Memaparkan catatan dengan label karisma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karisma. Papar semua catatan

Rabu, Januari 19, 2011

Terima kasih semua..

Bismillah.

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana telah melapangkan diri ini. Terasa terlalu lama tidak menulis apa-apa dalam blog ini. Apetah lagi singgah ke blog-blog rakan-rakan yg lain. Apa pun, saya masih cuba mengunjungi blog-blog yg saya simpan di sebelah kanan page ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih sebenarnya kepada semua yg telah membantu saya secara langsung mahupun tidak sepanjang saya berada dalam kepimpinan KARISMA Nasional. Ianya merupakan suatu pengalaman yg amat berharga buat saya. Semoga saya dapat memanfaatkannya di masa akan datang.

Khasnya kepada barisan KNL 2010 & seluruh warga KARISMA, terima kasih kerana memberikan diri ini kepercayaan utk memimpin kalian. Diharap kesilapan saya sepanjang memimpin kalian dimaafkan oleh kalian semua serta diampun oleh Allah.

Kepada barisan kepimpinan baru KNL 2011 yang dipimpin oleh Saudara Khairul Fadhli b Ismail & saudari Nur Idayu bt Abd Rahman, semoga Allah memberikan kalian semua taufiq & hidayah utk memimpin barisan mahasiswa di era yang bersejarah ini. Uruskan transisi yang sedang berlaku dengan baik, semoga kekuatan luar biasa akan bersama kalian semua dalam melaksanakan amanah pada tahun ini.

Sedikit gambar dikongsikan bersama:



Kepada semua yg sentiasa mendoakan, memberi tunjuk ajar, memarahi, menegur, mengkritik, menasihati..TERIMA KASIH banyak-banyak. Saya tak mampu nak menyebut semua nama dalam ruangan ini. Diharapkan terus mendoakan saya di masa akan datang.

Kepada yg ingin mendapatkan sedikit sebanyak preview Ucapan Dasar terakhir saya, boleh lah melayari: http://ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=113:karisma-sedia-berubah-namun-kesatuan-diutamakan&catid=3:terkini&Itemid=65

Semoga kita semua terus thabat & istiqamah dalam perjuangan!

La tansani fi du'aikum!!

InsyaAllah akan berazam utk lebih update blog ini selepas ini..

Wassalam


Sabtu, November 20, 2010

Siswa Dot Com: Kelab malam melalui ETP rencatkan imej negara

Salam,

Tersangat lama lah tak update blog ini. Daripada bulan Mei! Aduh. Maybe i'm not into blogging anymore..tapi takpela. Update jugakla kali ini.

One of my writings keluar dalam ruangan Varsiti, Berita Harian baru2 ini mengenai ETP. Boleh baca seterusnya di bawah:

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Siswa Dot Com: Kelab malam melalui ETP rencatkan imej negara


2010/11/19

KELAB malam boleh memberi kesan sosial dan punca kerosakan imej negara.
USAHA kerajaan melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai strategi meningkatkan pendapatan negara ialah usaha yang amat progresif. Di samping itu, pertambahan peluang pekerjaan antara kesan baik yang bakal dinikmati oleh rakyat apabila projek ini menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru menjelang 2020.

Namun, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) melahirkan rasa bimbang terhadap usaha transformasi ekonomi melalui industri pelancongan. EPP Ke-8 dalam Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) Pelancongan menyasarkan penubuhan enam kelab malam baru yang bakal menampung 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Menjelang 2014, disasarkan sekurang-kurangnya 10 kelab malam akan beroperasi di zon hiburan baru hasil daripada projek ini.

Meskipun RM0.7 billion pendapatan negara kasar (GNI) akan diperoleh dan 5,600 peluang pekerjaan akan ditawarkan menjelang 2020, ia dilihat suatu yang bertentangan dengan cita-cita Wawasan 2020 yang ingin menjadikan Malaysia maju dengan gaya dan acuan tersendiri. Sebagai negara Islam dan majoriti rakyat beragama Islam, usaha menambahkan lagi pusat hiburan ini tidak dilihat selari dengan amalan dan nilai budaya negara ini.

KARISMA menggesa agar kerajaan melihat dengan teliti kesan sosial yang akan berlaku apabila pusat hiburan sebegitu ditambah. Dari sudut ekonomi ia mungkin menguntungkan negara, tetapi dari sudut sosial, tiada yang dapat menafikan bahawa kebejatan sosial juga pasti bertambah. Suasana hiburan melampau hari ini dan kesannya pada masyarakat seharusnya sudah cukup membimbangkan kita semua apabila kes rempit, rogol, dadah, ragut, samun, perkosa dan lain-lain tidak menunjukkan penurunan.

Amat menghairankan apabila pemimpin negara hanya memandang proses transformasi ini dari sudut pendapatan negara saja walhal menutup sebelah mata terhadap kesan sampingan yang bakal terjadi. Alasan menarik pelancong asing melalui pembinaan kelab malam adalah suatu alasan yang tidak kukuh serta bakal merosakkan negara.

KARISMA mendesak agar kerajaan membuktikan sumbangan langsung kepada pembangunan negara yang diperoleh daripada pembukaan kelab malam selain dari sudut ekonomi dan peluang pekerjaan.

Pelbagai industri yang bertentangan dengan nilai moral dan agama juga mendapat keuntungan hasil pembukaan zon hiburan dan kelab malam ini. Antaranya industri arak dan pelacuran sehingga akhirnya membawa kesan jangka panjang yang lebih parah seperti perzinaan, pembuangan bayi, penggunaan dadah serta kerosakan akhlak lain.
Selama ini kerajaan berusaha bersungguh-sungguh membendung budaya negatif ini, namun ruang yang disediakan cukup luas untuk masalah itu berkembang. Siapakah yang dapat menjamin bahawa pembukaan zon hiburan baru dan pertambahan kelab malam ini akan menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang lebih berakhlak mulia?

Lebih baik sekiranya wang ringgit untuk zon hiburan dan kelab malam ini dilaburkan kepada ruang yang lebih sihat seperti memajukan lokasi yang melambangkan budaya Malaysia bersesuaian dengan tuntutan agama. Nilai positif dan berakhlak harus diterapkan dalam memajukan sektor pelancongan Malaysia sesuai dengan budaya Timur yang telah sekian lama diamalkan.

Pendekatan holistik dan bersepadu juga harus dilaksanakan oleh kerajaan dalam membina negara yang maju baik aspek material mahupun moral masyarakat. Seharusnya pemimpin negara mengaplikasian ayat al-Quran dalam Surah Saba’ ayat ke-15 yang menyebut ‘Negara yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun”. Kita mahukan negara yang baik di sisi Allah yang akhirnya memberikan keampunan buat rakyatnya. Hanya dengan keredaan Tuhan saja akan menjadikan negara ini sentiasa sejahtera dan makmur.

PRESIDEN
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA-JIM)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SiswaDotCom_KelabmalammelaluiETPrencatkanimejnegara/Article/index

Sabtu, Mei 02, 2009

Genap 10 Tahun. Terima Kasih semua!



Salam,

Pada hari ini, 2 Mei 2009, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) telah genap 10 tahun.

Doa saya agar Allah terus teguhkan hati-hati kami semua utk taat pada perintahNya, memberikan kami kekuatan utk terus melakukan kerja-kerja pengislahan. Semoga segala amalan selama ini diberkati dan diredhai. Segala kekhilafan, moga Allah ampuni.

Buat alumni2 dan mantan2, terima kasih atas tunjuk ajar dan pengorbanan kalian dalam menyusuri jalan-jalan diwaktu kalian berjuang. Semoga terus menyumbang walau dimana kalian berada.

Buat pakcik makcik, abang kakak, ustaz ustazah dalam JIM dan rakan-rakan, terima kasih atas nasihat, bimbingan, dorongan, sokongan dan sumbangan kalian. Ucapan terima kasih khas utk team JIM IPT Pusat & seluruh Malaysia atas kesabaran kalian menempuh mehnah bersama kami.

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, terutamanya PEMBINA, GAMIS, PKPIM, TERAS kampus, GPMS, APIS, DEMA, Saff-Perdaus, KAMMI, MSM, MISG, AUSIS, AMIR, dan lain-lain yg tidak disebut, terima kasih atas penerimaan kalian terhadap kami. Semoga kita sentiasa menjalinkan hubungan yang erat dan terus melakukan pembaikan walau dimana kita berada, walau bumi mana kita pijak. Sesungguhnya tenaga muda seperti kita semua diperlukan untuk masa depan yg lebih gemilang!

Terima kasih lagi sekali!

Wassalam

Sabtu, April 18, 2009

Ziarah Mahabbah ke Kedah, Penang & Perak

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur pada Allah baru-baru ni diberi kesempatan utk ziarah 3 negeri dalam 1 hari setengah. Perjalanan telah mengambil jarak dalam 500km++ (ikut meter kereta akh Hafiz Kassim - mula dari Butterworth kot ye?). Ini merupakan siri kunjungan mahabbah TPSM KARISMA ke negeri-negeri utk memperkasakan lagi misi dan visi kita dalam RF1 insyaAllah.

Di kesempatan ini ana ingin mengucapkan jazakumullahukhayran kathira kepada semua ikhwah akhawat di ketiga-tiga negeri tersebut kerana menerima kunjungan kami terutamanya JK TPSM. Semoga perkongsian, pengalaman dan pertukaran idea dijadikan input-input yang baik utk bersama begerak dalam jalan ini.

Blog K-Kedah
Blog K-Perak
Blog K-P.Pinang?? On the way insyaAllah =)

Wassalam

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP