Memaparkan catatan dengan label tarbiyyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tarbiyyah. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 20, 2009

Let's all WEAR BLACK tomorrow!!

Assalamualaikum,

Tomorrow is 21st August, Remembrance of Al-Quds (ROQ) day. In 21st August 1969, Masjidil Aqsa was burned by Australian zionist, Dennis Michael Rohan. He was later being caught but released by the zionist by saying that he was insane.

The rest of the fact u guys can go to: http://www.palestinefacts.org/pf_1967to1991_alaqsa_fire_1969.php

On behalf of this day, i would like everyone reading this blog to give support and show our concern once a year to the palestine issue by

WEARING BLACK ATTIRE (or any Palestine related clothes)
WEAR PALESTINE BUTTON BADGES & ANY OTHER PALESTINE ACCESORIES


(21st August last year..during office hour)

We don't have to go down to demonstrate, we don't have to shout to anyone, we don't have to burn any flags, just wear black in mass and explain to others about 21st August.

Below is an article in B.Melayu taken from the Director of PACE (Palestine Center of Excellence)
______________________________________________________________

Hari al Aqsa 21 Ogos 1969 (Remembrance of al Quds)



Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? Rencana ini akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an.



Sebagaimana yang kita sedia maklum Malaysia adalah antara negara yang sangat vokal di dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin semenjak berlakunya pengusiran penduduk Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dengan berdirinya negara haram Israel dan pencerobohan ke atas Masjid al- Aqsa serta penaklukan Baitul Maqdis dan Tebing Barat pada tahun 1967 oleh regim Zionis Israel. Malah sebelum dan sejurus mencapai kemerdekaan lagi negara Malaysia telah mempamirkan rekod keprihatinan yang amat membanggakan di dalam perjuangan membela rakyat Palestin meski tanah air sendiri masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran, termasuklah gugatan Malayan Union, ancaman Komunis, dan kebangkitan untuk mencapai kemerdekaan dari penjajahan British. Sejarah telah membuktikan bahawa seorang tokoh pejuang kemerdekaan yang tersohor iaitu Ustaz Abu Bakar al Baqir telah menggerakkan satu inisiatif yang diberi nama MATA (Majlis Agama Tinggi) pada tahun 1947 yang antara lain turut memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa umat Islam khususnya pejuangan rakyat Palestin dan Pattani yang tertindas. Di samping itu perbahasan dalam Dewan Rakyat juga telah merakamkan penegasan prinsip yang digariskan oleh Professor Zulkifli Muhammad di dalam menentukan sikap terhadap pengiktiran entiti zionis Israel. Prof Zulkifli Mohamed mempersoal asas Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu yang mengiktiraf negara Israel atas alasan ianya lahir dari ketetapan PBB 181 yang diterima pada tahun 1947 dengan sempadan yang terbentuk oleh The Rhodes armistice pada tahun 1949. Walaupun kerajaan Perikatan memberi justifikasi pengiktirafan itu tidak bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, pengiktirafan itu sendiri sudah cukup untuk memberi dokongan moral kepada entiti haram Israel. Tidak bermakna PBB mengakui negara Israel maka kita tidak punya pilihan dan terpaksa turut mengiktiraf sebuah negara yang didirikan dengan menafikan hak rakyat asal Palestin, meskipun proses pengiktirafan itu dibuat melalui badan dunia tersebut.



Untuk mengukuhkan hujah-hujahnya, Profesor Zulkifli Muhammad meletakkan persoalan asas berdirinya negara Israel itu. Apakah ia mempunyai hak untuk menubuhkan negara ‘Zionis’ di atas wilayah Palestin. Meskipun ia sudah tertubuh dan diakui oleh PBB, itu tidak menjawab soalan samada ia mempunyai hak atau sebaliknya. Bagaimana mungkin satu bangsa mengambil alih sebuah negara dari penduduk asalnya dan mendakwa ia berhak untuk mendirikan negara Israel di sana. Oleh itu, hujah beliau “…dengan tidak adanya hak asasi yang kuat (untuk penubuhan negara Israel), maka tidaklah adanya keadaan (de facto) itu membolehkan kita dengan sendirnya menganggap negara itu sah.”



Pada persidangan PBB pada tahun 1964, Malaysia melalui inisiatif sendiri telah mengemukakan deraf resolusi (A SPC/L. 116) yang menggesa supaya suatu wakil rasmi (custodian) dilantik bagi pengurus hartanah pelarian di bumi Palestin yang terjajah. Wakil Malaysia berhujah bahawa tuntutan ini adalah selari dengan hak asasi di mana tidak ada sebab kenapa rakyat Palestin yang terusir tidak punya hak untuk menguruskan hartanah (samada rumah dan tanah) yang mana mereka dipaksa keluar oleh penjajah Israel. Menafikan hak rakyat Palestin dalam hal ini adalah merupakan satu diskrimasi agama dan kaum yang bertentangan dengan Piagam PBB dan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa. Sebagaimana yang diduga deraf ini ditentang oleh Israel. Dalam mempertahankan tuntutan tersebut, wakil Malaysia menegaskan bahawa ’persoalan kedaulatan Israel wajib dilihat dalam konteks prinsip-prinsip antarabangsa dan tanggungjawab yang diletakkan di atas entiti tersebut ketika ianya dilahirkan oleh resolusi PBB. Jika Israel enggan untuk melaksanakan tuntutan ini maka adalah menjadi tanggungjawab Persidangan Agung PBB memaksa Israel melakukannya.’



Pada bulan April 1969, atas inisiatif Kuala Lumpur, 23 buah negara Islam bertemu di ibu negara di dalam Konferens Islam Antarabangsa. Konferens ini meluluskan beberapa resolusi iaitu (1) mengutuk Israel kerana merampas wilayah Arab dan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur dalam pencerobohan pada tahun 1967, dan (2) menggesa negara-negara Islam mengadakan sidang kemuncak bagi menangangi keadaan yang amat genting natijah dari pencerobohan Israel dan kesannya ke atas Baitul Maqdis dari pelbagai aspek. Inisiatif yang dimulakan oleh Kuala Lumpur ini boleh dianggap sebagai langkah awal ke arah penubuhan OIC (Organization of Islamic Conference).



Kemudian satu peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia berlaku pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit. Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana Masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman). Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa. Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman. Kejadian ini mengingatkan kita kepada pembunuhan yang berlaku di masjid Ibrahimi (Hebron) beberapa tahun lalu. Pelampau zionis ini juga dibicarakan dan mahkamah Israel memutuskan beliau juga tidak siuman. Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.



Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II, Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967. Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam. Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini.



Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB. Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969. Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.



Ikrar dan tekad yang disuarakan sejak sidang kemuncak Rabat pada tahun 1969 terus dihayati oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya sejak 21 Ogos 1969 sebagai Hari al-Aqsa ataupun kini dikenali dengan lebih populor sebagai ROQ (Remembrance of al Quds). Demi memperbaharui komitmen Malaysia terhadap hari al-Aqsa maka setem-setem memperingati tarikh penting ini telah dikeluarkan pada tahun 21 Ogos 1978 dan sekali lagi pada tarikh yang sama pada tahun 1982. Berdasarkan kepada rekod sokongan dan solidariti rakyat Malaysia yang amat membanggakan ini maka adalah wajar bagi kerajaan Malaysia menghidupkan kembali hari al-Aqsa pada hari ini. Pengistiharan melalui pengumuman di dalam media massa cetak dan elektronik adalah suatu yang boleh menyemarakkan semula hari al-Quds. Dengan cara ini maka kesedaran rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang terus terjajah dan tertindas terutama dengan kepungan dan serangan biadap yang berlaku ke atas Gaza awal tahun ini akan terus bersemarak. Ia juga akan membangkitkan kesedaran dan dhamir umat Islam untuk membantu saudara-saudaranya di Palestin terutama dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan yang kebetulan jatuhnya pada tarikh yang sama pada tahun ini.



Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor


Pengarah


PACE


(Pusat Kecemerlangan Palestin)


Menjelang 21 Ogos 2009



Isnin, April 20, 2009

Salahkah aku join event? Adekah aku EVENT-holic??

Post ditujukan buat ahli2 yg menyertai usrah. Selamat membaca~ (yg tak join usrah pn bleh baca)

Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah sekalian.


Segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam. Salawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad, penghulu segala Nabi dan penyampai risalah kebenaran.


Alhamdulillah di kesempatan ini saya nak share sesuatu utk kita renungkan bersama. Rata-rata mungkin sudah mengetahui dan perasan perkara ini, namun penulisan kali ini berkemungkinan akan memberikan lagi pencerahan dan peringatan kepada kita insyaAllah.


Ape itu event-holic??? Utk pendekkan cerita, ia sama seperti perkataan alchoholic (obses dengan arak) atau workaholic (obses dengan kerja) dan mungkin sekarang ada shopaholic (obses dengan shopping).


Ok.


Kita tukar sikit introduction.


Event di universiti banyak. Tak tahula event di universiti anda 1 sem berapa banyak. Mungkin lebih 30?


So..i conducted a survey among my friends (mungkin anda yg membaca ini salah seorang daripadanya) tentang “kenapa seorang mahasiswa join event?”. 10 orang je. Ini pun mungkin tak represent the whole university tapi ckuplah sekadar utk penulisan kecil macam ni. Soalannya:


Rata2 mahsiswa kenapa suka join event?


- sbb sijil?
- sbb experience
- sbb nak kenal orang
- sbb seronok bervent
- sbb bosan
- sbb lain???


Daripada 10 orang yg ditanya, 8 orang kata nak experience. 7 orang kata nak kenal orang lain. 5 kata seronok join event. 5 kata sbb bosan, so join la event. Only one said sbb sijil. So the thing is, join event bukan sebab sijil sebenarnya. There is more than that. Baguslah tuh. Dah tak berfikiran macam zaman2 sekolah dulu kejar sijil utk masuk Uni ^__^


Setiap perbuatan dalam hidup kita mesti ada niat. Niat ini dalam bahasa inggeris diterjemahkan sebagai intention. Daripada intention itu, akan lahir objektif dalam hidup terhadap segala tindak tanduk yg berlaku. Survey yg dijalankan adalah niat/objektif umum masyarakat di kampus. Niat lain sprt sbb ‘Si Dia’, sbb nak duit, sbb nak ngorat, sbb dengki dgn pihak2 tertentu, sbb boikot event yg ini..jadi join event yg itu. Ini semua tak diambil kira dalam penulisan ini memandangkan niat2 yang disebutkan tadi tak berapa nak murni. Kita pilih yg murni2 je.


Ada juga yg join kerana nak mewujudkan suasana yg solehah atau nak menyebarkan pengaruh baik dikalangan pengendali event. Ini sangatlah baik. Saya sokong dan setuju ini.


Statement saya “Tidak salah join event, tetapi jangan jadi event-holic”.


Mari kita kembali kepada apa yg disebut di awal2 perenggan penulisan ini, apa itu event-holic?? Ia bermakna seorang yg obses dengan event. Habis satu event, join lagi event yg lain dan kitarannya beterusan mungkin sampai final year? Atau worst case scenario, ada 2-3 event dalam 1 masa yg perlu diuruskan. Lantas bila ditanya “apesal sampai camni?”. Jawapannya mungkin “tataula. Takde orang nak tolong kot..aku je yg diaorg tarik. Xsampai hati pulak aku nak tolak”. Atau jawapan2 lainlah.


Sekali lagi, join event bukan satu kesalahan. Sebab saya sendiri pernah join event. Saya pernah join jadi komiti konsert nasyid dua kali, join FnB Minggu Penghayatan Ramadhan, join kelab usahawan dalam department Publisiti n Promotion, join jadi performer nasyid utk event2 di dan lain2 kecil2an. Ini semua sememangnya bukanlah suatu yg besar berbanding yg join Convo Fest atau event2 besar universiti dan sebagainya namun ia sudah memberikan gambaran bagaimana harus memberikan komitmen, bagaimana harus bekerja, membahagikan masa, beurusan dengan universiti dan rakan-rakan sekerja dalam event. Seronok..memang tak dinafikan seronok.


Tapi ada beberapa perkara yg harus kita fikirkan sebelum kita join sesuatu event. Berikut dikongsikan.


1. Adekah niat aku betul nak menyertai event ini?


Niat mesti betul dan penting utk join event. Kalau niat kita tak strong, kita akan gadaikan keutamaan kita. Apa maksudnya? Nanti akan dikupas dalam point ke-2


Niat akan justify reason kita join event. Muhaditheen (pakar2 dan Imam Hadith) bila nak tulis kitab Hadith, diaorg akan letak hadith tentang niat di awal kitab. Bahkan Abdur Rahman bin Mahdi kata kalau dia nak tulis kitab hadith, dia nak letak hadith “sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat” di setiap bab yg dia nak karang. Ini menunjukkan bahawa niat itu penting utk kita set goals kita. Kata Steven Covey dalam Habit ke-2: Begin With the End in Mind. Maknanya kita dah set dah dalam mind kita, ape di akhir utk dicapai, jadi bila kita BEGIN, we know the END.


2. Adakah event ini bakal mengganggu jadual usrah dan aktiviti tarbiyyah aku?


Sesibuk mana kita dalam event, program-program tarbiyyah tidak boleh diabaikan. Kenapa? Sebab kalau tertinggal 1 usrah, akan rugi flow usrah. Kalau tertinggal 5-6 usrah, ketinggalan banyak benda. Kalau tak tahu kepentingan usrah lagi, kena demand dari naqib utk explain “KENAPA YA AKU PERLU JOIN USRAH?”. To make short, usrah adalah sesi mesyuarat mingguan yg sangat penting utk kita hadir. Seperti jika anda join event, pastilah ade weekly progress meeting yg perlu dibincangkan dan diaturkan supaya semua mendapat maklumat yg sama utk menggerakkan event tersebut.


Saya pernah berpesan kepada adik-adik dalam usrah saya, “Kita sedang meeting project jugak, tapi project kita LEBIH BESAR dari orang lain”. Projek ini dinamakan Projek Fikrah Islam Dominan Alam Kampus. Pastilah projek ini sangat memerlukan perancangan yg rapi, dan ia bermula dari mesyuarat yg dipanggil ‘usrah’. Usrah = ‘meeting projek besar’! Glosari lain: PROJEK BESAR = tarbiyyah & dakwah, chairperson = naqib/naqibah


Kalau ‘meeting projek besar’ pun mula tak datang, apetah lagi program-program pengisian lain seperti daurah, qiamullail, tamrin, dan sebagainya yg sebenarnya akan menampung jadual ‘meeting projek besar’ yg singkat itu. Pergi ‘meeting projek besar’, sanggup dengar 1-2 jam. Mana mungkin boleh mendapat banyak maklumat utk meneruskan PROJEK BESAR ini. Jadi kena ada short courses atau kursus2 tambahan yg dinamakan ‘daurah’ dan ‘katibah’.


Jadi kalau kursus2 ni pun dah tak dapat hadir, tambah dengan weekly ‘meeting projek besar’ lagi tak datang, maka ketinggalan zamanlah seseorang itu dalah proses tarbiyyahnye. Ini sangat banyak berlaku dikalangan kita. Mula2 sibuk dengan event itu dan ini, last2 dah tak dapat join ‘meeting projek besar’, tak dapat join daurah. Lebih sanggup turun meeting event berbanding ‘meeting projek besar’ kita. Lebih sanggup bekorban utk event daripada program2 tarbiyyah. Bahkan dalam jadual mingguan kita, program2 berkaitan event universiti diletakkan dahulu, barulah nak selit2 program tarbiyyah. Disebabkan itu, bila kita rasa FREE je..baru nak datang ‘meeting projek besar’/qiam/riadhah/daurah. Kalau ade event, sorrylah..goodbye tarbiyyah.


Dalam event universiti, kalau kita takleh hadir meeting, mungkin kita boleh ganti dengan assistant or wakil..tapi ini berbeza dengan ‘meeting projek besar’ kita. Sebabnya bila kita tak hadir meeting ini secara direct, kita akan terlepas pahala yg banyak. Baca Quraan tu pahala, dengar bende yg baik pahala, memberikan pandangan yg baik akan diberikan pahala, ingat Allah dapat pahala. Disamping dpt pahala, kita dapat ilmu baru dan refresh ilmu lama. Beza yg paling ketara antara meeting event & ‘meeting projek besar’ adalah content meeting itu & tujuan kita berkawan dengan ahli2 yg hadir meeting.


3. Kalau tak mengganggu jadual tarbiyyah aku, adekah aku mampu berdakwah bila aku join event/kelab ini?


Ini pun harus kita fikirkan bersama. Niat utk join event, dah diterangkan dari awal. Jika niat kita betul, maka Allah akan redha.


Kita harus juga fikirkan, dimanakah ruang utk aku berdakwah dalam event/kelab ini. Adakah aku seorang yg cukup influential di dalam event ini? Ya betul. Tak dinafikan kita semua kena bermula dari bawah utk menjadi seorang yg influential pada masa hadapan. Mana boleh terus masuk2 event jadi orang berpengaruh. Bermakna, dari bawah ini kita kena set goals yg betul. Ada je saya kenal, dah naik sampai ‘PENASIHAT’ kelab/event sekalipun, namun tak berhasil lagi dakwahnya. Ada juga yg baru masuk event/kelab, dah boleh mempengaruhi rakan-rakan menjadi lebih baik, ajak join ‘meeting projek besar’ dan sebagainya. Nak tahu sama ada dakwah itu berhasil atau tidak dalam event, cuba lihat..ada tak yg boleh ditarik utk sama-sama join ‘meeting projek besar’ kita jika ahli dalam event itu belum join? Kita pun nak mereka sama merasai ke'best'an dalam ‘meeting projek besar’ ni. Kalau susah..maka.. rugilah tenaga kita selama ini utk dakwah. Malah islam juga akan rugi!


4. Apesal kalau aku join event, islam yg rugi???


Kalau kita telah relakan diri utk beri komitmen terhadap ‘meeting projek besar’, ia bermakna kita telah mula memberikan komitmen kita kepada islam. Well..it’s for a start but it has to start somewhere. Jika kita tidak mahu memberikan komitmen terhadap islam, buat ape sibuk2 lagi sertai ‘meeting projek besar’ tu kan?


Beginilah kita letakkan;


‘Meeting projek besar’ sepatutnya melahirkan diri kita utk menjadi pemuda pemudi yg BERGERAK. Sebabnya PROJEK BESAR ini tidak boleh diharapkan kepada manusia-manusia yg lesu dan tak proaktif. Di ruang dan medan mana kita nak bergerak?


Baik. Berbalik kepada RUGI tadi. Kenapa islam rugi? Mudah sahaja. Anda pun mungkin sudah sedar jawapannya. Kerana tenaga-tenaga ‘obsesi’ itu sudah tersalur ke tempat lain. Pulun tenaga, masa, pengorbanan dan keringat semata-mata utk menjayakan 1 event ke event yg lain. Maka akhirnya islam tiada human resource yg baik. Department HRM dalam islam tidak mampu bergerak sbb kader2 utk PROJEK BESAR sudah tiada? Sudahla pulak tak mampu nak sebarkan pengaruh yg baik, dan tak mampu pula menarik rakan-rakan menyertai ‘Meeting projek besar’.


Ye betul jangan kita rigidkan islam sampai tak boleh join event langsung. Kan saya dah kata saya tak mengatakan join event itu salah. Tetapi jika anda sedar, masih terlalu banyak lagi yg perlu dilakukan utk PROJEK BESAR ini sehinggakan masa yg ada tidak boleh dibiarkan utk melakukan perkara lain dahulu. Mungkin selepas PROJEK BESAR ini selesai, kita boleh sertai kembali event2 sedia ada.


Ibaratkan jika anda ada projek/assignment yg maha penting utk disiapkan, anda pasti struggle utk siapkan itu dahulu kan berbanding yg lain? Seorang yg sangat bijak mungkin boleh buat multitasking. Kalau ada yg begini, saya akan kagumi insyaAllah.


5. Tapi dalam islam ni ada kerja ke? Macam takde pape je? Nak buat ape?


Hah! Kalau dah sampai tanya begini, maksudnya dah sudah mula berfikir. Banyaaaaaaaaaaaaaaaaaakkk sangat kerja yg kita nak buat utk menjayakan PROJEK BESAR kita ini. ‘Meeting projek besar’ sedia ada ini diibaratkan sebagai meeting2 department kecil dalam sebuah projek yg besar! Dan kita digabungkan dalam 1 keluarga besar islam. Ramai saje di seluruh dunia ini sebenarnya sudah sedar apa yg mereka patut lakukan. Apa kerja nak dibuat utk PROJEK BESAR ini? Ok jom kita senaraikan beberapa daripadanya:


  1. Menyampaikan ape yg kita dapat ini kepada orang lain seramai mungkin. Teori2 je tak guna. Kena amalkan kemudian sampaikan. Ramai lagi kawan-kawan kita tak mendapat kenikmatan bersama dalam membuat kerja utk PROJEK BESAR kita. Masih banyak lagi remaja di luar sana yg tengah rilek2, tidak sedar siapa mereka sebagai seorang anggota komiti dalam PROJEK BESAR ini, dan tak sedar apa tanggungjawab mereka pada Allah. Keje ni perlukan ramaii sangat orang~
  2. Mencari pelapis2 utk PROJEK BESAR kita nih. Macam recruitment utk terlibat dalam ‘meeting projek besar’ ni lah. Cari mata rantai perjuangan utk membantu terus menjayakan misi kita yg terbesar ini. Pun memerlukan banyak tenaga..
  3. Menjana kewangan utk memudahkan menganjurkan kursus2 kita sprt yg disebut tadi. Macam event2 di universiti, ada jual baju, jual souvenir, jual macam2 lagi utk support event kan? Begitulah PROJEK BESAR ini, memerlukan duit. Tanpa duit, kita tak mampu begerak jauh.
  4. Mempromosikan islam dengan kreatif dan up to date. Blogging, buat risalah, buat phamplet, buat kraf-tangan2 islamic, semuanya utk menyebarkan islam melalui dakwah cara ini. Sprt dalam event kita ada publisiti n promotion. Tampal poster sini sana. Buat blog utk event, sebarkan flyers, bukak booth..etc2..

Apabila tiga kerja yg utama di atas ni boleh diselesaikan, maka kita boleh kembangkan projek kita ni kepada department2 besar yg lebih tersusun seperti Dakwah kepada Non Muslim, keluar ke sekolah-sekolah menjadi Fasi, boleh turun ke shopping complex, Ipoh Parade, malam merdeka & new year utk sebarkan risalah, boleh keluar ke masyarakat dan adakan program khidmat masyarakat, gotong royong, bantu orang miskin, boleh menguruskan isu-isu masalah ummat Islam di peringkat antarabangsa sprt Palestin, Afghanistan, Mindanao, Rohingya, Chechnya..etc2.


Jadi sebenarnya kerja kita banyak. Namun mungkin kita tak sedar atau tak disedarkan selama ni.


Nak kongsikan dengan korang, kenapa saya berhenti menyertai event2 semasa tahun ke-3 di universiti.


Saya telah mula nekad utk berhenti semua komitmen saya dengan event dan kelab yg saya sertai. Saya ini bukan jenis seperti multitasking yg disebut kan tadi (sbb tu saya akan kagum dgn orang multitasking). I have to settle what is already known as important...it's not what i feel...it is already KNOWN. Semuanya terpaksa ditolak tepi walaupun kawan2 tetap bertanya dan memanggil. Ikhlasnya saya juga seronok bekerja dan ber-event, bernasyid bersama mereka. Tetapi keazaman saya dikuatkan lagi dengan satu statement dari kawan saya dan saya tambah sikit “orang nak buat kerja dalam event/kelab ramai. Sesiapa sahaja boleh. Sesiapa sahaja boleh dilatih utk jadi project manager, secretary, etc2..tetapi orang nak buat kerja PROJEK BESAR ini..tak ramai yg sanggup. Bukan sebab tak reti, tapi sebab mencabar”.


Jalan yg saya pilih ini memanglah tidak se-seronok dalam event, tak dapat sijil mahal2 pun. Tapi apa yg saya boleh jamin, experience insyaAllah dapat banyak, dan paling penting, ukhuwwah yg sangat kuat. Ukhuwwah ini tidak boleh dijual beli. Juga bukan seperti berkawan dengan committee members sekadar kawan, tetapi ukhuwwah dalam jalan ini diibaratkan seperti keluarga. Tidur bersama (qiam), berjalan bersama (jaulah), makan bersama (iftar) semuanya kerana Allah semata-mata. Malah kita boleh ber-FAMILY DAY dengan meletakkan Allah sebagai reason kenapa kita buat FAMILY DAY. Bukan kerana kelab tertentu atau event tertentu semata-mata.


Bila saya sedar kerja saya banyak dalam PROJEK BESAR ini dan ia perlu difokuskan, maka saya terpaksa gadaikan yang least priority. Saya pernah bercita-cita utk menyebarkan Islam di dalam sebuah department ini, tetapi ia dilihat kurang berjaya sebab ketika itu, hanya saya sorang yg memikirkan begitu. Walaubagaimanapun itu semuanya kehendak Allah juga terhadap saya. Bohong kalau kata saya tak mahu kenal orang, saya tak mahu experience dalam events utk masa depan. Tetapi bila nak buat pilihan, memang kena mengorbankan sesuatu yg kepentingannya utk diri sendiri berbanding kepentingan utk ramai orang. Kenapa ramai orang? Sebab dalam ‘meeting projek besar’ sahaja dah ada 9 orang..jadi kalau saya sibuk dengan event dan kelab, apa akan terjadi dengan 9 orang ini? Bila chairperson pun sibuk benda lain, ape yg nak diharapkan daripada ahli2 dalam ‘meeting projek besar’?


Utk mengakhiri penulisan ini, ingin saya tegaskan kembali, saya bukan berniat utk menghalang sesiapa daripada terlibat dalam mana2 kelab atau event. U are so welcomed to do so. Gain all experience that u can, know all of the people that u could, enjoy what u are doing Lillahi’tala.


Saya juga tidak meminta sesiapa yg mengikuti jejak langkah saya meninggalkan semua kelab dan event yg ada di universiti kerana saya akui, ia juga bermanfaat buat kita. Tetapi perlu ingat:


1. Jangan jadi event-holic! Pilih event/kelab yg menguntungkan kita sebagai seorang Muslim


2. Bincang dengan chairperson/rakan-rakan dalam ‘meeting projek besar’ “ok tak saya join event/kelab ini?”. Perbincangan ataupun syura kecil ini sgt bermanfaat kerana ia mendapat restu dari keluarga kecil / department kecil kita yg bersama dalam PROJEK BESAR ini.
Bayangkan kita meminta izin daripada head department kita utk join event lain, semata-mata sebab kita concern bahawa kalau kita join event lain, mestilah komitmen event pertama kita ini akan sedikit affected.



3. Pastikan niat kita itu betul. Sprt dah disebut banyak kali. NIAT..NIAT!


4. Jaga batas2 dan adab pergaulan silang jantina, akhlak sebagai seorang muslim ketika join mana2 event/kelab/program. Kena ada prinsip yg kuat.


6. Jangan bertindak dahulu sebelum berfikir. Fikirkan segala consequence. Letakkan mana 1 yg kita sepatutnya prioritize dalam hidup. Selagi mana kita tidak merasakan tarbiyyah itu penting, selagi itu kita akan terus mengabaikannya.



5. Mohonlah pada Allah supaya kita diberi kekuatan sentiasa utk tidak skip ‘meeting projek besar’ dan program tarbiyyah dikala kita sesibuk mana pun. Dan mohonlah pada Allah agar kita sentiasa dalam kebaikkan dan lindungan Allah. Once kita diabaikan Allah..there’s nothing left to be said.


Akhir kata, semoga Allah menjadikan kita hamba yg sentiasa taat padaNya dan sentiasa membantu memenangkan agamaNya insyaAllah.


Segala silap dan salah, terkasar tulisan mohon ampun dan maaf.


Terima kasih


May Allah bless


Wassalam


9.23am
20 April 2009


p/s: perkataan2 lain sprt katibah, daurah, qiam dan lain2 dikekalkan. Yang berwarna tertentu, sila baca mengikut glosari

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP