Rabu, Februari 27, 2008

Youtube of the day..enjoy~



Jumaat, Februari 22, 2008

Perangai lelaki

Bismillah..

Status of the day:



I couldn't agree more...

It's true..well..nearly 80% true kot walaupun lelaki ni ade perempuan, dia nak cuba nasib kat pompuan lain. Konon2 nak tengok dia ni hebat ke tak ngorat pompuan lain plak.

Ni bukan kepada lelaki yg berkahwin ye. Laki dah kawin ni cerita lain plak (kne kaitkan ngan poligami..tu satu hal lain). Laki dah kawin pun takleh memandai2 ngorat perempuan lain kalau nak kawin extra sekalipun. Got to do the HALAL WAY.

Ni entry khusus tuk laki yg tak kawin lagi..yg suke kapel2 tu..yg suke nak perdaya perempuan utk memuaskan nafsu tuh..ha..ni status utk korang la nih.



Jgn nk tipu la status ni tak betul. Tak betul tu applies to....ade la certain2 people dari kalangan orang yg nak kapel tuh. Tapi majoriti nyer ade dalam kelompok yg mencuba nasib mengorat perempuan lain selain yg dia dah bejaya mengorat. Kata mudahnya.. 'tak setia' la.

Ape2 pun, kaum perempuan sila lah jgn terpedaya dengan ayat2 manis seorang lelaki keran
a boleh jadi dia seorang yg penipu je. Fokus utama lelaki adalah mendapatkan ape yg dia mahu..dan tentunya perempuan tahu ape yg seorang lelaki mahukan? So takpayah bertindak bodoh merelakan diri utk diCAIRkan oleh seorang lelaki. Tapi kalau nak jadi bodoh jugak terpulang~...jgn nnt bile dah dirogol atau dh pregnant baru nak nangis ye.

Dan pada kaum lelaki..hentikanla perbuatan yg tak berfaedah anda mencari ramai perempuan yg konon2 tergila2kan anda. Anda tahu tak bahawa anda seorang lelaki yg tak berguna..hidup utk mencari perempuan semata2...hina btul anda memilih perhiasan dunia yg sementara semata2.



Kaum perempuan, 'batu'kan hati anda (buat muke stone je) ketika mana seorang lelaki mengayat anda dalam attempt utk mencairkan hati anda. Selagi tak bersedia nak kawin, jgn nak mudah mencairkan hati anda kerana sepatutnya hati anda hanya utk seorang lelaki yg ade title SUAMI sahaja!

Kaum lelaki, hentikan perbuatan bodoh anda ketika tiap kali perempuan yg cantik dan comel lalu didepan anda..anda mula meronta2 dan menjerit bagaikan beruk gila menyebut "fuh..lawa giler awek tuh!!"..."arghhH! cunnyerr!!!".

Wahai perempuan, ape perasaan anda ketika mendengar seorang lelaki berkata begitu? adakah anda bangga atau menyampah? Kalau anda menyampah, itu tanda yg positive. Jika anda bangga..maka ketahuilah bahawa lelaki2 yg meronta bagai beruk ini hanyalah mahukan kecantikan fizikal anda semata2..nak body korang jela pendek cerita. So why sacrifice urself for useless people like them?!!

BERFIKIR SIKIT (banyak actually) WAHAI MANUSIA!!!


Khamis, Februari 21, 2008

AUKU & UiTM?




Sila perhatikan baik2 statement AUKU ini:


AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 (AKTA 30)
Cabutan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30)

15. Prohibition on a student or a students' organization, body or group associating with societies, etc., except as provided under the Constitution or approved by the Vice-Chancellor.
(1) No person, while he is a student of the University, shall be a member of, or shall in any manner associate with, any society, political party, trade union or any other organization, body or group of persons whatsoever, whether or not it is established under any law, whether it is in the University or outside the University, and whether it is in Malaysia or outside Malaysia, except as many be provided by or under the Constitution, or except as many be approved in advance in writing by the Vice-Chancellor.
(2) No organization, body or group of students of the University, whether established by, under or in accordance with the Constitution, or otherwise, shall have any affiliation, association or other dealing whatsoever with any society, political party, trade union or any other organization, body or group of persons whatsoever, whether or not it is established under any law, whether it is in the University or outside the University, and whether or not it is in Malaysia or outside Malaysia, except as many be provided by or under the Constitution, or except as many be approved in advance in writing by the Vice-Chancellor.
(3) No person, while he is a student of the University, shall express or do anything which many be construed as expressing support, sympathy or opposition to any political party or trade union or as expressing support or sympathy with any unlawful organization, body or group of persons.
(4) No organization, body or group of students of the University which is established by, under or in accordance with the Constitution, or any other organization, body or group of students of the University, shall express or do anything which may be construed as expressing support, sympathy or opposition to any political party or trade union or as expressing support or sympathy with any unlawful organization, body or group of persons.
(5) Any person who contravenes or fails to comply with the provisions of subsection (1), (2), (3) or (4) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both such fine and imprisonment.

Dan mari kita tengok laporan harakah di bawah plak: "Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah turun ke Universiti Teknologi Mara, Shah Alam sebagai strategi awal kempen BN untuk meminta para mahasiswa Kelantan mengundi BN bagi mengalahkan PAS yang telah bertakhta di negeri itu selama 18 tahun pada pilihan raya nanti.

Program dengan kerjasama Gerakan Pemuda Umno Kelantan itu diadakan pada 18 Februari lalu di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam, mensasarkan anak-anak Kelantan di Lembah Klang dengan mengumpulkan mahasiswa Kelantan daripada lima buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT), iaitu Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan, Universiti Pendidikan sultan Idris, Universiti Sains Islam Malaysia dan UiTM sendiri."

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_con
tent&task=view&id=12526&Itemid=28

Ini bukan nak bagi sentimen politik ke ape...tapi cuba la berfikir..orang yg merangka undang2 ini..adalah orang2 yg sama gak ke buat kempen2 tuh? Pelik2. Gaknye pasni orang yg hadir program tu adalah guilty? Hem. Kawan2 law, bagi komen sket. Tak reti term2 law nih.

Wassalam~

Selasa, Februari 12, 2008

Valentine & Zina


Kes remaja hamil luar nikah meningkat selepas Valentine’s Day

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Kes remaja hamil luar nikah di negara ini sering menunjukkan peningkatan setiap kali selepas sambutan Hari Memperingati Kekasih yang disambut pada 14 Februari setiap tahun.

Gejala itu jika dibiarkan berlarutan dibimbangi akan menyumbang kepada meningkatnya kes pembuangan bayi di negara ini.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof berkata, berdasarkan kepada kes yang dikendalikannya, jumlah remaja hamil yang dirujuk ke pusat itu pada akhir Februari dan awal Mac biasa meningkatnya.

Katanya, dalam tempoh itu pusatnya yang menempatkan remaja-remaja yang bermasalah menerima purata 40 hingga 45 remaja hamil.

‘‘Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day.

‘‘Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar ‘terlanjur’ lalu hamil,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Justeru, katanya, Kewaja menyarankan supaya sambutan hari tersebut diawasi dan sewajarnya oleh semua pihak terutama ibu bapa dan tidak dijadikan amalan di kalangan remaja khususnya yang beragama Islam.

‘‘Islam tidak menggalakkan sambutan seperti itu kerana hari tersebut bukan sahaja mengagungkan budaya Barat malah mempunyai banyak pengaruh sosial yang tidak baik,’’ katanya.

Dalam hal itu, beliau berpendapat kempen kesedaran harus dijalankan sepanjang tahun bagi meningkatkan kesedaran remaja terutamanya terhadap bahaya pergaulan bebas.

‘‘Kempen yang berterusan akan membantu untuk membendung gejala tidak sihat ini,’’ katanya.

Kemaja yang ditubuhkan pada tahun 1988 membimbing wanita serta remaja bermasalah terutama yang mengandung di luar nikah menggunakan elemen Islam Hadhari.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0210&pub=
utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive

___________________________________________________________________

Agak2la kan..Valentine's Day ni elok ke tak snanye?

p/s: Kalau nak pusat bimbingan wanita yang menggunakan elemen Islam SEBENAR, boleh ke Raudhatus Sakinah ye~

Ahad, Februari 10, 2008

Abati dalam Majalah i Feb08


Heh..takde keje. Malas nak buat entry..bubuh ni jelah. Sile la beli ye.

Rabu, Januari 23, 2008

Antara Pelajar & Hamba

Soalan 1: Adakah anda sebagai pelajar, layak skor dalam exam tapi dalam masa yang sama anda mengabaikan tips yang diberikan oleh lecturer anda walhal anda tahu tips dari lecturer tersebut memang benar???

Soalan 1, rasanya ramai akan jawab TIDAK LAYAK...kerana memang rata2 akan ikut je tips2 exam yg lecturer bagi..especially kalau lecturer kata "ok..ni subtopik yg masuk exam..".

Soalan 2: Adakah anda sebagai hamba, layak ke syurga di akhirat kelak tapi dalam masa yang sama anda mengabaikan suruhan & larangan yg ditetapkan oleh Tuhan anda dalam Al-Quraan walhal anda tahu Al-Quraan dari Tuhan tersebut memang benar???


Tapi soalan 2, jawapannya...of kosla kita dah tahu kan??..tapi ramai lagi masih buat tak tahu dengan kenyataan ini. Stuju?

Isnin, Januari 21, 2008

Merdeka tapi tak merdeka.

Bismillah..

Assalamualaikum..

Terbaca ummiroses pnye blog yg bertajuk: Dah Jadi Opah.
Rupa2nya waktu kita sambut merdeka pada 31 Ogos itulah rekod dicatatkan remaja banyak berzina sampai mengandung sebab menurut kata ummi, musim merdeka la remaja akan banyak datang ke Raudhatus Sakinah.


So agak2 ape erti merdeka pada mereka sebenarnya? Merdeka dari kongkongan mak ayah yg menyebabkan mereka boleh bertindak dengan 'merdeka'nya utk menggadai maruah dan melanggar hukum Allah? Tak sedar diri badan tu milik Allah..tapi menggatal tak ingat diri akan kembali pada Allah.



Semua ada nafsu dalam dunia ni. Tapi kalau tak reti nak kawal nafsu. Binasa la. Bukan setakat masa depan.. kalau tak reti taubat, binasa hingga ke akhirnya.

Ayuh kita bangkit dari lena kita..ape usaha kita sebenarnya nak merubah masyarakat yg hanya faham merdeka tubuh..tak merdeka akal dan jiwa? Keseronokan, nafsu dan kepuasan yg menjadi agenda utama dalam kemerdekaan. Tu ke kemerdekaan rakyat Malaysia?! Cmana tah nak capai 2020 kalau perangai camni. Lagi2 bangsa melayu nih.

Innalillah wa inna ilaihi rajiuun..

Cara yg tepat dan ideal utk merubah keadaan ini adalah dengan mengembalikan Islam di muka bumi ini..

Khamis, Januari 10, 2008

Tudung




I'll keep this short.


Perempuan yg tak bertudung..selalunya akan bertudung dalam situasi berikut:

1. Ade kematian..kena pegi kubur
2. Ade kenduri tahlil
3. Solat raya
4. Kelas agama
5. Sekolah yg kena pakai tudung..
6. Bila botak..(that depends la kot..nak pakai wig or tudung)

Added by readers:
7. bila gi mahkamah syari'ah (cik tim)

But overall..the above (except yg botak tu) tu are real rite? Tak rasa hipokrit ker ek? Ikut suruhan Allah pada waktu2 tertentu je. Ade orang kata "at least ade niat nak pakai". Heh. Hukum Islam yg wajib tak pnah plak dengar ade toleransi. Camtu sehari..solat jela 2 rakaat. Pastu kata "at least solat". Or nak lebih sensitif..minum botol arak 1 teguk. Pastu ckp "at least tak minum 1 botol". Btul tak??

Selasa, Januari 08, 2008

Fikir2kan..




Fikir

Munsyid : Ar Raid

Renungi diri itu dalam cermin tafakur
Bukankah tuhan itu Maha Sempurna
Insafi diri itu dengan bersyukur
Tanpa rahmat-Nya kita tiada

Siapa kita untuk menderhaka?
Sedangkan kita tiada saham untuknya
Siapa kita untuk terus kufur?
Sedangkan Tuhan murah nikmat-Nya

Namun masih ada yang leka
Seakan mencabar Yang Maha Kuasa
Tidakkah kita gerun neraka?
Azabnya tak tertanggung oleh kita yang lemah
Betapa beruntung orang yang bertaqwa

Mari bersama mengenal diri
Supaya dapat menginsafi
Menjadi hamba yang berperibadi
Mudah mudahan selamat di titian sirat
Buat mereka yang mahu berfikir

Selasa, Disember 18, 2007

Eid Al-Adha yang disambut hambar

Sedih snanye tengok raya eidul adha kita yang tak disambut semeriah eidul fitri.

Haritu dalam IKIM pun ada sentuh tentang isu nih dimana panel dalam radio tu kata eidul fitri disambut lebih meriah kerana budaya dan adat yang telah lama ade kat tanah air kita nih. Tambah plak waktu eidul fitri la nak ade baju baru, artis2 nyanyi lagu raya, kuih2 raya, duit raya, takde ziarah menziarahi.


Artis memeriahkan raya puasa

Suasana eidul adha ni terasa awal pagi jela...pastu ade qurban sket..pastu kalo hari2 tasyriq takde qurban..suasana kembali macam biasa. Lain plak kalo eidul fitri..sampai sebulan nak sambut..open house sini sana..jamuan raya sini sana.



Fenomena Ramadhan & Raya Puasa


Maybe sebab ade Ramadhan kot. Bila ade Ramadhan tuh, terasa cam susah payah menahan lapar..rindu pada makan dan suasana 'buat maksiat'..tu yang bila dah eid je..mula la TV tunjuk macam2 budaya hiburan di waktu eid. Masa ramadhan..pandai la tahan diri daripada buat dosa..tapi bila dah habis ramadhan..stat la keje 'syaiton2' tuh. Ini kot sebabnya eidul fitri disambut lebih meriah..sbb ade artis..ade hiburan...ade macam2 lagi keseronokkan hawa nafsu. Walhal ruh dalam eidul fitri itu adalah kegembiraan & kesyukuran kembalinya kita kepada fitrah setelah menyucikan diri dalam bulan puasa.


Raya Haji Malaysia

Ape yang berlaku kat Malaysia menurut pandangan aku yg kerdil ini...dan aku rasa ramai gakla pun yg tahu, bahawa sambutan kat negara kita ni tak semeriah sambutan di negara timur tengah. Tataula negara2 Islam yang lain..terutamanya negara2 yg susah, mungkin mereka juga menyambutnya dengan meriah sebab bukan slalu ade qurban2 camtu. Tp khususnya kat timur tengah la kan? . Tapii..haha..byk tapi btol. Dengar2 kat Kelantan & Terengganu sambutannya meriah (tak pnah pegi lagi waktu eidul adha). Mungkin ada reason tersendiri kenapa boleh meriah kat situ je..tapi tak seluruh Malaysia? Bukan ke Malaysia ni "negara Islam"????



Ape2 pn, aku sebagai rakyat yg duduk kat KL ni pun boleh tahula sambutannya cmana. Tu tak termasuk media2 & tempat2 awam lagi. Kalau raya qurban ni..tatau nak hias ape..tatau nak kuar lagu ape..tatau nak buat promosi ape. Penah ke dengar kedai2 shopping mall buat promosi "potongan harga sempena hari raya qurban!~". PRoduk2 Islam mungkin la ade kot..tapi secara umumnye memang susah gle nk jmpe. Walaubagaimanapun, rakyat Muslim Malaysia tetap ada sesi menumbangkan lembu, kambing dan unta di tempat masing2. Cumanya dari segi sambutannya tuh..memang dilihat tak begitu meriah. Mungkin ini lah hasil pemikiran orang Islam sendiri tatau dari mana..(tak kaji lagi) yang telah menerapkan nilai2 bahawa eidul fitri la lebih hebat daripada raya qurban.


Nilai pengorbanan dan taqwa


Jom perhatikan firman Allah dalam surah Al-Haj (ayat 36-37) ini:

"Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (22:36)

"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik." (22:37)

Ini menunjukkan bahawa ruh dalam eidul adha ini adalah ketaqwaan dan pengorbanan. Kaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim & anaknya, maka kita akan lihat ape asal usul ibadah kita nih.

Sebab tu kot ramai manusia di Malaysia nih tak menyambutnya dengan meriah. Hikmah disebalik ibadah tu sendiri pun tak difahami dengan sebenar. Mungkin jugak ade yg menyembelih dengan sbb adat. Da tiap tahun camtu, tahun ni pun buat gakla. Glamor ape jadi penyembelih tuh. Ramai je orang sekeliling tengok. Tapi kalau silap potong pn naya gak.

Ape2 pun sebagai seorang yg Islam...mehla sama2 kita renungkan apa yang Allah nak disebalik eidul adha nih. Adekah Dia nak kita makan daging byk2, atau nak kita pergi ke surau2 dan masjid utk tengok lembu ditumbangkan? Atau ada lebih dari itu yang kita perlu hayati dan renungkan.

Fikirkan2..

p/s: teringat raya tahun lepas sambut kat johor..masa tengah tolong mangsa banjir...huhu

Sabtu, Disember 15, 2007

Not in the mood yet

Salam..

Still dunno what to write. A few days back ade nak attempt tulis samting dalam blog nih..but it failed due to technical problems..not emotional problems. So bile dah jadi camtu rasa cam malas nak type balik plak. Anyway, looking fwd to write something again insyaAllah. During academic week..banyak je plak idea nak type kononnya. Tapi bila dah cuti n free nih...rasa malas pulak. Pelik btul.

Right now tengah menghabiskan buku2 yang tertunggak2 utk menghabiskannya. Setiap kali pegi MPH mesti terasa "aahh..aku ni banyak lagi buku tak abis baca..dah menggatal nak cari buku lain..pegi habiskan buku2 lama dulu!". Bila fikir camtu..tpaksa la habiskan jugak buku2 yang ade nih. Tadi baru finish buku pasal profile2 ringkas Mursyidul Am Ikh*wan alMuslimin. Best gak baca buku tuh.

Nway, teruskan bermujahadah everyone. Istiqamah 'ala amrillah. Bersama berusaha!

Wassalam

Khamis, November 01, 2007

Fenomena tarawih semasa Ramadhan

Fenomena bulan Ramadhan



Malam Ke-4 Ramadhan (1/3 awal Ramadhan)



Malam ke-11 Ramadhan (1/3 pertengahan Ramadhan)




Malam 27 Ramadhan (1/3 akhir Ramadhan)

Tak tahu la...mungkin semua dah malas nak turun, atau semua dah sibuk dengan hal duniawi sprt membuat kuih raya (tapi takkan kat UTP hampir separuh lelaki yg datang tarawih awal ramadhan nak buat kuih raya pada akhir ramadhan kot??)

Tapi ini memang fenomena yang biasa dilihat di mana2. Bersemangat di awal Ramadhan je.

Selasa, September 04, 2007

Hadith Dhaif & Maudhu berkaitan Ramadhan

Seringkali ramai para ustaz, penceramah membawa hadith-hadith ini sedangkan ianya bukan hadith dan tidak boleh dinisbahkan kepada rasulullah.

Antaranya yang boleh kita dapati ialah seperti berikut :

Pertama

“Kalaulah seseorang itu mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan itu nescaya mereka akan mengharap bahawa sepanjang tahun itu seluruhnya ialah Ramadhan sahaja…”

Hukumnya ialah hadith Palsu, hadith di atas diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1886 dan Ibn Jauzi meletakkan hadith ini dalam kitab Al-Maudhu’at m/s 188-189 Jilid 2 dan Abu ya’la dalam Musnadnya.

Diriwayatkan hadith di atas daripada Jarir ibn Ayub dari Sya’bi dari Nafi’ bin burdah dari Abi Mas’ud al-ghifari.

Hadith ini palsu dan disebut oleh Ibn Hajar ra (Lihat Lisan Mizan m/s 101 Jilid 2) bahawa ianya (Jarir ibn Ayub) ialah seorang dhaif dan juga disebut oleh Abu Nu’aim bahawa dianya pereka hadith dan berkata Bukhari dirinya ialah Mungkar hadith dan berkata Nasaie dirinya ialah matruk (ditinggalkan hadithnya).

Kedua

“Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu sebuah bulan yang agung, bulan yang padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan dan Allah menjadikan puasa padanya suatu yang fardhu dan mendirikan malamnya sebagai sunat dituntut dan barangsiapa yang mengerjakan sunat pada bulan tersebut maka ganjarannya sama seperti mengerjakan amalan fardhu …
dan itulah bulan yang awalnya ialah rahmat dan pertengahannya ialah pengampunan dan pengakhirannya ialah pembebasan dari api neraka”


Hukum hadith ini ialah dhaif, hadith ini sangat panjang dan diringkaskan sekadar mendapat pemahaman. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1887 dari riwayat Ali ibn Yazid dari Said ibn Musaiyib dari Salman.

Hadith ini dhaif kerana Ali Ibn Yazid itu dhaif dan tidak dikehendaki hadithnya seperti kata Ibn Saad dan berkata Ahmad ibn hambal ra dirinya bukanlah kuat, dan ibn Ma’in mengatakan dhaif dan demikian oleh ibn Khuzaimah sendiri mengatakan dirinya lemah ingatan dan tidak dikehendaki hadithnya juga oleh Ibn Abi Hatim dari bapanya dalam Ilal Abi Hatim m/s 249 Jilid 1 bahawa ini ialah hadith mungkar.


Ketiga

“Berpuasalah kamu maka nescaya kamu sihat”

Hukum hadith ini ialah dhaif, ianya ialah potongan hadith dari apa yang diriwayatkan ibn adi dalam Al-Ka’mil no. 2521 Jilid 7 dari Nahsyal dari dha’hak dari ibn Abbas ra.

Nahsyal ialah matruk hadithnya (tidak diterima) kerana berdusta dan Dhahak pula tida pernah mendengar hadith dari Ibn Abbas ra.

Diriwayatkan juga oleh Tibrani dalam Al-Aushat, Abu Nu’aim dari riwayat lain iaitu dari Muhammad ibn Sulaiman ibn Abi Daud dari Zuhair ibn Muhammad dari Suhail ibn Abi Soleh dari Abu Hurairah ra.

Sanad ini dhaif dan hadithnya mungkar.

Keempat

“Barangsiapa yang berbuka sehari dalam bulan Ramadhan tanpa uzur dan tanpa sakit maka tidak tergantilah puasanya sepanjang masa sekalipun ianya berpuasa”

Hukum hadith ini ialah dhaif dan ianya terdapat dalam sahih Bukhari secara tergantung tanpa sanad. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah ra dalam sahihnya no. 1987 dan Tirmidzi no. 723 dan Abu Daud no. 2397 dan Ibn Majah no. 1672 dan Nasaie , Baihaqi dan Ibn hajar dari jalan Abi Muthawis dari bapanya dari Abu Hurairah ra.

Permasalahan hadith ini mengandungi kegoncangan, keraguan dan kejahilan perawi bernama Abu Muthaiws ini dan keraguan mengenai benarkah mendengar bapanya dari Abu Hurairah.

Berkata Ibn Khuzaimah ra, sekiranya benar khabar ini maka aku sendiri tidak mengetahui siapakah dia ini dan bapanya.


Kelima


”Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan di mana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnya sebagai fardu dan qiyamul lail sebagai ibadah”

Status: Dhaif. rujuk al-Ilal 1/249. Silsilah al-Dhaifah - no. 871


Keenam


"Orang yang berpuasa itu tetap di dalam ibadat meskipun ia tidur diatas kasurnya".
Sanad hadith ini Maudlu'/Palsu

Kerana ada seorang rawi yang bernama Muhammad bin Ahmad bin Suhail, dia ini seorang yang tukang pemalsu hadith, demikian diterangkan Imam Dzahabi di kitabnya Adl-Dluafa.
Periksalah kitab : Silsilah Ahaadist Dhaif wal Maudl'uah No. 653, Faidlul Qodir No. hadith 5125.

Ketujuh


"Tidurnya orang yang berpuasa itu dianggap ibadah, dan diamnya merupakan tasbih, dan amalnya (diganjari) berlipat ganda, dan do'anya mustajab, sedang dosanya diampuni".
(Riwayat : Baihaqy di kitabnya Su'abul Iman, dari jalan Abdullah bin Abi Aufa).
Hadith ini derajadnya sangat Dha'if atau Maudlu.

Di sanadnya ada Sulaiman bin Umar An-Nakha'i, seorang pendusta (baca : Faidlul Qodir No. 9293).

Kelapan


"Dari Ibnu Abbas, ia berkata : Adalah Nabi SAW apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan : Allahumma Laka Shumna wa ala Rizqika Aftharna, Allahumma Taqabbal Minna Innaka Antas Samiul 'Alim (maksudnya : Ya Allah ! untuk-Mu aku berpuasa dan atas rizkqi dari-Mu kami berbuka. Ya Allah ! Terimalah amal-amal kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Mengetahui).
(Riwayat : Daruqutni di kitab Sunannya, Ibnu Sunni di kitabnya 'Amal Yaum wa-Lailah No. 473. Thabrani di kitabnya Mu'jamul Kabir).
Sanad hadith ini sangat Lemah/Dhaif

Ada perawi yang bernama : Abdul Malik bin Harun bin 'Antarah. Dia ini rawi yang sangat lemah. Kata Imam Ahmad bin Hambal : Abdul Malik Doh'if
Kata Imam Yahya : Kadzdzab (pendusta)
Kata Imam Ibnu Hibban : pemalsu hadith
Kata Imam Dzahabi : di dituduh pemalsu hadith
Kata Imam Abu Hatim : Matruk (orang yang ditinggalkan riwayatnya)
Kata Imam Sa'dy : Dajjal, pendusta.

Hadith Doa yang tarafnya Hasan & boleh diterima pakai:

"Dari Ibnu Umar, adalah Rasulullah SAW, apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan : DZAHABAZH ZHAAMA-U WABTALLATIL 'URUQU WA TSABATAL AJRU INSYA ALLAH (maksudnya : Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan/urat-urat, dan telah tetap ganjaran/pahala, Inysa allah).”

(Hadith HASAN, riwayat : Abu Dawud No. 2357, Nasa'i 1/66. Daruquthni dan ia mengatakan sanad hadith ini HASAN. Hakim 1/422 Baihaqy 4/239) Al-Albani menyetujui apa yang dikatakan Daruquthni.!

Saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) berpandangan : Rawi-rawi dalam sanad hadith ini semuanya kepercayaan (tsiqah), kecuali Husain bin Waaqid seorang rawi yang tsiqah tapi padanya ada sedikit kelemahan (Tahdzibut-Tahdzib 2/373). Maka tepatlah kalau dikatakan hadith ini HASAN.


Wallahualam

Sebagai kesimpulannya hendaklah kita mengawasi dari mengatakan sesuatu terhadap agama dan menyampaikannya kepada manusia melainkan yang telah terbukti sahih dan diyakini selamat dan benar.


Sedang Rasulullah bersabda : " Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)” (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).


"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan."
(Surah Al-Isra : 36).

Diambil dari:
http://ustaz.blogspot.com/2005_10_09_archive.html
http://myislam.blogspot.com/2005/08/hadist-popular-yang-palsu-pada-bulan.html

Khamis, Mac 15, 2007

Bila cari membe bukan kerana Nya

Stelah sekian lama tak menaip sendiri. Asek kopi pes je kan? Ape2 pn, kali ni aku nak bawak kat korang berfikir perkara yang mungkin biasa kita lalui seharian..mungkin ade yang tak biasa. Suasana yang aku akan tulis ni biasanya berlaku pada seorang laki macam aku nih...apabila kita ada seorang kawan...dan kawan kita ini yang kononnnya kawan...akan cenderung tuk berat sebelah pada jantina yang bernama PEREMPUAN. Perempuan ni nak kata awek dia pn bukan..nak kata kawan pun mungkin tapi tak semestinya kawan. Asalkan perempuan... seolah2 ade layanannya istimewa yang akan diberikan. Cthnya sprt di bawah:


  1. Kalau Perempuan mintak belanja, – “Awak nak ape? Saya bayarkan. Order byk2 takpe..”

Kalau Laki minta belanja – “Ala..aku takde duit ni. Ape kata ko la belanja? Nanti2la aku belanja ko lenkali plak”

  1. Nampak perempuan jalan kat tepi - “eh2..ni kene bagi tumpang ni..sian dia. (lepas berenti kereta) Cik nak ke mana? Saya boleh tumpangkan”

Nampak laki jalan kat tepi – “ala..bukan awek..takyah lah berenti. Lagipun jalan kan exercise (sambil melajukan kenderaan)”

  1. Perempuan minta tolong – “Bolehhh2..saya tak kisah pun. Biasa dah tolong2 bende macam ni..”

Laki mintak tolong – “ko ni asyik menyusahkan aku jela. Bukannya susah sangat pun. Ko ni laki ke ape? Lemah!”

  1. Perempuan mintak ajar – “Mula2..awak kena darab ni dengan 2. Lepastu guna rumus ni, masukkan ke dalam rumus yang pertama tu. Lepastu awak tolak la untuk dapatkan nilai x,y,z. Kalau awak refer buku muka surat 113 dan 114 ade dia tunjukkan steps ni. Kejap saya bawak keluar buku ye”

Laki mintak ajar – “Bukak la buku sendiri. Takkan bende snang ni pun takleh buat?”

  1. Perempuan kecik hati – “Awak ok ke? Saya mintak maaf sgt2 atas perbuatan saya tadi. Saya janji tak buat lagi”

Laki kecik hati – “Mampos dia la. Sapa suruh dia cari pasal ngan aku dulu!”

  1. Perempuan tanya soalan. Cthnya “macam mana perkhemahan haritu?”. Jwpnnya: “ohh..best gile. Rugi awk takde skali. Saya berakit. Saya masak sendiri. Saya terjun sungai. Sungai dia bersih. Kawan2 pun best. Dapat ramai kawan. Ramaila datang. Ade dalam 200 orang seluruh malaysia. Memang tak sangka dpt pegi perkhemahan ni. Sronok sgt!”

Laki tanya soalan yg sama, jwpnnya: “Ok je”

  1. Perempuan punya birthday – “ Happy Birthday awak! Moga awak panjang umur”

Laki punya birthday – “ oo..hari ni birthday dia ke? (buat bodo dan terus buat kerje lain)”


Aku rasa banyak lagi contoh dan kisah yang korang boleh relatekan kat sini. Nak ditambah fakta yang lagi tepat..kalau makin lawa perempuan tuh..makin mengada la laki nih. Kalau tahap kecantikan perempuan rendah..gaya layanan pun mungkin jadi rendah dan masuk ke kategori layanan lelaki..atau mungkin lebih teruk.


Kadang2 aku heran gak..beberapa wishes, dengan perempuan lancar je cakap..tapi ngan membe laki..teragak2..atau mungkin tak terfikir pun nak cakap.
Cth yg plg simple: take care, all the best, jalan baik. Even perkataan RINDU..dengan perempuan..senang je menggatal nak sebut tapi dengan membe laki..ada perasaan geli. Apesal? Sebab ada mental block yang kata kalo sebut bende2 camni kat membe laki..nanti jadi gay plak. Ape bodoh punye pemikiran yg kolot nih. Macam budak darjah 5 punya pemikiran. Budak darjah 5 pon rasa tak tergamak kot nak fikir camnih.

Kalau bukan dengan membe laki nak bermesra (ni pun manusia asek salah tafsir..orang melayu ni kepala otak kotor sangat ke?), macam mana nak cari ukhuwwah fillah?

Ni aku bagi contoh lagi sebijik:

Dengan pompuan: “Semoga ikatan persahabatan kita berkekalan..ukhuwwah fillah~”

Dengan laki: “kita kan membe...”

Heran aku. Takde plak nak sebut ukhuwwah fillah tu dengan laki. Dengan perempuan..lancar plak cakap. Macam nak tunjuk baik je. Itu yang kadang2 aku pantang sket kalo ade pompuan sebut kat aku ukhuwwahfillah2 nih kalau baru 1st time kenal. Aku bukanla tak suka..tapi sejauh mana dia tahu makna ukhuwwah fillah tu sampai leh sebut camtu je. Dahla tak kenal aku sape lagi..dah memandai sebut camtu.

Tapi pompuan ni aku tak risau sangat sebab diaorg ni jenis yang boleh rapat dengan membe pompuan diaorg sendiri.

Masalahnya lelaki nih.

Laki ni macam ade perasaan bodoh sombong dengan kawan lelaki sendiri sampai nampak ketara ketidak adilan yang berlaku antara jantina.

Kalau macam ni la sikap kita, sebagai orang Islam, kita masih jauh lagi la nak mencontohi sahabat2 Nabi. Tengok cmana diaorg bersahabat. Berpelukan ketika jumpa, bermesra, bergurau bersama dan terasa ukhuwwah itu satu yang kukuh antara mereka.

Kalau nak guna alasan "dengan pmpuan kene le berlembut....laki ni ganas2 la sikit..ukhuwwah fillah tak ganas la". Ni lagi alasan cam hampeh. (manusia ni kalau nak berdalih memang dah sedia sejuta alasan). Lagipun aku tak mempersoalkan pengunaan SAYA-AWAK atau AKU-KAU dengan berbeza jantina. Itu hak masing2. Tapi layanan tu..nampak ketara sangat la.

Tengok time persaudaraan muhajirin dan ansar, bagaimana 1 sahabat ansara nih offer kat sahabat baru muhajirin dia salah seorang dari isterinya. Ni boleh tercapai ke kalau takde perasaan cintakan sahabat sendiri?

Macam2 lagi contoh boleh didapati dari seerah. Sahabat yg utamakan kawannya tuk diberi air ketika nazak saat peperangan pun boleh dibuat contoh.

Ni kisah kecintaan sahabat lelaki kepada sahabat lelakinya. Tak penah la pulak aku baca seerah Nabi nih ade sahabat berkawan lebih rapat dengan perempuan melebihi kawan lakinya.

Perlu aku ingat jugak, aku tak refer pada smua laki.

Cube la fikir2kan. Kita dok cakap lantang pasal kezaliman, tapi bnde2 kecik camni tak terfikir lak tentang zalimnya kita tidak berlaku adil?

Aku tinggalkan korang fikir sendiri.

p/s: ini memang kisah benar dan ada kaitan dengan yang hidup dan mati. Penulisan ini bukanla tujuan aku tak puas hati ngan sesapa member aku yang buat camni..tapi aku nak ajak kaum lelaki ni berfikir..takyah la dungu sangat terikut nafsu tu sampai abaikan perkara yang Allah larang. Sory pada sesapa yg terasa. Memang nak bagi terasa..hehe..

Khamis, Mac 08, 2007

Kerja Besar utk Perubahan Besar

Any further information please do read utusan malaysia (27/02/07)

Dalam Negeri

Semua remaja perempuan bermasalah pernah laku seks

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Sungguh mengejutkan apabila kajian seorang akademik tempatan mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang dikategorikan sebagai “berisiko tinggi” yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Penemuan yang amat membimbangkan itu menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini dibuat oleh Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dr. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah”.

Mereka yang berisiko tinggi itu terdiri daripada pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin seperti kerap ponteng sekolah, melawan cakap guru dan sering melakukan salah laku lain serta berlatarbelakangkan keluarga yang bermasalah.

Melalui kajian selama tiga bulan yang berakhir Disember 2006 itu membabitkan pelajar menengah terdiri daripada tingkatan satu hingga lima, sebanyak 20 orang pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah dipilih kaunselor sekolah masing-masing sebagai responden.

“Sungguh menyedihkan dan mengejutkan kerana daripada kesemua responden yang ditemu bual itu hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks.

“Ini keputusan yang amat memeritkan namun ianya adalah satu realiti yang harus kita terima,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UKM Bangi dekat sini hari ini.

Difahamkan kajian terhadap pelajar perempuan berisiko tinggi itu dilakukan berdasarkan inisiatif kerajaan negeri berkenaan yang menyedari mengenai kemerosotan moral golongan remaja di negeri itu berdasarkan kepada pendedahan yang sering dibuat media.

Hasil penemuan daripada kajian itu diharapkan dapat membantu kerajaan negeri untuk merangka modul latihan khas yang terancang dan teliti yang sesuai diterapkan kepada golongan itu.

Khaidzir berkata, kajian itu juga mendapati pelajar perempuan yang berumur lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk cuba melakukan hubungan seks buat pertama kali.

Katanya, kajian itu juga mendapati kebanyakan pelajar perempuan itu berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing yang mempunyai masalah psikologi, bercerai, mengalami masalah kewangan dan kebanyakannya tinggal di rumah kos rendah.

“Kajian juga menunjukkan bahawa masalah itu bukan berasal daripada pelajar itu sahaja tetapi juga disebabkan pengaruh masalah rumah tangga yang dihadapi oleh ibu bapa mereka akibat tekanan hidup dan masalah lain,” katanya.

Beliau berkata, selain terbabit dalam hubungan seks, kajian juga mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terlibat dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).

Khaidzir berkata, hasil kajian itu adalah satu petunjuk bahawa generasi kini berhadapan dengan masalah sosial yang kritikal.

“Walaupun hasil kajian ini agak mengejutkan, namun semua pihak perlu sedar tentang peranan mereka untuk membantu pelajar terbabit, bukannya menunding jari dan menghukum tanpa memberi jalan penyelesaian terbaik,” katanya.

Katanya, kebanyakan pelajar itu mempunyai kekurangan daripada aspek kemahiran akademik, komunikasi, memiliki kendiri yang rendah, kawalan diri yang rendah dan kemahiran penyelesaian masalah yang rendah.

Isnin, Februari 19, 2007

SMS - Syaitan Menghasut Saya?? - nauzubillah

Penulisan yang sangat mendalam dan bersahaja. Cmana tah diaorg bleh kuar ngan idea2 macam nih tapi aku percaya inilah realiti masyarakat kta.

Paling best skali part yang konon2 ade Islamic pnye unsur2 dalam perhubungan tu la konon. Becinta tapi suruh doakan la..solat la..etc2 yang sebenarnya datang dari syaitan jugak tuh. Nauzubillah. Mintak kita smua dijauhkan dari tipu daya sebegini.

Wallahu'alam.

credits to whoever wrote this and posted in friendster. At first malas nak tengok article2 camnih tapi bile baca cam best~
______________________________________________________________
1. hai boleh sayer kenal
> > > sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk.sayer harap kiter boleh berkenalan.ukhwah fillah eh orang kater.sayer x pandai sangat arab.
> > >
> > > 2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak.
> > >
> > > 3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak.kuar ngan kekawan tau, balik kntek, sayer doakan awk.
> > >
> > > 4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer.ye,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan. tp sayer rase awk mcm berada depn sayer.mungkin nie yang orang kater cinta kot,wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,tp sayer tau awak cinta sayer.awk da malu nak jalan tempat sayer lepak ebab malukan.hehehr. tq.sayer cinta awk.
> > >
> > > 5. wak, selain family, wak sayang saper? saper sayer dalam hati awk?
> > >
> > > 6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;)sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang.bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer.tq sayang.
> > >
> > > 7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe.yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk.
> > >
> > > 8,yang,saye nak ayg tau, ayg lah segalanyer untuk saye, syg la pemberi semangat untuk saye..yang.saye harap ayg n sayer x der rahsia lg.jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan.so,jangan risau k, yer.sayer akan jaga rhsia kiter.just msg je kan.
> > >
> > > 9.ayang dah lame kite msg, boleh x kite jumpe? yer.ayg bawa lah kekawan k, tq yang
> > >
> > > 10.tq panggil saye ngan panggilan abg,abg tunggu da lamer da,abg tau, kite x leh pakse dalam perhubungan.
> > >
> > > 11.ayg,wat pe 2,nak cakap cikit,naper ayg bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh..
> > >
> > > 12.ayang kiter jumper k,,abg suka ayang pakai tudung yang abg beli 2, yang mcm wardina 2,
> > > bukan ayg x cantik, judi makin cantik,nipis sikit jer.kiter jumpe nanti ayg bawa la sorang jer k.
> > >
> > > 13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi.abg td tersentuh jari ayg,
> > > tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per.makin la tebal cinta abg kat ayang.
> > > ayang suke jumper abg?tq
> > > yang, td cian tengok kwn ayang duk je diam,yer.nanti abg bawa kawn abg, leh dier borak kan
> > > yang, abg suker tngk mater ayang,
> > > malu malu lak dier,
> > > ayang td cantik.
> > >
> > > 14.tq jumpe td,ayg cantik...
> > > abg romantik pun salah ker?
> > > suke abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.tq..
> > > tengk kwn ag n kawan abg mcm melekat jer.senang la kiter jumper.tengk, ALLAh membrkati kiter.
> > > ayang da solat? doakan abg sekali k...
> > >
> > > 15.yang,just nak tanyer..ayang cintakan abg berape peratus?
> > > aper tandanyer?
> > > 50% je.
> > > yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,
> > >
> > > 16.td terbeli tudung pendek,yang bg kat ayang tu...
> > > yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2.
> > > cantiknyer ayng.gmbr nie abg wat wallpaper hp.
> > >
> > > 17.yang, cintakan abg berape peratus?
> > > sepenuh hati? tq!!!!ilove u sayang..
> > >
> > > 18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...
> > > tq paham abg...
> > >
> > > 19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,
> > >
> > >
> > >
> > > SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR.....

Ahad, Disember 10, 2006

Jauhkan hidup anda dari RIBA' !!!

Assalamualaikum...
Setiap hari kita bergelumang dengan wang. Ada orang pakai kad kredit, tapi kalau terlewat bayar, terus kena caj faedah. Ada orang simpan dalam akaun bank konvensional, sedar tak sedar dpt faedah, di makannya. Ada orang buat pinjaman rumah, nampak murah, ambik yang konvesional...

Susahkah untuk mengelakkan riba dalam urus niaga? Adik-adik yang sedang belajar pun kadang kala terfikir, adakah PTPTN riba atau tidak. Riba bukanlah satu dosa yang boleh dianggap remeh. Allah menjanjikan PERANG kepada golongan yang memakan harta hasil riba.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, "Allah melaknat orang yang memakan riba, orang yang membayar wang riba, orang yang menjadi saksi urus niaga riba dan org menulis urus niaga riba" [Riwayat berlima]

Dan daripada Abdullah bin Hanzalah yang dimandikan jenazahnya oleh malaikat, Rasullah telah bersabda, "Satu dirham riba yang dimakan oleh seseorang sedangkan dia mengetahuinya, lebih dahsyat daripada dosa berzina dengan 36 orang pelacur" [Riwayat Ahmad]

Dalam hadis yang lain Abu Hurayrah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Riba itu terdapat 70 pintu, serendah2 dosanya ialah seperti berzina dengan ibu sendiri" [Riwayat Bayhaqi]

Jauhilah riba... sokonglah perbankan Islam.... jangan lagi bukak akaun bank di bank konvensional..
Mulai tahun 2006, Bank Negara telah membenarkan setiap bank menubuhkan subsidiari iaitu anak syarikat perbankan Islam bagi menggantikan Kaunter perbankan Islam.. Bank Islam telah banyak di Malaysia.. pilih saja mahu yang mana..
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- Commerce Tijari Bank
- Affin Islamic Bank
- AM Islamic Bank
- RHB Islamic Bank
- HSBC Islamic Bank
- Hong Leong Islamic Bank

dan banyak lagi bank Islam yang bakal muncul
- Mayban Islamic Bank
- EON Islamic Bank

Saham-saham amanah di ASN pula sekarang ini sudah bebas daripada riba walaupun mungkin tidak sepenuhnya. Namun selain itu banyak saham2 amanah lain yang berasaskan Islam seperti RHB, DANA MARA dan lain-lain.

Pinjaman untuk usahawan pula sedang diusakan oleh kementerian pembangunan usahawan untuk mencipta produk2 yang bebas daripada unsur riba.

Kalau pergi ke bank, buat akaun bawah Islamic bank, kalau nak ambik insurans kereta, amik INSURANS KERETA TAKAFUL... lagi baik TAKAFUL MALAYSIA sebab dia berasaskan prinsip Mudarabah.. nanti dapat untung 25% tak termasuk NSB, tahun kedua bayar insurans masa nak buat roadtax, boleh pakai keuntungan tu tolak % premium..... kadar premium pula sama sudah selaras sama dengan PIAM..

Terdapat dua bentuk kad kredit bukan berasaskan RIBA kalau nak pakai iaitu al-Taslif AMBank dan kad kredit Bank Islam.

Jom... abaikan institusi RIBA!

Janganlah menyusahkan perkara yang baik..

Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin!

Maszlee Malik

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai orang-orang muda, sesiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu, hendaklah mereka berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan. Barangsiapa yang tidak mampu, hendaklah mereka berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai" (H.R. al-Bukhari)

Antara keluhan yang sering diluahkan oleh para siswa-siswi di IPT ialah tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin. Tuntutan naluri muda mereka menyeru mereka untuk berkahwin. Persekitaran yang diwarnai oleh kefasadan dan maksiat juga menuntut mereka untuk menghalalkan perhubungan berlainan jenis yang merupakan sifat tabi'i manusia. Kajian-kajian oleh sesetengah pihak dan juga laporan-laporan media membuktikannya. Samada hasil kajian yang pernah didedahkan oleh akhbar kosmo pada awal tahun 2006, mahupun apa yang telah dilaporkan oleh NST pada 18 Ogos 2006. Kesemuanya membuktikan kemelut yang sedang dihadapi oleh para siswa dan siswi di IPT-IPT. Sayang sekali, kemampuan material mereka tidak membenarkan pernikahan dilangsungkan di alam pengajian. Ibubapa moden yang berfikiran materialistik dan kolot juga menjadi penghalang utama. Bagi para ibubapa, anak-anak mestilah menghabiskan pengajian, mestilah mempunyai kerja yang tetap dan kukuh, membeli kereta, barulah anak-anak tersebut boleh berkahwin. Akhirnya, anak-anak di IPT bergelumang dengan dosa berpacaran dan berkhalwat yang dilarang oleh Allah SWT.

Adakah kemampuan untuk bernikah terletak pada kerjaya, segulung ijazah, kereta, ataupun gaji yang lumayan?

Menurut jumhur ulama, kemampuan yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah kemampuan untuk membayar mahar (mas kahwin dan bukan hantaran). Mahar boleh di dalam pelbagai rupa. Ada sahabat yang memberikan mahar hanya dengan sebentuk cincin besi sahaja. Malah ada yang memberikan mahar di dalam bentuk surah al-Quran yang mereka hafal. Apa yang menjadi persoalan utamanya, institusi kekeluargaan itu mesti dipopularkan. Usaha untuk memudahkan pembentukan sebuah institusi kekeluargaan itu adalah satu kewajipan di dalam mana-mana komuniti. Perhubungan secara halal akan dapat mengelakkan banyak masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sayang sekali jika usaha pembentukan mahligai yang suci ini sentiasa dihalangi oleh batas-batas material yang kita sendiri ciptakan.

Ibn al-Qayyim pula mempunyai pentafsiran yang lebih ekstrim berhubung "kemampuan" yang disebutkan oleh hadis tersebut. Bagi beliau, kemampuan yang dimaksudkan ialah "kemampuan fizikal". Oleh yang demikian, barangsiapa yang tidak mempunyai kemampuan "fizikal" untuk menjalankan tanggung jawab sebagai suami, hendaklah mereka berpuasa untuk menjana kekuatan "dalaman". Walau bagaimanapun, ini bukanlah pendapat yang popular. Pendapat jumhur ulama mengenai kemampuan yang ditafsirkan sebagai kemampuan untuk membayar mahar merupakan pendapat yang kuat.

Penentuan mahar

Antara persoalan yang mungkin timbul lewat perbincangan mengenai mahar ialah, milik siapakah "penentuan mahar" tersebut. Adakah ianya milik si dara, ataupun bapanya. Di dalam pengamalan masyarakat Melayu dari dahulu lagi, si bapalah yang menentukan kadar mahar si gadis. Jika mereka letakkan terlalu murah, nanti ada yang megatakan, anak gadisnya terlalu murah. Jika mereka letakkan terlalu mahal, nanti ada pula yang mengatakan, mereka menjual anak. Maka adat dan harga pasaran tempatanlah yang menjadi ukuran. Apa yang penting, mahar adalah hak mutlak si bapa untuk menentukannya. Lazimnya di Malaysia, orang utara terkenal dengan mahalnya mahar, orang Pantai Timur terkenal dengan mahar yang rendah, manakala orang di tengah dan selatan mengukurnya mengikut keadaan keluarga dan juga kebiasaan saudara mara. Adakah ini bertepatan dengan Islam?

Di dalam Islam, si gadislah yang mempunyai kuasa mutlak ke atas maharnya. Si gadis mempunyai kuasa penuh untuk menentukan jumlah mahar yang beliau kehendaki. Walaupun al-Quran dan al-Sunnah tidak menghadkan harga siling untuk mahar, namun Rasululah SAW menasihatkan anak-anak gadis agar tidak meletakkan mahar yang terlampau tinggi. Gadis-gadis yang menuntut mahar yang rendah dipuji oleh Rasulullah SAW. Perkara seumpama ini tidak berlaku di Malaysia kita, malah ianya juga tidak berlaku di kebanyakan negara-negara Islam. Uruf atau adat yang banyak memainkan peranan. Si bapa yang mempunyai kuasa dominan sering berperanan untuk menentukan jumlah mahar anak-anak gadis mereka. Kebiasaannya, ianya diukur menurut jumlah kos perbelanjaan perkahwinan yang terpaksa mereka tanggung.

Isu yang cuba diketengahkan di sini ialah, adakah perletakan mahar yang tinggi sesuai untuk warga IPT?, ataupun kita terus akur dengan adat lantas menghalang anak-anak di IPT daripada berkahwin, semata-mata kerana halangan mahar yang tidak mampu untuk mereka bayar?

Berterusanlah anak-anak di IPT di dalam gelombang maksiat di atas nama coupling dan kebebasan individu.

Cara mengatasinya

Jika benar para siswa dan siswi ingin mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan berniat untuk menghalalkan perhubungan mereka, mereka hendaklah bernikah. Itulah sahaja penyelesaiannya. Seumpama tema NOKIA, "Nokia – connecting people", kita mengatakan "NIKAH – Connecting people". Alasan yang sering diungkapkan ialah "Duit tak ada, tapi hati mahu kahwin..."

Apakah tiada solusi yang praktikal di dalam hal ini?, tidak!, solusinya ada, Cuma kesungguhan yang tiada. Apakah solusinya?

1. Peranan Jabatan-jabatan agama dan pusat-pusat zakat

Salah seorang siswa pernah mengadukan kerenah birokrasi yang dihadapi beliau untuk bernikah di zaman pembelajaran. Jabatan-jabatan agama bagaikan tidak menggalakkan anak-anak IPT bernikah dengan mudah. Mungkin mereka lebih gemar untuk mengendap dan memberkas pasangan yang berkhalwat daripada menggalakkan anak-anak muda bernikah. Imam-imam dan para kadi juga nampaknya kurang "jantan" di dalam perkara ini. Majoriti mereka lebih takutkan prosedur dan juga apa yang termakstub di atas kertas berbanding dengan apa yang tertulis di dalam al-Quran dan sunnah. "Saya tidak ada kuasa, nanti saya yang akan kena dakwa!", merupakan ungkapan-ungkapan yang biasa didengari dari mulut para imam dan kadi yang diminta untuk memudahkan urusan perkahwinan anak-anak muda IPT yang tidak dapat melalui proses birokrasi yang konvensional.

Pernah berlaku, seorang muallaf yang ingin bernikah tetapi tidak mendapatkan surat pengesahan masuk Islam dari negara asalnya telah dihalang daripada berkahwin oleh seorang jurunikah di ibu negara. Muallaf tersebut telah membandingkan proses perkahwinan yang jauh lebih mudah di negaranya yang kafir melalui khidmat gereja berbanding dengan proses pernikahan di Malaysia "Darul Islam" ini. Bukan sekali, sepanjang umur saya yang masih muda ini, sudah dua tiga kali para muallaf mengadukan hal yang sama. Lebih parah, ada di antara juru nikah yang tidak berani menikahkan sepasang muallaf hanya kerana tiada surat sokongan dari bapa si gadis yang bukan Islam. Mungkin gambaran ini hanya segelintir kerenah yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak muda bila berhadapan dengan kerenah birokrasi jabatan-jabatan agama dan juru nikah-juru nikah. Realitinya mungkin lebih banyak lagi masalah yang mereka hadapi. Tidak hairanlah mereka mengambil jalan yang mudah, iaitu dengan berzina atau bersekedudukan mahupun berpacaran yang jauh lebih mudah. Malangnya, di dalam kes mengendap dan mencekup pasangan yang berzina dan berkhalwat, personel-personel agama ini akan beriskap pro-aktif!

Sewajarnya jabatan-jabatan agama dan personel-personel agama ini memudahkan proses perkahwinan anak-anak muda. Lebih baik lagi jika disediakan satu pakej perkahwinan IPT di mana prosesnya dimudahkan dan diberikan bonus serta saguhati. Bukankah di dalam usul al-fiqh ada kaedah "fath al-dharai'" (membuka jalan-jalan kebaikan). Bukankah juga kaedah fiqh juga ada yang mengatakan "al-wasilah yak hudhu hukmu al-ghayah" (hukum kepada jalan yang membawa kepada sesuatu perkara adalah mengikut hukum matlamatnya) . Rasulullah SAW juga ada bersabda: "Penunjuk jalan kebaikan akan mendapat pahala seperti pembuatnya".

Jabatan-jabatan agama juga sepatutnya tidak hanya mengadakan kursus-kursus perkhawinan, tetapi juga hendaklah menganjurkan kursus "promosi perkahwinan" dan juga "karnival nikah" seperti karnival membeli belah. Eksperiman Jabatan Agama Wilayah menganjurkan perkahwinan beramai-ramai patut dicontohi oleh semua jabatan agama di seluruh Malaysia. Pusat zakat juga sepatutnya bekerjasama dengan jabatan-jabatan agama agar dapat mengurangkan beban mahar yang terpaksa ditanggung oleh pasangan-pasangan muda ini. Upacara perkahiwnan beramai-ramai ataupun "karnival nikah" ini juga sepatutnya dijadikan upacara penarik pelancong. Laksanakan ia di Dataran Merdeka ataupun di dataran KLCC agar ianya benar-benar dijadikan sebagai karnival. Biarlah seluruh negeri melakukannya, biarlah ianya menjadi lebih hebat dari "Jom Heboh". Rasanya, kerjasama TV3 juga perlu, mungkin mereka juga boleh menjadikannya sebagai acara "Nikah Heboh". Karnival tersebut jangan hanya diserikan dengan acara nikah dan makan sahaja, tetapi pameran, forum perdana, ceramah, persembahan nasyid dan sketsa serta jualan murah barang-barang keperluan harian untuk keluarga juga patut dijadikan acara sampingan.

2. Peranan IPT

Jika ada IPT yang hendak diberikan penghormatan mengenai usaha menggalakkan perkahwinan para penuntutnya, markah yang penuh wajar diberikan kepada UIAM. Semenjak dahulu lagi UIAM menggalakkan siswa dan siswi bernikah dengan memberikan saguhati kepada mereka. Mungkin jumlah yang diberikan itu tidak lah dapat menampung sepenuhnya mahar yang tinggi di Malaysia, namun ianya akan dapat menampung serba sedikit bebanan itu. Diharapkan agar saguhati yang diberikan itu dapat digandakan di masa-masa hadapan demi mengurangkan gejala maksiat di kalangan siswa dan siswi yang kini tidak mengenal sempadan. IPT-IPT lain juga wajar mencontohi UIAM di dalam hal ini.

IPT-IPT juga wajar menganjurkan karnival nikah untuk mengurangkan perbelanjaan kenduri kahwin oleh para pasangan muda. Jadikan ia acara tahunan. Pusat zakat juga boleh memainkan peranan mereka untuk membantu IPT-IPT di dalam menjayakan hal ini. Saguhati atau bonus juga sepatutnya diberikan kepada pasangan-pasangan yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Sebagai contoh, mereka yang mendapat CGPA melebihi 3.5 , bonus daripada HEP akan diberikan. Melalui cara yang sedemikian, masalah penurunan prestasi belajar siswa dan siswi yang telah berkahwin akan dapat diatasi. Blok asrama untuk kelamin juga wajar diwujudkan untuk mengurangkan kos sewa rumah di kalangan pasangan-pasangan muda di IPT.

Yakinlah, jika perkara seperti ini tidak dilakukan, gejala maksiat akan semakin berleluasa di masa hadapan. Lebih ditakuti lagi, apabila maksiat sudah dipandang biasa dan sudah menjadi norma. Pada waktu itu, masyarakat yang wujud akan menjadi masyarakat yang bobrok serta punah. Jika IPT-IPT tidak mengambil inisiatif pun, akan sentiasa terdapat pasangan siswa dan siswi yang akan menggunakan cara lain untuk bernikah. Kelazimannya, Golok akan menjadi destinasi terkahir mereka untuk menghalalkan perhubungan cinta yang sudah tidak dapat dibendung dan dihalang.

3. Simpanan khas

Para siswa dan siswi tidak sewajarnya hanya mengharapkan pihak lain melakukan sesuatu sahaja. Mereka perlu bersikap pro aktif. Para siswa dan siswi sepatutnya telah mula merancang kehidupan mereka di masa hadapan semenjak hari mereka mengakhiri peperiksaan SPM. Satu akaun khas untuk kehidupan masa depan wajib diusahakan. Pastikan sejumlah daripada segala pendapatan bulanan dimasukkan ke dalam akaun khas tersebut. Lebih baik jika ianya dimulakan lebih awal daripada itu. Bukan hanya pihak siswa sahaja, malah pihak siswi pun sepatutnya juga mempunyai usaha yang sama. Pastikan segala duit perolehan hasil durian runtuh juga dimasukkan ke dalam akaun khas berkenaan. Usaha sebegini akan memberikan keyakinan kepada ibubapa bahawa anak-anak mereka sudah matang dan mempunyai wawasan.

Kebiasaannya ibubapa ragu-ragu tentang kematangan anak-anak. Mereka masih lagi risaukan tahap pemikiran dan kematangan anak-anak mereka. Turut silap juga ialah anak-anak juga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan kematangan. Para ibubapa tidak dapat melihat bukti yang anak-anak mereka benar-benar mampu untuk berdikari. Perkara sebaliknya jika mereka mendapati anak-anak tersebut telah mempunyai perancangan dan mempunyai wawasan. Kematangan anak-anak akan segera dapat dihidu. Amat mengecewakan ramai di kalangan siswa dan siswi yang ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai perancangan yang teliti dan boleh dipercayai. Lebih mengharukan lagi jika mereka hanya beriya-iya hendak kahwin di mulut sahaja, tetapi tidak bersikap matang di dalam tindakan. Di dalam hal ini jangan dipersalahkan ibubapa yang bersikap konservatif, salahkan diri sendiri dahulu. Moralnya, mulalah mengumpul duit dari sekarang!

4. Pendapatan sampingan

Di pasaran kini, buku-buku mengenai mencari duit tambahan akan laku seperti goreng pisang panas. Buku-buku karangan Robert Kiyosaki, Azizi Ali, dan lain-lain tokoh dalam dan luar negara menjadi " best seller". Mengapa?, kerana tuntutan hidup di era globalisasi ini memaksa kita mencari pendapatan sampingan. Begitu juga halnya dengan para siswa dan siswi. Apabila disebutkan pendapatan sampingan, jangan hanya terbayangkan restoran-restoran makanan segera sahaja. Zaman kini adalah zaman "outsourcing" . Kebanyakan projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat besar akan dibahagi-bahagikan kerjanya kepada syarikat-syrikat kecil yang lain. Bagi sesiapa yang pandai di dalam bidang grafik, reka bentuk, media, multimedia, peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan sentiasa terbuka luas. Hanya perlu rajin lebi sedikit sahaja.

Bagi yang pandai menulis dan melukis, mereka juga boleh menggunakan bakat tersebut untuk menjana pendapatan. Penjualan buku-buku, terutamanya novel dan cerpen kini menjadi begitu popular. Terokailah ia untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mampu untuk melakukan perkara-perkara yang telah disebutkan di atas, ruang motivasi, tiusyen, dan banyak lagi kerja-kerja akademik yang boleh mereka lakukan. Bagi sesiapa yang lebih rajin, carilah pensyarah-pensyarah yang sedang melakukan pengkajian dan juga penyelidikan. Kebiasaannya para pensyarah tidak akan cukup dengan seorang pembantu kajian (research assistant). Tawarkan khidmat anda, mereka pasti akan gembira untuk mengupah anda bekerja. Peluang perniagaan melalui khidmat-khidmat juga ruang yang boleh dieksplorasi oleh para siswa. Terdapat juga di kalangan siswa dan siswi yang terlibat dengan perniagaan MLM, tetapi risikonya tinggi. Perkara yang sering berlaku ialah waktu mereka akan dihabiskan dengan banyak untuk tujuan berkenaan. Mungkin perniagaan insurans lebih ringan daripada MLM.

Apa yang penting di sini, para siswa dan siswi hendaklah mula mengumpul duit untuk berkahwin melalui pendapatan sampingan. Usaha ini akan membantu para siswa dan siswi membina keyakinan di hati para ibubapa. Jikalaulah mereka beralasan anak-anak tidak mampu lagi untuk berkahwin kerana kelemahan di bidang material, maka jika siswa dan siswi tadi sudahpun mempunyai pendapatan sampingan, mereka akan mati hujah.

Pengalaman mencari duit di alam kampus juga akan membantu para siswa dan siswi di dalam alam kerjaya mereka. Mereka akan menjadi lebih berdikari, berpengalaman dan lebih berkeyakinan untuk menempuhi kehidupan pasca kampus. Jika mereka ikhlas, Allah akan sentiasa membantu. Apatah lagi jika kerja-kerja itu dilakukan untuk menyahut seruan Allah dan RasulNya.

Kesimpulan

Tiada masalah yang Allah berikan kecuali di sana ada jalan penyelesaiannya. Di sebalik semua ujian dan cabaran ada hikmahnya. Kelebihan anak-anak Adam yang tiada pada makhluk lain adalah akalnya. Lontaran ide-ide di dalam artikel ini hanyalah sebahagian dari cetusan minda seorang pendidik. Para siswa dan siswi tentunya lebih kreatif dan lebih mengetahui hal keadaan mereka. Seperkara yang penting, para siswa dan siswi Muslim harus sedar tujuan kehidupan kita diciptakan. Kemuncak kehidupan seorang hamba ialah jika mereka dapat memastikan setiap detik dan saat di dalam kehidupannya berlandaskan syariat Allah. Pastikan juga redha dan juga cinta Allah yang menjadi buruan. Pernikahan adalah sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah dan RasulNya. Perkahwinan juga merupakan wasilah untuk seorang hamba menjauhi larangan Allah. Perkahwinan juga akan dapat membantu para hamba untuk melalui setiap langkah di dalam hidupnya di atas naungan kecintaan Allah. Mengapa bertangguh lagi?, ayuh segera mulakan langkah!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP