Isnin, Disember 26, 2016

Catatan Membuat Kad Debit CIMB

Bismillah.

Ok nak cerita...pengembaraan seorang pelanggan CIMB nak renew kad debitnya.

Dah tahu cerita nak buat kad debit ni bulan September 2016 lagi. Tapi waktu ke branch CIMB di Melawati tu, Puan yang jaga kaunter kata "kad ni kena tukar sebelum akhir tahu, tapi stock habis". Oklah. Cuma masalah kita adalah tak pergi ke cawangan CIMB lain.

Dah menjelang akhir tahun ni, dapat pula notis kata debit card tak boleh digunakan dah mulai tahun 2017. Yang viral kena bayar denda tu tak kisah sangat, sebab dah terbaca kenyataan daripada BNM bahawa nak tukar kad adalah percuma dan tak perlu bayar.

So ada lah 3 kali attempt nak pergi CIMB Sri Gombak, Ya Tuhan, dia punya beratur sampai berlingkar ke luar untuk renew card.

17/12/2016 - Pergi HQ CIMB di KL Sentral. Lepas ambil nombor ke-16, duduk dalam 3 minit, tiba-tiba kakak-kakak kaunter kata "system down lah..". Duduk tenang buat tak tahu je, dengan doa & harapan system dapat dipulihkan selepas beberapa ketika. Then diaorg sebut lagi "system down, nationwide". Hem..kami yang berapa kerat orang menunggu ni rasa macam..."apakah!?"

Bila tanya pada staf yang bekerja bilakah system akan pulih semula, mereka tak dapat berikan jawapan. Jadi terpaksa balik rumah dengan keadaan datang tak buat apa-apa. Balik dengan train sebab datang tumpang orang (abang Grabcar).

24/12/2016 - Oklah, nekad pergi KLCC yang buka 7 hari seminggu. Datang pun dah petang. Bila masuk bank, abang yang baik tu kata petang-petang ni ramai orang. Datang awal pagi. Ahad (cuti Krismas) & Isnin (cuti ganti Krismas) pun kami buka. Alhamdulillah.


26/12/2016 - Sampai sahaja bank jam 10.10 pagi, isi borang, terus pergi kaunter. Scan jap jari, sign kertas, sign kad baru. SIAP! 10.20 pagi dah settle segalanya.

Inilah bank di KLCC yang buka 7 hari seminggu, suasana jam 12.01pm pada 26/12/2016. Tak ada orang 




Rindu menulis..

Bismillah,

Salam semua. Tak tahu siapa lagi membaca blog yang dah usang dan berhabuk ni. Imagine 2 tahun 2 bulan 16 hari dah tak menulis di blog ini.

Nak kata sibuk, mungkin. Tapi lebih kepada dah malas menulis kot. I don't even write much in Facebook, apatah lagi nak menulis di blog ni.

Nampaknya terbengkalai travelog ke New Zealand yang sepatutnya ditulis 2 tahun lepas 😱

Sepatutnya tahun ni pun ada travelog yg tak ditulis iaitu trip ke Andalus. Tapi trip tu telah berlangsung hampir 11 bulan yg lepas, so kalau nak tulis pun macam dah lapuk ya ceritanya.

I missed updating this blog..just don't have the enthusiasm to do it. Haha

Till then

Wassalam 

Selasa, Oktober 07, 2014

South Island New Zealand (4): Baldwin Street, Tunnel Beach, Royal Albatross Centre

Bismillah

Bersambung penulisan daripada Hari ke-2 di New Zealand (hari ke-3 trip kalau campur dengan transit). Entry ke-3 trip NZ boleh baca di: SINI


Pagi ke-2 di Dunedin (orang New Zealand ni sebut Dunedin dengan Duniden, kalau seven (tujuh), diaorg sebut sivin). Selepas subuh & sarapan pagi, kami keluar jam 10.30 pagi daripada rumah (not recommended to go out this late. Mungkin sebab kami 7 orang, tandas 1, dan ada 3 orang pangkat ibu2, jadi time delay has to be considered).

Driver yg setia memandu. Guna GPS phone shj..
Destinasi pertama adalah Baldwin Street.

Signboard Baldwin Street..World's Steepest Street

Pemandangan Baldwin Street daripada bawah. Kawasan perumahan ni..

Baldwin Street merupakan jalan perumahan tercuram di dunia (world's steepest residential street). Asalnya jalan ini tak sengaja pun dibina dengan kecuraman begini. Curamnya jalan ini, setiap 2.86 meter kita berjalan secara mendatar, ketinggian akan berubah 1 meter. Jalan ini dinamakan sempena William Baldwin, seorang ahli majlis daerah (wilayah) Otago dan pengasas surat khabar di Otago.


Mcm mana duduk dalam rumah kat jalan tercuram dalam dunia ni ye. Yg pastinya mereka dah biasa dengan pelancong datang.

Baru separuh jalan...fuh2..

Description mengenai Baldwin Street
  
Nak naik Baldwin Street ni kena buat stretching dulu la..kalau tak sakit otot bile turun semula. Kita akan bermula di bawah dulu, naik ke atas, dan kemudian turun balik. Siap ada acara tahunan yang buat exercise ramai-ramai untuk naik turun Baldwin Street ini.

Semasa nak naik Baldwin Street ni, mmg kena slow n steady, jadi kami ambil hampir 30 minit jugaklah untuk siap naik tujuh2 orang ke atas.

Sampai akhirnya ke puncak jalan ini. Bila dah sampai puncak, diaorg buat lukisan pada batu ni. Sama ada lukisan jalan ini atau sambungan lagi ke atas..heh..

Dah sampai atas, tangkap gambar kemudian turun balik.

Ok masa untuk turun pula...


Turun senang kalau boleh golek-golek..


Ada jugak yang naik guna kereta, tapi kat bawah kena press minyak habis lah. Buat habis minyak je kot..


Rumah tadi..


Nak turun ni sekejap je, 15 minit atau kurang dah boleh sampai bawah. Di bawah, ada sijil boleh dibeli tanda kita dah naik turun Baldwin Street ini. Orang nak buat business, sijil pun dijualnya. Tapi kami tak beli lah sijil ni.

Kedai menjual sijil 


Waktu kami pergi ni..kedai buka, tapi penjaga kedai takde..heran-heran..

Seterusnya kami bertolak ke Tunnel Beach. Sebelum ke Tunnel Beach, kami beli siap-siap lunch kebab untuk di makan di Tunnel Beach nanti. Kami turun ke Tunnel Beach, campur berhenti untuk makan, dalam 50 minit jugaklah.

Jalan turun ke kawasan Tunnel Beach

Kawasan berbatu tu lokasi yang dituju..30 minit sebenarnya nak turun kalau tak berhenti..
Google kata 8 minit?!! Isy..ni naik basikal ke ape..

Berhenti kejap untuk makan tengah hari kebab. Orang lalu lalang kata "nice smell"..maaf tak dapat nak hulur sedikit..

Semakin hampir ke destinasi yang dituju..

Selepas tiba di area pantai Tunnel Beach, subhanallah memang sangat terbaiklah pemandangan di pantai tersebut. Maha Suci Allah menciptakan perkara-pekara indah untuk manusia mengaguminya.


Sangat cantik pemandangan daripada sini

Datang New Zealand ni banyak mengingatkan kita pada kehabatan Allah SWT. Jom hayati firman Allah SWT:

وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ 

"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)
(Surah Al-An'aam: 59)

Berdiri di tebing..gayat gaklah dengan angin yg sangat kuat..

Ini pemandangan daripada atas puncak tebing.

Selepas snap-snap gambar di lokasi tebing Tunnel Beach itu (memang gayat ada kat atas tebing tu, tambahan angin yang sangat kuat, kalau tak kena cara boleh tertiup angin..), kami turun melalui terowong yang dibina oleh seorang ahli politik bernama John Cargill, anak kepada Captain William Cargill untuk ke lokasi pantai eksklusif untuk keluarga John Cargill. Mungkin dia nak privacy untuk ahli keluarganya, taknak bagi anak-anak perempuannya dan isterinya dilihat orang ketika mandi-manda (agaknye lahh~ hehe).

Ada lubang rahsia..!

Bila datang mendekati lubang, akan nampak terowong seperti ini

Kami pun turun melalui terowong ini..
Terowong yg dibina ni memang gelap, ada tangga buatan manusia, bila turun terowong ini akan ke lokasi pantai yang tertutup. Amazing! Waktu kami pergi ni tak berapa ramai orang, alhamdulillah, so boleh ambil masa nak santai-santai menangkap gambar. Dalam 20 minit jugaklah spend masa ambil gambar.

Lepas keluar terowong, akan nampak kawasan santai seperti ini..


Kemudian ada pantai yang seronok kalau dapat mandi ni..

Ini tebing tadi..

Pantai yang cantik

Tiba masa untuk mendaki semula ke tempat parking kereta. Nak mendaki ni memang mencabar sebab dah kepenatan. Jadi slow gaklah nak naik semula ke atas.

Balik daripada Tunnel Beach..kepenatan, jalan slow-slow..

Tunggu semua tujuh-tujuh orang, ade dalam 35 minit jugaklah.

Berjaya! Alhamdulillah. Walking track pergi balik approx 1 hour kata signboard ini..

Selepas ke Tunnel Beach, kami ambil keputusan untuk pulang ke rumah, makan tengah hari & rehat dahulu sebab sebelah malam akan ke Royal Albatross Centre (RAC) untuk tengok penguin!

Selepas berehat, dalam jam 6.15pm kami bertolak keluar ke Royal Albatross Centre (RAC). Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit jugak. Jadi kena keluar awal untuk stanby sebab jam 8pm nak tunggu penguin naik ke daratan.

Perjalanan daripada accomodation ke RAC

Bertolak ke Royal Albatross Centre..

Sepanjang perjalanan akan lalu sebelah air ni je..

Dah dekat dengan Royal Albatross Centre..kelihatan cuaca pun berkabus

Sudah sampai kita di Royal Albatross Centre
Selamat datang ke Royal Albatross Centre (sign sebelum masuk ke lobby)
Sebenarnya Royal Albatross Centre (RAC) ni tempat pemeliharaan dan pemuliharaan burung Albatros. Albatros ni adalah sejenis burung laut yang kehidupannya banyak dihabiskan di lautan melainkan pada musim mengawan, mereka akan datang ke daratan. Jadi di Royal Albtaross Centre ini adalah satu-satunya koloni mengawan Albatros di tanah besar (bukan di pulau).

Rupa Albatross dalam bentuk replika..boleh search google mcm mana rupa bentuknya yang sebenar
Beberapa fakta menarik tentang albatros:
  1. Saiz kepaknya boleh capai maksima 11 kaki (3.4 meter), besar kot. 2 kali ganda ketinggian manusia yg tingginya 170cm
  2. Boleh terbang selaju 64km/jam dalam tempoh masa yang lama
  3. Hidup lama, boleh cecah sampai 50 tahun
  4. Membiak setiap 18 bulan (setahun setengah) dan kebiasannya mereka ini monogamous (hanya ada 1 pasangan)
  5. Setiap pasangan pula akan dikurniakan 1 sahaja telur dan jantan betina akan menjaga telur mereka
  6. Burung albatros makan ikan, udang dan sotong


Oklah tu, bukannya nak cerita ttg albatros kan, sebab kami dtg bukan tengok burung tu, tapi tengok penguin.

Bila kami tiba, daftarkan diri (dah bayar lebih awal lagi untuk tengok penguin ni melalui online), kemudian mereka akan minta kita tunggu di ruang legar Centre ni sambil boleh tengok pameran dan kedai cenderahati mereka. Boleh juga pergi tandas sementara nak tunggu taklimat yang mereka akan sampaikan.

Ruang pameran dan penerangan tetang RAC

Tempat menunggu sementara di lobby RAC

Sekitar jam 7.55pm, pekerja di Royal Albatross Centre (RAC) ni pun panggil semua orang untuk berkumpul dan memberikan taklimat. Dia bercerita bagaimana pusat ini diwujudkan dan menjelaskan bahawa dengan bayaran yg kita berikan, akan menyumbang untuk membina rumah-rumah buatan penguin supaya mereka dapat duduk dengan aman.



Kami tak bawa baju sejuk, jadi terpaksa pinjam di RAC ni. Pinjam free tapi biaselah, entah berapa orang dah guna kan. Jadi lebih baik bawa sendiri next time. Kami tak bawa sebabnya pergi road trip ni tak bawak banyak barang, Kalau bawa banyak sangat, alamatnya kereta tak muatlah.



So dalam jam 8.00pm tu, kami turun ke lokasi nak tengok penguin.

Pelancong-pelancong yang datang nak menyaksikan penguin juga

Masing-masing kena cop spot untuk tengok dan bersiap dengan kamera masing-masing..
Perasan tak ada singa laut sebelah kanan tu..

Lama jugak tunggu punya tunggu, takde langsung penguin naik. Mula-mula ada seekor yang dah memang sedia ada di daratan, semua bagi tumpuan pada seekor ni. Tangkap gambar semua..padahal seekor ni je.

Seekor yang menjadi tumpuan..

Lepas 40 minit menunggu, datang seekor lagi. Aduh..sabar jelah.

Perasan tak ada 2 ekor penguin dalam gambar ini..rupa mereka pun nak dekat sama dengan batu-batu dah..camouflage la katakan..

Sejam menunggu, hanya 2 ekor sahaja penguin dapat dilihat. Bila sembang-sembang dengan staf RAC ni, diaorg kata sebab malam ni berkabus, jadi penguin tak naik sebab pemandangan tak terang. Mereka suruh kami datang semula keesokan hari tanpa bayaran. Tapi kami kata esok kami dah takde sebab dah bertolak ke Queenstown.

Ada sedikit kekecewaan jugaklah tak dapat tengok penguin di sini sebab masa ke Melbourne tahun 2012 haritu, memang dapat tengok banyak sangat Blue Penguin ni comel-comel datang ke daratan untuk balik ke sarang masing-masing. Cuma waktu tu tak dibenarkan tangkap gambar. Jadi takde kenangan. Kali ni di RAC ni diaorg bagi tangkap gambar tanpa guna flash. So ingatkan dapatlah tangkap banyak gambar-gambar penguin. Tapi ketentuan Allah mengatasi segalanya. Jadi redha jelah.

By the way, sedikit fakta mengenai Little Blue Penguin ni:

  1. Blue Penguin adalah penguin terkecil di dunia. Ketinggian mencecah sekitar 35-43cm
  2. Ringan je, sekitar 1-1.5kg sahaja
  3. Purata umur dalam 6.5 tahun sahaja
  4. Bergerak dalam 15-75 km setiap hari dalam air
  5. Mereka hanya kembali ke daratan bila keadaan dah gelap dan suasana selamat, sebab itulah kena tunggu malam untuk melihat mereka kembali ke sarang
Penguin kedua ni cepat je balik ke sarang selepas berkomunikasi dengan penguin pertama..mcm bgtau kawan-kawan lain tak dapat balik je..?

Cukuplah. Sikit2 je kan, panjang-panjang nanti tak baca pulak. Baik google sendiri je info.

Dalam jam 9.00 tu kami gerak balik rumah sebab keadaan semakin gelap. Kawasan RAC tu memang gelap je malam-malam, tak nampak ape. Jalan balik pun scary sebab kadang-kadang lalu tebing sebelah laut. So baik balik cepat-cepat.

Sampai rumah, masak dinner nasi goreng + ayam. Kemudian rest untuk hari yang seterusnya.

Isnin, Oktober 06, 2014

South Island New Zealand (3): Roadtrip to Dunedin & Lalu Moeraki Boulders

(kalau agak-agak kecil tulisan, mohon zoom menggunakan browser anda)

Bismillah,

It's been a while since tak menulis kat sini. Who reads blogs now a days? Tapi takpelah, recently ni dapat inspirasi bila baca bloggers2 yang tulis tentang travel trip mereka. Apa yg saya dapati, ramai org Malaysia ni menulis travelogue mereka ke area berikut:

1. Southeast Asia
2. Australia/New Zealand
3. Europe

Memang fav destination rakyat Malaysia kot..dan faktor tiket2 murah.

Oklah, sambung cerita trip ke South Island New Zealand Part 3. Utk makluman, trip ini telah berlangsung bermula 15th March (depart Malaysia) dan berakhir pada 25th March (arrive Malaysia).

So on 18th March, kami telah memulakan roadtrip ke Dunedin menggunakan kereta yang disewa. Kami keluar rumah agak lewat juga. Dalam 10.00 pagi baru semua naik kereta. Jam 11.00 baru keluar Christchurch sebab ada singgah lagi supermarket untuk shopping barang basah untuk dimasak di Dunedin nanti.


Sepanjang perjalanan, adik ipar yang drive kereta. So saya duduk belakang sekali (row ke-3) kereta menyebabkan ada masanya tertidur. Camera saya serahkan kepada adik saya selaku co-driver, jadi beliau menangkap gambar sepanjang perjalanan. Hehe. Antara pemandangan sepanjang perjalanan Christchurch-Timaru.

Sepanjang perjalanan akan ternampak sama ada biri-biri atau lembu

Statistik lembu tenusu di NZ pada akhir tahun 2013 mencecah 6.6 juta ekor! (penduduk NZ pada 2013 baru 4.47 juta org)

Lembu lagi..maklumlah lebih ramai drpd manusia

Tasik yang cantik

Peta perjalanan kami Christchurc - Timaru. Credit to Google Map


Drpd Christhurch, bandar utama pertama yang kami lalu adalah Timaru. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam lebih (jarak: 165km). Tapi kami sampai sini dalam 1.50 tengah hari. So drive campur berhenti dalam 2 jam 50 minit.

Signboard menunjukkan dah sampai Timaru

Timaru ni salah satu bandar pelabuhan utama di selatan Wilayah Canterbury (utk makluman, New Zealand terbahagi kepada 16 wilayah-wilayah - mcm negeri la kat Malaysia). Selepas bandar Christhcurch, Timaru ni bandar ke-2 terbesar.

Kami takde berhenti buat apa-apa di Timaru, hanya pass by dan meneruskan perjalanan.

Meneruskan perjalanan ke bandar seterusnya..

Pemandangan biri-biri lagi..

Lalu sungai kecil semasa perjalanan kami
Timaru - Oamaru

Bandar seterusnya yang kami lalu adalah Oamaru (ni nama-nama lebih kurang je, daripada perkataan orang2 Maori sebenarnya). Perjalanan daripada Timaru ke Oamaru sekitar 1 jam lebih. Kami tiba Oamaru sekitar 3.14 petang. Time ni kami tak makan tengah hari lagi sebab target makan di Moeraki Boulder (lokasi scenery batu-batu bulat besar di pantai). Oamaru ni bandar dalam wilayah lain iaitu Otago. Ia bandar ke-3 terbesar di Wilayah Otago selepas Dunedin & Queenstown. Dibanding dengan Timaru, Oamaru ini lebih banyak tourist attraction.

Signboard menandakan dah sampai Oamaru

Salah satu bangunan yang tertulis Oamaru

Gallery seni sub-genre 'Steampunk'. Pelik gak..salah satu cabang Punk ke ape?

Pemandangan ke laut di Oamaru

Antara yg terfemes di Oamaru adalah melihat Penguin. Ada dua species di Oamaru ni, satu blue penguin & satu lagi Yellow-eyed penguin. Yellow-eyed penguin ni antara spesis penguin yang terancam juga dan ia hanya ada di kawasan New Zealand. Saya tak sempat nak tengok spesis penguin ini daripada dekat. Tambahan pula kami tak pilih destinasi ini untuk melihat penguin sebab masa yang terhad dan kami target sampai Dunedin sebelum malam.

So kalau ada byk masa di Oamaru, boleh baca apa attraction di sini. Siap disenaraikan 30 perkara yang boleh dibuat di Oamaru: http://www.newzealand.com/my/article/30-must-dos-in-oamaru-and-waitaki/

Signboard Moeraki Boulders lagi 1.5km
Perjalanan Oamaru ke Moeraki Boulders

Selepas melepasi Oamaru, dalam 30 minit, tibalah kami di Moeraki Boulders.

Signboard ini bermakna anda dah tiba di Moeraki Boulders

Bangunan cafe makan & souvenir shop Moeraki Boulders. Design bumbung pun nak buat ala-ala batu jugak..

Kami tiba tu tepat-tepat jam 4.00 petang (dan belum lunch lagi!). Jadi kami terus meluru ke tempat makan & order Seafood Platter (kos: NZD 36.50) dan kami makan 7 orang.

Menu tergantung besar-besar senang nak baca..

Sementara menanti makanan siap dimasak, saya ambil peluang untuk menangkap gambar pemandangan daripada atas. Subhanallah memang terbaik!


Pemandangan daripada anjung tempat makan, cantik pemandangannya! Nampak bebola batu macam guli kat pantai.

Dalam 10 minit kemudian, makanan pun siap utk diserang. Seafood dia memang sangat osem dan fresh.

Sebelum makan..

Selepas licin makan..tengoklah pinggan takde tinggal ape2 langsung.

Alhamdulillah, selepas menikmati hidangan tengah hari pada jam 4.16pm itu, kami tengok-tengok kedai souvenirs Moeraki Boulders yang terletak bersebelahan dengan kedai makannya. Saya beli bookmark jelah di sini sebab itu je yg berkenan di hati.

Sementara menanti kaum ibu yang berkenan nak beli beberapa item souvenir di sini, saya, 2 org adik & adik ipar ambil peluang untuk bagi makan rusa & alpaca. Rusa ni kita dah tahu la kot. Alpaca ni sebenarnya spesis yg sama dengan Llama. Alpaca biasanya digunakan untuk ambil bulunya yang akan digunakan untuk buat pelbagai produk pakaian. Dikatakan kualiti bulu alpaca lebih baik daripada bulu kambing biri-biri (lebih lembut, lebih ringan dan lebih kuat).

Aunty ni tak kurang excited nya menangkap gambar. Yang coklat di atas adalah alpaca.

Inilah alpaca 2 warna

Bagi makan alpaca ni senang, dia ambil daripada tangan kita. Ada rasa geli-geli sket tapi masih okey..

Kalau rusa pulak..nak bagi makan melalui tangan tu rasa macam tak mampu..dengan lidahnya yg basah..jadi letak bawah ajelah..

Ini kawasan beri makan rusa & alpaca

Selepas 10 minit bagi makan haiwan-haiwan ni (kami beli 2 beg kecik makanan - tapi cepat je haiwan ni telan semua..kelaparan agaknya..), kami pun mula bergerak turun ke kawasan pantai untuk tengok lebih dekat batu-batuan bulat besar yang terjadi secara semula jadi dengan izin Allah ini.

Kena turun ke bawah untuk melihat batu-batu bola dengan lebih dekat

Dah makin nampak jelas..


Air agak pasang..jadi boleh tengok mana-mana bebola yang dekat shj. Ada ramai pelancong juga datang tengok.


Biasanya kalau datang waktu air surut, boleh ke batu ini dan masukkan diri anda ke celah-celah lubang ini.


Moeraki Boulders dikatakan telah terbentuk sekitar 60 juta tahun dahulu (Wallahu'alam). Kajian barat mengatakan bumi ini umurnya 4.5 billion tahun. Wallahu'alam, dunia ini milik Allah, hanya Dia sahaja tahu bagaimana kejadian Moeraki Boulders ini terjadi dan bilakah ia wujud. Bebola ini mengikut kajian mengatakan ia terhasil daripada  proses pemendakan mineral daripada bawah tanah. Ia sprt disemen. Jadi faktanya, permukaan luar bebola ini lebih kukuh & kuat berbanding struktur dalamnya.

Antara serpihan dalaman batu Moeraki Boulders


Hebat ciptaan Allah ni..


Sekarang ini ada sekitar 50 biji bebola ini dan zaman dahulu ada lebih banyak. Ada kecil, ada besar. Yang kecil telah diambil untuk buat haisan di rumah. Yang besar tak larat nak angkut. Bola terbesar seberat 7 tan (dlm 6,350 kg!!)..sape larat nak angkat.

Lebih besar daripada saiz manusia..


Pada masa ini juga, bebola batu ini mendapat perlindungan undang-undang daripada dirosakkan, diconteng atau mengalihkannya. So sape yg cuba merosakkan bebola ini boleh didakwa.

Tak berniat nak basahkan diri, jadi tak pergi ke bebola di tengah-tengah. 


Kami meluangkan masa dalam 30 minit melihat & menangkap gambar bebola batu ciptaan Allah yang unik ini. Subhanallah. Menambahkan lagi keimanan kita bila melihat kekuasaan Allah.
Pemandangan yg lebih kurang sama..tapi indah ciptaan Allah ni..

Habis tengok Moeraki Boulders, tandas restaurant dah tutup, jadi kami terpaksa singgah tandas awam dalam perjalanan. Not badla. Taklah selesa sangat tapi kalau terdesak, terpaksalah kan.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan, melalui satu pekan kecil namanya Palmerston. Palmerston ni ada satu bukit yang di atasnya ada monumen sempena Sir John McKenzie (seorang ahli politik New Zealand pada abad ke-19 - pernah memegang jawatan Menteri Pertanian & Tanah New Zealand. Takpelah, cerita panjang2 pun buat apa..kami hanya lalu sahaja kawasan ni.

Bukit Puketapu yang ada monumen Sir Johd McKenzie di atasnya..

Ini pula patung Zealandia (mcm personification sebuah negara) yang diletakkan di pekan Palmerston

Perjalanan Moeraki Boulders - Palmerston - Dunedin

Selepas melalui Palmertson, drive dalam 30-40 minit, tiba lah kami di Dunedin. Waktu masuk bandar Dunedin tu, jam menunjukkan 7.10 malam. On the way ke rumah penginapan, lalu area University of Otago.

Universiti di Dunedin ialah University of Otago. Universiti tertua di New Zealand. Dibuka pada 1869 (145 tahun dahulu). Bulan Sept 2014 haritu mereka block website-website pornografi daripada network mereka.

Kami terus ke rumah yang kami sewa untuk 2 hari di Dunedin ini tanpa singgah ke mana-mana. Lepas masuk rumah, kami prepare untuk solat dan kemudian memasak. Jom tengok beberapa gambar rumah yg telah disewa ni:

Rumah kami daripada luar. Cute gakla..

Ruang tamu rumah. Rumah ni provide wifi sekali.
Bilik pertama

Bilik ke-2 (diaorg bagi extra bed)

Bilik ke-3


Menu dinner adalah nasi dengan lauk ayam & sayu mushroom. Simple tapi sangat enak. Alhamdulillah. Terima kasih tukang masak.

Menu ayam, kentang & carrot

Mushroom, cauliflower & capsicum

Malam tu makan agak lewat jugakla. Dalam 10.20pm baru siap semua masakan & mula makan. Sambil makan, sambil pasang gambar-gambar yang telah diambil sepanjang berada di NZ di flatscreen TV yg disediakan rumah ini.

Connect HDMI daripada laptop ke TV untuk menonton gambar-gambar yg telah ditangkap sepanjang perjalanan

Lepas makan, bersiap untuk tidur ajelah. Banyak masa pada hari ke-2 di New Zealand ini dalam kenderaan. Sekitar 9 jam juga perjalanan campur berhenti.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP