Rabu, November 12, 2008

Alangkah Baiknya..

Bismillah,

Semalam telah diberi kesempatan oleh Allah utk share sikit ayat Quraan bersama pelatih di Raudhatus Sakinah. Walaupun asalnya ia slot yang tidak dirancang dengan baik, tapi atas jemputan yang tak rasmi oleh UmmiRoses..maka gagahkan diri gakla bagi sedikit input yang harapnya bermanfaat bukan utk mereka tapi utk diri sendiri juga.

Sempena musim lama tak update blog ni, maka ini adalah entry terbaru saya la kut.

Sharing yang telah diberikan semalam adalah berkaitan dengan kata-kata manusia yang menyesal di hari akhirat di mana antara kata-kata mereka bermula dengan "alangkah baiknya".

2 ayat Quran yang sempat disentuh semalam adalah dari Surah An-Naba' dari ayat yg terakhir (40) yang berbunyi:

Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata:" Alangkah baiknya sekiranya dahulu adalah tanah".

dan ayat 24 Surah Al-Fajr

Dia mengatakan: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini"

Siapa 'dia' dalam surah al-fajr tu bleh diambil dari ayat yg sebelumnya yg berbunyi

Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya.

Ertinya mereka ini adalah golongan-golongan yg telah ingkar pada Allah & menyesal ngan perbuatan mereka.

Allah dah bagi kita reminder awal2 dalam Quraan supaya jgn kita jadi orang yg akan mnyesal pada hari akhirat bile ditunjukkan senarai kesalahan kita..

- mengumpat orang
- lalai dalam solat..bahkan ade yg tinggal terus..
- ajak kawan buat jahat
- bermuka masam pada orang
- melakukan maksiat pada Allah
- habiskan masa bukan utk Allah
- lalai dalam tanggungjawba menjadi hamba & khalifah
- tanak ikut suruhan Rasulullah..sunnah dia pn kita sambil lewa
-
-
-
berjela2..

then waktu tu baru ayat2 seperti dalam surah-surah dia atas akan disebut. Sebab pada waktu tersebut mereka akan tahu ape kesudahan mereka dan waktu tu dah tak sempat nak buat ape. Hingga sanggup kata lebih baik jadi tanah kat dunia daripada jadi manusia yg slalu berdosa pada Allah.

Tanah..


Ade jugak pendapat (dalam Tafsir Ibn Kathir n riwayat Abu Hurairah) kata kaitan tanah ini adalah juga berkaitan ngan haiwan yg mana pada hari akhirat nanti haiwan2 smua dijadikan tanah. So manusia yg menyesal dengan perbuatan mereka akan kata "baik aku jadi mcm haiwan je yang tak akan dihisab amalan".

Dulu masa kat dunia, kalau boleh nak hidup lama-lama. Nak kumpul harta banyak, boleh buat ikut nafsu sesuka hati tanpa fikirkan pahala n dosa. Akhirnya bile akhirat tiba, seperti taknak hidup je di muka bumi. Sadly to say, it's too late..

Ada jugak orang yang taat bile nampak syurga Allah akan rasa nyesal gak sbb tak buat amalan yang banyak utk dapat yg lebih baik.

Well..kita pilih la nak berada di pihak mana, pihak yg menyesal kerana tak cukup amal yg menyebabkan ia menjadikan neraka sebagai ibunya, atau orang yg menyesal sebab tak buat cukup amal yang menyebabkan nikmat syurga dia berada di minima je..

atau kita nak jadi golongan yg tidak menyesal di hari akhirat..

jom pilih!

bacaan:
Tafsir Ibn Kathir Al-Fajr:
http://www.qtafsir.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1174&Itemid=145

Tafsir Ibn Kathir An-Naba':
http://www.qtafsir.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1402&Itemid=134

Bentuk Penyesalan Hari Kiamat:
http://caksub.com/bentuk-bentuk-penyesalan-pada-hari-kiamat.html

Ahad, Oktober 12, 2008

Tahniah Mujahid & Nihlah~



1 masa dahulu..(bape ek umo waktu ni??)
moja & ao



semalam (Sabtu 11 Oktober)..
moja & ao


semalam jugak..
pasangan & ikhwah

Mabruk Moja & Nela.

Baarakallahu lakuma wa baaraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khayr~

Ahad, Oktober 05, 2008

Hikmah kepada wanita-wanita utk tidak display gambar

Salam..


Ni entry bukan nak buat kita smua tambah maksiat..tapi nak btau dunia kenapa perempuan-perempuan seharusnya jga elok2 gamba korang dari dipamerkan dalam internet ni dengan mudah.

Here's some internet evidence yg mungkin ramai dah tahu..dan mungkin ramai lagi tak tahu kot (sebab ramai tak tahu la..gamba diexploitasi kot?)



Blog di atas kalo prasan, bende yg dia citer kadangkala takde kene mengena dengan gambar yg ditunjukkan. Tulah kadang2 search benda lain, rupanya jmpe benda lain. Macam2 btol internet nih.

Smoga kita memelihara diri dan maruah kita dari dicemari oleh manusia yg tidak berakhlak.

Kadang2 kita nak nasihat orang jangan bubuh gamba dengan sewenang2nya kat frenster, myspace, facebook, blog, etc2 sume tapi tak makan saman. Nanti kata "ala..ape salahnye..". Tapi kalo tak peduli kene exploitasi..that depends on urself la.

Kalo nak bubuh sgt gambar, sila la fikirkan bagaimana keadaan gambar itu supaya tak diexploitasi sebegini rupa. Ape2 pn, marilah sama2 kita menjaga pandangan kita.

-Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". - An-Nuur: 30

Jumaat, Oktober 03, 2008

Berhati-hati!



Berhati2 di jalan raya ketika balik dari kampong~
(kejadian semasa pegi outstation ke bagan datoh..jam terok!)

Rabu, Oktober 01, 2008

Eid Mubarak smua!!



Eid Mubarak everyone~
Taqaballahu minna wa minkum
Di hari raya ini mohon maaf atas segala salah & silap.
Semoga bulan berkursus dan ditarbiyyah sepanjang Ramadhan menjadikan kita hamba yg lebih taat dan bertaqwa.

Eid Mubarak to:

All my beloved family. Family belah Ummi & belah Abati. A.Cik n family (only family yg ade blog i guess?)

All x-alaminian students where ever u are, especially people yg dalam blog nih who are:
Qayyim & smua kuarga pakcik Hafidzi, Imran, Zaki, Muawwidz & Yusra & kuarga pakcik Dzulkifly, Aiman, Irfan & semua kuarga pakcik Salmi, Abbas, Mus'ab, Zuhdi, Bilal, Naufal, Pn MJ, Pn Marhamah..pendek kata smua kuarga pakcik Jailani yg tak balik beraya tuh, Rehan & kuarga yg tak balik beraya gak, Munirah, Khadijah Khalilah, Puan Musfirah, Izyan, Asma' Jamal & I-sya.


All x-MRSM PS stoods:
dunno who's reading this blog from this category tapi wish jela eid mubarak. If ade dalam kategori ni please leave a comment..hehe.

All UTP Jan05 and kenalan dalam kampus UTP tuh. Eid mubarak to you guys.

All ikhwah akhawat Karisma seluruh negara, muslimin muslimat...Especially to:
Moja & kuarga, Bai, Amirul, Naza, Faizal Abdullah, Nuh, Marsha, Abg Wan Am, Dhany, Auzan, Thanie, Usamah, Azree, Prof Hussaini, Abu Solah & kuarga, Nik Mohd Abduh ( i dunno if u read my blog or not..heh), Pakcik Kamil, Pakcik Lan, Ustz Adtiff & semua ustaz2 di KONSIS tuh, Ahmad, Fahmi & smua kuarganya, Rafiq, AlexUmar, Fairuz, Faisal, Filzah, Ainunl, Rufaidah, Nurul Iman, Ir Nihlah, K.Zahrah, K.Ain, Nazirah, Wan Tim, K.Ju, K.KRA, K.Djah, K.As, K.Ayu, K.Hamnah, K.NANA, K.Fatimah, K.Hani, K.Aznah, K.Nazihah, Aminah, Asma' Amatullah (dah sebut tadi kuarga Moja), K.Yong, Damina, dua2 Kak Misah, Ummi Roses & family( trmasuk Akem, Fattah, Mysarah, Mashitah, K.Asmah, K.Silah), Afrah, Farah, Azmah, Syuhada, Diana, Ulya, Amatullah, K.MaryamAbuAhmad, Sufiyyah serta semua yg dikenali dan tak disebut nama dalam blog ni memang agar terhad masa nak tulis nama semua.

In case terlepas pandang korang pnye nama, boleh diconsider utk claim duit raya (tak janji).

Wassalam


Ahad, September 28, 2008

Video pilihan tuk 10 akhir Ramadhan!


Bismillah.


Video pilihan utk hari ini. Bacaan qunut pada malam 27hb Ramadhan kat masjidil haram. Sangat mengimbau kenangan semasa berada kat sane.

2 peristiwa yang related ngan video ni yg paling diingati kat masjidil haram:


1. Tengah bediri sebelah Abati masa bacaan qunut (
time ni kecik lagi..umo bape tak ingat la plak..maybe darjah 2 or below), then tetibe Abati nangis. Dan juga yg lelain. Pastu diri sendiri dah pelik "apesal nangis plak nih?? doa ni sedih ke??". Tapi sangat menyayat hati dan tak berani nak question lepas solat. Anggap jela doa tu sedih bangat.

2. Masa tengah diri dalam saff sebelah Ummi rasanya, tetibe kene tolak ngan makcik tua. Fuh. Frust btol kene tolak. Tapi keadaan memang padat dan sangat ramai manusia malam tuh. Rupanya malam 27 Ramadhan. No wonder ramai..


Adeh~ sangat rindu la plak nak gi sana. Takpe2..azam utk dapat qunut witir kat masjidil haram akan datang insyaAllah! Can't wait for that moment. Tapi kene menambahkan kefahaman dalam beberapa term arab..that would come after i graduate insyaAllah!!


A few things to be highlighted on the video, we could see the mass of the muslims. It's reported that nearly 3 million muslims came to masjidil haram & masjid nabawi on the night of 27th ramadhan.


Ramai tu satu. Satu lagi bile tengok video ni, rasa sangat "kalaulah kekuatan ummat kita menyamai nilai manusia yg ade di masjidil haram ni sahaja..subhanallah!". Tapi itulah kita lihat realiti nape ummat kita masih lemah, masih ditindas. Kalaulah semua 3 juta manusia yg hadir tu faham kandungan doa qunut tuh dan menghayati dengan baik, disemat dalam hati..insyaAllah Islam boleh melakukan perubahan.


Nangis memang nangis, tapi kene ade output dengan amal la kan? InsyaAllah..


Allahummansur islam wal muslimin..


Allahumma asleh syababal muslimin~


Slamat berjuang ikhwah akhawat, muslimin muslimat semua!! Islam pasti bangkit jika kita berusaha membangkitkannya!

Isnin, September 22, 2008

Kempen Fast2Fund! Jom sertainye!


TARIKH TUTUP:
27 September 2008 (5 hari lagi!!)




Every participant is encouraged to fast every Mondays and Thursdays throughout the month of Rejab and Sya'ban,
and perform obligatory fast throughout the month of Ramadhan.

Fund of at least RM 100 that is targeted from each participant is based on the savings of the budget allocated for lunch on every fasting days, and thus saved for this fund.


Calculation Model:

Fast on Mondays & Thursdays
throughout the month of Rejab & Sya'ban
16 days x RM 3.50 = RM 56

Obligatory fasting during month of Ramadhan
30 days x RM 3 = RM 90

Total fund = RM 56 + RM 90 = 146


MINIMUM FUND SUGGESTED:
RM 100 per person

*********************

For bank in purposes:

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Muamalat - No Akaun 140 3000 405 3711 or
Maybank - No Akaun 5622 0960 8847

Phone No: 03-4105 3766 (Encik Nasir)
E-mail: fast2fund.pal@gmail.com

More info please click: http://fast2fund.blogspot.com/

Jumaat, September 19, 2008

Thanie yg pandai menTAG




Bismillah.

Heh~ ingatkan apela thanie nih "ade bende utk nta".

Haha. Kelaka btol ana baca. Rupanya nak tag kita ek.

Untung sape yg buat gambar nih. Buat masa ni mood malas nak TAG orang lain. Hehe. Thanie, tunggu anta buat gambar sendiri la baru ana akan berusaha menTAG (menyebarkan) pada orang lain.

~Post tribute to Thanie~

Isnin, September 15, 2008

Iftar Hidayah Centre & Rayuan Ramadhan


JOM2 menyumbang!!




http://hidayahcentre.jim.org.my/blog/

Majlis ini akan berlangsung weekend ni (20hb)! Marilah menyumbang utk saudara baru se-Islam kita.




http://rayuan-ramadhan.jim.org.my/

Rayuan Ramadhan tinggal 4 hari sahaja lagi (hingga 19 September) utk menyumbang. Jom2 sumbang utk insan yg memerlukan.

Hapuskan ISA!




Have some mercy people..

(tapi somehow my blog ade kaitan ngan akronim ISA ni la plak??? (-__- ') sigh~)

Khamis, September 04, 2008

A picture tells a thousand words

a) Answer the questions below, do a Google Image Search with your answer, take a picture from the 1st page of results, do it with minimal words of explanation

1. The age you'll be on your next birthday:



2. Place you want to travel to:



how have i missed this place



nak gi blaja chinese kat china..bleh tak?

3. Your favorite place:



sea side yg mendamaikan



air terjun juga yg mendamaikan



seperti orang lain..

4. Your favorite food:








[7:31]

5. Your favorite pet:



boleh ke?



kuda perang..

6. Favorite color combination:



7. Favorite piece of clothing:



8. Your all time favorite song:



free palestine!!

9. Favorite TV show:






ekceli ade ke siaran TV bende nih?? [3:64]

10. First name of your significant other/crush:



[43:67]

11. Which town do you live in:



BBB~

12. Your screen name/nickname:



13. Your first job:



Khalifah di muka bumi.. [2:30]

14. Your dream job:



Pe maksud gamba ni?

15. One bad habit that you have:



Skipping breakfast

16. Worst fear:



Abandoned by Allah..just like this car..abandoned by its owner [17:22]

17: Things you'd like to do before you die:



Solat di masjidil aqsa



Melihat Islam membentuk dunia..



Jadi anak yg soleh & mngajar anak agar menjadi anak yg soleh..

18. The 1st thing you'll buy if you get $1,000,000:



Pusing dunia. [3:137] [6:11] [16:36]

19. Your husband/wife:


[24:26]

b) Tag 5 people to do the same once you've finish answering every question

1. Qayyim. :D
2. Abbas
3. AlexUmar
4. Marsha
5. Abg Cik
6.
Filz
7.
Rehan
8. Iman
9. Diana
10. I-Sya

Selasa, September 02, 2008

Ramadhan Kembali Menjelma




Ramadhan Mubarak everyone~!




Jom tadarus..online pun boley..
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Langgar 2 kereta pagi ni


Pagi ni on the way ke office..langgar 2 kereta sepanjang jam di jalan yg sama!! Which means langgar 2 kali. Bukan langgar sekali 2 kete.

(-__-')

Selasa, Ogos 19, 2008

Hendak 1000 daya, taknak..sejuta dalih~




It wasn't hard.

1st day pakai, around 4-5 people responded. 2 of them had the chance to hear about 21st August.

Let's keep on ROQing guys!!

Khamis, Ogos 07, 2008

Kerjasama PDRM, Israel n Singapore?

Bagi sesapa yg tak perasan berita pendedahan The Star tentang Kerjasama PDRM, Israel dan Singapura.

Bleh baca disini:

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/5/nation/22001739&sec=nation

dan

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/9298/84/

Jumaat, Ogos 01, 2008

Pemimpin yg sedikit pening

KUALA LUMPUR, 31 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara di sini sempena Hari Pahlawan 2008 sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air.

Cuaca redup dan nyaman pagi ini mewujudkan suasana sayu semasa sambutan berkenaan.

Perdana Menteri yang tiba pada pukul 8.30 pagi memulakan upacara simbolik itu dengan memeriksa perbarisan kawalan kehormat oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pimpinan Mejar Norhisham Kamal.

Ia diikuti tiupan lagu Last Post untuk memperingati pahlawan negara yang gugur di perbatasan. Majlis kemudian mendengar deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.

Sajak itu mengenang jasa pahlawan negara yang terkorban di medan perang sejak Perang Dunia Kedua, zaman darurat dan semasa menjalankan misi keamanan di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri kemudian mendahului acara peletakan kalungan bunga di hadapan Tugu Negara sebelum diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Turut berbuat demikian ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Datuk Muhammad Abd. Ghani turut mengalungkan bunga.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun tidak dapat menghadiri sambutan pada tahun ini kerana terbabit dengan Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID) 2008 di Zambia.

Majlis turut disertai beberapa menteri Kabinet, timbalan menteri, pegawai kanan kerajaan,
wakil-wakil rakyat dan diplomat asing.

Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun sebagai menghargai jasa wira-wira negara yang terkorban serta cedera ketika mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

---------------


Fatwa Negeri Selangor:

Kategori : Sosial/Syariah
Tajuk : FATWA TENTANG UPACARA HARI PAHLAWAN
Isu :

Fatwa :

(1) Amalan seperti tiupan “Last Post” , bertafakur dengan menundukan kepala,meletakkan kalungan bunga , bacaan sajak , nyanyian dan tiupan “Rouse” yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

(2) Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang di larang oleh syara’.

Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 20.

Tarikh Pewartaan :
14 September 1995

Baca : 1312
Oleh : Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'


Fatwa Negeri Pahang:

Kategori : Akidah
Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan

Isu : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain

Fatwa :

ENAKMEN PENTADBIRAN
UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
(Enakmen 3/91)

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Rujukan Pewartaan : 36

Tarikh Pewartaan :
16 Januari 1997

Baca : 1572
Oleh : Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang

Jumaat, Julai 18, 2008

Significant debat dengan Seerah Rasul

Lagi tentang debat.

Baru2 ni sembang2 ngan sorang pakcik, dia kata “dalam strategi, kalau kita takleh lawan kebenaran fakta yg diberikan, kita attack dengan cara utk menjatuhkan maruah seseorang, nanti orang akan kurang percaya pada apa yg diperkatan walau bagaimana benar skalipun faktanye”.

MasyaAllah! Sungguh btul teori/pendapat ini.

Berlaku dalam debat tempoh hari, dimana menteri penerangan tu attack mantan TPM secara peribadi. Mengungkit keburukan2 yg pernah dilakukan atau kesalahan yg pernah dilakukan. Ungkit tahun 1970an, bahawa mantan TPM tu menentang PM2 Malaysia hingga kini. Etc2. Semua serangan yg dengan niat utk menunjukkan walau benar mcm mane mantan TPM kita tu berhujah, tapi kalau peribadinya tak betul..maka janganla percaya dia.

Mantan TPM secara slambe mengatakan “takpela..saya memang salah. Tapi ape yg Dato’ buat pada 2008?”. Dan “nak serang, serangla. Menteri ada banyak lagi masa utk menyerang saya dalam RTM”. Lebih kurang camtula kan??

Hehe.

Interesting nyer..perkara ni berlaku jugak zaman Rasulullah dulu. Cuba kita flashback.

Rasulullah dahulu menyampaikan kebenaran. Penduduk arab Jahiliyah sume tahu bende tu benar sebab Rasulullah tak pnah menipu (Rasulullah lain daripada mantan TPM tu ye..just nak cerita suasana yg sama je). Tapi penduduk Arab Jahiliyah tetap berterusan menjatuhkan maruah Rasulullah dengan mencaci, memfitnah dan menuduh dia sebagai seorang yg gila dan ahli sihir supaya orang tidak mempercayai Rasulullah walaupun dia menyampaikan suatu yg benar.

Reason diaorg taknak accept kebenaran tu, ade beberapa perkara antaranya EKONOMI. Takut nanti industri berhala & arak akan jatuh. Dari segi SOSIAL plak takut nanti sama rata dengan hamba abdi. Dalam Islam takde yg lebih superior than other except yg bertaqwa. Tu pun kita takleh nak measure sebanyak mana taqwa seseorang. Only Allah knows. Dari segi POLITIK plak. Orang Arab Jahiliyah takut nanti kekuasaan dia diambil oleh orang lain dan akhirnya dia tak dapat nak kuasai pelbagai benda.

Cuba reflect ape yg berlaku zaman skarang dari segi EKONOMI, POLITIK & SOSIAL. Mungkin ada perkaitannya? Yg paling utama adalah, sememangnya masyarakat dunia sudah kembali ke zaman jahiliyah.

Wallahu’alam.

Rabu, Julai 16, 2008

Debat sebagai keterbukaan kerajaan?!!

Petikan Berita Harian menyebut:

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Sha*bery Cheek menyifatkan kejayaan program debat isu kenaikan harga minyak yang pertama kali diadakan serta disiarkan secara langsung malam tadi, sebagai bukti keterbukaan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ini adalah kemenangan kepada kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar selepas berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.

Datuk oi..kemungkinan anda sudah tua kot utk berfikir secara sihat. Ini kerana kenyataan berita ini menunjukkan dengan jelas "YANG PERTAMA KALI DIADAKAN!" Itu menunjukkan bahawa bile kalah PRU12 baru la sibuk nak bagi ruang buat debat kerajaan ngan pembangkang.

Kalau PRU12 ni tak jadi pelik, atau kata orang fenomena tsunami PRU12, kemungkinan besar jangan harap kita dapat tengok debat tu kot?

Kesian betul la menteri zaman skarang nih.

Ops~ nanti Sultan Pahang marah sebab menulis dalam blog yg akan memecah belahkan rakyat. Hem. Tapi kalau 'calculation' menteri macam tu pun masih nak ngaku menang gak, maka amat sedih dan berduka cita saya sebagai seorang rakyat Malaysia mendapat Menteri seperti itu wahai Sultan Pahang. (harap2 sultan baca la blog nih..hehe)

(pasni kuar waran tangkap utk bloggers plak ke?)

Isnin, Julai 07, 2008

Thanx everyone~




Bismillah

Pertama2nya nak ucapkan terima kasih buat semua. Tak kira keluarga (semua peringkat keluarga), kawan2, classmates, schoolmates, coursemates, dan yg mengenali diri ini.

Terima kasih tak terhingga atas ucapan dan doa kalian.

Thanx jugak utk hadiah2 yg diberikan. Hadiah keychain dari france, hadiah ferrero rocher, hadiah RM10 utk minyak, hadiah kek2, hadiah ukhuwwah, hadiah kasih sayang, hadiah kereta kancil+baju batik (special to my mom la nih) dan paling yg tak dilupakan, hadiah DOA dari semua orang.

Moga Allah balas kalian selayaknya.

Terima kasih sekali lagi.

Mohon maaf pada pihak2 yg mungkin dikala hari special mereka, saya tidak memberikan apa2/terlupa. Mohon ampun maaf ye. Especially to my sister kat KMS tuh. Sorry sangat~ walaupun terlupe birthday mu..tapi u’re still in my heart. (wah2..jiwang ngan adik sendiri dalam blog plak~ IKUTSUKAAKU. Haha)

Just nak ucap thanx. Tatau nak balas dgn ape dah.

Pada yg tak bagi hadiah dh..toksah bagi hadiah sebab ape yg diharapkan hanya doa2 kalian untukku.

Wassalam

p/s: plz remind be if it's ur birthday coz i never intend to forget anyone's birthday but i've go my limitations too..thnx~

Jumaat, Julai 04, 2008

Rejab datang lagi...

Salam,

Smalam dapat sms kata "Rejab bulan Allah". Kemudian ade beberapa rakan yg masih bertanya tentang sekitar Rejab nih. So just nak link balik entry nih dengan entry yg pernah ditulis 2 tahun lepas:

http://ikutsukaaku.blogspot.com/2006/07/puasa-1-rejab.html

(thanx to Akob sbb dia yg jmpe..saya sendiri tak ingat ade penulisan tuh)

Moga amalan yg kita lakukan adalah amalan yg sahih serta diterima Allah.

Wassalam

Isnin, Jun 30, 2008

percaya pd Rasulullah

Bismillah.

Masa tgh drive smalam, IKIM pasang lagu Hijrah by Nowseeheart. Ade part lirik dia yg menyebabkan hati btul2 tersenth which is:

Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara
Tetapi mereka percaya
Hanya janji Rasulnya

Memang sangat touching le plak bile dengar lagu yg dah jarang2 dengar ni dan hayati lirik balik.
Bile terbayang balik mcm mane para sahabat Rasulullah waktu hijrah tu sanggup tinggalkan family n harta diaorg..pastu tpaksa berhijrah plak. Memang kalo nak fikirkan, macam kita la..tetibe ade one guy ni kata "ok..marilah kita keluar dari Malaysia. Tinggalkan semua harta2 dan keluarga yg ada. Bawak pakaian yg perlu je. InsyaAllah ada ganjaran pahala yg besar". Woh. Fikir 2-3 kali gakla kan nak buat ke tak?

Tapi keyakinan para sahabat ni memang mengaggumkan la. Yang kaya sanggup tinggalkan harta mereka semata2 mencintai Allah & Rasulnye.

Kita zaman skang ni? Bape ramai yg percaya pada janji Rasul kita dalam hadith2? Kadang2 kita ni pandai je kata "cinta pada Rasul"..tapi bile nak suruh buktikan..susah la pulak kan?

Sedih. Menginsafi diri.

Khamis, Jun 19, 2008

tagged plak~

#1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
Lover? Kekasih? Kekasihku Rasulullah..he won’t betray me for sure..
#2. If you can have a dream comes true, what would it be?
Travel around the world..and see Allah’s creation/miracles

Many were the Ways of Life that have passed away before you: travel through the earth, and see what was the end of those who rejected Truth. (3:137)
#3. What will your dream wedding be like?
Never dreamed of anything more than a normal one. As long as families and friends come..the more the merrier ~
#4. Are you confused as to what lies ahead of you?
Not really. Frankly speaking..i leave my future to Allah. Including my future wife and plans after graduate. Well..i have plans la..but I leave Allah to choose which one will be the best.
#5. What’s your ideal lover like?
Ideal? Yeah. My lover, Rasulullah is an ideal yet practical man.
But if this question refers to lover in opposite gender..as long as she can hold Islam (the real Islam ye..not Islam by name) till her last breath and willing to sacrifice her husband and sons to be syuhada’. Hoho. Too ideal ke?
#6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
loving someone..as stated by lot’s of hadeeths.
#7. How long do you intend to wait for someone u really love?
Wait? Tah. Do u wait for love? Have I misunderstood about love or what?
#8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
Attached here means what? Bertunang or married? Ape kejadahnye soalan ini?! Kan takleh kaco line orang. Belajar berakhlak sket..
#9. Is there anything that has made you unhappy these days ?
I don’t usually remember unhappy events. POSITIVE THINKING LA~
#10. What do you want most in life?
Maradhatillah. (ni bukan nama orang tau..)
#11. Is being tagged fun ?
Sometimes..haha..soalan ni macam dah takde question lain je..lawak2.
#12. How do you see yourself in ten years time ?
I can talk Chinese..haha..ameen2
#13. Who is the current most important person to you?
My mom a.k.a Ummy
#14. What kind of person do you think the person who tagged you is ?
unpredictable
#15. Would you rather be single & rich or married but poor?
Married but poor. Actually sejak minyak naik ni, smua orang is like being poor. Haha.
#16. If you could have any animal for a pet, what would it be ?
A fish. Sebab tenang tengok berenang dalam air. Tapi nak yg takyah nyusahkan hidup utk membersihkan tangki slalu.
#17. What is the one thing which you would prefer not to do ?
Leave this path..may Allah help me.
#18. What kind of person do u think u are ?
I think...i easily mix with people..i think la..
#19. What do you define as a bad day ?
A day where daughters being frightened or raped..fathers being thrown into prison..mothers cry for their freedom..babies shot by guns..sons killed just bcoz they throw stones. Guess where these happen?
#20. If you have to choose between love (as in boy-girl relationships) and friendship, what would it be ?
FRIENDSHIP! Ukhuwwah fits me better rite now

Personally i hate tag question related to love. As if there's no other questions to ask. Heh. Maybe i should come out with another beneficial tag for our bloggers..maybe?

Thanx nyway who tagged me. Sorry but i choose to 'die out' this tag questions here. Thanx for reading nway.

Rabu, Jun 18, 2008

Celcom..tolongla jgn jadi penipu..dosa besar!

Tah pape celcom nih. 5 jun haritu dengan yakinnya bos celcom ni cakap “Jika wujud unsur-unsur perjudian atau apa juga yang haram dalam promosi Celcom, saya akan menjadi orang pertama yang akan menentang penganjuran promosi seperti itu”.

Pastu kata celclom kata pihaknya telah membuat kajian yang menyeluruh termasuk merujuk fatwa mengenai produk telekomunikasi sebelum memutuskan untuk menganjurkan promosi yang bukan berasaskan nasib itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt
=0606&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=
dn_24.htm&arc=hive

Hari ni plak..

Peraduan '100 hari 100 kereta' haram: Jakim

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/
Wednesday/BeritaUtama/20080617234529/Article/
index_html

Nampak sangat tak reti nak buat kajian kot? Snanye byk mufti2 pn dah haramkan. Termasuk ustaz2 yg dah komen panjang lebar pasal peraduan ni. Tapi dok degil gak konon2 mufti dan ustaz2 ni salah...tak faham cara sebenar peraduan tu dibuat.

Tapi akhirnya, yg haq tetap menjadi haq dan yg batil tetap menjadi batil.

Pengajarannya: Buat kajian betul2/refer sumber syariah dengan betul2 dahulu..sblm nak memandai kuar statement. Ape jadi kalo bos macam ni..belum pape..nak selamatkan peraduan dah kuar statement akhbar yg yakin habis la tak bersalah.

Pengajaran utk kita jugak. Dalam nak mengeluarkan pape statement especially melibatkan aqidah, syariah ke..pape lah berkaitan Islam..tolongla buat refrence sumber yg sahih dlu. Nanti buat malu diri je.

Pape pun, ok gakla celcom ngaku salah dan berhentikan peraduan tu..walaupun dah bape juta pelanggan terkena penipuan celcom dan 12 orang dah menang kete camry tuh.

Haih~ pe la nasib.

me: one of celcom user gak..apesal la korang menipu ni??

Isnin, Jun 02, 2008

Sementara sempat..

1. Plans for coming weekend?
Programs..programs..dan programs.. (can't wait!)
2. Significant event for today?
My 1st day as a trainee. Heh. Dah prektikal rupanya saya nih. For 8 months~ (thanx UTP for giving us this long opportunity)
3. Favourite food?
Mcm tak muat je nak list. I prefer rice than mee.
4. Are you a TV freak?
Alhamdulillah no. Sejak masuk asrama dan Uni yg susah utk jmpe TV. Tapi skali tengok kadang2 bleh terleka gak kot. So better not.
5. Chocolates or roses?
Of kos la Choclate. Takkan nak pilih roses kot?!
6. Do you mind spending money for your loved ones?
Nop. Tapi tu depend kalo ade duit gakla kan.
7. If you were to own a car, what is it?
'A brand new-doesn't give u much problem' car..
8. Do you usually keep all your promises?
I'll try my best insyaAllah..
9. What if your boyfriend/girfriend happens to confess that he/she has fallen for someone else?
What's the definition of boyfriend/girlfriend here? Ikut tafsiran yg terus Boyfriend = kawan lelaki. If my kawan lelaki confess he has fallen for someone else..bagusla! takkan dia nak fall for me kot!? Kalau kawan perempuan, i'll ask "bile nak kawin?"
10. What do you do if you cant sleep?
Baca buku..i can read books smpi tetido..
11. How many friends do you have?
uncountable~
12. Last person you talked on the phone?
Kak MJ. Pasal duit business.
13. Two names of people you love.
1. Rasulullah..moga Allah suburkan lagi kecintaanku pada baginda
My Ummy..Queen of my heart~
14. If we open your bag, what will we find?
Bag? What bag? Laptop bag ke??
15. Your sister/brother wants to borrow your clothes. How?
How? Ask permission la..adoi. Takkan nak suruh buat surat rasmi and wait for approval within 2-3 days plak?
16. Your bestfriend falls for your boyfriend/girlfriend?
Takde soalan lain yg lebih bagus kah??
17. Are you comfortable going out with opposite gender often?
My mom & sisters are opposite genders n i love going out with them..haha!
18. Horror, romantic, comedy, action movies.which do you prefer?
Action movies & comedy.
19. If a man says u'r ugly,what would u do?
Say "Thank you for praising Allah and His creation"
20. Do you mind going for a reunion?
I'm one of the organizers kot every time? What's suppose to be my answer here~?!
21. Do you love your job?
Baru stat keje sehari..dahla supervisor MC hari ni..haha
22. Are you a type of person who always gives in?
Depends on the situation..
23. Are you a good driver?
How do u define good driver? Yg ikut undang2 jalan raya ke? Kalu ya, i'll answer NO la coz bape kali tah langgar speed limits. 110 highway..heh..
24. Last prize you won?
can't remember..
25. Do you like ballet?
NO! Not a slight interest at all..
26. Milk or coffee?
I'd prefer milk. Coffee..not good 4 ur health la..
27. Meat or vegetables?
Depends on the type n how they cook it..
28. 3 words to describe yourself.
Expert secret keeper

I dun like tagging others actually..so i won't pass this around. Thanx by the way to the person yg telah mencabar saya utk membuat survey ini.

Jumaat, Mei 30, 2008

Orang Melayu orang yg paling kuat bertaqlid dgn Imam Asy-Syafie

Berikut adlh kata2 dari Imam Asy-Syaf'ie:

"Apa sahaja perkataanku dan asas yang aku buat bercanggah dengan apa yg ada pada sunnah Rasul, maka pendapatku apa yg disebut oleh Rasulullah SAW, dan itulah perkataanku (pendapatku)"

"Telah ijma' orang Islam adalah apabila telah sampai padanya atau terang kpdnya sunnah Rasulullah SAW, tidak halal (yakni haram) baginya meninggalkan sunnah itu utk berpegang dengan perkataan sesiapa"

"Sekiranya kamu dapati dalam kitabku bercanggah dgn sunnah Rasul SAW, maka berkatalah kamu dengan sunnah Rasul dan tinggalkan apa yang aku katakan. Lalu ikutlah sunnah dan janganlah kamu berpaling kepada perkataan sesiapa pun"

"Setiap masalah yang sahih pada khabarnya Rasulullah SAW di sisi ahli hadith, bercanggah dengan apa yang aku katakan, maka aku tarik balik ia ketika hidupku dan selepas matiku"

"Setiap apa yang aku kata, dan yang datang daripada Rasulullah SAW bercanggah dengan perkataanku kerana sahihnya dari Nabi, maka hadith nabi yang sahih itu lebih utama (awla). Maka janganlah kamu bertaqlid padaku"

Sila tengok youtube di bawah utk melihat ceramahnye~-
http://www.youtube.com/watch?v=uyaf_aq7jDw&feature
=related

Petikan Ceramah "Imam Syafie dan Orang Melayu" drpd Ustaz Abdul Rashid Idris, Presiden Institut Al-Qayyim.

Sgt menarik utk didengari kerana..tajuk entry nih. Hehe. Sile dengar~

Khamis, Mei 29, 2008

Quran Saintifik..nice book

Bismillah.

Salam.


Just updating to make sure blog is updated.


Cuti ni sangat best sebab dapat abiskan buku2 yang dah tertangguh sekian lama utk membaca. Salah 1 daripadanya adalah buku Quran Saintifik by Dr Danial. Nice book.


Seriously.

Tapi bagi sesapa yg minat membaca dan minat science jela sebab banyak science terminology n takde langsung pictures.


Baru habis separuh buku snanye. Baru abis tentang Permulaan Alam Semesta n Kejadian
Manusia. Menariknye buku ini adalah dia akan bincang sesuatu isu tu menggunakan ayat Quraan, then dia akan amik rujukan2 dari sumbe saintifik, dari prof2, dari universiti2 yang menunjukkan kajian yg dilakukan adalah selari dengan ape yg Al-Quraan terangkan.

Menariknye lagi bile baca buku camni, ia akan reflect bahawa sebenarnya ilmu sains ni masih boleh berubah dan dikaji. Maknanya ape yg ade skarang ni walaupun kita jmpe ade berkaitan ngan Quraan, tapi maybe 100 years akan datang, akan lebih jelas lagi ape yg Quraan terangkan pada manusia. Buat masa nih maybe dapat rough idea jela.

Macam mufassirin dulu la kan, diaorg tafsir ikut kefahaman dan kapasiti pemahaman masa dahulu jela kan serta ilmu yg mereka ada.
Tapi bila dah masuk dunia moden ni, kadang2 kita baca ayat tuh, baru nampak ape yg ayat tu nak kata..tapi dalam masa yg sama kita kne sedar bahawa tak smua ilmu snanye kita dah jmpe dan ia selari ngan alQuraan. Sebab ilmu saintifik bleh berubah2, tapi AlQuraan itu sangat genuine dan tidak ade tokok tambah akn berlaku.

Then kita akan rasa bahawa literature dalam Quraan ni memang powerful. Semua tahu kot bende nih. Cuma bile dapat pencerahan yg lebih tentang ayat2 Quraan yg bersifat saintifik, maka kita akan lebih berpuas hati bila berjumpa dengan ayat tu next time.

Another best part of this book, ia betul2 buat kita insaf la bile membaca tentang kejadian alam dan diri sendiri.
Kita akan sedar bahawa Allah ni Maha Besar. Sbb cube kita bayangkan, (ni mungkin disentuh dalam memana program, ESQ ke..tataulah..mungkin korang pn pnah dengar). Bayangkan jela kita ni manusia..hidup di bumi Malaysia..pastu kita bayangkan dunia yg kita duduk, muka bumi yg saiznye dengan matahari besa mane la sangat kan.







So..okla..from the picture pun kita tahu apekah size kita dibandingkan dengan matahari.

Tapi Dr Danial dalam buku ni dia cakap:

"Penguasaan ilmu-ilmu mengenai alam dan kosmos menyedarkan kita mengenai keagungan Allah. Bayangkan 1 kosmos yang mempunyai 7x10^22 bintang-bintang (matahari=bintang yg terdekat). Angka ini adalah menyamai 10 kali ganda jumlah pasir yg terdapat di pantai dan gurun di dunia ini. Sebahagian bintang adalah lebih besar daripada matahari. Malah bintang-bintang yang bernama KW Sagitarii, V354 Cephei dan KY Cygni adalah 1,500 kali lebih besar daripada matahari seperti yang dinyatakan oleh Universe Today pada 11 Januari 2005".

So..imagine kita ni dimana..size kita ni besar mana kalau dibandingkan dengan objek milik Allah yang 1500 kali ganda lebih besar dari matahari??

"Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "Kepunyaan Allah". Dia telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang." Al-An'am ayat 12

Agaknye la..layak ke kita sbg manusia ni nak ingkar pada suruhan Allah dan bongkak ngan hukum Allah..sedangkan kita ni besar mana sangatla kalau nak dibandingkan dengan alam semesta dan makhluk ciptaan Allah yg bernama KW Sagitarii itu.

Yet..manusia sering angkuh tanak ikut suruhan Allah...solat buat sambil lewa, dosa pahala tak dipeduli, maksiat terus berleluasa, buat dosa seolah2 Allah tak nampak. "Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" Surah Ghafir (40) ayat 57.
Allah dah sebut bahawa manusia ni memang lalai. Manusia ni malas nak fikir penciptaan Allah yg lain2..itu yg manusia tak tahu tuh. Agaknye kalau manusia sedar tentang penciptaan diri dan alam, tak ramai rasanya akan ingkar pada Allah SWT.

Bile diri sendiri fikirkan bende ni..memang bleh rasa kerdil dan hina lantas menginsafkan diri setiap manusia yg menggunakan akal fikiran. Memang sangat benar firman Allah, "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal" Ali-Imraan ayat 190.

You judge yourselves la..

Kalau kita manusia yg rasa 'besa' & hebat sangat..silekan berbuat dosa pada Allah..

p/s: ade separuh lagi buku tak abis baca..can't wait to finish it..

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP