Memaparkan catatan dengan label turki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label turki. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 02, 2011

Türkiye (2): Gün Iki - Perşembe 9/6/2011

Salam,

Minta maaf lama tak update blog menceritakan pengembaraan di bumi Turki. Daripada penulisan lepas ke penulisan kali ini, memang tidak berupaya dan berkesempatan mencari peluang untuk update blog ini berkaitan catatan pengembaraan. Entry yg lepas pun baru dikira 10% daripada jumlah penceritaan. Whoa..perjalanan menulis masih jauh & masa sentiasa mencemburui diri.

Anyway, sambung cerita jelah. Harapnya tidak lupa..

Entry ke-2, Day 2 - Thursday 9/6/2011

Pada hari ke-2 saya di Turki, saya rasa saya telah banyak membazir masa dengan tidak ke mana-mana. Saya hanya duduk di masjid tempat saya menginap dan banyak membelek kamus baru saya itu.

Saya belajar beberapa perkataan penting untuk saya pertuturkan dan saya salin dalam henfon bagi mudah saya rujuknya (sekarang semua salinan itu dah hilang sebab baru-baru ni format phone, habis hilang semua termasuk no telefon anda sekiranya anda belum berikan no phone kepada saya)

Saya tunjukkan secara ringkas gambar2 yg saya tangkap pada hari ke-2. Memandangkan tidak ada catatan penting untuk hari ke-2 ini, saya sertakan gambar2 sebagai penerangan sahaja.


Sarapan hari ke-2 di Turki. Ada keju (dlm warna putih), timun, tomato, zaitun (biji yg hitam tu), jem appricot, roti & jus. Cukup~

Hari ke-2 kawan2 saya membawa sarapan untuk saya dengan gaya sarapan biasa di Turki. Sangat menyihatkan dan berkhasiat. Saya paling suka makan keju & zaitun. Buah zaitun di Turki yg saya selalu makan biasanya direndam dalam minyak zaitun, itu yg jadi lebih sedap tuh!

Sprt saya katekan, masa saya pada hari ke-2 tidak begitu banyak dilakukan. Saya lebih banyak duduk dalam masjid itu sahaja. Mengenangkan perkara ini, saya sedikit menyesal tetapi itu sudah lepas. Jadi tak mengapalah. Ada beberapa reason yg saya malas nak cerita di sini kenapa hari ke-2 itu saya hanya stay di masjid sahaja.


Pada sebelah malamnya pula, kawan saya bernama Yusuf mengajak makan dinner di rumahnya.

Inilah hidangan makan malam di musim panas.

Kata mereka, kalau musim panas, makanan yang dimakan adalah untuk menyejukkan badan. Kalau musim sejuk, makanan yang dimakan adalah utk memanaskan badan. Common sense. Tapi saya tak belajar lagi makanan ape yg panas & sejuk. Bukan sejuk dalam erti kata diletakkan dalam peti ais atau dibiarkan sejuk, tapi makanan itu tidak akan memanaskan badan selepas kita selesai makan. Bak kata orang Malaysia, durian itu memanaskan badan walaupun kita letak durian dalam peti ais & makannya.

Antara hidangan yang dihidangkan di atas adalah macaroni, yoghurt, sup tomato & masakan terung dengan minyak zaitun.


Makan time..

Di rumah2, arab ke..turki ke..diaorg akan makan begini. Di bawah sahaja. Di rumah Yusuf ni, mereka akan bentangkan kain, kemudian letak dulang atas sebuah meja kecil & kaki dimasukkan dalam kain utk lapik daripada tertumpah. Pada mulanya saya ingat kain itu utk diduduki atasnya, tetapi mereka mula menyelitkan kaki masing2 dalam kain tersebut. Saya pun ikutlah mereka. Bila mereka perhatikan saya, mereka berkata "ikut cara yang kamu selesa". Hehe. Terkantoi pulak nak buat gaya sama mcm diaorg..

Maka bermulalah makan malam kami. Makanan di atas dimakan dengan roti yg seperti ini:

Roti dlm bhs Turki: Ekmek

Jadi, makan roti sambil cicah kuah2 tadi. Sedappppp~~

Setelah itu, sesi minum teh pula. Teh kat turki ni yg lain daripada arab adalah dia punye teapot ada 2. Satu yg kecik. Satu yang besar. Sprt di bawah:

Yusuf sedang menuang teh utk tetamu. Teko teh ade 2. Satu yg kecik di atas, satu lagi yg besar di bawah. Keduanya boleh dicabut untuk dituang secara berasingan. Yang kecil berisi air teh yang pekat, di bawahnya yg besar itu berisi air panas. Jadi penuang teh akan tuang teh yg pekat dalam sukatan yg sikit dahulu, kemudian tuang air panas yg besar daripada bawah.


Sambil minum teh, sambil makan makanan ringan yg dihidangkan.


Antara makanan ringan adalah kacang kuda yang digoreng.
Di sebelah kiri atas digoreng bersama madu & bijian bijan. Yang bawah pula digoreng biasa. Di sebelah kanan atas digoreng dengan gula. Serbuk putih di atas itu adalah gula yang perlu diletakkan dalam teh supaya teh jadi manis ^__^


Selepas makan malam, mereka mengajak saya berjalan2 di sekitar Avcılar. Saya pun tak tahula apa purpose mereka bawa saya berjalan2 malam itu. Mungkin memikirkan saya kebosanan pada malam itu. Jadi mereka mengambil keputusan membawa saya berjalan2. Sewaktu itu jam sudah 12 malam pun. Saya layan jelah sebab tak reti apa lagi.



Semasa saya berjalan2 tu, adela nampak suasana pilihanrayanya tapi takdela terlalu dahsyat. Mereka tampal begini sahaja. Yang bendera besar ada 3 bulan sabit itu adalah bendera parti Milliyetçi Hareket Partisi (MHP). Atau dalam bahasa inggerisnya: Nationalist Movement Party. Bahasa melayu: Parti Gerakan Kebangsaan. Parti yg memperjuangkan kebangsaan turki. Semasa pilihanraya baru2 ini, mereka memenangi 53 kerusi daripada 550 kerusi parlimen. Menjadikan parti ke-3 terbesar memenangi pilihanraya selepas AKP & CHP.
Link
Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah saya terjumpa kereta Proton di Turki. Susah jugak sebenarnya nak jumpa kereta Proton sebab tak ramai yang gunakan kereta Proton di Turki.

Kereta Persona di Turki

Semasa saya jumpa kereta ini, saya beria nak tangkap gambar. Kawan saya tak faham kenapa saya nak tangkap gambar. Kemudian saya sebutkan "Proton ni kereta Malaysia". Kawan saya kata "oh...saya baru tahu". Itu menunjukkan betapa Proton ini tidak digunakan meluas di Turki. Tapi dengarnya sejak 2008 dah masuk ke Turki.

Sekian utk hari ke-2. Hari ke-3 ni akan lebih panjang sebab hari ke-3 adalah hari saya berjalan2. Hem. Harapnye boleh siapkan cepat la catatan ke Turki itu.



Jumaat, Jun 24, 2011

Türkiye (1): Gün Bir - Çarşamba 8/6/2011

Bismillah

Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana memberi peluang saya utk menjejak kaki ke bumi Istanbul. Saya rasa seronok nak berkongsi dengan kawan2 tentang Istanbul setakat 6 hari saya duduk di sana. Mungkin tidak banyak saya tahu tentang negara ini tetapi cukup membuatkan saya gembira kerana sudah menjejaki kaki ke pusat pemerintahan khilafah terakhir dalam Islam.

Saya telah membeli tiket kapal terbang ke Istanbul sejak dari Malaysia lagi semasa saya membeli tiket ke Jordan. Kerana abati kata "alang2 dah pergi Jordan tu, cuba cari negara2 yg boleh pergi jalan2" (sebab dia selalu buat mcmtu dulu rasanya). Jadi selepas saya membuat survey, saya rasa saya ingin sekali melihat negara yang penuh peninggalan sejarah di Turki. Sejarah harus dipelajari dengan melihat kesannya, bukan hanya membaca & menghafal fakta sprt method pembelajaran di sekolah.

Untuk itu saya memulakan catatan perjalanan saya ke Turki yang pertama. Catatan saya ke Jordan akan ditangguhkan sebentar sebab banyak jugak nak diceritakan di Jordan ini. Jadi saya ambil keputusan cerita tentang Istanbul dahulu yang saya pergi hanya 6 hari.


BERMULA PENGEMBARAAN KE ISTANBUL

Tajuk entry ini adalah bermaksud dlm bhs inggerisnya=

Turkey (1): Day 1 - Wednesday 8/6/2011

Sebelum saya ke Turki, hati seperti ada debaran tetapi rasa tidak sabar memulakan pengembaraan seorang diri ini. Sebelum itu saya perlu merakamkan jutaan terima kasih saya kepada rakan2 saya di Malaysia (Said Imaddudeen & Shahrul Abu Bakar) kerana telah membantu menghubungkan saya dengan rakan di Turki.

Saya telah ke Turki daripada Amman sebelum saya pulang ke Malaysia. Menaiki Royal Jordanian jam 11.20 pagi (waktu Jordan) pada hari Rabu, 8hb Jun 2011. Tiba di Turki pada jam 2.15pm (waktu Turki). Waktu Jordan & Turki sama. Tiada perubahan waktu.


Masa sampai airport, sebelah kapal terbang RJ adalah MAS. Tapi tak perasan pula orang2 Malaysia masa sampai tu.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Atatürk. Lapangan terbang ini telah dibina pada tahun 1924 (tahun khilafah jatuh) & ditukar namanya kepada nama Atatürk pada tahun 1980. Ia merupakan lapangan terbang ke 16 tersibuk di dunia dari segi penumpang antarabangsa & ke-8 tersibuk dalam eropah pada tahun 2010.

Kemudian saya keluar daripada balai ketibaan, ternampak terus kawan yang sepatutnya saya bertemu dengannya yang bernama Furkan. Kami tidak pernah bertemu sebelum ini. Hanya melalui seorang lagi kawan Turki, Yunus yang baru dikenali di Jordan hasil maklumat daripada Said Imaddudeen. Saya bertemu dengan Furkan dan memperkenalkan diri "I'm Abdullah, are you Furkan?". Dia menjawab "Yes". Saya berkomunikasi dengannya dalam bahasa inggeris kerana saya memberitahu kepada Yunus saya ingin kawan2 yang boleh berkomunikasi bahasa inggeris atau bahasa arab.

Kami menaiki LRT Istanbul sprt komuter di Malaysia daripada stesen lapangan terbang ke sebuah stesen pertukaran yang dinamakan Atakoy.

Lapangan terbang dalam bhs Turki adalah havalimanı (baca: hawalimane)


Mcm stesen kat KL Sentral pun ade..


Inilah LRTnya. Di sebelah kanan gambar adalah kawan baru saya, Furkan yang tolong bawa beg seberat 24kg daripada Jordan (semua barangan daripada Jordan kecuali buku & kamus2)

Daripada LRT, kami bertukar kenderaan awam kepada bas. Tapi bukan bas biasa. Metrobus. Metrobus ni, mcm komuter jugaklah. Tapi berbentu bas yang ada tempat jalan sendiri. Sblm ni pernah nampak perkhidmatan mcm ni di Jakarta, tapi kat Jakarta agak serabut sebab kereta pun boleh masuk ke jalan utk bas ni. Tapi di Turki semuanya dah ditutup, jadi hanya bas sahaja boleh lalu di landasannya.

Ada sebanyak 33 stesen sepanjang laluan metrobus yang panjangnya 43km dari hujung ke hujung. (lebih kurang daripada KL ke Nilai jugakla jarak 43km ni). Pada tahun 2009, dilaporkan seramai 875,000 pengguna setiap hari menaiki Metrobus ini.

Metrobus di Istanbul

Inilah dia Metrobus. Panjang mcm 2 bas. Metrobus di Istanbul menggunakan bas jenis Mercedes Capacity, Mercedes Citaro dan bas Phileas buatan Belanda. Rasanya 1 bas ni boleh muat 200 lebih penumpang (berdiri & duduk)

Ini merupakan gambar laluan masuk ke stesen Metrobus Topkapı (baca Topkape menggunakan slang bahasa melayu). Boleh lihat sendiri bas ini ada laluannya sendiri tanpa diganggu oleh mana2 kenderaan lain.

Yang seronoknya lagi di Istanbul ni, semua kenderaan awam dia hanya perlu bayar sekali semasa menaiki kenderaan tersebut. Ia tidak dibayar berdasarkan jarak perjalanan seperti di Malaysia, tapi hanya bayar sekali utk menaikinya. Cthnya Metrobus ini, sekali naik, kena bayar 1 TL (turkish lira). Jadi sangat jimatla. Bayar TL 1 kemudian naiklah sesuka hati nak jauh mana. Saya membayar menggunakan kad pelajar. Diaorg bagi pinjam kad pelajar & hanya perlu topup je. Kemudian buat gaya mcm kad "Touch N Go" je.

Kami menaiki bas ini sehingga stesen terakhir di sebelah barat Istanbul yang dipanggil Avcılar (baca: Awjelar) yang bermakna 'Pemburu'. Saya tanya pada kawan saya "ramai pemburu ke kat kawasan ni?", mereka tersenyum sahaja dan berkata "mungkin". Tapi menurut sejarah sebenar, kawasan ini pernah menjadi tempat pemburuan sultan2 semasa zaman khilafah uthmaniyyah dulu, ini dibuktikan dengan beberapa peninggalan binaan rumah pemburuan semasa zaman uthmaniyyah.

Furkan mengatakan bahawa saya akan menginap di masjid di kawasan mereka. Saya melihat2 masjid di kawasan stesen bas itu. Memang ada sebuah masjid, yang designnya macam design Masjid Sultanahmad (atau Masjid Biru). Dalam kepala saya pada waktu itu sudah mulai mengingati kembali bahawa ada yg pernah menyebut bahawa reka bentuk masjid di Istanbul (atau Turki? saya pun tak tahu..) sama sahaja, cuma mungkin design2 tertentu menjadikan mereka berbeza dan unik.

Jadi saya pun fikir saya akan tinggal di masjid tersebut.

Jalan punya jalan, rupanya bukan masjid itu. Masjid lain. Masjid di kawasan yang lebih senyap & tenteram jauh daripada jalan utama. Masjid ni bawah tanah. Furkan & teman2 baru saya yg lain di Turki ini bersolat di masjid ini. Sebuah komuniti kecil yang sangat baik & mesra. Furkan kata orang Turki sukakan pelancong...dan beliau beberapa kali mengulangi ayat itu. Heh.


Pintu masuk Masjid Cihangir di Avcılar

Oleh kerana masjid ini bawah tanah, jadi waktu siang ke..waktu malam ke...memang gelap dibawah tu. Jadi kena buka lampu sentiasa. Tapi yang sangat menariknya, saya meletakkan semua barang2 saya di masjid ini, alhamdulillah tiada apa2 berlaku. Saya bertanya pada kawan2 saya "adakah kawasan ini selamat?". Mereka menjawab "Istanbul takde tempat yg selamat..tapi sini di kawasan masjid ni insyaAllah selamat".

Saya telah menginap di bilik imam masjid ini (muda je imamnya & sangat mesra. pernah belajar arab di syria utk beberapa tahun sblm ni). Yang seronoknya saya tidak perlu mengeluarkan duit banyak2 seperti menginap di hotel apabila menginap di sini. Jimat banyak duit!

Cuaca dalam masjid, 23 darjah. Diambil pada jam 6.32pm hari yang saya tiba. Solat semasa musim panas ini memang agak extreme sikitlah waktunya. Siapa yang pernah duduk luar negara pasti mengalami situasi ini. Malah mungkin ada yg lebih dahsyat. Subuhnya 3.am, solat pula jam 4.55am, zohor 1.10pm, asar 5.08pm, maghrib 8.43pm, isya' 10.32pm. Jadi selepas isya' tu tak banyak bende boleh buat dahla kalau dah 10.30 tuh.

Setelah meletakkan barang2, kami pergi makan pula. Makanan pertama saya di Istanbul adalah döner iaitu kebab. Ianya merupakan makanan kebangsaan Turki.

Döner yang dimakan di kedai yg bajet jugakla. Sekali makan ni dalam TL2 sekali dengan Ayran. Ayran ini merupakan sebuah minuman yang biasa diminum oleh orang2 Turki bersama makanan.


Air Ayran iaitu yoghurt cair yang dicampur sedikit garam. Rasanya masih masam2. Saya ada terbaca ada orang Malaysia tidak suka meminumnya. Turki adalah penghasil ayran terbesar di dunia. Di samping negara2 lain juga meminum air bentuk begini.


Di sebelah kanan adalah Furkan, sebelah kiri adalah Abdullah.


Di Turki juga, biasanya mereka makan kebab ni dengan meletakkan sos tomato & mayonis. Ikut cita rasa la. Tapi sos cili memang takde. Kecuali serbuk cili (dlm mangkuk kecik berwarna putih itu) sahaja disediakan. Tak tahulah mereka ini suka pedas atau tidak sebab kadang2 nampak mereka letak pedas, tetapi tidak selalu. Pedas mungkin suatu bentuk makanan yang tidak berapa menyihatkan tetapi sedap.



Selepas kami makan2, saya memberitahu kawan2 saya bahawa saya memerlukan sebuah kamus kecil yang dapat saya bawa ke mana-mana. Furkan walaupun boleh bertutur dalam bahasa inggeris, namun tidak bertutur dengan fasih & ada banyak perkataan bahasa inggeris yang dia tidak ketahui. Jadi saya PERLU membeli kamus ini bagi memudahkan komunikasi antara mereka. Ini juga telah membantu saya mempelajari banyak perkataan2 turki & berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling. Saya kerap membelek kamus ini dan mencatit perkataan2 baru belajar sama ada dalam laptop ataupun dalam henfon.



Pada malam hari, saya memberitahu kawan2 bahawa saya lapar dan ingin makan. Mereka membawa saya ke sebuah kedai ini. Makan çiğköfte, yang bermaksud köfte yang tidak dimasak. Köfte pula adalah seperti daging yang ditambah2 ramuan di dalamnya. Hem..tak reti nak terangkan pulak. Boleh klik je link pada perkataannya kalau nk tahu lebih lanjut.


Ini kawan2 saya di Turki. Daripada kanan adalah Furkan (boleh berbahasa inggeris sikit2), Yusuf (boleh berbahasa arab sikit2) & Abdullah (boleh berbahasa turki..hehe..jadi saya perlu tahu juga bahasa turki utk berkomunikasi dgn mereka). Mereka ini antara muslim yang memahami islam dengan baik di Turki ini. Adik beradik perempuan mereka yang sudah dewasa & ibu mereka memakai niqab.


Makan çiğköfte dan ayran.


Ayran lagi..kali ni lebih besar daripada tadi.

Kawan2 saya berkata orang Turki makan sambil minum. Makan..minum..makan..minum. Mereka hairan melihat saya makan sahaja kemudian di akhir baru minum. Jadi mereka tanya kepada saya "memang biasa makan kemudian minum ke?", saya menjawab "ha'a..makan dulu baru minum". Kemudian mereka berkata "kami di sini minum dan makan dalam masa yang sama". Saya pun berkata kepada mereka "tak bagus utk kesihatan..nanti cepat kenyang pulak tu". Tapi mereka tetap kata "sedap kalau diminum sekali dengan makan..makan2..minum..cubalah!". Saya memang cuba la juga..tapi masih tidak dapat menangkap..buat masa ini..(sampai 1 hari saya tahu juga sebabnya, akan diceritakan dalam entry kemudian)


Selepas makan2, mereka cadangkan pergi ke kedai beli makanan tambahan (snack). Jadi saya ambil kesempatan tangkap gambar di kedai runcit di situ. Mereka selalu meletakkan telur2 dalam tempat begini..mcm baru keluar dari ladang pula. Saya pun tak tahu sebabnya. Tak tanya pulak. Tapi kawan saya bertanya pada saya "cantik kan?" Hem..


Juga makanan2 ruji mereka seperti zaitun, keju keras, keju utk disapu, dan pelbagai lagi jenis keju.

Setelah itu, saya kembali ke masjid tempat saya menginap dan kawan2 saya menginap bersama saya untuk hari yang pertama ini.

Bersambung dalam entry seterusnya.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP