merata2.

Okelah. Abaikan pasal ustaz ini. Semoga Allah ampunkan beliau..dan ampunkan kita semua.

Pengajaran 1: Marilah sama2 kita menjaga mulut kita. Ye memang kadang2 boleh terlanjur kata, tetapi from time to time kena la muhasabah kan..sejauh mana perkataan yg keluar dari mulut kita itu menggambarkan kita sebagai seorang Muslim yg dihormati orang, Muslim yg diredhai Allah segala amalan kita..

Pengajaran 2: Know your audience before giving any lecture/presentation/tazkirah. Jangan la anggap semua audience akan terima sekiranya memberi tazkirah kepada khalayak ramai yg terdiri daripada pelbagai latar belakang

Pengajara 3: Mintak Allah guide segala tutur kata kita..

Khamis, Ogos 20, 2009

Let's all WEAR BLACK tomorrow!!

Assalamualaikum,

Tomorrow is 21st August, Remembrance of Al-Quds (ROQ) day. In 21st August 1969, Masjidil Aqsa was burned by Australian zionist, Dennis Michael Rohan. He was later being caught but released by the zionist by saying that he was insane.

The rest of the fact u guys can go to: http://www.palestinefacts.org/pf_1967to1991_alaqsa_fire_1969.php

On behalf of this day, i would like everyone reading this blog to give support and show our concern once a year to the palestine issue by

WEARING BLACK ATTIRE (or any Palestine related clothes)
WEAR PALESTINE BUTTON BADGES & ANY OTHER PALESTINE ACCESORIES


(21st August last year..during office hour)

We don't have to go down to demonstrate, we don't have to shout to anyone, we don't have to burn any flags, just wear black in mass and explain to others about 21st August.

Below is an article in B.Melayu taken from the Director of PACE (Palestine Center of Excellence)
______________________________________________________________

Hari al Aqsa 21 Ogos 1969 (Remembrance of al Quds)



Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? Rencana ini akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an.



Sebagaimana yang kita sedia maklum Malaysia adalah antara negara yang sangat vokal di dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin semenjak berlakunya pengusiran penduduk Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dengan berdirinya negara haram Israel dan pencerobohan ke atas Masjid al- Aqsa serta penaklukan Baitul Maqdis dan Tebing Barat pada tahun 1967 oleh regim Zionis Israel. Malah sebelum dan sejurus mencapai kemerdekaan lagi negara Malaysia telah mempamirkan rekod keprihatinan yang amat membanggakan di dalam perjuangan membela rakyat Palestin meski tanah air sendiri masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran, termasuklah gugatan Malayan Union, ancaman Komunis, dan kebangkitan untuk mencapai kemerdekaan dari penjajahan British. Sejarah telah membuktikan bahawa seorang tokoh pejuang kemerdekaan yang tersohor iaitu Ustaz Abu Bakar al Baqir telah menggerakkan satu inisiatif yang diberi nama MATA (Majlis Agama Tinggi) pada tahun 1947 yang antara lain turut memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa umat Islam khususnya pejuangan rakyat Palestin dan Pattani yang tertindas. Di samping itu perbahasan dalam Dewan Rakyat juga telah merakamkan penegasan prinsip yang digariskan oleh Professor Zulkifli Muhammad di dalam menentukan sikap terhadap pengiktiran entiti zionis Israel. Prof Zulkifli Mohamed mempersoal asas Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu yang mengiktiraf negara Israel atas alasan ianya lahir dari ketetapan PBB 181 yang diterima pada tahun 1947 dengan sempadan yang terbentuk oleh The Rhodes armistice pada tahun 1949. Walaupun kerajaan Perikatan memberi justifikasi pengiktirafan itu tidak bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, pengiktirafan itu sendiri sudah cukup untuk memberi dokongan moral kepada entiti haram Israel. Tidak bermakna PBB mengakui negara Israel maka kita tidak punya pilihan dan terpaksa turut mengiktiraf sebuah negara yang didirikan dengan menafikan hak rakyat asal Palestin, meskipun proses pengiktirafan itu dibuat melalui badan dunia tersebut.



Untuk mengukuhkan hujah-hujahnya, Profesor Zulkifli Muhammad meletakkan persoalan asas berdirinya negara Israel itu. Apakah ia mempunyai hak untuk menubuhkan negara ‘Zionis’ di atas wilayah Palestin. Meskipun ia sudah tertubuh dan diakui oleh PBB, itu tidak menjawab soalan samada ia mempunyai hak atau sebaliknya. Bagaimana mungkin satu bangsa mengambil alih sebuah negara dari penduduk asalnya dan mendakwa ia berhak untuk mendirikan negara Israel di sana. Oleh itu, hujah beliau “…dengan tidak adanya hak asasi yang kuat (untuk penubuhan negara Israel), maka tidaklah adanya keadaan (de facto) itu membolehkan kita dengan sendirnya menganggap negara itu sah.”



Pada persidangan PBB pada tahun 1964, Malaysia melalui inisiatif sendiri telah mengemukakan deraf resolusi (A SPC/L. 116) yang menggesa supaya suatu wakil rasmi (custodian) dilantik bagi pengurus hartanah pelarian di bumi Palestin yang terjajah. Wakil Malaysia berhujah bahawa tuntutan ini adalah selari dengan hak asasi di mana tidak ada sebab kenapa rakyat Palestin yang terusir tidak punya hak untuk menguruskan hartanah (samada rumah dan tanah) yang mana mereka dipaksa keluar oleh penjajah Israel. Menafikan hak rakyat Palestin dalam hal ini adalah merupakan satu diskrimasi agama dan kaum yang bertentangan dengan Piagam PBB dan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa. Sebagaimana yang diduga deraf ini ditentang oleh Israel. Dalam mempertahankan tuntutan tersebut, wakil Malaysia menegaskan bahawa ’persoalan kedaulatan Israel wajib dilihat dalam konteks prinsip-prinsip antarabangsa dan tanggungjawab yang diletakkan di atas entiti tersebut ketika ianya dilahirkan oleh resolusi PBB. Jika Israel enggan untuk melaksanakan tuntutan ini maka adalah menjadi tanggungjawab Persidangan Agung PBB memaksa Israel melakukannya.’



Pada bulan April 1969, atas inisiatif Kuala Lumpur, 23 buah negara Islam bertemu di ibu negara di dalam Konferens Islam Antarabangsa. Konferens ini meluluskan beberapa resolusi iaitu (1) mengutuk Israel kerana merampas wilayah Arab dan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur dalam pencerobohan pada tahun 1967, dan (2) menggesa negara-negara Islam mengadakan sidang kemuncak bagi menangangi keadaan yang amat genting natijah dari pencerobohan Israel dan kesannya ke atas Baitul Maqdis dari pelbagai aspek. Inisiatif yang dimulakan oleh Kuala Lumpur ini boleh dianggap sebagai langkah awal ke arah penubuhan OIC (Organization of Islamic Conference).



Kemudian satu peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia berlaku pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit. Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana Masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman). Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa. Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman. Kejadian ini mengingatkan kita kepada pembunuhan yang berlaku di masjid Ibrahimi (Hebron) beberapa tahun lalu. Pelampau zionis ini juga dibicarakan dan mahkamah Israel memutuskan beliau juga tidak siuman. Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.



Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II, Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967. Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam. Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini.



Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB. Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969. Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.



Ikrar dan tekad yang disuarakan sejak sidang kemuncak Rabat pada tahun 1969 terus dihayati oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya sejak 21 Ogos 1969 sebagai Hari al-Aqsa ataupun kini dikenali dengan lebih populor sebagai ROQ (Remembrance of al Quds). Demi memperbaharui komitmen Malaysia terhadap hari al-Aqsa maka setem-setem memperingati tarikh penting ini telah dikeluarkan pada tahun 21 Ogos 1978 dan sekali lagi pada tarikh yang sama pada tahun 1982. Berdasarkan kepada rekod sokongan dan solidariti rakyat Malaysia yang amat membanggakan ini maka adalah wajar bagi kerajaan Malaysia menghidupkan kembali hari al-Aqsa pada hari ini. Pengistiharan melalui pengumuman di dalam media massa cetak dan elektronik adalah suatu yang boleh menyemarakkan semula hari al-Quds. Dengan cara ini maka kesedaran rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang terus terjajah dan tertindas terutama dengan kepungan dan serangan biadap yang berlaku ke atas Gaza awal tahun ini akan terus bersemarak. Ia juga akan membangkitkan kesedaran dan dhamir umat Islam untuk membantu saudara-saudaranya di Palestin terutama dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan yang kebetulan jatuhnya pada tarikh yang sama pada tahun ini.



Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor


Pengarah


PACE


(Pusat Kecemerlangan Palestin)


Menjelang 21 Ogos 2009



Selasa, Ogos 04, 2009

Doakan Tokoh Palestin & Sejarah Nusantara kita

Bismillah.

Just read my dear friend's blog, Qayyim. Korang bleh klik di sini: http://qayyimhafidzi.blogspot.com/2009/08/230am-pulang-mendengar-wasiat.html

Let's pray the best for Dr Hafidzi's health.

Dr Hafidzi telah banyak menyumbang dalam isu2 Palestin & Nusantara. Termasuklah salah 1 penulisan yg ditulis dalam blog ini berkaitan dengan Sejarah Nusantara.

Semoga Dr Hafidzi diberi kekuatan oleh Allah dan segera sembuh dari ketidak-sihatnya. Supaya beliau boleh kembali berdiri dan bersemangat menyampaikan mesej2 dakwah & melatih pelapis2 utk masa depan!

Dr Hafidzi

Making doa won't harm anyone.

FAQ Demo anti ISA

Bismillah.

Penulisan kali ni mungkin tak berapa comprehensive dan menyeluruh. Tapi cuba gakla nak menjawab beberapa persoalan yg sering ditimbulkan oleh manusia-manusia yg mungkin tidak faham dasar dan kefahaman yg dibawa oleh penganjur yang menganjurkan demo ini.

1. Tujuan Demo?
Membantah kezaliman sebuah akta kuno yang diambil daripada zaman komunis di T.Melayu. Akta ini telah memenjarakan ramai pihak sewenang2nya dan menafikan hak seorang individu untuk dibicarakan dengan adil hatta dah masuk 8 tahun pun masih tidak dapat dibicarakan dengan adil. Ape maknanya tuh? Zalim la. Kalau tahan 60 hari tak dibicarakan, ikut logik manusia yg suka sangat mintak bersabar (nanti akan dijelaskan siapa yg suka sangat utk mintak bersabar ni) boleh diterima lagila..kot2 dia ni teroris betul ke kan..tahanla dulu. Tapi kalau dah 8 tahun tanpa bukti dan hujah yg jelas, keputusan mahkamah yg adil, kenapa perlu ditahan pula?



Ini jugak adalah siri yg dilancarkan oleh GMI sudah sekian lama mereka ditubuhkan, hampir 8 tahun untuk menegakkan kebenaran, memberitahu kepada rakyat betapa tidak adilnya akta ini dan seeloknya ia dimansuhkan.

Dalam syara', kita dituntut utk menegakkan keadilan, berhukum dengan adil. Boleh refer Surah Ma'idah ayat 8. Ayat fevret ana utk isu ini. Banyak lagi ayat2. Bleh baca majalah i bulan Julai kalau nak lagi jawapan panjang2.

2. Kenapa mansuh? Pinda je cukup la. Akta ni penting nak sekat terorris dan pengganas.
Mansuh. Sebab insyaAllah ada byk lagi Akta2 yang boleh digunakan utk menahan suspected terrorist atau penjenayah. Kalau dah siasat baik2, guna jela akta sedia ada untuk buat penahanan. Kenapa mesti guna ISA juga? MEmang negara lain ade akta macam ISA utk menahan seseorang tanpa bukti dan pembelaan, tapi mahkamah masih boleh interfere dan siasat sama ada betul atau tidak penahanan orang2 ini ada sebabnya. Berbeza dengan ISA di Malaysia ni yg tidak membenarkan mahkamah utk siasat langsung tentang penahanan seseorang dibawah ISA. Lagipun, ingat orang2 yg bergerak dalam GMI tu tak pentingkan keamanan dan kesejahteraan ke?? Nak capai keamanan dan kesejahteraan, buang dulu kezaliman yg wujud pada hari ini. Ni terus kata tak boleh mansuh, nnt negara akan huru hara dan tak aman. Habis tu kezaliman yg tidak dibongkar dalam media arus perdana tu sape nak amik tahu kalau aktivis2 GMI ni tak bersuara???

Cuba kita buka pula survey yg dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri di website mereka. Klik SINI. 92% ingin dihapuskan. Kita ni agaknya dapat info dari mana yg dok kata "pinda je takpela". Orang kata kalau kita pinda sekarang, sesiapa yg memerintah akan datang boleh pinda balik dan menjadikannya lebih kejam. Oleh itu jalan menghapuskan lebih baik. Dan diganti dengan akta2 lain yg lebih baik dan adil.

3. Kenapa tak tunggu je Najib kan kata nak pinda? Tak boleh besabar ke? Yela najib tak buat ape2 dalam 3 bulan ni..tapi sabar la sikit..
Ni yang saya maksudkan dengan golongan yg suka sangat mintak bersabar. Orang2 dalam GMI (antaranya Cikgu Laila yg suaminya ditahan 8 tahun dalam ISA, dituduh anggota JI tapi takde bukti sampai ke hari ini dan tidak dibicarakan dengan adil sehingga ke hari ini) yg dah berjuang 7-8 tahun untuk mansuhkan ISA tu nak bersabar macam mana? Bayangkan kalau anda bersabar selama 7 tahun..ape maknanya sabar tuh? Saya rasa sabar ni ade limit jugak kot. Yela Najib memang baru, tapi kalau betul concern tentang keluarga tahanan yg tidak terbela, buatla something..haih. Bile orang nak turun berhimpun secara AMAN barulah nak sibuk2 kata "kami akan pinda la..tunggu la kejap..". Walhal dulu kata nak kaji, nak pinda, nak tengok, tapi..hasilnya tiada beza. 1 Ogos yg lepas adalah antara kemuncaknya. Bukan baru nak mula.

Pak Lah dulu bile didesak utk semak, dia kata "kita tak perlu nak semak dah". Lepastu bila dah tak jadi PM, keluar kenyataan "kerajaan sepatutnya menyemak secara menyeluruh berkenaan ISA". Kena faham, inilah tarbiah B*N. Trend PM2 yg membebaskan tahanan bila naik pemerintahan tetapi bakal menahan lebih ramai lagi menggunakan akta ini sekiranya berlawan dengan kepentingan dan kedudukan diri.

4. Demo kan tak dapat permit? Kire haram la.
Oke..ni satu hal. Penganjur dah masak dah dengan permit2 ni. Sebarang perhimpunan AMAN yg sebenarnya dilihat tidak sebulu dengan apa yg diinginkan oleh pihak tertentu, mestilah permit itu akan disusah2kan. Kalau perhimpunan Palestin yg tiada kene mengena dengan sistem yg ingin ditentang, tiada kena mengena dengan kepentingan peribadi pihak berauthority, maka permit akan diluluskan dengan tiada masalah, malah pihak Baju Biru Berlencana akan kata "ok..boleh berhimpun..tapi jangan itu ini..harap dapat jaga tingkah laku". Haih. Ok pulak. So utk perhimpunan mansuh ISA ni, mesitlah awal2 lagi akan ditolak dengan mentah2 dan memberi alasan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, menimbulkan huru hara dan menjejaskan perniagaan orang.


Kebebasan utk berhimpun ade dalam perlembagaan Malaysia. Sila search berkenaan hak berhimpun tersebut.

5. Kan dah menjejaskan perniagaan orang kat jalan2 utama tuh? Dahla tutup jalan, menyusahkan orang lain
Em. Masa kementerian2, karnival2, merdeka, etc2 events semua tutup jalan takde masalah pulak. Time tu kata "ini perkara yg tidak membawa kepada ancaman, takpela tutup jalan utk karnival yg boleh sumbang lagi banyak kepada pekedai2 dan peniaga2". Kalau Polis nak bantu penganjur menggunakan hak mereka yg termaktub dalam perlembagaan, mestila polis pun akan announce "ok..hari ini ada sekelompok manusia nak membuat perhimpunan yg AMAN disekitar KL, jalan berikut akan ditutup untuk sementara waktu dan akan dibuka kembali pada jam sekian2". Tapi realitinya tak macam tu kot



Ye betul, sebenarnya perhimpunan AMAN bantah ISA ni pun boleh membantu peniaga2 sekiranya tidak diganggu oleh polis2 dan fru. Diaorg ni hanya nak berarak je. Orang lain boleh tengok. Peniaga pun tak akan diganggu. Panduan pun dah dikeluarkan kepada orang ramai supaya berhimpun dengan AMAN. Jangan buat kerosakkan. Jangan bawa senjata atau benda tajam. Hatta Kanak2 pun dilarang membawa MAINAN yang menunjukkan seperti senjata. Ini semua arahan pihak penganjur dalam usaha mengAMANkan perhimpunan. Siapa yg sebenarnya membuat kekacauan dan mengakibatkan kerugian? Haih. Pelik betul.

Petikan harakahdaily bertarikh 5 ogos:

Sementera, itu Dr Hatta menjelaskan bahawa terdapat maklumat yang diterima mana-mana para peniaga yang 'berani' membuka kedai, mereka mendapat keuntungan lumayan, kerana jumlah peserta yang berhimpun amat ramai sekaligus menjadi pengguna dan pembeli pada hari tersebut.

Perkara ini turut diakui oleh Pensyarah Media Universiti Malaya,Dr Abu Hasan Hasbullah dalam sebuah laporan yang menyatakan bahawa para peniaga mendapat keuntungan berlipat ganda hasil himpunan aman besar-besaran Sabtu lalu.

Dan seperti biasa, perkara ini pastilah tidak dilaporkan oleh akhbar arus perdana. Kalau laporkan jugak, jelas nak merugikan pihak kerajaan yg tak suka demo nih. Yelah, untung ke rugi ke, rasanya mula 2 ptg sampai 4 ptg je pun. Kerugian sampai 10 juta ke..20 juta ke..yg selama ni mangsa tahanan ISA diseksa hingga kejam, keluarga mangsa tahanan ISA yg tak dapat nak sara diri disebabkan suami ditahan tanpa bicara/tak tahu kesalahannya, keluarga yg dijanjikan elaun tetapi tidak diberi..ini semua peniaga tak tengok pulak? Penting keuntungan diri sendiri je ke?

6. Betul ke ni perhimpunan AMAN? Macam mana kalau tiba2 ada yg membuat rusuhan?


Itulah gunanya polis untuk berada di kawasan itu/fru sekalipun berada di kawasan itu untuk mengawal keselamatan sekiranya berlaku rusuhan/pemukulan/pemecahan/rompakan/provokasi. Ini tidak, mula2 bagi rakyat berjalan, kemudian kepung, belum ada lagi apa2 terjadi, dah sembur air, asid dan segalanya senjata apa yang ada. Nasib baik polis ni tak tembak mati je rakyat Malaysia ni. Dah tu pulak suruh bersurai, tapi block semua jalan dan kalau boleh nak tahan semua orang tanpa semena-mena. Orang nak niat memang nak bersurai pun ditembak lagi dengan gas pemedih mata.

Baca jela sendiri pengalaman Datuk Zaid Ibrahim ni: http://myzaidibrahim.wordpress.com/2009/08/01/sayang-malaysia-negara-polis/

Sepatutnya anggota keselamatan ni menjaga keselamatan manusia. Bukan dengan menyembur air dan asid lepastu kata "kami tengah jaga keselamatan la nih". Jaga keamanan tu bermakna kalau ada kelakuan yg tidak aman, barulah ambil tindakan. Dok promot sangat "kena bersedia sebelum jadi ape2..bantai dulu..belasah dulu..diaorg tak bersalah tu lain cerita".

7. Ni semua bende2 politik je, buat ape kita nak campur?
Ni pemikiran yg sangat sempit. Untuk pengetahuan, Pengerusi GMI bukan seorang ahli politik. Tetapi seorang aktivis NGO Islam yg menggunakan nama Islah = Pembaikan. Dan saya percaya dia memimpin GMI itu berdasarkan prinsip-prinsip Islam, bukan atas dasar politik dan nak menjatuhkan sesiapa. Prinsip Islam itu jelas, menegakkan yg haq dan menentang kezaliman. Gunakan cara yg baik (yg dah digunakan dah pun sebelum ni..jumpa menteri di parlimen, hantar memorandum, turun naik kementerian), kemudian sekiranya tidak didengar/diendahkan, gunakan cara yg last resort, berisiko tetapi masih di dalam ruang lingkup yg dibenarkan syara'. Iaitu berhimpun dengan AMAN. Sekali lagi diulangi, AMAN.


Lagipun mungkin nampak pembangkang je kot yg banyak dalam perhimpunan2 camni sebab tu la kata perhimpunan ni berkait dengan politik. Bagi saya, ye memang ia berkait dengan politik, iaitu kedudukan politik sesetengah pihak yg merasakan dirinya tergugat, sebab tu demo ini tidak dibenarkan.

Satu lagi jawapan ialah, mmg ramai dipihak pembangkang yg berada dalam demo ini disebabkan mereka sudah serik dengan kezaliman yg dilakukan oleh pihak yg bukan membangkang. Haritu sebelum polis memberi amaran utk jgn turun, satu pihak daripada kerajaan iaitu Pemuda Gerakan dah pun bersetuju utk bersama..atas apa? politik atau prinsip? Kalau atas dasar politik, baik ikut cakap parti politik yg mereka join tuh. Ramai je lagi orang2 yg bukan politik turun padang. Tak perlu terlalu sempit pemikirannya kalau tak tahu siapa yg ada semasa demo tersebut.

8. Demo2 ni tak jaga iktilat laki pompuan la..tu dah salah 1 yg menyebabkannya haram
Hem. Pegi shopping complex, naik KTM, masuk dewan orang ramai utk program, naik lif dengan berlainan jantina..boleh pula ye? Takpela kalau mmg nak jaga ikhtilat, ia boleh diusahakan. Tapi tak perlu jadikan ini sebagai alasan utk mempropagandakan perhimpunan AMAN ini haram.

9. Nanti Najib sediakan tempat berdemo, bolehla turun demo situ. Kenapa la nak buat sangat kat jalan raya?? Stadium smua tu ada.
Tempat? Hem. Memang ade stadium smua tu. Tapi tak significant. Orang tak nampak sebab duduk dalam tempat tertutup. Penting untuk menunjukkan pada orang ramai bahawa rakyat bersatu. Sebab tu buat di tengah bandaraya.

Ni petikan Malaysiakini bertarikh 5 Ogos jugak, kata2 Pengerusi GMI:

"Pertama, beliau (Najib) patut lihat pada mesej yang dibawa (penunjuk perasaan), bukan tempat berhimpun. Kita berhak berhimpun di mana-mana pun.

"Kedua, bukan tidak pernah ada perhimpunan di stadium, tetapi tidak ada tindak balas kerajaan.

"Jadi, tidak timbul isu di mana (demonstrasi), tetapi apakah tindak balasnya (berhubung demonstrasi rakyat)," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Kata-kata makcik Nashita pula, salah sorang aktivis GMI yg menjadi rakan kepada Cikgu Laila:

Kita memilih jalanraya kerana sejak bertahun kita sudah menggunakan banyak cara yang lembut dan diplomasi untuk kerajaan mendengar dan bertindak terhadap permohonan dan desakan rakyat.

Membuat acara desakan dan protes ini di suatu tempat yang tertutup tidak membawa makna kepada sebuah perjuangan yang inginkan kerajaan yang zalim mendengar, ianya hanya akan bertukar menjadi seperti sebuah acara santai dan hanya mendengar ucapan hingga tamat masa yang ditetapkan. Ramai yang sanggup datang dari jauh dari ceruk kampun seperti dari Baling dan banyak tempat lagi, sudah tentu mereka tidak hanya mahu mendengar ucapan2, tetapi mereka ingin menunjuk rasa marah dan tidak setuju mereka.

Kita dah banyak sangat dah ucapan selama 7-8 GMI ditubuhkan ini. Perlukan tindakan yg lantang pulak.

Saya suka ambil kata2 dari Bro Qayyim:

demo aman palestin di stadium melawati hari tuh memang berjaya. sebab berjaya kumpulkan jumlah peserta demo yang ramai sekali gus memberikan imej bahawa ramai yang menyokong perjuangan rakyat palestin. dalam isu ini, kita nak bagi tahu dunia luar sana..tekanannya berbeza dengan demo mansuh tempoh hari. sebab yang kita nak tekan ialah kerajaan kita sendiri.

pernah tengok rakyat palestin demo dalam tempat tertutup nak bagi tekanan pada israel? hari hari mereka demo di jalanan.

Lagipun, bile dah jadi camni baru nak kata "kami sediakan la nanti tempat". Sebelum demo tu takde plak sebut kami sediakan tempat. Tengok esok lusa kang lupa pula. Takpela..kita tengok mcm mana.

Oklah. Ade sesiapa nak bagi soalan2 lagi utk dijawab?? Kita boleh usahakan cari maklumat sekiranya anda ada enquiries ingin ditanya.

Nak bagi analogi yg dibuat oleh Akh Qayyim gak:

Kita tak suka dengan projek dangdut yang diusahakan ketua kampung.
1. tahun pertama kita jumpa direct dengan ketua kampung, cakap tak setuju..dia pedulikan

2. tahun kedua kita edar risalah pada orang ramai ajak boikot projek dangdut tu..ramai setuju projek tu tak bagus, tapi tak ramai pun yang personally jumpa dengan ketua kampung menyatakan pendapat

3. tahun ketiga kita ajak ketua kampung debat depan orang kampung tentang isu projek dangdut..ramai turun menyaksikan, tapi habis debat..ketua kampung sambung projek

4. tahun keempat, kita panggil jabatan agama islam bagi pendapat tentang isu projek dangdut ketua kampung..jabatan agama islam keluar statement dalam surat khabar, tapi segmennya terlalu kecik sampai ketua kampung pun terlepas pandang

5. tahun kelima, kita bantah ketua kampung time dia minum petang kat kedai kopi..dia buat bodo aje

6. tahun keenam, dah tak makan saman ketua kampung nih! kita ajak orang ramai yang setuju untuk batalkan projek dangdut demo depan rumah ketua kampung..ramai pula yang turun. yang sebelum nih setuju aje dengan pendapat kita pun turun sama sebab ada kekuatan.

YANG PALING PENTING: Selami perasaan, keadaan, kesengsaraan, keseksaan, kekejaman, pengorbanan dan tekanan hidup yang dialami oleh mangsa ISA/isteri tahanan ISA/anak2 tahanan ISA/keluarga tahanan ISA yang sampai ke hari ini tidak tahu bila tarikh yg akan dibebaskan dari tahanan. Fahami tekanan mental yg dihadapi oleh anak2 yg tidak berayah yg sehingga tahap boleh melakukan sesuatu perbuatan di luar logik akal dan akhirnya doktor menyimpulkan anak ini tidak mendapat belaian kasih sayang dari seorang bapa.

Sekian.

Saya harap penulisan ini tidak dijadikan motif untuk mengapa-apakan saya (maklumla..jadi blogger pun boleh kena dakwa dan ditahan ^__^) kerana saya menulis atas dasar ingin menjelaskan perkara yg benar. Sekiranya ada yg lebih benar dari ini, saya bersedia untuk menerimanya.

SAya juga hairan kenapa modus operandi untuk menyuraikan himpunan2 yg kerajaan tidak setuju ini tidak digunakan utk menyuraikan perhimpunan2 mat rempit dan lain2 yg jelas melakukan jenayah??


Haritu saya ke Penang, tengok pasukan mat rempit beratus yang tak dikawal oleh polis. Mana semua trak2 FRU dan senjata2 polis utk mereka ini??

Saya boleh bahagikan rakyat Malaysia ni kepada 4 kelompok mungkin

1. Tak setuju ISA, setuju demo dan turun berdemo
2. Tak setuju ISA, tak setuju demo..ade la sebab2. TAk berani atau tak nak ambil risiko atau tak berapa selesa dengan demo2 ni
3. Setuju ISA. Ni ada 2 kelompok la..1 yg suke nak turun demo gak sbb konon2 boleh tnjuk diaorg pn ade supporter. Ade yg setuju tapi mengatakan takyah turun jela
4. Kelompok tak peduli ape berlaku..buat ape nak serabutkan otak.

Anda mana 1?

Wassalam

Credits gambar dari: Malaysiakini & Blog Bebaskan Tahanan ISA

Bacaan tambahan:
Why Malaysian march? (antara sebab mengapa turun berdemo)
Blog Cikgu Laila (memaparkan perjuangan isteri seorang tahanan ISA)
Catatan Seorang Anak Tahanan ISA (luahan hati seorang anak tahanan ISA)
Laporan Merdekareview (rentetan peristiwa semasa demo)
Salahkah Berhimpun? (Rencana dalam mStar Online)
Soalan-Soalan Lazim berkenaan ISA (nak tahu tentang ISA..klik sini)

Sabtu, Ogos 01, 2009

UTP ditutup seminggu

UTP is officially closed for a week. Hem. Ada yang suka. Ada yang tak.

Yang tak suka tu sebab banyak keje tepaksa ditangguhkan, event yg telah lama dirancang pun terpaksa ditangguhkan dan segala apa lagi perancangan utk minggu akan datang ini pastilah menerima kesan.

Yang suka tu..tataulah. Boleh tambah cuti kot.

As for me..keje banyak..cuti ke tak cuti ke..sama je banyaknya.

Oh well..semoga UTP akan sihat daripada H1N1. Mungkin doktor2 kene bagi UTP ubat2an sebelum pelajar kembali.

Sekian..

Ahad, Julai 26, 2009

Abati in Berita Mingguan

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090725234850/Article/index_html (not valid dah)

Sila klik ini pula

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

T.Kasih kepada anis for awaring me about it..

T.Kasih pada Bashir kerana memberitahu link di Berita Harian tak dapat di-access sudah.

Selasa, Julai 14, 2009

Kisah sebenar berkenaan orang-orang Uyghur

Salam,

Alhamdulillah, Allah telah beri saya kesempatan utk mendengar situasi yang berlaku di TURKESTAN TIMUR (Xinjiang) oleh seorang yang berketurunan Uyghur. Segala butiran tidak dapat disebut di sini tetapi saya akan cuba menulis apa yang sempat saya dengar dan catit agar rakyat Malaysia, khususnya yang membaca blog ini dapat memahami bagaimana penderitaan dan kea daan sebenar di wilayah tersebut.
Sebelum meneruskan penulisan, beberapa perka ra yang harus ditekankan disini iaitu:

  • Orang Uyghur pantang skali (tak suke) memanggil kawasan mereka sebagai Xinjiang. Ini kerana Xinjiang bermakna "tanah jajahan baru". Nama Xinjiang ni pun diberi oleh kerajaan China dan bukanlah nama asal tempat tuh. Maka mereka tak suke dengan nama penjajah nih. Mereka lebih suka memanggil kawasan mereka itu sebagai TURKESTAN TIMUR. Sebabnya dari segi sejarah, wilayah yg didiami oleh orang Uyghur nih termasuk dalam wilayah Turkestan (tanah orang Turk). Jadi lokasi mereka adalah di kawasan turkestan timur.
  • Orang Uyghur bukan orang cine. Rupa diaorg lebih kepada orang2 yg berada di turki. Dikatakan orang2 turki banyak berasa dari kawasan wilayah yg didiami oleh orang Uyghur.
  • Orang cine yg sebenar di kawasan Turkestan Timur adalah orang2 keturunan Han. Mereka ini dihantar oleh kerajaan utk duduk di Turkestan Timur tu supaya dapat hapuskan secara halus orang2 Uyghur
Sedikit info orang2 Uyghur:
  1. Pada kurun ke-17, Rusia & China melakukan penjajahan di kawasan sekitarnya, maka Turkestan terbahagi kepada Turkestan Barat & Turke stan Timur.
  2. Turkestan Barat dijajah oleh Rusia semenjak 1865 dan telah dibahagi kpd 5 wilayah republik pada 1922 iaitu dinamakan Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Turkmenistan dan Tajikistan (sila rujuk peta).
  3. Turkestan Timur plak dijajah oleh China dan diberi nama Xinjiang sprt yg saya sebut tadi. Diaorg hilang kemerdekaan pada tahun 1949 kepada rejim komunis cine.
  4. Populasi di kawasan Turkestan Timur mengikut statistik rasmi kerajaan cine pada tahun 1990, populasi orang Muslim Uyghur adalah 10 juta. Tapi ikut sebuah badan bebas yang buat bancian, ada 25 juta Muslim Uyghur (sama macam populasi Malaysia!!). Ingat..ini tahun 1990 ye. Kenapa ada perbezaan yang sangat ketara antara populasi rasmi dan tak rasmi? Sebabnya, kerajaan cine hanya benarkan org Uyghur lahirkan 2 anak sahaja 1 keluarga. Tapi diaorg secara snyap lahirkan lebih. Diceritakan pakcik pada yg menceritakan kepada saya itu, ank2nya ade 12 orang tapi yg daftar ngan kerajaan hanya 2. Ini jelas menunjukkan populasi orang2 Muslim Uyghur lebih dari 10 juta sbnrnya
  5. Muslim Uyghur menghadapi pembersihan etnik, budaya, bahasa, dan paling penting agama. Kalau bulan puasa tu, kene tutup lampu bila nak bukak puasa n sahur. Sbb nnt nampak beramal dgn ajaran Islam.
  6. Yang keje dgn kerajaan tak bleh solat, puasa, pakai tudung. Ade kemungkinan boleh ditembak mati kalau amalkan ajaran Islam
  7. Diaorg belajar Quraan bawah tanah. Guru2 merisikokan diri utk ajar Quraan
  8. Kerajaan cine berusaha hapuskan sistem pendidikan masyarakat Uyghur, tak bagi ajar dalam bhs mereka.
  9. Kalau bukak website2 Uyghur, kebanyakkan bahasa mereka ditulis dalam huruf2 arab.
  10. Dulu, kaum Han di Turkestan Timur ada 4%. Skarang dah jadi 41%.
  11. Kerajaan cine amik semua passport orang uyghur. tak bagi diaorg kuar dari negara cine
  12. Ade 5% masyarakat Hui di wilayah Turkestan Timur ni. Diaorg ni orang cine, so kerajaan bagi diaorg peluang utk amalkan Islam, tapi dengan keadaan terhad jugakla kot.
Oklah..ckup tu je kot pasal fakta2 dan latar belakang. Kalau nak tahu lebih banyak, google je. Memang termuntah nak baca semua

Berkenaan dengan rusuhan yg berlaku masa 5 Julai hari itu:
  1. Rusuhan berlaku sebab tekanan yg telah sekian lama dialami oleh masyarakat Uyghur. Kalau rajin baca ni: http://www.scribd.com/doc/12309541/Harun-Yahya-Zaman-Kegelapan-Islam (search Turkestan Timur) <--sebuah penulisan Harun Yahya tentang masrayakat di Turkestan Timur
  2. Antara pencetus rusuhan yg berlaku adalah disebabkan ade sebuah kilang di Guangdong, kat situ ade beberapa ratus masyarakat Uyghur bekerja. Tapi 1 malam tu, ade orang cine datang bantai2 dan bunuh tanpa apa2 tujuan. Bile diminta utk siasat, pihak pengurusan tak ambil tindakan. Polis pulak kata "ini salah faham kecil je". So yg terbunuh tak dapat pembelaan. Bahkan dikatakan orang cine lagi support pembunuhan orang uyghur.
  3. Yg turun protes hampir 90% orang uyghur
  4. Tektik yang digunakan kerajaan cine adalah memutuskan semua komunikasi di sekitar wilayah turkestan timur. Telefon & internet telah diputuskan sebab diaorg tahu kekuatan komunikasi ni boleh bantu orang2 di turkestan timur tu utk sebarkan lagi maklumat dan mungkin daripada sebaran maklumat tu akan bangkit lagi orang2 di wilayah tuh.
  5. Dikatakan mereka lebih teruk dari situasi di Palestin atas sebab berikut:
  • Media tak dibenarkan masuk buat liputan sangat selama ni di kawasan masyarakat Uyghur. Baru2 ni mungkin baru mereka benarkan kot memandangkan tetibe je meletus bende nih
  • Takde pihak yg membela mereka. Diaorg takde persatuan/pertubuhan yg dapat bela kebajikan dan kewangan diaorg
  • Diaorg dicengkam oleh kuasa yg besar dan mereka berada di dalam negara yg nak sangat jajah kawasan turkestan timur tuh. Nak tahu kenapa cine nak sangat kawasan tuh? Baca kat Harian Metro: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090714063209/Article/index_html
Akhirnya, yg menceritakan kpd kami situasi di sana kata "kami bergantung harap pada Allah SWT je..susah nak nampak jalan2 lain yg mudah".

Sbnrnya ade je usaha boleh dibuat, tapi yela...negara kita ni pun nk kekalkan hubungan diplomatik dengan cine yg nak jadi next kuasa besar dunia. So tataulah.

Selama ni kita tahu tentang Islam di cine ni, takde kaitan dengan Uyghur. Orang2 Uyghur tak declare diaorg ni cine sangat. Diaorg ni orang Turk.

Oklah..rasanya ckup la kot. Dah banyak dah bahan bacaan boleh dibaca esp reference2 yg diberikan di atas. Sangat membantu utk kita fahami situasi di wilayah Turkestan Timur.

Kita kadang2 rasa seronok dan tidak ade ape2 nak dirisaukan sebab duduk dalam zon selesa di Malaysia yg aman makmur, takde orang nak tindas. Tapi sejuah mana kita prihatin terhadap kawan2 seakidah kita di tempat lain. Seharusnya kita insaf!

Wassalam

Related website: http://www.uygur.org/

Info sampingan: Ade 1 padang pasir di wilayah Turkestan Timur dinamakan Taklamakan Dessert. Ape yg menariknya, nama tu sebenarnya diambil dari nama arab iaitu:

Tark - meninggalkan (sprt tarkul ma'asiy - meninggalkan maksiat)
Makan - tempat

So bile gabung, jadi Tarkulmakan. Tapi lama2, jadi Taklamakan.

Khamis, Julai 09, 2009

Baru habis RM80 di Pesta Buku PKNS Bangi.

Salam,


Em. Saya tak berpeluang ke Pesta Buku di PWTC haritu. Jadi..di PKNS pun takpela. Kecik memang kecik. Tapi yg seronoknya bila pergi waktu bekerja, lapang sungguh~. Pesta buku di PKNS Bangi akan berlangsung sehingga 15 Julai ini, 9.30pagi-9.30mlm.


Antara buku yang dibeli adalah:

1. Ayyam min hayati by Zainab Al-Ghazali - Pustaka Salam. Buku ni, kali pertama pinjam. HILANG! So beli la balik 2 buku ni. 1 utk ganti, 1 lagi utk dimiliki. Last2 yang dimiliki tu pun HILANG!!!! Waduh. Saya cukup hairan bagaimana perkara ini bisa terjadi. Adekah saya terlalu careless?! Jadi kali ini beli 1 lagi. Dengan doa supaya tak hilang lagi. Ya Allah, janganla bagi buku ni hilang. (baru2 ni buku Mengenali Gerakan Islam pun dah hilang..haih...ape nak jadila..)

2. 65 Kisah Para Sahabat - Pustaka Salam. Ni, buku utk digunakan dalam usrah. Heh.

3. Lelaki dalam Al-Quraan - Al-Shafa. Kali pertama baca bende ni masa pegi MISI. Ya Asrul pnye kot? Tapi okla kot. Buku yg compile kisah lelaki yg peristiwanya disebut dalam AlQuraan.

4. Jatuhnya Sebuah Tamadun - PTS. Em..buku pasal rentetan sejarah daripada Bangsa Arab Pra-Islam sampai ke Islam di Nusantara. Agak nipis gak buku ni. Maybe tak lengkap tapi at least dapat beberapa point la kot utk dikaji.

I'm kinda choosy gak nak beli buku nih. Nak tengok sapa penulisnya. Kalau penulis tak berapa nak kenal, susah sket la nak beli buku. Tapi tahlah. Buku 3 & 4 tu memang tak kenal pun penulisnya tapi beli juga. Mungkin boleh dapat ilmu lagi dan boleh menilai apa yg ditulis oleh penulis itu.

Terlalu banyak sangat buku nak beli...banyak lagi buku nak dibaca!! ADuh. Selama ni menghalang diri membeli buku sebab kata kat diri sendiri "banyak lagi kan buku tak habis?! apesal nak beli lagi??".

Tapi bile dah pegi pesta buku, tewas jugak pada nafsu nak beli buku. -__-'

Maka goodbye RM80 utk buku.

Waktu usrah, one of my friend said "ayah ana beli buku Fiqh Sirah masa dia ikut usrah dulu waktu dia student..tapi ayah ana kata dia beli je buku ni, tak baca pun". So ana reply kat dia "yela..ayah anta beli, dia tak baca, tapi anaknya baca!...so lepasni anta beli buku banyak2..kalau anta tak sempat baca..anak anta pulak baca~".

Yeah..i think i'll just buy the books. Kalau tak sempat baca, at least boleh buat library nnt dan anak2 boleh baca ^__^ bercita2 dahulu.

Sekian

Rabu, Julai 08, 2009

Hari ni banyak berita yg menangkap perhatian

Bismillah.


Suprisingly (ape 'suprisingly' dlm BM ha?) hari ini sangat banyak berita yg menangkap perhatian saya. Sehingga membuatkan saya tak jemu utk membaca dan membaca berita hari ini.

Ini memang memeranjatkan. Yela..HDC kata Hotel lambat serahkan dokument utk diproses sijil itu, hotel plak kata kerenah birokrasi HDC dan dokumen2 yg rumit menyebabkan mereka silap isi dan tak reti nak isi. Tak tahula. Tapi kalau kita sbg muslim, berani tak nak gi je memana hotel seluruh malaysia ni nak makan camtu je tanpa tahu ada atau tidak sijil halal kat kitchen dalam hotel tuh? Kata sorang kakak yg belajar culinary, kalau nak tahu ade sijil halal ke tidak, tanye je pekerja2 kat hotel yg kita pegi tuh. Tak pernah try lagi. Ade yg pernah try tak?

Ini hangat sket. Tadi baru je bertukar-tukar pendapat ngan kawan2 kat Facebook disebabkan saya telah publish link ini dalam Facebook saya. Jadi ramai yang setuju dengan kerajaan menukar kembali ke BM, tapi ada jugak yg tidak setuju. Oh well. Masing2 ade pendapat masing2 la agaknya. Susah nak satisfy semua pihak. Tapi saya bersetuju PPSMI dimansuhkan. Ajar sahaja Matematik & Sains dalam BM. Giatkan pembelajaran BI agar pelajar boleh bijak dalam BI. Baca jela kajian2 yg dibuat pelbagai pihak termasuk pensyarah, universiti, badan2 bukan kerajaan, semuanya memperlihatkan guru, pelajar dan masyarakat tidak bersetuju dengan dasar PPSMI. Hem. Nak ulas lagi memang panjang cerita. Tapi t.kasih la kerajaan sbb tukar balik ke BM.


Kesian tu memang kesian la kat pelajar yg dah amik inggeris, pastu amik BM balik. Tapi nak buat macam mana, menurut kajian, memang dasar PPSMI tak berjaya

Ini memang tak tahu nak kata la. Penindasan orang Islam masih berlaku. Kesnya, jiran pompuan mesir umur 32 tahun ni (orang jerman keturunan rusia tu la) kata dia terorrist sebab pakai tudung. Pastu bawa kes ke mahkamah. Last2 jiran dia ni pegi tikam 18 kali sampai bunuh pompuan ni depan anak dia umur 3 tahun di mahkamah. Mati terus. Suami dia yg cuba nak lindungi isterinya pula ditikam skali dan ditembak oleh pengawal sebab pengawal tersilap sangka bahawa suami dia yg menikam pompuan tuh. Perh. Memang menyedihkan.



Ramai yg turun support dia. Dia digelar Syahidah Hijah (tu kat ats tuh). Lelaki rusia yg tikam dia ni memang dah lama bencikan Islam dan anti sangat dengan orang Islam menurut kata sumber.

Sekali lagi Islam ditindas. Wilayang Xinjiang bergolak bile etnik Han (non-muslim) menunjuk perasaan melawan etnik Uighur (kebanyakkan Muslim). Etnik Uighur ni sebenarnya sudah lama tertindas, kerajaan china berusaha sedaya upaya utk hilangkan mereka dari muka bumi china (mcm etnic clensing la jugak). Kebiasaannya kerajaan akan berpihak kepada etnik Han.


Sebab tu perempuan2 dari etnik Uighur tunjuk IC suami2, ayah mereka kepada polis sebab ramai yg ditangkap dikalangan orang Islam tanpa usul periksa dan sebab (ala2 ISA gak kot?). Tapi try la search tengok memang sebenarnya dah lama diaorg ni ditindas di negara sendiri.

Ini tatau la kerja sape. Macam kerja kerajaan Filipina je. Orang2 kat Mindanao tu dahla kene tindas. Lepastu bile nak dibawa bekerja ke Malaysia (ada 50,000 orang yg dah siap nak jadi pembantu rumah kot), syaratnya keje gaji sampai RM1,400. Fuh. Ade pekerja Indon yg keje kat Malaysia yg keje dalam keluarga2 yg sederhana pun dapat gaji RM450-RM600. Mungkin yg berada sket bleh la bayar RM800-RM1000. Tapi RM1420..agaknye keje utk menteri2 je kot?

Yela..sedih tu sedih gakla. Tapi nak buat macam mana. Dalam berita ni, peguam kepada laki umur 27 tu minta utk diringankan hukuman sebab laki ni dah menyesal ngan tindakan dia. Tapi timbalan pendakwa raya mintak supaya hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran kepada lelaki untuk tak ambik kesempatan terhadap kelemahan wanita. Heh. Amik. Aku pun benci perogol! Tapi kepada wanita2 di luar sana, tolongla takyah la keluar dengan lelaki tak semena2. ASek dengar kes rogol tak habis2. Ini yg dilaporkan. Yang tak dilaporkan entah berapa banyak.


Dalam kes ni, budak pompuan kene rogol ni baru kenal 6 bulan. Kesian2.

Okelah.

Cukupla tuh utk hari ini.

Seronok snanye baca berita banyak nih. Tambah banyak maklumat. Dan banyak pengajaran, situasi semasa dapat kita belajar. Satu lagi, berita2 tentang Islam sememangnya kene check 2-3 kali dan kaji konteksnya. Kadang2 kita dengar 1 laporan, tapi sebenarnya ade yg diselindung oleh media nih.

Kalau korang ada apa2 berita yg menarik yg telah dibaca, harap boleh kongsikan sama.

Isnin, Julai 06, 2009

Xie Xie!

Kepada semua keluargaku, abg kakak, sahabat handai, rakan2 semua..terima kasih tak terhingga atas ingatan korang~.


Kepada yg menyampaikan ucapan pada saya tapi saya tak membalasnya, minta maaf banyak2 ye. Sedangkan birthday adik kandung saya sendiri pun saya terlupa nak wish dia..apetah lagi kawan2 yg lain.

Yang sebenarnya ada 1 buku catitan saya yang berisi penuh alamat birthday semua orang sudah saya miss-place. Jadi agak sukar nak trace balik tarikh2 yg selalu saya wish kawan2 saya. Oleh itu mohon maaf dengan sangat sekiranya saya terlupa tarikh lahir kalian. Harap kawan2 dapat ingatkan.

Dikesempatan ini nak ucap selamat ulang tahun buat individu2 di bawah:

1. Ke-26 kepada Pn. Liyana, sepupu saya yg sudah bergelar ibu yg lahir pada 5hb July.

2. Kak Juwairiya, PA Parlimen Kuantan yang ke-24

3. al-Akh Khairul Fadhli, SUA KARISMA Nasional yang juga sudah mencecah umur 24.

4. Cikgu Asmah utk birthday nye ke-34. One of my respected teacher~

5. Muhd Haziq yang birthdaynya esok. Masuk 22 juga.

6. semuaaaaaaaaaaaa yang ulang tahun kelahirannya di bulan July (bukan asobiah bulan july)

(tak tahu la diaorg2 ni masuk ke tidak ke blog nih)

Semoga Allah memberikan rahmat dan keredhaan dalam segala urusan hidup kita semua insyaAllah.

Umur bertambah, zikrulmaut pun kena ditambah, amal juga perlu ditambah.

TERIMA KASIH SEMUA! Semoga doa2 kalian akan Allah balas dengan kebaikkan yg sama juga!

Wassalam

Isnin, Jun 22, 2009

Sempena hari Abati

Salam,

Sempena hari bapa ni, nak ucap selamat hari Abati to my dad. Yes i call him Abati. Kadang2 bile kawan2 tanye "what do u call ur dad?", so i answered "Abati". And they'll say "what's that?". I replied "erm..arabic word for ayah". Then they will say "bukan Abi ker?".

So here are the reasons why the prophets call their dads ABATI. I found this article last year, 8th March 08. Selamat membaca dalam english~:


وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَّبِيًّا
19:41 AND CALL to mind, through this divine writ, Abraham. [31] Behold, he was a man of truth, [already] a prophet

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِي عَنكَ شَيْئًا
19:42 when he spoke [thus] unto his father: "O my father! Why dost thou worship something that neither hears nor sees and can be of no avail whatever to thee? 

يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا
19:43 "O my father! Behold, there has indeed come to me [a ray] of knowledge such as has never yet come unto thee: follow me, then; I shall guide thee onto a perfect way.

يَا أَبَتِ لَا تَعْبُدِ الشَّيْطَانَ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلرَّحْمَنِ عَصِيًّا
19:44 "O my father! Do not worship Satan-for, verily, Satan is a rebel against the Most Gracious!


يَا أَبَتِ إِنِّي أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِّنَ الرَّحْمَن فَتَكُونَ لِلشَّيْطَانِ وَلِيًّا
19:45 O my father! I dread lest a chastisement from the Most Gracious befall thee, and then thou wilt become [aware of having been] close unto Satan!"


قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنْ آلِهَتِي يَا إِبْراهِيمُ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا
19:46 He answered: "Dost thou dislike my gods, O Abraham? Indeed, if thou desist not, I shall most certainly cause thee to be stoned to death! Now begone from me for good!"


Verses about the story of Prophet Ibrahim alayhis Salam. He is calling his father to worshiping One God. But the father is persistent on atheism

Looking at the verses carefully, notice "يَا أَبَتِ"Ask a student of Arabic language, and they'll tell you about the ت at the end. It's the ت of compassion.

He could have called him abi (my father) but the “ت” makes the word affectionate. It reflects his fondness for his father, although he was an idol worshipper.

The letter ت teaches us here to love and respect our parents, to honour them.

Saad Ibn Abi Waqqas was a similar example. The verses of Quran revealed were:

31:14 “And [God says:] ‘We have enjoined upon man goodness towards his parents: his mother bore him by bearing strain upon strain, and his utter dependence on her lasted two years: [hence, O man,] be grateful towards Me and towards thy parents, [and remember that] with Me is all journeys’ end.

31:15 “‘[Revere thy parents;] yet should they endeavour to make thee ascribe divinity, side by side with Me, to something which thy mind cannot accept [as divine], obey them not; but [even then] bear them company in this world’s life with kindness, and follow the path of those who turn towards Me. In the end, unto Me you all must return; and thereupon I shall make you [truly] understand all that you were doing [in life].’

------
Additional Reading:
SA'AD IBN ABI WAQQAS
Prophet Ibrahim
Miracle - Grammar used to illustrate a Quranic principle

Jadi, kepada bakal2 ayah..jom kita didik anak2 kita dengan panggilan ABATI kerana ia adalah panggilan yg diabadikan dalam Al-Quraan. Cantik kan grammar Al-Quraan?

Rabu, Jun 10, 2009

Slot Nusantara di MIZU!~

Bismillah.

Saya sedang bersama peserta MIZU09 di Jitra, Kedah. MIZU adalah sebuah program 2 minggu dianjurkan oleh JIM IPT & KARISMA untuk ahli-ahli di zon utara. Boleh klik web blognya di SINI.

Hari ini sepanjang hari ada slot Sejarah Nusantara oleh Dr Hafidzi. Dr Hafidzi, seperti semua tahu adalah lulusan dalam bidang Biologi. PhD beliau dalam bidang Animal Ecology dari Uni. of Aberdeen. Teringat masa kat Aberdeen dulu bersama beliau dan anak2nya yg juga rakan sepermainan masa kecik dulu, ikut ke padang2 di Aberdeen utk mencari arnab. Kenangan yg seronok.

Dan juga ramai sudah tahu beliau pengarah kepada PACE (Palestine Centre of Excellence). Tapi sepanjang MIZU & MISI (program di zon tengah) dianjurkan, beliau hadir memberikan ceramah berkenaan Sejarah di Nusantara. Semoga Allah merahmati usaha beliau dan pengorbanan yg dilakukan utk menyampaikan pengisian-pengisian yang bermanfaat ini.

Saya tidak berniat utk mengulas panjang berkenaan pengisian yg sudah diterima hari ini. Kalau nak cerita memang tak seronok dekat blog ni sebab tak dapat dengar sendiri daripada Dr Hafidzi. Kalau ikut tahun ini, sudah 3-4 kali saya mendengar slot berkenaan sejarah nusantara ini tetapi 1 je saya boleh kata, SAYA TIDAK PERNAH BOSAN. Mempelajari sejarah ini memang tidak bosan. Sprt kata seorang ukhti yg menjadi MC sebentar tadi bahawa dia telah mengandaikan slot ini suatu yg tidak menyeronokkan, tetapi akhirnya Dr Hafidzi telah membuktikan sebaliknya.

Pun begitu, saya kongsikan beberapa point yg boleh saya simpulkan.

1. Belajar sejarah kerana kita tidak mahu mengulanginya. Tamadun2 yang runtuh adalah akibat daripada pembunuhan diri tamadun itu sendiri, bukan tamadun lain yg membunuhnya. Ini bermakna, manusia2 yg berada dalam tamadun itu telah melupakan sejarah menyebabkan mereka mengulangi kesilapan2 tamadun yang lalu (lalai, angkuh, bongkak, zalim) dan akhirnya runtuh. Ini pasti berlaku pada tamadun US hari ini dan semua tamadun2 yang tidak berasaskan keimanan dan akhlak yg baik.

2. Islam telah memberikan kesan yang amat mendalam kepada orang Melayu. Dengan islam lah melayu itu hebat dan diangkat martabatnya. Tanpa islam, melayu berkemungkinan dipecahkan kepada suku2 yg tidak mahu bersatu atas dasar adat dan budaya masing-masing. Tetapi dengan islam, mereka bersatu dan menjadi ape yg disebut sebagai orang melayu.

3. Islam telah meninggalkan beberapa kesan kepada orang Melayu, antaranya bahasa, tulisan, seni, undang-undang dan falsafah. Bahasa melayu, diperkaya dengan 2000++ bhs arab. Tulisan jawi, asalnya daripada tulisan arab. Seni yg pernah wujud sprt syair, puisi, gurindam, kit'ah, endoi, etc2. yang ada pada 1 masa dahulu diselitkan dgn unsur tazkirah yg amat mendalam. Undang-undang Kanun Melaka dan undang2 yg tercatit pada batu bersurat memberikan kita kefahaman bahawa telah wujud hukum2 islam suatu masa dahulu di bumi nusantara


Batu bersurat yang telah ada hukum hudud walaupun waktu itu perkataan Allah belum diperkenalkan dalam masyarakat

4. Kesan kepada penjajahan Sepanyol & Portugal (suatu masa dahulu tamadun yg sangat hebat sehingga membahagikan dunia kepada 2..sebelah utk Sepanyol, sebelah utk Portugal. Tapi hari ini nama kedua negara ini hanya tinggal gah dalam dunia bola sepak sahaja) ke atas Nusantara. Bagaimana kejatuhan Islam di Andalus telah menyebabkan bermulanya misi utk menjatuhkan kerjaaan2 ummat Islam di nusantara. Bagaimana ummat Islam di seluruh nusantara telah berjihad dan berjuang menentang kehadiran puak penjajah yang secara terang2 ingin menjatuhkan ummat islam walaupun mereka beralasan utk menakluk rempah ratus. Dikatakan seramai 20,000 mujahidin telah berjuang mempertahankan islam di nusantara. termasuklah seorang Panglima Perang Aceh yang telah dilantik menjadi Admiral (Amirul Bahr - ketua turus angkatan tentera laut), iaitu Laksamana Kemala Hayati. Seorang muslimah. Mengetuai sekumpulan bala tentera yg dinamakan Inong Balee (balu syuhada', sebab suami2 mereka sudah syahid, jadi Laksamana Kemala Hayati telah membentuk pasukan daripada balu2 syuhada') utk berlawan dengan tentera penjajah. Dikatakan beliau ada 100 buah kapal dibawah pimpinannya, sebuah kapal boleh memuatkan 400 orang perajurit.


Alfonso De Albuquerque, salah sorang penjajah yg datang ke nusantara

5. Peserta MIZU juga dapat mengenal bagaimana kekuatan-kekuatan mujahidin daripada Brunei, Laut Sulu, Mindanao, Manila, Kepulauan Maluku telah berusaha keras mempertahankan nusantara dari dijajah oleh penjajah yg ingin memusnahkan islam di bumi nusantara. Kata Pak HAMKA, "jihad di Maluku telah menangguhkan penjajahan barat ke atas nusantara selama 100 tahun". Antara nama tempat2 di nusantara yg dipelajari oleh peserta adalah Ambon, Bali, Lombok, Timur, Palawan, Sulawesi, Papua, Lampung, Aceh, Madura, Halmahera, Selat Sunda, Laut Sulu & Selat Makasar. Penceramah telah meminta peserta utk meletakkan nama2 ini di peta yg telah dilukiskan oleh beliau.

6. Dr Hafidzi telah menerangkan bagaimana Snouck Hurgronje telah berperanan dalam menghakis izzah ummat islam di nusantara. Beliau telah memeluk islam semata-mata nak ke makkah utk mengkaji tentang rahsia ummat islam, berkahwin dengan wanita islam, malah sampai tahap ulama' di jawa telah memuji beliau dengan panggilan syeikh allamah walliullah yg menunjukkan tahap ketinggian peribadi dia sbg seorang muslim yg hakikatnya sebuah strategi utk menjatuhkan islam.

En. Snouck yg licik

7. Rahsia kejayaan orang Aceh mempertahankan islam. Dalam sebuah adat aceh yg ditulis oleh kitab sejarah, ada menyebut bahawa; - orang yg meninggalkan solat lebih najis dari anjing & babi (najih nibak bui ngon asee <-- dlm bhs aceh nyer~). Ini menunjukkan mereka sangat menjaga solat mereka sehingga dianggap jijik lebih dari babi. Tapi kita ni orang melayu islam merasakan babi itu lebih jijik daripada orang yg meninggalkan solat? Cuba pikiaq skett. Aceh diperintah oleh 5 orang sultanah. Salah sorangnya Sultanah Safiatuddin. Walaupun dia seorang wanita, tetapi dia dinasihati oleh barisan ulama' yg hebat2. Boleh klik nama dia dan baca lebih lanjut. Juga Aceh ada barisan wanita yg hebat2, antaranya adalah Tjoet Nyak Dien. Beliau telah menggantikan suaminya menjadi panglima perang membawa orang2 Aceh menentang tentera Belanda. Cuba baca di wiki ada bahagian yang dia dibuang ke Sumedang.


Gamba Tjoet Nyak Dien

Setakat itu sahaja perkongsian utk slot Sejarah Nusantara di MIZU. Subhanallah perkongsian ini sememangnya memantapkan lagi pegangan kita dan meningkatkan lagi izzah kita utk terus berpegang teguh dengan islam serta mempertahankannya.

Ada sebuah topik yang Dr Hafidzi tak sempat nak bawa, iaitu peranan orang china dalam penyebaran islam di nusantara. Antaranya topik tentang peranan Admiral Muhammad Cheng Ho. Boleh baca dalam buku Dr Hafidzi kot ni.

sesiapa yg belum mendapatkan buku penulisan Dr Hafidzi, maka kena lah cari ya!

Ni baru Jilid 1.

Akan keluar nanti Jilid 5 & 6, lepastu baru keluar Jilid 2. Tak sabar nak beli jilid2 yg akan keluar nih.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP