Selasa, Ogos 08, 2006

Islam diambang bahaya..

Berikut ialah artikel yang diterjemah dari laman web sebuah gerakan Kristian di Australia menceritakan orang-orang Melayu yang murtad.

Wanita Islam yang berkongsi rahsia cinta
Disiarkan pada 28/06/2006
http://www.sydneyanglicans.net/southerncross/articles/muslim
_women_who_share_a_secret_love/

Islam, bukan seperti budaya Barat yang tertumpu kepada kebebasan seks, yang membentuk realiti harian satu pertiga dunia penganut Anglican. Wanita Melayu yang masuk Kristian terpaksa hidup dalam dua alam. KATRIN ARNHOLZ menemuramah salah seoarang daripada mereka.

Dibawah gambar Kamariah (bukan nama sebenar) pada kad pengenalannya dinyatakan bangsa. Dibawahnya jantina, dan pada kiri ditulis : Islam. Akan tetapi wanita berusia 28 tahun ini yang memakai cermin mata bersegi dengan senyuman lebar adalah seorang Kristian. Dia datang dari kumpulan bangsa yang terbesar di Malaysia – iaitu Melayu. Mengikut perangkaan rasmi, bangsa Melayu terdiri dari 65% penduduk. Di Malaysia, menurut Kamariah, seorang Melayu adalah Islam menurut definisi. “Seorang Melayu ialah Islam. Noktah,” katanya. Sedikit yang berani tampil ke tengah masyarakat jika mereka masuk Kristian.

Seorang lelaki yang mengisytiharkan secara terbuka keluar Islam ialah pelayar terkenal, Azhar Mansor, pada tahun 1999 telah mengelilingi dunia dalam tempoh 190 hari dengan bantuan satu enjin. Tiang utama layarnya patah di Tanjung Pengharapan (Cape Horn). Walaubagaimanapun dia berjaya sampai ke Kepulauan Faulkland untuk membaiki layarnya. Apa yang berlaku antara tanjung dan kepulauan tersebut adalah spekulasi. Di internet ramai orang Islam tertanya-tanya samada Mansor – yang tidak lagi menetap di Malaysia – benar-benar keluar dari Islam. Dan banyak juga perbincangan di kalangan orang Kristian. Menurut versi cerita Kamariah, Mansor hampir lemas di laut, diselamatkan oleh ikan lumba-lumba, dan kemudian muncul Jesus.

Lina Joy tidak bermaksud untuk menjadi terkenal apabila dia meminta secara rasmi untuk keluar Islam pada tahun 2001. Dia berjaya menukar namanya dari Azlina Jailani ke Lina Joy, akan tetapi Jabatan Pendaftaran Negara menolak untuk membuang perkataan ‘Islam’ pada kad pengenalannya. Keputusan tersebut, bukannya tanggungjawab jabatan kerajaan berkenaan, tetapi diputuskan oleh Mahkamah Syariah – mahkamah di Malaysia yang mengawasi umat Islam mematuhi ajaran Islam. Apa yang tidak menyebelahi Lina Joy ialah apabila hakim berkata , ‘ Memandangkan plaintif seorang Melayu, dia terikat kepada perundangan Islam sehinggalah dia mati’.

Dia telah banyak kali merayu keputusan tersebut, dan rayuannya yang terkini akan didengari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah akan ditentukan samada Mahkamah Syariah mempunyai kuasa perundangan terhadap mereka yang ingin keluar dari Islam. Artikel 11 (dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia) menjanjikan kebebasan beragama. “Benar untuk agama lain tetapi tidak untuk orang Islam yang ingin keluar dari Islam”. Kata Kamariah lagi.

Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun adalah satu-satunya orang Melayu yang berada di gereja antarabangsa. “ Ramai orang Melayu Kristian menyembunyikan diri dan berjumpa secara rahsia”, menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarkan sebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariah akan memulakan perrniagaan pengurusan perkahwinan. Tetapi dia ingin meluaskan lagi perniagaannya : ianya termasuk khidmat pra-perkahwinan percuma. Khidmat nasihat perkahwinan tersebut berlandaskan prinsip-prinsip dalam Bible. Kamariah telah mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan – dan ianya telah diluluskan.

Kad pengenalan orang Islam yang keluar Islam menjadi masalah bila mereka hendak berkahwin, kerana menurut hukum Islam, hanya seorang Islam boleh berkahwin orang Islam yang lain.

“Hanya satu cara untuk kahwin secara sah, iaitu mengahwini seorang Melayu Kristian lain yang atas kertas masih lagi seorang Islam”, menurut wanita muda tadi. “Akan tetapi anak-anak kami akan menjadi orang Islam diatas kertas, dan anak mereka seterusnya, dan kitaran ini tidak akan terhenti. Tetapi jika kita ingin menukar kad pengenalan, ianya tidak akan berlaku tanpa masalah.” Mahkamah Syariah boleh membuat keputusan untuk memenjarakan saya”, kata Kamariah. Oleh itu dia tidak lagi berfikir sekarang untuk berkahwin atau menukar kad pengenalannya, dan dia hidup – seperti kebanyakan yang belum berkahwin di Malaysia – bersama-sama ibu bapanya yang Islam. Mereka tidak tahu anak mereka seorang Kristian. “Di sini saya harus berhati-hati dengan siapa saya bercakap”, menurut Kamariah. “Ada orang Melayu yang toleran tetapi yang lain tidak ragu-ragu lagi akan menghadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Jika mereka tidak melaporkannya, kemudian mereka akan berfikir mereka bersubahat untuk melindungi saya – dan itu adalah tidak baik dalam Islam.”

Kamariah masuk Kristian dalam tahun 2000 selepas dua tahun menjalinkan hubungan dengan seorang Cina Kristian. “Saya sentiasa iri hati, dia mempunyai hubungan dengan Tuhan dia. Tuhan saya adalah jauh, tidak boleh dicapai,” katanya lagi. “Doa dia dijawab. Doa saya tidak.” Jadi Kamariah pada satu hari menyerahkan dirinya kepada Jesus. Sejak itu banyak telah berubah. Walaupun dia tidak bercakap mengenai Kristian dengan ibu bapanya, dia bersembahyang di rumah. “Tiba-tiba emak saya menanggalkan hiasan ayat Quran daripada dinding dan menggantung gambar bunga”, katanya riang. Satu hari, dia berharap, dia tidak perlu lagi menyembunyikan kepercayaannya. “Saya harap lebih ramai Melayu Kristian akan keluar ke tengah masyarakat dan pergi ke gereja dan berjumpa secara terbuka. Itu akan menjadi satu kejayaan dalam masyarakat kita.”

Copy pasted from: http://waghih.blogspot.com/
(a good blog to surf)
________________________________________________

Dikala orang Melayu kita nih dok murtad, orang kristian di barat berbondong2 masuk Islam kerana melihat keindahan Islam. Ape nak jadi ngan bangsa kita nih?? Macam kata Dr. Danial, "Matahari akan terbit dari barat boleh membawa kpd 2 maksud, satunya dari segi fizikal iaitu hari akhirat nanti matahari akan terbit dari barat..satu lagi boleh diertikan cahaya yang terbit dari barat..iaitu cahaya Islam dari Barat. Tak mustahil orang2 Barat akan masuk Islam dan memenangkan Islam nanti". Waktu aku dengar Dr. Danial cakap camtu...hampir keluar air mata dari biji mata aku nih kerana terasanya aku bahawa aku bukan dikalangan orang yang akan memenangkan Islam. Korang rasa yakin ke korang akan menjadi salah seorang yang akan memenangkan Islam satu hari? Jangan bile Islam dah naik dan sampai kemuncak kemenangan seperti yg Allah janjikan..time tu kita dari golongan2 yg tak pernah endah kan Islam. Bila Islam dan menang baru kelam kabut kata "eh..aku solat jugak dulu..aku tak menangkan Islam ker?".

Sesungguhnya kemenangan Islam bukan dengan ibadah yg kita buat untuk diri kita sendiri je..takyah la nak zikir beribu2 kali sehari, solat sunat byk2 kalau tak reti nak mengajak kepada ma'ruf dan mencegah yang mungkar. Dok berapi sangat buat amalan sunat sampai bende2 yg fardhu ain iaitu berdakwah pada orang diabaikan...lantas jadi bende2 cmnila..murtad la.

Aku nak tegaskan kat sini..WAHAI KAUM HAWA/WANITA/PEREMPUAN/KAKAK2.. tolonglah berhati2...anda menjadi sasaran utama gerakkan memurtadkan orang Islam nih. Dengan cinta...memang boleh terjadi apa sahaja. Skarang ni kalo dengan cinta..boleh gadaikan maruah..apetah lagi dengan cinta boleh gadaikan agama dan prinsip diri. Fikir2kan!!!

Jumaat, Julai 28, 2006

Pempimpin berjiwa rakyat yang sebenar

Haneyya dermakan gaji pertamanya kepada keluarga syuhada’ di Gaza
Posted on Friday, July 28 @ 09:19:12 MYT

"Jumaat ,28/07/2006 - Tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan-kerajaan PA sebelum Hamas, pemimpin memberikan wang gajinya kepada rakyat. Namun, Perdana Menteri kerajaan Hamas hari ini, Ismail Haneyya telah menunaikan janjinya untuk mendermakan separuh daripada gaji pertama beliau kepada keluarga seorang kanak-kanak yang mati syahid, Hadeel Al-Ghebn di Bandar Beit Lahia.

Hadeel,10 terbunuh di dalam rumahnya ketika perisai Israel melepaskan tembakan menggunakan bom mortar dan melancarkan serangan roket empat bulan yang lalu. Sepuluh orang ahli keluarga Hadeel yang kebanyakannya terdiri dari kanak-kanak cedera parah di dalam serangan terbabit. Wang sejumlah 1,700 dollar (separuh daripada gaji Perdana Menteri) telah diserahkan sendiri oleh Haneyya kepada keluarga Ghebn.

”Ini ada tanggungjawab kita terhadap hero kita dan rakyat Palestin yang tetap sabar mengorbankan barangan berharga milik mereka demi Palestin. Maka, kita seharusnya semakin bijak dan maruah kita mesti terus dijaga di dalam kita memperjuangkan kebebasan tanah air dan makam suci,” kata Haneyya selepas menyampaikan wang tersebut.
Haneyya berjanji akan mendermakan separuh daripada gajinya kepada keluarga itu pada sesi pertama kabinetnya Mac lalu.Ini adalah kali pertama Perdana Menteri dan menteri kabinetnya menerima separuh daripada gaji mereka sejak mereka menerajui kerajaan empat bulan yang lalu. Amerika Syarikat, Israel dan sekutu Eropah mereka telah mengenakan sekatan ekonomi yang dahsyat ke atas kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat semata-mata untuk menggulingkan kerajaan Hamas.

Tindakan Haneyya amatlah dialu-alukan oleh keluarga kanak-kanak perempuan yang syahid itu. Penduduk Beit Lahia turut mengulangi sokongan mereka kepada kerajaan yang dipilih samada dalam keadaan suka atau duka, senang mahupun susah. Haneyya mengambil peluang untuk melawat ‘bandar yang teguh’ ini semasa lawatan Setiausaha Amerika Syarikat, Condoleezza Rice ke kawasan tersebut. Lawatan Rice disifatkan oleh Haneyya sebagai melindungi penguasaan Israel di Timur Tengah.


Note: sumber : palestine-info.co.uk
perterjemah : @ff!za_0105
"


copy paste from: http://www.palestinkini.info

Program Palestine

Jom Demo!
Himpunan Raksasa Rakyat Malaysia
Bantahan Terhadap Kezaliman Zionis (Israel) terhadap Palestin dan Lubnan
28 Julai 2006 (Jumaat)
Jam1.45 petang (selepas Solat Jumaat)
Masjid Kampung Baru
(akan menghala ke kedutaan US)
Pakaian tema: Hitam
Bawa sepanduk dan poster Selamatkan Palestin!
Semua Mahasiswa diwajibkan hadir memberikan tekana kepada musuh Islam.
____________________________________________________

CERAMAH PALESTIN

SURAU TAMAN AN-NUR, TAMAN KEMPAS FASA 2 SG. PETANI
HARI JUMAAT, 28 JULAI,
PUKUL 8 MALAM.
PANEL PENCERAMAH IALAH, UST. AHMAD JAILANI, UST. HASAN RAZAK DAN WAKIL PELAJAR PALESTIN DARI UIA.


_______________________________________________

Majlis Hi Tea PALESTIN

Tarikh :
SABTU 29 Julai 2006
Masa :
2.30 ptg – 6.00 ptg
Tempat :
Dewan Persidangan Junior,
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
Presint 3, Putrajaya

Penceramah :
Dr Hafidzi Mohd Noor – Sejarah Pergolakan di Palestin
Azahari Abd Kadir – Peranan Masyarakat Malaysia Menangani Isu Palestin
Prof Madya Dr Maznah Daud – Tanggungjawab Muslim Membela Rakyat Palestin
Maszlee Malik – Maklumat terkini dari bumi Palestin (yang baru kembali dari Beirut)

Anjuran : JIM Daerah Hulu Langat
Hubungi :
013-3670142 (Syed Omar)
012-6349160 (Norzuriati)
013-363 4400 (Hasbullah

Harga Tiket RM50 seorang atau RM500 semeja
_______________________________________________

Malam Palestin

Tarikh :
5 Ogos 2006 - Sabtu
Masa :
8.00 malam
Tempat :
Surau Nurul Rahmat,
Kampung Melayu Subang Tambahan
Penceramah :
Ustaz Shahrul Nizam Ahmad (Wakil Aman Palestin)

Semua dijemput hadir

Rabu, Julai 26, 2006

Puasa 1 Rejab??

Bismillah,

Hurm..ade pulak pihak di UTP nih..tatau sumber dari mana..kata sunat puasa hari ni..1 rejab bersamaan hari rabu 26hb Julai. Maka ramailah yang berpuasa..(aku rasa la ramai..dengar2 camtu jek). Aku pun tak prasan hari ni 1 rejab. Kalander Islam takde dalam bilik aku nih. Kalau guna converter internet pulak..dia kata hari ni 30 Jamadilakhir. So..maybe kot hari ni 1 rejab.

Tapi the problem is..betulkah disunatkan berpuasa 1 rejab???? Aku tak penah dengar sepanjang hidup aku. Ini firtst time. So aku buatla research sket kat situs kesayangan aku, Al-Ahkam.net and it came out with this:

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=
30560&highlight=puasa+rejab&sid=5483abd253a62f2ea0af5ad3926edd8f


Menarik sungguh.

Untuk ringkasan, aku copy paste disini:

Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4.
Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

Dan tambahan sket:

Hadis-hadis fadhilat Rejab ini memang disahkan dha'ef dan palsu tapi tidak salah jika nak berpuasa dalam mana-mana bulan termasuk Rejab, misalnya puasa Isnin-Khamis, puasa bulan putih atau Puasa Daud. Adapun keutamaan dan kelebihan puasa bulan Rejab itu tiada asalnya.
Barisan ulama' yg berpendapat demikian (antaranya):
1. alhafidz azZahabi
2. alHafidz Ibn Hajar
3.alhafidz Ibn Qayyim
4. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah
5. Imam syaraf anNawawi
6. Ibn Jawzi
7. asSyaqiri, Sunan wa mubtadi'at
8. Kajian tempatan lihat Ustaz Ghani Azmi Hj Idris, Amalan Bid'ah pada bulan Muharam, Rejab, dan Sya'ban dan Ramadhan) penerbitan alHidayah, KL 1995
Ulama' yg mengatakan tidak dha'ef itu adalah perlu disenaraikan siapakah mereka. Kemungkinan mereka berhujah menggunakan kitab Jawi sahaja. Kajian dalam kedha'ifan ini sudah muktamad dan di sahihkan oleh Lujnah Fatwa alAzhar yg dipengerusikan oleh Syaikh Atiyah Saqr (lihat Islam Online) dan diwartakan oleh Lujnah Fatwa Kerajaan Arab Saudi.

So...it seems rupanya takde pon yang suruh pose 1st rejab nih. It's ok to fast..but on wednesdays?? a bit weird. Kalau puasa khamis tak kesah lagi. Tapi hari ni hari rabu. Pelik.

Nak dijadikan cerita, ade pulak pihak yang puasa ikut kawan..sebab kawan buat..diaorg pon buat. Ni satu lagi kes bahaya. Sebab bila kawan buat salah..abis kita ikut bende salah.

Nasihat aku pada semua, eloklah kirenye kita menyiasat dahulu kesahihan amalan kita. Jangan sampai kita beramal dengan hadith yang tidak sahih. Banyak sekali hadith sahih yang kita boleh guna..so why bother yang dha'if (lemah)..apatah lagi yg maudhu' (palsu)??

Beramal dengan ilmu dan keyakinan atas amalan tuh..barulah ada nilai. Kita pon faham knapa kita buat amalan tersebut..bukan main ikut2 orang jek.

Kullu nafsin za'iqatul maut..

Hani Mohsen Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Hani Mohsin, pelakon dan hos program TV Roda Impian, meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang hari ini.

Hani, 41, jatuh di Terminal Penerbangan Tambang Murah pada 10 pagi ketika sedang menunggu untuk menaiki pesawat ke Alor Star dalam perjalanannya ke Langkawi, demikian menurut Yasin Hamid, penerbit eksekutif Imagine Pictures, syarikat penerbitan yang diusahakan oleh Allahyarham.

Selepas terjatuh, beliau dibawa ke klinik di terminal itu tetapi disahkan meninggal dunia.

__________________________________________________

Hmm...at first aku pun tatau dia meninggal dunia. Maklum la sini takde TV depan mata nak tengok news update. Tapi tetibe ade sorang msg aku tanya soalan cam..."bole ke kalau kita istighfar tanpa hayati maksudnya? nak abiskan 100 jek". Pehtu dia tanya lagi "boleh ke kita nak tutup mata dalam solat?". Soalan2 yang tak penah orang ni tanya aku semenjak 2 menjak nih..tetibe soalannya berubah jadi berbentuk agama. Aku heran. Lepastu baru dia cakap "Hani Mohsen meninggal dunia..rasa takut pulak..macam mati tu dah dekat". Hm...okla..ade kesan jugak artis ni meninggal dunia pada masyarakat walaupun tak semua.

Itulah kekuasaan Allah. Dan semenangnya mati tidak mengenal usia dan masa. Bila2 je boleh menjelma mati. Maka kita yang masih menikmati oksigen Allah nih..sepatutnya bersyukur masih diberi peluang untuk perbetulkan diri kita. Allah bagi kita choice...nak buat amalan baik ke jahat..kemudian kita akan dinilai lepas mati. Lepas mati kang..no turning back. So jangan menyesal di hari akhirat bila kita tercampak dalam golongan yang Alllah murkai..nauzubillah.

Sama2 la kita muhasabah diri kita masing2.

Selasa, Julai 25, 2006

Akhbar Berita Harian 25 Julai 2006

10,000 remaja bermasalah


Polis syor akta kelakuan antisosial diwujudkan bendung gejala negatif

KOTA BHARU: Polis mencadangkan akta kelakuan antisosial diwujudkan di negara ini bagi membendung gejala negatif di kalangan remaja termasuk kesalahan juvana, penyalahgunaan dadah dan vandalisme.

Mengikut perangkaan polis, kira-kira 10,000 remaja termasuk 4,000 yang masih bersekolah daripada 156,000 remaja di negara ini terbabit dengan kes jenayah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata menerusi undang-undang itu, ibu bapa atau premis hiburan boleh dihukum jika ada remaja terbabit dalam kegiatan antisosial.

Katanya, ketika ini, akta seumpama itu diguna pakai di England sejak 2003, dikatakan mampu membendung gejala antisosial di kalangan remaja negara itu kerana turut membabitkan penyertaan ibu bapa serta masyarakat.

"Antara kesalahan yang sering dilakukan remaja ialah vandalisme, kelakuan tidak senonoh, ponteng sekolah, minum arak dan merokok.

"Di England, premis hiburan boleh ditutup selama dua bulan jika didapati menjual arak kepada remaja bawah umur, ibu bapa pula boleh dikenakan hukuman termasuk menjalankan kegiatan komuniti jika anak mereka terbabit dalam kes vandalisme.

"Saya rasa akta sama perlu diwujudkan di negara ini bagi membendung kegiatan antisosial. Perkara ini pernah diutarakan sebelum ini dan kalau mahu jadikannya sebagai undang-undang langkah pertama ialah penyediaan draf," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas Pembentangan Hasil Kajian Tingkah Laku Anti Sosial Remaja Kota Bharu, di sini, semalam. Turut hadir Ketua Polis Kelantan, Datuk Zulkifli Abdullah.

Kajian sejak awal tahun ini itu dijalankan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Halim Salleh, Prof Madya Dr Tham Winn dan Siti Hawa Ali.

Sejurus selepas pembentangan kajian itu, satu perbincangan oleh ahli panel terdiri daripada beberapa pihak termasuk pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan turut diadakan.

Ahli panel terdiri daripada Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Kelantan, Patah Mahmood; Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Kelantan, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar; Timbalan Mufti, Datuk Mohd Shukri Mohamad dan Pengarah Pelajaran, Ismail Md Noor.

Ahad, Julai 23, 2006

Dunia bersatu atas 1 suara..

Penduduk dunia sepakat bantah keganasan Israel


SYDNEY: Beribu-ribu penduduk dunia daripada negara Islam sehingga ke bandar utama Eropah serta Australia mengadakan demonstrasi besar-besaran mulai kelmarin sehingga hari ini bagi membantah kerakusan tentera Israel mengganas di Lubnan.


Sambil membawa sepanduk besar, mereka turut melaungkan slogan dan menggesa rejim Zionis itu segera menamatkan serangan ke atas rakyat Lubnan yang tidak berdosa.

Tunjuk perasaan itu dimulai di kebanyakan negara Islam kelmarin, selepas selesai solat Jumaat.

Di DHAKA, Bangladesh sekurang-kurangnya 2,000 penduduk bertindak membakar bendera Israel dan sekutu utamanya, Amerika Syarikat.

Di KASHMIR yang ditadbir Pakistan, polis terpaksa menggunakan kayu belantan bagi meleraikan ratusan penunjuk perasaan yang menghalang lalu lintas.

Di ISLAMABAD, penunjuk perasaan mengecam Washington kerana menyokong Tel Aviv. Umat Islamnya turut mengadakan solat hajat di seluruh negara itu bagi mendoakan keselamatan penduduk Lubnan dan Palestin.

“Israel menyerang Lubnan dan Palestin hanya kerana ia disokong hebat Amerika,” kata ahli Parlimen, Fazal-ur Rahman di Peshawar.

Di JAKARTA, hampir 1,000 penduduk mengadakan beberapa bantahan berasingan di ibu negara Indonesia itu serta di bandar Ambon. Mereka membawa sepanduk dan mengibarkan bendera Lubnan dan Palestin sebagai menyatakan sokongan terhadap mangsa keganasan Israel.

Di AMMAN, ribuan penduduk Jordan memenuhi jalan raya bagi menyatakan sokongan ke atas kumpulan Hizbullah dan Hamas yang menjadi sasaran serangan Israel.

Di KAHERAH, pergaduhan turut tercetus di Masjid al-Azhar selepas anggota polis berpakaian biasa menghalang penunjuk perasaan berarak di jalan raya.

Beribu-ibu lain sebaliknya terus mengadakan bantahan di laman masjid itu.

Di KHARTOUM, Sudan, seramai 1,000 orang berarak bersama barisan pemimpinnya.

Di TRIPOLI, Libya, seramai 4,000 orang berarak di jalan raya bagi menyatakan sokongan ke atas pemimpin Hizbullah, Sheikh Hassan Nasrallah. Perarakan itu anjuran Yayasan Gaddafi diketuai Saif al-Islam anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Di SYDNEY, lebih 10,000 penduduk Australia berarak ke seluruh bandar raya terbesar negara itu semalam menggesa rejim Zionis itu menamatkan serangan ke atas Lubnan.

Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Australia dan Lubnan serta membawa keranda dan sepanduk, ‘Tiada Perang’ ketika menuju ke Sydney dengan diiringi kira-kira 400 anggota polis.

Bekas tahanan Teluk Guantanamo, Mamdouh Habib, dan pemimpin kerohanian komuniti Islam Australia, Sheik Taj Aldin Alhilali, turut menyertai bantahan yang diadakan secara aman itu.

Seorang wanita Australia berketurunan Lubnan yang cuma memperkenalkan dirinya sebagai Diana, memberitahu Australian Associated Press dia bimbang dengan keselamatan keluarganya di Lubnan.

“Israel membunuh kanak-kanak dan mengebumikan mangsa di bawah runtuhan. Sesuatu perlu dibuat mengenai perkara ini. Ibu dan bapa saya berada di Lubnan, datuk saya di kawasan pergunungan dan abang saya serta keluarganya bertuah kerana dapat menyelamatkan diri,” katanya.

Di BERLIN, beribu-ribu penunjuk perasaan menyertai bantahan ke atas pengeboman Israel di Lubnan dengan berarak di pusat ibu negara Jerman berkenaan.

“Israel menghisap darah anak-anak kita.”

Di AMMAN, ribuan penduduk Jordan memenuhi jalan raya bagi menyatakan sokongan ke atas kumpulan Hizbullah dan Hamas yang menjadi sasaran serangan Israel.

Di SAO PAULO, Brazil, demonstrasi secara aman turut diadakan di bandar itu dengan kebanyakan peserta mengibarkan bendera Lubnan.

Di COPENHAGEN, Denmark, seramai 1,000 orang berkumpul di Dataran Bandar Raya bagi menyatakan bantahan di atas serangan Israel di Lubnan.

Di BERN, Switzerland, seramai 1,200 orang mengadakan tunjuk perasaan bagi menyatakan sokongan dan simpati ke atas rakyat Lubnan

“Israel bukan saja perlu menamatkan serangan, tetapi membebaskan tahanan Arab,” kata mereka.

Di VIENNA, seramai 400 orang menyertai bantahan di depan Kementerian Luar Austria. Majoriti penunjuk perasaan aman itu adalah mereka yang berketurunan Lubnan, Palestin, Iraq, Turki dan rakyat Austria sendiri. Mereka turut menyerahkan petisyen kepada kementerian itu bagi campur tangan menamatkan keganasan Yahudi.

Sementara itu di kota LONDON beribu-ribu orang bersiap sedia untuk menyertai bantahan besar-besaran di seluruh Britain bagi mengecam keganasan negara Yahudi itu.

Bantahan di London sehingga ke Glasgow dan Kirkcaldy, turut dilihat menjadi tekanan ke atas kerajaan Britain.

Andrew Burgin, wakil Stop the War Coalition, antara penganjur meramalkan 10,000 orang akan menyertai bantahan itu di London. – Agensi

Selasa, Julai 18, 2006

21 ogos..hari bahagia buat siti..atau hari mengingati alQuds?

Bismillah

HUrm..

Aku rasa 21 Ogos ni satu tarikh yang satu Malaysia sedia maklum setelah pengumuman penyanyi nombo 1 Malaysia, Siti Nurhaliza semalam dimana dia akanmenikah dengan datuk K. Ini 1 rakyat Malaysia tahu rasanya. Segalanya dah terjawab apabila macam2 spekulasi mengenai hubungan penyanyi kesayangan orang ramai tuh. Semuanya boleh dibaca di akhbar hari ni.

Yang menariknya, tujuan dibuat pada 21 Ogos adalah bersempena dengan tarikh ISra' Mi'raj..alhamdulillah.

Namun, aku rasa tak ramai rakyat Malaysia yang tahu 21 Ogos ni merupakan hari yang tak kurang pentingnya bagi ummat Islam selain dari Isra' Mi'raj...iaiti Hari Memperingati AlQuds. KEnapa 21 Ogos? Klik disini: http://www.freewebs.com/roq06/mengapa218.htm


Hari ni kalo kita dengar dari berita, Palestine sudah berani menyerang Lubnan. Alasan kerana pejuang hizbullah menculik 2...diulangi...2 sahaja tentera mereka dan alhamdulillah pejuang hizbullah berjaya menyerang kapal laut Israel. Lantas mereka membunuh lebih 110 orang dan 250 orang cedera. Ini bukti kekejaman Israel. Sama seperti kes di Palestine, apabila hanya seorang askarnya ditangkap...habis dibelasahnya penduduk di Tebing Gaza.

Dunia pula seperti jadi bodoh. Lebih-lebih lagi pimpinan Islam yang semenangnya takut akan sekutu US dan Israel. Umat Islam seperti tidak boleh berbuat apa apabila adik beradiknya, anak perempuannya dirogol, ayahnya ditangkap masuk penjara dan ibunya diseksa.

Yang pelik sekali, cuba kita bandingkan apa yang pemimpin Islam dan pemimpin Kristian berkata tentang perkara ini:

"You Israelis must take responsibility for what your government has done, you will soon discover how stupid and foolish your new government is." Kenyataan Sayyid Hassan Nasrallah terhadap keganasan Israel.

"These elements should bear the responsibility for their irresponsible actions and they alone should end the crisis they have created.A distinction must be made between legitimate resistance and uncalculated adventures undertaken by elements inside (Lebanon) and those behind them without recourse to the legal authorities and consulting and coordinating with Arab nations." - Kenyataan Kerajaan Arab Saudi mengutuk Hezbullah kerana dianggap menyusahkan negara-negara Arab.


"The right of defence on the part of a state does not exempt it from its responsibility to respect international law, particularly regarding the safeguarding of civilian populations."
Kenyataan Cardinal Angelo Sodano dari Vatican mengutuk Israel kerana membunuh orang awam di Lubnan dengan kononnya untuk mempertahankan diri.

Entry di atas dicopy paste dari blog saudara Faisal Tehrani di alamat: http://tehranifaisal.blogspot.com/ (macam2 lagi ade kat sana pasal isu ni..baik klik dan rajin2kan diri membaca) Amatlah terasa bodohnya bila pemimpin Islam sendiri boleh mengutuk serangan Hizbullah tapi pemimpin kristian..mengutuk Israel. Mungkinlah dari segi latar mereka berbeza, sorang pemimpin yang terlibat dalam politik, sorang lagi takde kaitan dengan politik..tapi jelas sudah umat Islam mengutamakan kepentingan perkara lain sehingga sanggup menggadaikan maruah ummat Islam.

Aku pun dah penat nak beritahu betapa banyaknya kekejaman Israel yang berlaku. Memang terlalu banyak. Apabila diperhatikan mereka dan membaca kenyataan Israel dan US (melalui saluran diaorg la..CNN..dll), anda akan terasa seperti dibodohkan oleh kaum yang maha degil, Israel. Semasa serangannya di Lubnan, mereka boleh lagi kata "kami menggunakan adab dan sopan santun berbanding pejuang Hizbullah". Ait?!

Aku nak menyeru pada semua yang membaca ni, tolongla jangan terpedaya dengan kata2 "pihak A mengutuk serangan Hizbullah dan menyalahkan Hizbullah atas apa yang berlaku", "
pemimpin dunia yang menghadiri persidangan kumpulan negara maju G8 di St Petersburg, Russia, mengeluarkan kenyataan menyalahkan Hizbullah serta menetapkan syarat gencatan senjata". Tolonglah! TAK PAYAH nak angguk dengan kenyataan ini sebab bila dianalisa balik..Israel ni mampu mengawal dunia untuk bersimpati dengannya. Pemimpin2 dunia yang takutkan US dan Israel sudah pastinya akan menyalahkan pihak Hizbullah dan Hamas atas penangkapan 3 tentera Israel itu. Manakala yang sedia maklum nak menentang Islam seperti puak2 Islam Liberal, Islam ape tah lagi..puak2 yang tak puas hati dengan Islam, juga akan kata ini salah orang Islam.

Mereka seolah2 kabur dengan apa yang dibuat oleh Israel selama ni. Semua gambar2 yang menunjukkan betapa kejamnya Israel membunuh, mengebom, meroboh rumah2 rakyat Palestine, sudah luput dari ingatan. Seolah2 "ohh..Israel lah yang patut dikasihani..apalah kejam sangat Hamas dan Hizbullah ni?". Kalau aku jumpa manusia macam ni..mungkin aku masukkan kepalanya dalam lubang tandas sahaja (lawak je nih..tapi ade 20% unsur serious petanda marah).


Aku nak tanya la pada semua ummat Islam, kenapa la kita tidak kuat..tidak digeruni dan boleh dipijak sahaja kepala? Kalau dulu, seorang wanita di mana tah..aku dah lupe cerita ni..sesiapa yang ingat tu boleh la peringatkan. Ade sorang wanita yang diganggu di suatu kawasan yang jauh daripada ibu kota negara Islam time tuh, terus sahaja dilaung "mana khalifah...(lupe nama plak", lantas khalifah tu menyediakan tenteranya yang depannya boleh sampai di tempat perempuan tuh dan belakangnya berada di tempat khalifah tuh. Nak menunjukkan apabila seorang Islam diganggu, ummat Islam boleh hantar tenteranya untuk membela...tapi hari ni?


Kita tengok dulu kat negara arab bagaimana orang2 di sana dengan keadaan mereka yang dilemahkan dengan pelbagai aspek terutamanya hiburan dan kemewahan. Mereka sebenarnya dari kaum yang kuat..tapi mudah sahaja diperangi melalui serangan minda.
Ini tak kurangnya negara kita yang tercinta, Malaysia, kita tengok macam mana muda mudi kita leka dengan pelbagai 'wadah' hiburan. AF, Mentor, Malaysian Idol, 1 in a million...entah macam2 lagi yang aku pun tak larat nak sebut. Aku nak tanya nih...sume orang yang pegi sana tu, ade rasa kecintaan mereka pada umat Islam di Palestine ke takk?? Mereka sedar ke ape yang sedang berlaku dengan Islam?? Kalau mereka sedar..aku rasa mereka tak tergamak nak pegi tengok konsert2 tuh.

Tu baru satu aspek, tengok aspek dari moral dan akhlak remaja sekarang...nauzubillah. Gejala dadah, zina, rogol, samun, rompak, judi..namakan saje semua jenis kegiatan tidak bermoral..sudah ada dari masyarakat kita yang melakukannya. Dengan begini, mampukah kita nak menangani perkara yang lebih besar? Macam mana US nak takut dengan umat Islam kalau dah sume pon lemah dari segi pegangan aqidahnya, akhlaq dan kekuatan fizikal. Satu lagi kelemahan ummat Islam..tak reti nak bersatu. Dok berbalah benda2 remeh, dok pegi interprate Islam ikut suka hati, habis kucar kacir..akhirnya musuh amik kesempatan. Lepastu umat Islam terkapai-terpakai.

Dahlah..aku rasa type panjang2 pun takde guna jugak kalau orang tanak baca. Yang pentingnya point2 utama aku sudah aku letakkan..tinggal korang je nak sampaikan pada orang lain. Aku tinggalkan pada korang untuk fikirkan bende nih. Sesekali cuba la guna akal fikiran sikit berfikir...ataukah ummat Islam dah malas berfikir??

Ahad, Julai 16, 2006

Baru 3 askar dah kecoh!

Tahanan Palestin dilupakan


Tawanan tiga askar Israel dibalas bom, nasib si kecil dalam penjara Yahudi tak dihirau

HANYA kerana tiga askarnya ditawan, puluhan rakyat tidak berdosa menjadi mayat dalam sekelip mata gara-gara kegilaan Israel melancarkan perang di Palestin dan Lubnan. Itu baru tiga, bayangkan 100 askarnya ditawan, pasti meletus perang baru di Asia Barat.

Namun, hakikatnya ada lebih 8,000 tahanan Palestin dan Arab merengkok dalam penjara Israel yang tidak mendapat pembelaan mahu pun simpati dunia sepenuhnya. Malah, jenayah kejam Israel bukan seminggu dua ini di Palestin dan Lubnan, tetapi sejak bertahun-tahun lalu atas nama mempertahankan negara Israel.

Malangnya, sejak tiga minggu lalu, dunia lebih mengenali fakta dibentangkan Israel, tiga askarnya iaitu seorang di Palestin dan dua lagi ditawan Hizbullah di Lubnan. Dunia dipaksa bersimpati dengan rejim Zionis itu dan akur dengan tindakan gilanya membunuh lebih hampir 100 orang di wilayah Palestin, Lubnan selain memusnahkan kemudahan awam serta membedil Lapangan Terbang Antarabangsa Rafiq Hariri di Beirut dan perumahan.

Semua ini demi tiga askar kesayangannya. Namun, dunia tidak pernah mengenali nasib lebih 8,000 tahanan Arab dan Palestin, termasuk kanak-kanak semuda 18 bulan yang disumbat ke penjara Israel. Tahanan yang bukan ditahan sehari dua sebaliknya sejak berdekad lalu, dari anak kecil menjadi dewasa dan yang hidup sehingga mati sehingga kini seakan dilupakan dunia.

Sejak September 2000, lebih 2,500 anak Palestin ditahan dan setakat ini, ada seramai 388 anak kecil dan remaja menjadi penghuni tembok jeriji Israel. Jika dihitung mengikut kiraan matematik sekali pun, nisbah 3 berbanding lebih 8,000 sememangnya jauh daripada seimbang. Tetapi kiraan berat sebelah itu yang ketara apabila nasib tiga askar dibela dan disokong negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan paling menyedihkan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jerman, Sepanyol dan Jepun yang menggesa pembebasan segera mereka.

Nasib tahanan Palestin itu, sehingga rencana ini ditulis hanya dibela kumpulan pejuang seperti Hamas, Hizbullah serta negara lain seperti Iran, Jordan, Mesir, Indonesia, Perancis dan Russia. Liga Arab dan Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar.

Pihak lain yang turut memberi simpati adalah pelbagai pertubuhan hak asasi manusia Palestin seperti Persatuan Addameer dan pertubuhan Yahudi sendiri.

Hakikatnya, sukar untuk mendapatkan bilangan sebenar tahanan Palestin itu seperti diakui media Barat. Bagaimanapun, mengikut pertubuhan bukan kerajaan Israel, setakat Januari 2006, ada lebih 8,200 tahanan Palestin dalam penjara Israel. Jumlah itu termasuk 3,111 ditahan askar Yahudi (741 ditahan mengikut penahanan pentadbiran) dan 5,127 disumbat ke penjara Israel (53 atas alasan penahanan pentadbiran).

Beberapa pertubuhan lain memberikan angka lebih besar kerana adanya tahanan politik Palestin yang memegang pasport Israel tidak diambil kira . Persatuan Tahanan Palestin dalam laporannya tahun lalu, menyatakan seramai 19 tahanan menjalani hukuman 20 tahun dan 140 lain bagi hukuman 15 tahun atau lebih lama. Laporan Kementerian Tahanan dan Hal Ehwal Bekas Tahanan Palestin menyatakan 400 daripada mereka ditahan sebelum Perjanjian Oslo - persetujuan yang sepatutnya menyaksikan pembebasan mereka.

Kebanyakan warga Palestin ditahan atas alasan penahanan pentadbiran atau ringkasnya, dikurung tanpa pendakwaan rasmi yang menyaksikan golongan wanita dipaksa berbogel di depan askar lelaki Israel yang melakukan pemeriksaan badan.

Perintah Tentera Israel 1988 memberi kuasa kepada askarnya menahan warga Palestin sehingga enam bulan lamanya tanpa dibicara dan tempoh itu boleh dilanjutkan.

Dalam laman web www.addameer.org/index_eng.html, ada pelbagai paparan kisah sedih dan duka mengenai warga Palestin yang ditahan Israel. Persatuan Addameer yang memperjuangkan nasib tahanan Palestin, kini melancarkan kempen menuntut kerajaan Israel membebaskan wanita Palestin, Manal Mahmoud Ghanem, 29, dan anak lelakinya, Nour yang berusia satu setengah tahun. Nour yang belum mengerti apa-apa, diberi status banduan oleh Israel yang menjadikannya tahanan termuda Palestin setakat ini.

Pasangan anak dan ibu ini ditahan di Penjara Tilmond selepas Manal dijatuhkan hukuman penjara 50 bulan atas alasan cuba membunuh biarpun dia tidak terbabit. Apa yang menyedihkan, Manal menghidap penyakit Thalassemia dan memerlukan rawatan rapi yang tidak disediakan pihak penjara Zionis itu.

“Saya bimbangkan nasib Nour kerana pengawal penjara ada kalanya menyembur air atau gas pemedih mata ke atas banduan wanita. Dia perlukan cahaya matahari, udara segar dan mainan tetapi itu semua tidak dibenarkan. Jika diberi lampin pun, terlalu kecil buatnya," kata Manal.

Di luar penjara, suaminya, Naji terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada tiga anak lain - Majeed, Niven dan Ihad yang membesar tanpa kasih sayang Manal.

Apa yang pasti, Nour bukan satu-satunya tahanan muda Palestin. Pertubuhan Defence of Children International (DCI) memberikan statistik terbaru iaitu setakat bulan lalu, serama 388 kanak-kanak Palestin merengkok dalam penjara Israel. Beratus-ratus lain ditahan ketika kecil, kini sudah dewasa. Kementerian Palestin menyatakan lebih 3,000 kanak-kanak Palestin bergelar tahanan Israel sejak September 2000 yang sebahagian besar ditahan kerana melontar batu.

Ibarat cakap tidak serupa bikin, undang-undang Israel menyatakan kanak-kanak perlu mencecah usia 16 tahun sebelum boleh dibicara atau dijatuh hukuman. Namun, seperti diakui penulis Britain, Isabelle Humphries, hakikatnya ramai yang seawal usia 12 tahun diheret ke mahkamah dan seterusnya penjara. Dasar kejam Israel ke atas kanak-kanak itu bukan setakat melanggar peraturannya sendiri, tetapi juga antarabangsa iaitu Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak bertarikh 20 November 1989 dan Israel antara negara yang memeterainya, jelas menetapkan seseorang itu cuma dianggap dewasa apabila mencecah usia 18 tahun.

Selain anak kecil, lebih 100 tahanan Palestin adalah wanita dan ada diantaranya bersalin dalam penjara. Mereka ditahan bukan kerana melakukan kesalahan, tetapi menjadi galang ganti atas perbuatan saudara lelaki mereka. Namun, yang pasti, mereka menjadi mangsa penderaan seks oleh pengawal penjara Israel.

Pertubuhan hak asasi manusia Palestin dan antarabangsa menerima aduan 85 peratus tahanan yang mendakwa didera. Ia termasuk tangan digari dengan kedudukan badan yang sukar, sering dibelasah, dikurung dalam kegelapan serta memaksa tahanan mengenakan penutup kepala yang dilumuri najis manusia.

Cuma, kita bimbang jika dunia dan kerajaan Arab terus membutakan mata atas pembunuhan penduduk awam Palestin dan Israel, tanggungjawab pembelaan mereka akan diambil sepenuhnya kumpulan pejuang seperti Hamas dan Hizbullah yang jauh lebih berani. Jika itu berterusan, bukan saja semakin ramai tahanan Palestin dan Arab dalam penjara Israel, tetapi lebih banyak nesan insan tidak berdosa yang menjadi mangsa kegilaan Israel dan kebutaan hati dunia, bertaburan sehingga ke luar wilayah Palestin.

Selasa, Jun 27, 2006

'Pendidikan seks', 'Mengandung' & 'Bercinta'

Salam,

Sorry dah tak update begitu lama. Ape2 pon, terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog ini.

Berita Harian 26 Jun 2006:

Pendidikan seks tahun depan


Draf akan dibentang untuk kelulusan Kabinet


KUALA LUMPUR: Mata pelajaran mengenai perlakuan seks, onani dan cinta mungkin menjadi sebahagian daripada sukatan pelajaran di sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan selain beberapa isu berkaitan seperti kehamilan, perkahwinan serta penyakit seksual berjangkit.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata mata pelajaran terbabit mungkin akan terkandung dalam kurikulum sekolah tahun depan tetapi tidak menerangkannya secara terperinci.

Bagaimanapun, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika membentangkan garis panduan pendidikan seks penghujung tahun lalu, sudah mengenal pasti beberapa tajuk yang akan diajar.

Shahrizat berkata, kementeriannya sedang bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi membuat penafsiran terperinci draf mengenai pendidikan seks di sekolah.

Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai butiran lanjut mengenai bahagian mana draf berkenaan yang memerlukan pindaan.

“Draf ini akan dibentangkan untuk mendapat kelulusan Kabinet dalam masa terdekat dan kemungkinan besar dilaksanakan tahun depan,” katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Wilayah Persekutuan, di sini semalam.

Akhir tahun lalu, garis panduan mengenai pendidikan seks diumumkan, merangkumi isu kelahiran bayi, akil baligh, identiti dan perwatakan seksual, imej peribadi dan emosi.

Juga, aspek perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa manakala aspek pembangunan diri meliputi nilai kemanusiaan, hak asasi, tanggungjawab serta mengawal kemarahan.

Bahagian kesihatan dan peri laku seksual pula membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, onani, fantasi, kehamilan, kaedah pencegahan kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids.

Turut diberi penekanan ialah aspek budaya dan masyarakat berhubung isu seksual dan perundangan berkaitan, seks dan media, seks dan masyarakat serta pandangan agama mengenai seks.

____________________________________________________________

Hurm. Tataula pro n cons dia. Pastinya ade keburukan dan kebaikkan pendidikan nih. Tapi harapnya dapatla berubah masyarakat kita nih kearah kebaikkan. Memang dah makin teruk la. Sejak 2 menjak nih pon aku dilipur larakan dengan cerita2 tentang pelajar yg sekita baya aku je dah mula hamil dah. Cerita pertama dari seorang kawan yg tengah amik STPM. Budak pompuan sekelasnya dah mengandung 7 bulan gara-gara terlanjur dengan seorang senior yang kini menjual burger. Malah yg aku takleh nak terima, pompuan tuh tak rasa nyesal pulak terlanjur. Boleh bercerita pada rakan2 lain pengalamannya. Astaghfirullah. Rosak betul. Dahla pegi cari laki yg jual burger. Elok sangat la tuh. Lepastu laki tu pulak tanak bertanggungjawab. Lagi elok. Masyarakat yang sudah rosak.

Cerita kedua, kawan aku masa mrsm dlu, pompuan la. Dia kat sarawak.. Dia dok citer pasal IPT di kat sarawak tuh. RAkan sebilik isap rokok. Bilik depan minum arak. Lpastu junior plak mengandung. Siap pegi tanya ustaz cmana nak gugurkan kandungan tuh. Ini cerita-cerita yang aku dengar. ..belum yang aku tak dengar lagi. Aku percaya korang yang tengah baca ni pun belambak dah cerita-cerita macam ni.

Tapi nak katanya, memang masyarakat kita yang Islam ni terutamanya dah semakin teruk. Kalau nak cakap secara umumnya, memang semua dah teruk la. Dah terikut budaya barat. Menjadikan se*s sebagai aktiviti yang biasa dan tak rasa mendatangkan dosa sebab dok ingat keseronokkan. Kalau nak diikutkan la...mana ade 1 agama pon yang menghalalkan berzina..melainkan mereka sudah tukar2 kandungan agama mereka sendiri, men
ghalalkan ape yg haram dan mengharamkan ape yg halal.

Pendek kata, memang masyarakat kita dah semakin tidak bermaruah dan hilang rasa malu. Malu tak bertempat banyak la. Tapi bila malu bertempat..senang pulak dihilangkan. Sekarang ni kalo lalu dekat taman-taman, ade aje pasangan nak berkepit. Tak cukup dengan itu, kalo pegi mandi manda kat sungai..tepi laut..lagiiilah. Mereka-mereka ni pasti wujud di lokasi-lokasi begini. Seronok berdua-dua lagi2 bermandi bersama. Nak ikut sunnah mandi sekali..tapi tak kawin lagi. Konon nak tunjuk hebat..mandi-manda depan khalayak ramai. And God knows what they are doing masa tengah mandi bersama tuh.

Tak kawin lagi..punya la gersang sangat sampai takleh nak sabar. Semuanya dah try sebelum kawin. LEpastu bila suruh kawin..mulalah bagi alasan2 yang tidak munasabah seperti yang pernah aku tulis sebelum ini. Ditambah dengan mak bapak yang memberi izin dan laluan pada anak mereka untuk bersuka ria bersama pakwe dan makwe mereka asalkan balik sblm pukul 12 malam. Ade mak bapak yang tak kisah langsung pon. Bila anak dah mengandung..baru nak sorok muka. Kalau dah tak reti nak didik anak..takyah la nak ade anak. Itulah..keb
anyakkannya tahu nak kawin sebab nak puaskan nafsu. Okla jugak..puaskan nafsu lepas kawin...daripada tak kawin kan? Tapi tak boleh la nak fikir seronok je. Nak kawin untuk seronok. Tak kawin pon untuk seronok2. Ape bende dunia nih penuh keseronokkan? Last2 masuk neraka..SERONOK jugak ke?

Dalam dunia nih, mana ada perkara yang tak perlukan pengorbanan. Untuk mendapatkan kemanisan sesuatu perkara, kita kene banyak bekorban la. Ini bukan dalam konteks bekorban dalam percintaan. Berkorban demi awek, berkorban demi pakwe. Bukan tu semua! Berkorban disini maksudnya kene pikul tanggungjawab yang besar disamping mendapat ketenangan jiwa (hubungan suami-isteri, kasih sayang anak2..etc2). Maknanya, kepuasan nafsu tu tak diberikan dengan percuma. Kena ada 'bayaran'nya iaitu tanggungjawab sebagai suami, sebagai ketua keluarga, sebagai ayah dan sebagainya. Bukan tahu buat anak..lepastu lepaskan anak camtu je. Akhirnya, anak derhaka..baru nak nyesal.


Ni nak cakap pasa cinta pulak. Orang kita nih kalau takde bf-gf nih..mula la rasa pelik. Haritu aku balik sekola lama aku, aku roundla 1 sekolah. Masuk kelas2 junior bersalaman dengan diaorg. Dalam 25 kelas yang aku lalu, 2 daripada kelas kat sekolah aku tuh, dok tanya "abg ade awek tak?". Aduh. Cmana aku nak jawab nih? Kalau aku jawab takde..confirm diaorg akn kata "malu2 pulak..ngaku jela"...yang pada hakikatnya memang aku takde pon. Kemudian nak dipendekkan cerita, aku jawab "erm..taknak lah awek2 nih..abg terus kawin jek". Hah..semua akan ketawa bila aku cakap camni. Selamat.

Tapi masyarakat kita nih takleh nak lari dari bermakwe pakwe..berawek-balak...berbf-gf. Ahh! serabut aku pikir bende nih. Tapi terpaksa tulis jugak..memandangkan memang situasinya camni. Okeyla..nak halang 100%..kang kata aku nih ekstermis la..fundamentalis la. So..okla..aku tak kisah sangat yg dah sebulan membuat perancangan nak kawin tuh..memasang pasangan hidupnya dengan batas2 tertentu (paham ke korang ape yg aku tulis nih?). Maksud aku..kalau dah bulan depan nak kawin..korang nak mencari awek supaya dijadikan isteri..okla..bole la diterima jika difikirkan keadaan zaman skarang nih yang orang tak reti nak cari pasangan dengan keadah lain. (Personally aku tak setuju dengan cara nih...kalau nak tahu kenapa..kene tanya aku secara personal). Ape lagi kalau dari umur 14, 15..dah mula pasang pakwer dan makwe. LAGI LA AKU TAK SETUJU! Cumanya dibandingkan waktu nak kawin tuh..ianya lebih okla..daripada umur 14-15..atau even 12 dah ade pakwe. Terlalu muda. Peratusan untuk
sampai ke pasangan suami-ister sangat tipis...tak mustahil..tapi peluangnya bukan 100% terjamin. Dibandingkan dengan umur yang sudah bersedia nak kawin.

Pada pendapat aku, hubungan yang disertakan niat untuk perkahwinan adalah lebih baik. Masalahnya sekarang...kebanyakkannya hubungan zaman skarang nih..tak fikir sangat pasal kawin. Yang diaorg fikir..1. Seronok 2. Ade someone dalam hidup 3.Nak kasih sayang yang murahan. 4. (maybe) Nak cakap pasal nafsu & sewaktu dengannya. Entah ape lagi alasan yang diaorg bagi..tapi tak menjurus ke arah perkahwinan ataupun kearah kebaikkan. Oklah kalau ade pon niat nak berkahwin, tapi cara diaorg bercinta adalah cinta yang terlarang. Kaedah salah.

Aku bukannye nak menghalang bercinta nih. Takde yang salahnya bercinta..sebab cinta itu fitrah manusia. Tapi CARA bercinta..METHOD bercinta tuh..tak kena pada tempatnya. Time muda nih, berapi-api la kata i love u..miss u...sayang..darling..honey..sweetheart..entah ape lagi perkataan yg digunakan..ade yg pelik2..hubby la..baby la..teddy la..ish..geli geleman aku baca. Tapi ini hakikat. Sebelum kawin banyakla sayang2nya..lepas kawin..tengokla cmana nanti. Sama ada hilang terus, atau mungkin adela sikit2..tapi dah tak semanis dulu. And u got to be sure that this guy/gurl yang kita dok bercinta ni..akan kekal setia bersama kita sehingga ke akhir hayat. Kita tak mengharapkan penceraian kan? Penceraian akan merosakkan kasih
sayang dengan anak2..sebab tu ramai anak2 yang mak ayah bercerai..majoritinya mudah hanyut kepada perkara yang tak berapa nak best. Sorryla kalau ade yang terasa dengan statement nih..but it's true.

Oklah..amik hakikat yang nih. Mula2 berkenalan, lepastu dua2 ade perasaan, kemudian rasa nak jumpa, then jumpa selalu, dah kerap berjumpa..mula la sembang pasal perkara2 yang tak
sepatutnya, then lama2 masuk bilik/balik rumah salah seorang time mak ayah takde di rumah, then dipendekkan cerita..mengandung atau tak mengandung pun..gugurkan kandungan awal2. Okla..maybe ade yang boleh kawal diri tuh berenti di tengah2 jalan..seperti SETAKAT BERJUMPA SELALU je..which is still prohibitted in Islam. Tapi yang aku nak stresskan kat sini..bila dah sampai mengandung tuh..yang ruginya pihak mana? PEREMPUAN jugak. Laki rugi ape? Dia seronok adela. Pompuan...1. Hilang maruah diri 2. Hilang keyakinan diri...erm..dan lain2..korang boleh fikir sendiri la. Tapi tahla..zaman skarang nih dah advance jugak. Ade kaum perempuan nih tak rasa hilang maruah. Malah lebih yakin pulak dengan diri sendiri bila dah terlibat dalam perakara2 camni. Tah aku..tak paham.

Allah bagi akal untuk manusia supaya berfikir..tapi nak jadi haiwan jugak..tanak guna akal. Pendek kata. Jagalah diri anda baik2. Dunia nih penuh dengan keseronokkan je kalau asyik hanyut dengan perkara2 dunia. Tapi kalau amik dunia dan akhirat..insyaAllah kita akan tahu ape yg kita sepatutnya buat dan tak sepatutnya buat. Kita semua dah belajar pasal mati, syurga neraka..so..guna la otak untuk fikir. Jangan dok buat bende yang merugikan kita di akhirat untuk selama2nya. Rasulullah kata siapa yang ingat mati..dialah orang yang bijak. So..baik ingat mati..nanti kita tahu ape tindakan kita. Orang yang ingat mati..pasti tak berzina dan melakukan perkara2 terlarang. Andai kalu mati time tengah dakap pakwe/makwe..tak ke rugi? NAk taubat kat mana? kubur??

So think about it!

Ahad, Mei 21, 2006

Mereka ni memang serabut

Da Vinci Code pecah rekod


ROME: Filem mencetuskan kontroversi di kalangan penganut Kristian, Da Vinci Code memecah rekod kutipan di negara majoriti Roman Katolik iaitu Itali apabila beribu-ribu penduduk tidak menghiraukan gesaan Vatican memulaukannya.


Filem berasaskan novel Dan Brown itu meraih 2 juta euros (RM9.62 juta) pada malam pertama tayangannya, kutipan hampir dua kali ganda daripada filem paling laris sebelum ini iaitu Life is Beautiful arahan Roberto Benigni pada 1997.

Agensi berita Itali melaporkan ramai berbaris di pawagam untuk menonton filem itu yang mencetuskan kemarahan Vatican dengan mendakwa ‘Jesus’ mendapat anak hasil hubungannya dengan Mary Magdalene dan ia disembunyikan pihak gereja.

Berjuta-juta orang di seluruh dunia dijangka menonton filem itu pada minggu pertama tayangannya, meskipun dibantah kumpulan Kristian selain tidak dipuji pengkritik pada pesta filem Cannes minggu ini. – Reuters

______________________________________________________

Nampaknya orang Kristian sendiri tak mempercayai bahawa 'Jesus' itu Tuhan kah? Rasanya kalau orang2 kristian berpegang pada fahaman mereka dengan kuat..tentu sekali tak menyokong filem ini. Tapi nampaknya pecah record?

Tuhan orang krisitian dihina..orang2nya sendiri bagi sambuta. Nabi Muhammad dihina..umat Islam bankit tak puas hati. Ini baru tindakan yg betul.

Walaubagaimanapun, tak dapat nak komen banyak. Tunggulah aku dah baca novelnya (jap lagi nak baca nih) & tonton ceritanya dahulu.

Terima kasih kerana berfikir..

Khamis, Mei 18, 2006

PULAK DAH!!

AF4 pilih pelajar bertudung


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar bertudung dijangka menghangatkan lagi program realiti popular, Akademi Fantasia musim keempat (AF4) yang memulakan siarannya, 28 Mei ini.


Nor Salima Habibi (gambar), 18, dari Ipoh, Perak, akan menyertai 19 pelajar lain bagi merebut gelaran juara AF4 yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM300,000 kepada juara.

Turut terpilih sebagai pelajar ialah Haider Arif, 21, dari Kota Kinabalu, Sabah yang menyertai AF3 tetapi gagal melayakkan diri sebagai 14 terbaik apabila tersingkir pada Konsert Prelude.

Nor Salima ketika ditemui semalam, berkata pemilihannya tidak perlu dipertikaikan kerana dia sudah bersedia menghadapi cabaran dan disiplin yang diperlukan sepanjang berada di AF4.

“Yang penting saya menjaga maruah serta tatasusila sebagai penyanyi wanita bertudung dan menyerahkan kepada tenaga pengajar untuk membentuk penampilan diri nanti,” katanya.

_______________________________________________________

Hm...baru baca berita hari nih. Pasal AF4 la pulak. Tengok pekataan AF tu takla amik kisah sangat. Tapi bila baca tulisan penuh..ade "bertudung" plak! Ape lagi. Aku KLIK la. Entah nak komen cmana. Tapi...ni lah realitinya.

Pakai tudung (yang..ade style2 Bienda nih - okeyla..tudung la jugak walaupun tidak mengikut format sebenar pemakaian tudung), baru lepas SPM, dari Ipoh Perak la pulak (yg last ni takde la yg herannya..cuma..sebab aku kat UTP nih..Ipoh tu kire dekat la).

Pastu..dilaporkan oleh berita ni plak.."Yang penting saya menjaga maruah serta tatasusila sebagai penyanyi bertudung..." HAIH! Pandai pulak nak cakap camtu? Ni masuk AF nih sebenarnya dah korbankan maruah dah pon. Bukan nak masuk AF ni kene menari ke? Entah..aku ataula diaorg ni pilih cmana...tapi tak silap aku la kene menari? Lepastu pakai tudung la pulak.

Kalau dulu dengan kehadiran Mawi yg pada asalnya seorang Qari' seperti yg kita sedia tahu..kemudian bile masuk "universiti" AF yang boleh grad tuh..maka diterimanya pendidikan menjadi seorang artis..yg pastinya perlu menari..berjoget dengan perempuan..dan..malas la aku nak cakap banyak2. Segalanya jelas seperti mana yg korang tahu. Daripada seorang yang dikenali hampir pada agama..akhirnya boleh korbankan prinsip2 diri untuk menjadi artis.

Kemudian..nak kuar musim baru ni pulak..bawak mai perempuan yg pakai tudung. Sekarang boleh la kata nak jaga maruah la..jaga tataususila la. Esok lepas dah grad AF nanti tengokla cmana maruah yg nak dijaga tuh. BUkannye senang nak jaga maruah dan tatasusila bila dah terlibat dalam dunia hiburan nih. Dunia hiburan nasheed dengan kehadiran artis perempuan pun masih terdapat pihak2 yg mempertikaikan..apetah lagi hiburan yg..tak membawa faedah dan melalaikan nih.

Seolah2 nak dipromosikan bahawa "ala..nanyi sambil tutup aurat...okeyla tu?". Ataupun "ala...artis skarang kena serba boleh..baca Quraan dan bernanyi..kejap ingat Tuhan..kejap lupa Tuhan la". Camtu pulak?!

Ni tak cakap pasal tabarruj pulak nih. Tengok gamba je dah tahu..mekap punye tebal.

Senang cite...masyarakat Islam kita dah semakin konfius.

Aku tahu pemakaian dah tak boleh nak melambangkan peribadi seseorang. Nak ikut..ramai lagi yg bertudung/berkopiah buat perkara tak senonoh...dating..khalwat..disko..entah hape2 lagi. Aku pon dah pening dengan orang camni. Nak suruh tanggal tudung baru buat maksiat..kang menggalak maksiat & menafikan kebaikkan yg dia cuba lakukan.

Kesimpulan yg aku nak cuba korang fikirkan ialah..sememangnya budaya barat sudah berjaya menyelinap masuk ke dalam budaya Islam. Kita dok hepy..nanyi..joget sini sana....lalai..leka..tak ingat akhirat. Yang puak kuffar dok ketawa terbahak2 kat kita sebab dah jatuh dalam perangkap samar diaorg. Diaorg berjuta kali ganda heppy sebab kita dah mula membudayakan budaya hedonisme..daripada budaya Islamik yang sepatutnya kita banggakan. BILA KITA NAK SEDAR NI?!!

P/S: Bacaan tambahan: Aku baru baca tadi. Syampo Islam Hadhari..2x5 jugakla. Dijemput untuk sama2 baca di http://tehranifaisal.blogspot.com/2006/05/syampu-islam-hadhari.html

Ahad, Mei 14, 2006

Hari ibu & masyarakat yang rosak..

Remaja dituduh rogol


LONDON: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menghadapi dakwaan merogol selepas seorang budak perempuan berumur 11 tahun hamil, kata polis di Scotland.


Budak perempuan itu yang kini berusia 12 tahun bakal melahirkan anaknya beberapa minggu lagi sekali gus menjadikannya ibu paling muda di United Kingdom. Dia memberitahu akhbar, dia ‘amat gembira’ bakal melahirkan anak.

Budak perempuan itu yang mempunyai adik lelaki berusia lapan bulan, berkata: “Saya dimarahi kerana usia saya tetapi saya sukakan kanak-kanak. Tiada masalah bagi saya menjadi ibu.“

Remaja lelaki itu dijadual hadir ke mahkamah sherif Edinburgh pada 10 Julai depan. Berita mengenai kehamilan budak perempuan itu mencetuskan reaksi marah Gereja Katolik, lapor The Independent.

Seorang jurucakapnya berkata: “Selain kehamilan itu, perkara lain adalah salah kerana dia adalah di bawah umur. Kes ini menunjukkan budaya kita yang semakin bebas.

“Sebagai satu masyarakat, Scotland seperti tidak bimbang mengenai kegiatan seks golongan bawah umur dan peri laku seksual remaja.”

Bakal ibu termuda Britain itu juga berjanji tidak akan menghalang bapa bayi dalam kandungannya menemui anak mereka.

Laporan The Sun mendedahkan bagaimana budak perempuan yang kuat merokok itu hamil selepas mengadakan hubungan seks ketika mabuk dengan remaja lelaki terbabit, Ogos tahun lalu.

Remaja itu yang namanya tidak didedahkan, didakwa Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan. Dia dijangka dihadapkan di Mahkamah Tinggi Edinburgh, 10 Julai depan atas tuduhan merogol.

Budak perempuan itu yang hamil lapan bulan, kini di letakkan bawah pengawasan pekerja sosial.

Dia sudah diberitahu kemungkinan tidak dibenarkan membawa bayinya pulang kerana rumahnya terlalu kecil.

“Jika mereka mengambil bayi saya, saya akan mengikutnya. Saya tidak akan tinggalkan bayi saya walau apa pun yang terjadi.

“Saya ingin tinggal di rumah bersama ibu dan adik beradik saya, tetapi jika terpaksa membuat pilihan saya akan pergi bersama bayi saya. Saya juga tahu ibu saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga saya dan anak saya,” katanya.

“Walaupun masih kecil, saya amat sayangkan kanak-kanak. Ibu saya juga tidak menghalang jika bapa bayi ini mahu melihatnya,” kata budak perempuan itu yang mempunyai adik bongsu berusia lapan bulan.

Dia, bagaimanapun, mengakui takut dengan proses bersalin dan akan membawa patung beruangnya ke hospital.

Ibu budak perempuan itu juga mendakwa ada pihak tertentu menuduh anggota keluarganya terbabit menjual heroin di kediaman mereka di West Lothian.

“Ada pihak yang berniat jahat menuduh saya menagih dadah tetapi itu tidak benar. Anak perempuan saya tidak pernah mengambil dadah dan saya tentu tidak dapat mengawal keadaan jika kehilangannya dan cucu saya kerana diambil agensi sosial.

“Mereka sepatutnya membantu kami pada masa ini,” katanya.

Jurucakap Majlis Perbandaran West Lothian pula mengulas: “Kami bekerjasama dengan keluarga itu bagi membantu budak berkenaan dan anaknya memulakan hidup baru.”

Kes berkenaan turut mendapat perhatian ahli perundangan tempatan yang menggesa program pendidikan seks lebih baik dibentuk.

Awal tahun ini, satu program pendidikan seks bernilai £5 juta (RM34 juta) dilancarkan. – Agensi

________________________________________________

Sempena hari ibu ni aku mengucapkan selamat hari ibu pada semua ibu2 dalam dunia nih..walaupun kalau nak diikutkan..bukanlah hanya hari ibu kita meraikan ibu kita..tapi aku rasa ade 1 hari yg boleh mengingatkan semua supaya kembali mencintai ibu masing2..bagus juga. Sekurang2nya pada hari ini..pada sesapa yg tahu hari ni hari ibu la..akan teringat akan ibunya dikala sibuk. Aahh..malas pulak berbicara pasal hari ibu nih....

Yang aku nak ulas sebenarnya pasal petikan laporan berita hari ni...macam biasa..Berita Harian hari nih la..14 Mei 2006. Heh..aku mmg slalu paste dari situ je ke dalam blog aku. Kalau korang tertanya2 "apesal la dari berita harian je? takde akhbar lain ke?". Heh. Ikut suka aku la kan nak paste dari mana? Sekuran2nya aku membaca akhbar..daripada segelintir manusia yang malas membaca..atau sampai tahap..tanak membaca akhbar..sebab tanak emosi hidup terganggu. Ade jugak manusia camni. Bukan takde.

Anyway, pasal petikan akhbar harini. Seperti yg korang baca sendiri lah. Lihat sahaja bagaimana keadaan, moral dan maruah masyarakat di negara Eropah tersebut. Budak 12 tahun pon boleh rilek jawab macam takde masalah bagi dia. Hamil tu aku memang takde masalah lagi la. Tapi berzina tu..masalah besar! Sampaikan negara mereka kelasifikasikan sebagai kes rogol. Sama la pun kat mana2..kalau bawah umur dikira kes rogol la. Tapi dalam citer kat atas tu pon..walaupun kesnya rogol..tapi pompuan tu merelakan..which means ianya hampir pada istilah zina.

Haih..Hari Ibu sungguh. Bakal ibu termuda di Britain..ibu yang tidak ade ikatan perkahwinan..melahirkan anak diluar nikah. Masyarakat mereka harus bangga ke mampu melahirkan individu2 macam ni? Nak pimpin dunia pada masa akan datang..harapkan masyarakt macam ni ke? Aku tak boleh bayang. Jangan sampai Malaysia jadi camni sudah. Rosak akhlak je. Aku rasa bukan takde berlaku bende2 camni...cuma tak diwar-warkan je. Entahlah. Bila manusia semakin jauh dari sumber yang Rasulullah wasiatkan..memang akan jadi camnila. Ingatlah mati wahai manusia!!

Rabu, Mei 10, 2006

Allah lebih berkuasa..

Blaine gagal cipta rekod dunia

BERITA HARIAN 10 Mei 2006
NEW YORK: Ahli silap mata terkenal, David Blaine, gagal dalam usahanya mencipta rekod dunia berendam di dalam tangki air apabila terpaksa keluar dua minit lebih awal berbanding matlamat asal.

Dia menghabiskan masa seminggu di dalam tangki kaca besar di New York sebelum dirantai dan digari dalam percubaan itu.

Dia merancang melepaskan diri ketika cuba memecahkan rekod dunia selama lapan minit 58 saat.

Disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan di depan orang ramai, Blaine, berdiam diri selama hampir lima minit pertama sebelum cuba menanggalkan gari.

Namun apabila dia mula kelihatan sakit dan buih semakin naik ke permukaan, Blaine terpaksa diselamatkan penyelam profesional.

Selepas diberikan oksigen, Blaine memberitahu orang ramai: “Saya amat terharu dengan sokongan setiap warga New York dan semua orang di dunia.

“Ia satu minggu yang amat sukar tetapi anda membuatkan ia berlalu hasil sokongan padu dan tenaga. Terima kasih banyak-banyak, semua orang. Saya sayangkan anda semua.” – Agensi

Pakar perubatan berkata, keadaannya di dalam air membuat Blaine mengalami kerosakan hati, kebas di kaki dan tangan, hilang deria dan ruam di seluruh tubuh.

Ahad lalu, ahli silap mata berusia 33 tahun itu memberitahu AP Television News dia akan ‘memberikan persembahan terbaik’ untuk menamatkan cabaran itu walaupun kulitnya menggelupas, sakit sendiri dan sakit telinga teruk.

Pertunjukan terdahulu Blaine termasuk berdiri di atas pelantar bulat setinggi 56 sentimeter di atas tiang setinggi 30 meter selama 35 jam, ditanam hidup-hidup dalam keranda yang dapat dilihat selama seminggu dan berpuasa selama 44 hari dalam kotak yang digantung di atas Sungai Thames. —Agensi

_____________________________________________

Sesape yang selalu baca akhbar, rasanya ade kuar berita pasal mamat blaine nih nak buat aksi stunt dengan MERANCANG untuk menghabiskan 7 hari dalam sebuah balang kaca berisi air penuh sedalam 2.4 meter. Lepastu dia nak cuba lepaskan diri daripada keadaan tuh tanpa diberikan bantuan pernafasan selama 8 minit 58 saat seperti dalam laporan akhbar kat atas.

Tapi dengan kepercayaan sebagai orang Islam, lihatlah betapa berkuasanya Allah SWT dan ketentuanNya melebihi perancangan manusia. Nak sangat buat bende pelik2..ha..Allah tunjuk la yang si Blaine ni sebenarnya bukanlah sehebat mana sangat nak melawan fitrah manusia. Akhirnya dia kalah jugak dengan ketetapan Allah SWT yang Maha Berkuasa. Si Blaine ni bajet dia ahli silap mata...boleh la nak buat ikut suka dia dan tetapkan sesuatu dengan kehendak dia. Tetapi ternyata tidak! Allah lebih mengkehendaki perancangan aksi stuntnya tidak berjaya sepenuhnya..dan pastinya ade pengajaran yg kita kene amik kat sini.

Ape2 pon..mengenai si Blaine nih..memang dia nih jenis pelik2. Nak sangat melawan fitrah manusia. Aku pernah dengar dari 1 ceramah, bahawa manusia ni kadang2 Allah dah ciptakan dengan sempurna dah...tapi disebabkan nak jadi femes..nak disanjung orang..mula la buat gaya dan aksi yang sepatutnya aksi2 tersebut dimiliki oleh haiwan je sebenarnya. Bayangkan macam si Blaine nih. Nak berendam dalam air lama2..padahal Allah ciptakan manusia ni ade had dia dalam air. Haiwan je yg boleh hidup lama2 dalam air..contohnya Ikan. Si Blaine nih pon penah dok dalam air selama 61 jam. Haiwan je yg boleh tahan dalam keadaan ais nih. Haiwan2 kutub. Manusia nih Allah dah tetapkan dah limit dia. Tapi nak over limit gak. Seterusnya, Si Blaine ni pon penah ditanam hidup2 dalam kubur selama seminggu. Agaknya nak rasa macam mana keadaan dalam tanah tu kot. Tapi sebenarnya haiwan je yg boleh hidup dalam tanah lama2. Manusia nih bile Allah dah tetapkan fitrahnya..saje suke2 nak lawan fitrah..supaya jadi luar biasa. Disanjungi. Dapat nama kat dunia. Herm..tu jelah manusia suka...

Entahlah! Korang fikirkan sendiri..

Selasa, Mei 09, 2006

Lelaki perempuan..boleh ke bersembang?

Hmm..terjumpa dalam Al-Ahkam.net tentang pergaulan lelaki dan perempuan. Rasanya releven lagi dengan situasi semasa masyarakat kita sekarang nih. So..dengan sukacitanya aku paste kan ke dalam blog ini, moga mendapat manfaat bersama.

Kesimpulan fatwa Dr Yusuf Qardawi.

Pertemuam antara laki-laki dengan perempuan tidak haram, melainkan jaiz (boleh). Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan, seperti dalam urusan ilmu yang bermanfaat, amal saleh, kebajikan, perjuangan, atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik dari laki-laki maupun perempuan.

Namun, kebolehan itu tidak berarti bahwa batas-batas diantara keduanya menjadi lebur dan ikatan-ikatan syar'iyah yang baku dilupakan. Kita tidak perlu menganggap diri kita sebagai malaikat yang suci yang dikhawatirkan melakukan pelanggaran, dan kita pun tidak perlu memindahkan budaya Barat kepada kita. Yang harus kita lakukan ialah bekerja sama dalam kebaikan serta tolong-menolong dalam kebajikan dan takwa, dalam batas-batas hukum yang telah ditetapkan
oleh Islam. Batas-batas hukum tersebut antara lain:

1. Menahan pandangan dari kedua belah pihak. Artinya, tidak boleh melihat aurat, tidak boleh memandang dengan syahwat, tidak berlama-lama memandang tanpa ada keperluan. Allah berfirman:

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman,'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.' Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya ..."(an-Nur: 30-31)

2. Pihak wanita harus mengenakan pakaian yang sopan yang dituntunkan syara', yang menutup seluruh tubuh selain muka dan telapak tangan. Jangan yang tipis dan jangan dengan potongan yang menampakkan bentuk tubuh. Allah berfirman:
"... dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa tampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya ..." (an-Nur: 31 )

Diriwayatkan dari beberapa sahabat bahwa perhiasan yang biasa tampak ialah muka dan tangan.

Allah berfirman mengenai sebab diperintahkan-Nya berlaku sopan:

"... Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu ..." (al-Ahzab:59)

Dengan pakaian tersebut, dapat dibedakan antara wanita yang baik-baik dengan wanita nakal. Terhadap wanita yang baik-baik, tidak ada laki-laki yang suka mengganggunya, sebab pakaian dan kesopanannya mengharuskan setiap orang yang melihatnya untuk menghormatinya.

3. Mematuhi adab-adab wanita muslimah dalam segala hal, terutama dalam pergaulannya dengan laki-laki:

a. Dalam perkataan, harus menghindari perkataan yang merayu dan membangkitkan rangsangan. Allah berfirman:

"... Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik." (al-Ahzab: 32)

b. Dalam berjalan, jangan memancing pandangan orang. Firman Allah:

"... Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..." (an-Nur: 31)

Hendaklah mencontoh wanita yang diidentifikasikan oleh Allah dengan firman-Nya:

"Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan ..." (al-Qashash: 25)

c. Dalam gerak, jangan berjingkrak atau berlenggak-lenggok,seperti yang disebut dalam hadits:

"(Yaitu) wanita-wanita yang menyimpang dari ketaatan dan menjadikan hati laki-laki cenderung kepada kerusakan(kemaksiatan).8 HR Ahmad dan Muslim)

Jangan sampai ber-tabarruj (menampakkan aurat) sebagaimana yang dilakukan wanita-wanita jahiliah tempo dulu atau pun jahiliah modern

4. Menjauhkan diri dari bau-bauan yang harum dan warna-warna perhiasan yang seharusnya dipakai di rumah, bukan di jalan dan di dalam pertemuan-pertemuan dengan kaum laki-laki.

5. Jangan berduaan (laki-laki dengan perempuan) tanpa disertai mahram. Banyak hadits sahih yang melarang hal ini seraya mengatakan, 'Karena yang ketiga adalah setan.'

Jangan berduaan sekalipun dengan kerabat suami atau istri. Sehubungan dengan ini, terdapat hadits yang berbunyi:

"Jangan kamu masuk ke tempat wanita." Mereka (sahabat)bertanya, "Bagaimana dengan ipar wanita." Beliau menjawab, "Ipar wanita itu membahayakan." (HR Bukhari)

Maksudnya, berduaan dengan kerabat suami atau istri dapat menyebabkan kebinasaan, karena bisa jadi mereka duduk berlama-lama hingga menimbulkan fitnah.

6. Pertemuan itu sebatas keperluan yang dikehendaki untuk bekerja sama, tidak berlebih-lebihan yang dapat mengeluarkan wanita dari naluri kewanitaannya, menimbulkan fitnah, atau melalaikannya dari kewajiban sucinya mengurus rumah tangga dan mendidik anak-anak.

Jawapan di atas ini melingkupi pergaulan dalam apa situasi sekalipun. Tidak kira selepas bertunang mahupun sebelum bertunang. Di dalam fatwanya yang lain, Dr Yusuf Qardawi menjawab persoalan mengenai batas-batas pergaulan bagi mereka yang telah bertunang,

“...Karena itu, yang penting dan harus diperhatikan di sini bahwa wanita yang telah dipinang atau dilamar tetap merupakan orang asing (bukan mahram) bagi si pelamar sehingga terselenggara perkawinan (akad nikah) dengannya. Tidak boleh si wanita diajak hidup serumah (rumah tangga) kecuali setelah dilaksanakan akad nikah yang benar menurut syara', dan rukun asasi dalam akad ini ialah ijab dan kabul. Ijab dan kabul adalah lafal-lafal (ucapan-ucapan) tertentu yang sudah dikenal dalam adat dan syara'.

Selama akad nikah - dengan ijab dan kabul - ini belum terlaksana, maka perkawinan itu belum terwujud dan belum terjadi, baik menurut adat, syara', maupun undang-undang. Wanita tunangannya tetap sebagai orang asing bagi sipeminang (pelamar) yang tidak halal bagi mereka untuk berduaan dan bepergian berduaan tanpa disertai salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau saudara laki-lakinya.”

Wassalam

Rujukan
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Berduaan.html
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Gaul1.html

Rujukan penulis blog: Al-Ahkam.net - http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=10111&highlight=pertemuan+lelaki+perempuan&sid=14c5ace96bd31241c94c684778a7f20e

Lain2 rujukan:
1. http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28770&highlight=pertemuan+lelaki+perempuan&sid=14c5ace96bd31241c94c684778a7f20e
2. http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=21586&highlight=pertemuan+lelaki+perempuan&sid=14c5ace96bd31241c94c684778a7f20e

Isnin, Mei 08, 2006

ape kes pulak ni??

Remaja liwat biri-biri terbongkar

BERITA HARIAN 08 MEI 2006
KOTA BHARU: Bunyi seekor biri-biri betina mengembek kesakitan dalam sebuah kandang, membongkar perbuatan seorang remaja yang disyaki meliwat haiwan itu, dekat Bachok, di sini, petang kelmarin.

Kejadian di Kampung Pengkalan Chenggal, dekat Tawang itu disedari suri rumah berusia 36 tahun yang mencurigai bunyi kuat biri-birinya yang mengembek kira-kira jam 7.30 malam, sebelum memeriksa kandang haiwan itu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nazely Md Said, berkata suri rumah itu terus memeriksa kandang kambing yang terletak kira-kira 80 meter dari rumahnya dan terkejut apabila seorang remaja terbaring dalam keadaan bogel di sisi seekor biri-biri betina.

“Wanita terbabit menjerit menyebabkan remaja lelaki itu terus melarikan diri dalam keadaan berbogel,” katanya di sini, semalam.

Katanya, sebaik menerima laporan, polis mengenal pasti seorang remaja yang tidak bersekolah dan tinggal di kampung berkenaan disyaki terbabit.

Katanya, sebelum ini, remaja itu pernah ditahan polis kerana kesalahan menagih gam.

_______________________________________________________________

Ni satu lagi kejadian yang aku tatau nak bayangkan. Remaja ni memang dah terdesak dah kot? Alhamdulillah dia tak rogol manusia..kalau tak dah sorang lagi pompuan jadi mangsa rogol. Tapi akhirnya biri-biri pulak jadi mangsa? Aduh. Begitu hinanya manusia. Allah bagi akal untuk berfikir..dan dengan akal tu jugaklah manusia dinaik taraf berbanding haiwan...tapi akhirnya nak jugak bersama haiwan??

Ni lah akibatnya bila tiada bimbingan yang baik. Faktor keluarga maybe. Menagih gam lagi. Ahh! Malas nak komen banyak2. Semakin ramai manusia dah tak reti nak guna akal yang Allah beri. Sayang..sayang.

Selasa, Mei 02, 2006

Coverup your 'aurah!




Ni ade beberapa eklan masa Coverup Campaign arituh. Menarik gak aku tengok poster2 yang dibuat oleh pihak Rakan Masjid UTP. Aku suka poster2 camni. Aku menyokong mereka. Bagus2. Harapnya ade kesan la...walaupun pelajar2 nanti tak semestinya akan terkesan..sekurang2nya ade la gak message yang nak disampaikan. And janganla sekadar tinggal kempen je...malah menjadi pegangan dalam hidup.

Tadi aku gi lecture la. Sedang nak menunggu senior2 aku yang ade kelas sblm kelas aku tuh..sesuatu peristiwa yang berlaku relating kepada kempen nih. Aku tengah duduk atas kerusi aku. Tengah rilek2 nih..aku tengokla senior2 aku nih..bile le korang nak kuar..kelas kitaorg nih dah lambat 10 minit dah nih..(diaorg ade test time tuh..so serabut sket ah nak hantar kertas testla..nak sign attendance la..nak kemas barangla..entah ape2 lagi diaorg buat). Kemudian ade la sorang kakak nih..pakaiannya pon boleh tahanla tak ikut garis panduan Islam. Tapi tudung pakaila.

Dikisahkan..dia terjatuh barang ke lantai. Aku takla perhatikan dia sblm2 nya..tapi waktu aku tertoleh kat dia (tidak sengaja melihat..bukan aku saje2 nak tengok)..bila dia tunduk dan nak amik barang tuh..abis terdedah bahagian belakang badan dia disebabkan bajunya yang ketat dan singkat..tak cukup kainla nak cover badannya. So..abis terangkat..banyak gakla..hampir 1/4 daripada luas permukaan belakang badannya. (ceh..habis explain one by one). Aku terus alihkan pandangan aku dan beristighfar...suatu yg tidak halal utk aku tengok.

Pastu aku fikirla balik.."rilek gile kakak nih?..ape tak terasa malu ke kalau orang ramai tengok? tak terasa malu ke ade bahagian badan terdedah???" Pelik gile. Takkan rasa best kot dedah badan?? Kalau dia tak perasan..okeyla...logik gak. Tapi..yang dia pegi pakai pakaian singkat dan ketat dari awal tu ape kehalnye?? Asal nak sangat pakai baju camtu??

Tudung dah cantik..tapi nak slempang (ke ape orang panggil?) gak bucu2 tudung tuh nak dedah bahagian depan tuh. Dah ade tudung tuh..takyah le nak buat style selempang2. Kang orang laki gak dapat kepuasan cuci mata..yang korang plak dapat saham tiket ke neraka. Tak takut ke? Pompuan nih banyak yang masuk neraka. Ni dalam hadith. Bukan aku memandai cakap sendiri. Tapi takde gak sikap takut. Tahla..aku tatau nak cakap cmana lagi..

Pastu ade plak yang lengan tu kalo boleh nak tarik je sampai ke siku. Konon2 selesa sket la bile tarik lengan tuh. Aku slalu gak perhatikan pompuan2 yg angkat lengan sampai siku nih. Lepastu aku teringat kisah masa aku kat skola dulu..aku penah tegur kelas mate aku. Time tu dia nak cakap ngan aku samting pasal ape tah..aku tak ingat..lepastu dia pegi angkat lengan baju dia sampai ke siku...aku dengan slambernye "er...tu..lengan tuh..turun balik..aurat". Dia..dengan perasaan covernya "err..oo...ok". Heh...ade gak spesis yang kalo boleh tanak pakai lengan terus pon ade budak2 pompuan nih. Aku sendiri nak pakai singlet kuar jalan pon segan.

Anyway..nak diceritakan...kenapalah kita nak sangat dedah aurat nih? Aku pon tak paham kenapa budak2 laki tak reti nak tutup lutut time main bola? Nak sangat tunjuk lutut korang yang bersinar2 tu ke? Atau dah terikut sangat trend bola sepak barat sampai nak sangat dedah aurat? TAK RETI BAHASA KE?! Lutut tu AURAT. Nak kata tak mengaji agama..mengaji jugak. Lumrah Allah ciptakan pompuan memang suka nak berhias..nak tunjuk kecantikkan diaorg...suka bende2 yg dinamakan mekap (secara umumla..bukan semua pompuan) . Tapi dalam masa yang sama..Allah nak uji antara pompuan tuh...sape yg boleh ikut perintah Allah untuk halang diri dari menunjukkan perhiasan tuh pada orang yang bukan muhrim. Wahai kaum perempuan..ingatlah..perhiasan korang hanya untuk suami korang. Takyah la nak berhias sekarang nih. Takde faedahnya!!

Kadang2 aku ade gak dapat alasan pelik2..aku nak sebut kat sini pon jadi segan. Tapi antara alasan yg aku terima yang aku tak segan nak sebut ialah "entahlah..aku dah lama pakai camni..susah nak berubah". Ni alasan memang takleh pakai. Sampai bile2 tak berubah la kalo ade pemikiran camni. Takkan nak jadi kisah macam firaun tuh..dah nyawa nak kene cabut baru nak taubat. Abis tu takkan nak tunggu nyawa kita nak kene tarik..baru nak insaf pakai tutup aurat?? Lepastu ade yg alasan "dah trend camnila.." Ni lagi aku malas nak komen la. Tahlah. Aku rasa budak2 yang bukak aurat nih tahu je Islam tak bagi nak bukak aurat..tapi...kalau dah degil dan tak reti bahasa tuh..memang nak gak bukak la.

Bile la diaorg ni nak berfikir dengan panduan AlQuraan dan AsSunnah??!!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP