Ahad, Mei 29, 2011

Bumi Urdun (10): Kisah Nabi Lut & Laut Mati PART 2

----SAMBUNGAN DARIPADA PART 1----

Setelah tetamu2 ini memberitahu Nabi Lut bahawa mereka adalah Malaikat, maka malaikat2 tu pun bagitau utk Nabi Lut ni keluar secara sembunyi daripada perkampungan ini dengan membawa ahli keluarga yg beriman kepada Allah kecuali isterinya yang kufur. Mereka hendaklah keluar pada waktu malam yang gelap supaya takde sape nampak & kena keluar sebelum subuh. Seperti dalam ayat ke 81 surah Huud:

قَالُواْ يَـٰلُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَن يَصِلُوٓاْ إِلَيۡكَ‌ۖ فَأَسۡرِ بِأَهۡلِكَ بِقِطۡعٍ۬ مِّنَ ٱلَّيۡلِ وَلَا يَلۡتَفِتۡ مِنڪُمۡ أَحَدٌ إِلَّا ٱمۡرَأَتَكَ‌ۖ إِنَّهُ ۥ مُصِيبُہَا مَآ أَصَابَہُمۡ‌ۚ إِنَّ مَوۡعِدَهُمُ ٱلصُّبۡحُ‌ۚ أَلَيۡسَ ٱلصُّبۡحُ بِقَرِيبٍ۬

Para utusan (malaikat) berkata: "Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?".

(Surah Huud: 81)

Ayat kat atas ade sebut dalam perkataan bahasa arab وَلَا يَلۡتَفِتۡ. Ada sebahagian ahli tafsir mengatakan La Yaltafit itu bermaksud jangan berpalingkan ke belakang (JANGAN PANDANG BELAKANG~). Ada pula yg mengatakan jangan ada yg tertinggal di belakang.

Syeikh Solah Al-Khalidi amek penafsiran bahawa janganlah ada yg tertinggal di belakang dikalangan orang beriman supaya tidak melambat-lambatkan saat keluar daripada kawasan itu & supaya azab Allah diturunkan pada waktunya. Maka hendaklah mereka segera keluar bersama-sama tanpa ada yg tertinggal supaya mereka dapat tiba di destinasi sebelum azab diturunkan pada waktu pagi/subuh.


ISTERI NABI LUT YANG TUA & TERTINGGAL

Malaikat memerintahkan utk meninggalkan isteri Nabi Lut yang kufur agar diazab bersama kaum yg akan ditimpa azab. Perintah ini turun dalam banyak ayat iaitu Al-A’raaf 83, Al-Hijr 60, Asy-Syu’araa ayat 171, An-Naml 57, Al-Ankabuut 33 dan As-Sofaat 135.

Diceritakan dalam ayat2 ini bahawa sifat isteri Nabi Lut adalah orang tua yang tertinggal sprt dalam Surah As-Syu'araa:

إِلَّا عَجُوزً۬ا فِى ٱلۡغَـٰبِرِينَ
"kecuali seorang perempuan tua (isterinya), yang termasuk dalam golongan yang tinggal"

(Surah Asy-Syu'araa: 171)

Nabi Lut telah banyak kali ajak isterinya utk beriman dan taat kepada Allah dengan meninggalkan kekufuran, tetapi isterinya enggan. Isteri Nabi Lut adalah sama kategori dengan isteri Nabi Nuh yang taknak beriman kepada Allah walaupun suami mereka adalah seorang Nabi utusan Allah. Allah abadikan perkara ni dalam Surah At-Tahrim seperti berikut:

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)".

(Surah At-Tahrim: 10)

Disebutkan dalam Al-Quraan juga bahawa semua ahli keluarga Nabi Lut beriman kepadanya kecuali isterinya sprt berikut:

فَأَخۡرَجۡنَا مَن كَانَ فِيہَا مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ (٣٥) فَمَا وَجَدۡنَا فِيہَا غَيۡرَ بَيۡتٍ۬ مِّنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (٣٦)
“Lalu Kami keluarkan orang-orang yang beriman yang berada di negeri kaum Luth itu. Dan Kami tidak mendapati negeri itu, kecuali sebuah rumah (iaitu rumah Nabi Lut & keluarganya) dari orang yang berserah diri (muslimeen)”.

(Surah Az-Zariyat : 35-36)


Disebutkan dalam ayat di atas juga hanya 1 rumah sahaja yang muslim iaitu rumah Nabi Lut & ahli keluarganya. Rumah-rumah yang lain tidak menjadi muslim. Ini bukti jelas bahawa yang mengikut Nabi Lut terlampau sikit.


AZAB ALLAH YANG MAHA DAHSYAT!

Allah telah turunkan pada kaum Nabi Lut azab yang khas tak diturunkan pada mana2 kaum kafir yang lain. Ini disebut dalam banyak skali ayat sprt Al-A’raaf : 83, Huud 82-83, Al-Hijr: 72-74, As-Syu’araa: 172-173, An-Naml: 58, Al-Ankabuut: 34, Az-Zariyaat 32-34 & Al-Qamr: 33-38

Azab Allah telah datang dengan 2 peringkat seperti mana yg disebut dalam Surah Al-Qamr iaitu:
  • Allah butakan mata kaum Lut pada waktu malam semasa mereka ingin berjumpa dengan Malaikat yg menjadi tetamu Nabi Lut. Mereka buta & tak nampak ape2, kemudian pulang ke rumah
فَطَمَسۡنَآ أَعۡيُنَہُمۡ فَذُوقُواْ عَذَابِى وَنُذُرِ
"lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku"

(Surah Al-Qamr: 37)


  • Dihancurkan pada waktu subuh.
وَلَقَدۡ صَبَّحَهُم بُكۡرَةً عَذَابٌ۬ مُّسۡتَقِرٌّ۬

"Dan sesungguhnya pada esok harinya mereka ditimpa azab yang kekal."

(Surah Al-Qamr: 38)


Apa yg terjadi waktu subuh ialah apabila matahari terbit (waktu syuruk), maka Allah berikan kepada mereka ٱلصَّيۡحَةُ iaitu bunyi yang kuat dan tinggi hasil daripada gegaran bumi (mcm yang diberi kepada kaum Nabi Syuaib dalam penulisan yg lepas - tapi Nabi Syuaib datang selepas Nabi Lut). Selepas diberikan bunyi yg terlampau kuat yang menghancurkan ini, maka Allah menelangkupkan kawasan penduduk kaum Nabi Lut ini sehingga dijadikan yang atas ke bawah, yang bawah ke atas. Ini disebutkan dalam ayat berikut:

فَأَخَذَتۡہُمُ ٱلصَّيۡحَةُ مُشۡرِقِينَ (٧٣) فَجَعَلۡنَا عَـٰلِيَہَا سَافِلَهَا وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡہِمۡ حِجَارَةً۬ مِّن سِجِّيلٍ (٧٤)

"Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit. Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras."

(Surah Al-Hijr: 73-74)


Allah juga menurunkan ke atas mereka batu-batu daripada tanah yg terbakar dengan bertubi2. (Surah Huud: 82). Ada terjemahan menyebut سِجِّيلٍ itu adalah batu dari tanah yang keras seperti ayat di atas.

Kawasan Laut Mati.
Semasa kami ke kawasan ini, kalau diperhatikan sebelah kanan itu ada sprt awan mendung dan garisan seperti hujan turun. Sewaktu itu hujan turun di kawasan pelancongan. Jadi tak dapat nak berhentikan kereta di kawasan itu.


Kenapa Allah menerbalikkan mereka? Secara ringkasnya adalah kerana Kaum Nabi Lut ini telah menerbalikkan fitrah diri mereka daripada sepatutnya mendatangi wanita kepada mendatangi lelaki. Maka Allah memberikan azab berupa menterbalikkan kawasan yang mereka duduki itu.


KISAH INI SEBAGAI PENGAJARAN UNTUK KAUM MUSYRIK MAKKAH & UMAT TERKEMUDIAN

Semasa Ar-Rasul SAW dibangkitkan di Makkah, waktu tu peniaga-peniaga dikalangan orang arab dan musyrikin dari Makkah selalu menggunakan laluan sekitar Laut Mati untuk sampai ke tanah utara Syam seperti Syria & Jordan. Jadi memang diaorg melalui tempat yang Allah pernah binasakan kaum Nabi Lut itu. Berikut firman Allah

وَلَقَدۡ أَتَوۡاْ عَلَى ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلَّتِىٓ أُمۡطِرَتۡ مَطَرَ ٱلسَّوۡءِ‌ۚ أَفَلَمۡ يَڪُونُواْ يَرَوۡنَهَا‌ۚ بَلۡ ڪَانُواْ لَا يَرۡجُونَ نُشُورً۬ا

Dan sesungguhnya mereka (kaum musyrik Mekah) telah melalui sebuah negeri (yang didiami kaum Nabi Lut) yang (dulu) dihujani dengan hujan yang sejelek-jeleknya (hujan batu). Maka apakah mereka tidak menyaksikan runtuhan itu; bahkan adalah mereka itu tidak mengharapkan akan kebangkitan

(Surah Al-Furqan: 40)

Juga dalam ayat berikut

وَإِنَّكُمۡ لَتَمُرُّونَ عَلَيۡہِم مُّصۡبِحِينَ (١٣٧) وَبِٱلَّيۡلِ‌ۗ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ (١٣٨)

“Dan sesungguhnya kamu (hai penduduk Mekah) benar-benar akan melalui (bekas-bekas) mereka di waktu pagi. dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?”

(As-Saffaat: 137-138)

Ayat di atas ni nak mengingatkan bahawa penduduk Makkah yang kadangkala lalu waktu pagi, kadangkala lalu waktu malam, itu adalah waktu yang penduduk kaum Nabi Lut itu diazab (malam dibutakan, pagi dihancurkan), maka adakah mereka tidak memikirkan?

Kesan2 putih tepi pantai itu adalah garam

Allah juga nak manusia lain berfikir dan melihat apa yang terjadi kepada kaum Nabi Lut ini sehingga berbekas dalam hati dan melihat kenapa mereka ni boleh diturunkan azab sebegini dahsyat sehingga menghancurkan penduduk kawasan tersebut. Mestilah ada sebabnya yg perlu manusia hayati..



LAUT MATI HARI INI...

Kalau anda datang ke Jordan pada hari ini, anda pasti akan melihat bahawa sekitar laut mati telah dijadikan tempat pelancongan yang mengaut keuntungan berbillion-billion. Hotel high class dibina utk pelancong datang dan menjadikan tempat laut mati sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Jordan Valley Marriott Resort & Spa.
Marriot Internationals adalah company hotel yg beribu pejabat di US.



Hotel Movenpick di Laut Mati. Company berasal daripada Zurich, Switzerland.

Hotel Kempinski di Laut Mati, Jordan. Pemilik rangkaian hotel ini adalah daripada Switzerland jugak.


Kalau anda pergi waktu-waktu cuti di Jordan pula, tersangatlah ramai warga negara Jordan yang pergi ke kawasan laut mati ini. Mungkin boleh dikatakan disebabkan diaorg ni takde pantai kecuali pantai Aqabah yang memerlukan perjalanan sebanyak 4 jam lebih daripada Amman, maka nak dekat, pergi je di Laut Mati.

Suasana manusia yang ramai waktu cuti..melepak2, hisap shisha kat tepi laut mati..


Bile pergi laut mati di waktu cuti, anda akan dapati pelbagai ragam orang2 di situ yang bersuka ria, pasang music kuat2 sambil menari, bersuka ria dan sebagainya. Saya pernah pergi waktu tersebut. Sesak & bingit. Kita pun rasa heran, adakah diaorg tak ambil pengajaran daripada kisah Nabi Lut?

Waktu pergi dengan Ummi baru2 ini.
Melihat bagaimana kekuasaan Allah menjadikan laut (atau tasik besar) ini sangat masin


Harapnya rakyat Malaysia yang membawa pelancong2 dari negara kita berjalan ke sana dapat menceritakan sedikit sebanyak kisah yang berlaku di sana. Sehingga menjadikan sebuah kawasan yang paling rendah di bumi iaitu

Beberapa fakta lain tentang Laut Mati:

1. Kawasan bumi yang paling rendah dengan kedudukan lebih kurang 400m (1290 kaki) dibawah paras laut

2. Separuh dimiliki oleh Jordan, separuh dimiliki oleh Falastin yg dijajah oleh Israel

Kawasan pelancongan di bahagian Jordan.
Warga negara & pelajar masuk dengan bayaran JD3.5 (RM15). Pelancong biasa bayar JD 10 (RM43). Gambar diambil waktu tak ramai manusia. Biasanya waktu weekdays.



3. Sumber masuk air ke Laut Mati adalah daripada Sungai Jordan, tapi dikatakan semakin tahun semakin surut air di Laut Mati dengan kadar 1 meter 1 tahun.

4. Lebar maximum adalah 18km dan panjang maximum adalah 67km.

5. Kemasinan laut mati adalah 8.6 kali ganda daripada kemasinan laut biasa. Itu yg bahaya bila terkena mata atau termasuk dalam mana2 rongga badan.


Kemasinan membentuk batu bata garam yang keras & adakalanya tajam.


6. Kawasan Laut Mati panas daripada Amman disebabkan kawasannya dibawah paras laut. Kalau pergi musim sejuk pun, kawasan Laut Mati tetap sedikit panas berbanding temperature biasa. Paling rendah pun akan turun 12 °C dan paling tinggi boleh cecah sehingga 40 °C (musim panas)



7. Laut mati ada sumber potassium dan bromine semula jadi. Jordan dikatakan mengeluarkan 2 million ton potassium setahun.

8. Dikatakan boleh menyembuhkan kesihatan sebab kaya dengan mineral2. Entahlah. Pelik juga tempat diazab ni digunakan utk menyembuhkan penyakit. Hem..

Seorang budak gigih mengambil lumpur di sekitar tepi pantai laut mati utk nak dilumurkan ke badan kot? Yg dikatakan dapat memberikan kesihatan..

Produk2 kesihatan daripada laut mati yg dikomersialkan..


9. Disebabkan tinggi kandungan garam, maka ketumpatan air laut ini adalah lebih tinggi daripada air biasa iaitu 1.24 kg/L. Ini menyukarkan utk manusia berenang dalamnya & hanya boleh terapung. Tapi kalau nak berenang (dalam erti kata nak buat style2 kuak lentang ke, kupu2 ke, buaya ke..apetah lagi nak menyelam) pun bahaya.

Menterapungkan manusia

10. Pada akhir tahun 2010, 40 saintis daripada Israel, German, Switzerland, Norway, Jepun dan Amerika Syarikat telah melakukan penggalian di dasar laut mati untuk membuat kajian tentang catatan perubahan cuaca dan sejarah gempa bumi di kawasan tersebut. Pelbagai penemuan alam telah dijumpai. Antara yang paling menarik adalah mereka telah mencatatkan suhu 104 darjah semasa menggali di bawah 1300 kaki di bawah paras laut. Ini berkemungkinan menunjukkan ada aktiviti gunung berapi yang mengaitkan azab Allah suatu masa dahulu. Dikatakan juga gempa bumi kali terakhir berlaku di kawasan Laut Mati adalah pada tahun 1927.


Saintis menggali ke dalam dasar Laut Mati melalui bahagian Israel

11. Jordan pada bulan lepas (berita 19 April 2011) telah meluluskan pelaburan sebanyak 200 million dolar (600 juta ringgit) untuk membangunkan kawasan pelancongan di sekitar Laut Mati. Boleh klik sini utk baca berita dalam bahasa arab.


Wallahu'alam



References:
1. Kitab Kisah daripada Al-Quraan, Syeikh Solah Al-Khalidi

2.
http://www.nytimes.com/2010/12/18/world/middleeast/18deadsea.html
3.
http://www.physorg.com/news/2010-12-scientists-drill-beneath-dead-sea.html
4.
http://en.wikipedia.org/wiki/Dead_Sea



0 komentar:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP