Jumaat, November 13, 2009

Memburu cinta manusia, tiada kesudahannya~

Bismillah.

Saya tak tahu sama ada penulisan saya ini akan membuatkan sesiapa terasa. Tetapi kalau ada yg terasa ini entry utknya, simpan2 dalam hati jela dan mari sama2 kita ambil pelajaran.

Saya tak tahu bagaimana nak memulakan entry ini walaupun saya ada beberapa benda saya nak sampaikan di sini. Saya sebenarnya letih bercakap tentang isu ini, tetapi nampaknya ada juga yg amsih dibelenggu perkara ini dan masih tak faham2.

CASE STUDY 1:

Saya pernah di-add (ape istilahnya ya dalam BM?) oleh seorang adik di friendster, waktu zaman2 menggunakan friendster dulula. Adik ni perempuan. Umurnya belasan tahun. Mungkin 13 atau 14. Saya tak berapa ingat. Lebih muda dari adik bongsu saya agaknya. Saya memang tak kenal siapa dia dan dia pun tak kenal siapa saya kot. Tak tahu mana dia cari saya. Hem. Saya rasa dia tidak membaca entry ini. Kalau terbaca, minta maaf la. Saya tidak sebut nama anda di sini.

Yg agak berlegar di kepala saya apabila melihat profile friendsternya itu penuh dengan ungkapan2 cinta, meminta utk dicintai, bubuh gambar tu toksah cakap..habis posing, ungkapan2 cinta, gambar2 cinta, semua nak diletakkan. Saya scroll di bahagian comment, memang ramai lelaki memberikan comments padanya. Klik tutup. Saya berfikir kembali, agaknya berapa ribu..atau juta adik2 di luar sana yg seperti ini?


Saya mula berfikir, semasa saya sebaya dengannya 8-9 tahun yg lepas, kami pun mcm ni ke? Mungkin ya. Mutahil masa zaman sekolah dahulu tak pernah terfikir bab bercinta, dikasihi, jantina berlainan ni? Tapi bila dah semakin dewasa...otak mula memproses.. "memang b.o.d.o.h kalau desperate cinta dikala umur sebegitu muda". Tolak hal tua muda. Yang dah konon2 tua (20an) ni pun lagaknya tak kurang hebat..

Saya tambah berfikir, desperate sangatkah manusia2 ingin dicintai dan dikasihi ini??? Saya akui memang fitrah manusia sebegitu. Tetapi dengan memaparkannya pada khalayak ramai, itu apa ertinya?? Lagi2 seorang perempuan. Itu sprt menjerat diri sendiri ke dalam umpan agaknya atau merelakan diri dibaham oleh binatang2 yg sedang rakus dan tidak berperikemanusiaan di luar sana?


Mula2 kata "ala..rilek la..internet je pun..". Ya rileks la sekarang. Esok2 dah bila kena ayat sampai cair, number telefon pun bagi, alamat pun bagi, ajak tengok wayang, pegi jalan2 kat shopping complex, akhirnya dibawa ke semak samun..nauzubillah! Kalau tak dibawa ke semak samun pun..dosa masih masuk dalam akaun ya~

Malah zaman sekarang melihat adik2 ni..semakin bangga pula bercinta & berkapel. Sebolehnya dalam blog tu nak tulis segala isi hati dan meluahkan cinta yg melalaikan ini?


CASE STUDY 2:

Seorang yang telah hampir patah harapan pada kekasihnya telah berkata kpd saya

"Allah tu tak adil..selalu bagi jadi mcm ni. Aku dah solat, dah doa setiap kali, aku puasa, aku buat apa yg Allah suruh..tapi asyik2 jadi mcm ni. Aku rasa mcm Allah berlaku zalim pada aku".

Bila saya tegur "apesal pulak ckp mcmtu? kalau kita tak buat ikut apa yg Allah mintak kita buat..mcm mana Dia nak tolong?"

Jawapannya "ko ingat aku nak sangat ke jadi mcm ni? mmg kalau boleh aku nak kawin dengan dia..tapi dah jadi mcm ni.."


Yg saya pelik, bukan kali pertama..tapi kali ke..entah. 2 atau 3. Agaknya terlalu memberi harapan.

No wonder saya pernah dengar cerita dari Ummi Ros, ada seorang perempuan yg telah bercinta dan putus sampai 4 kali...dah pulak tu putus kali ke-4 tu badannya dah diserahkan kpd si jantan tidak bertanggungjawab, akhirnya melacurkan diri dan mendapat pendapatan beribu2.

Saya menyambung kembali "kan Allah bagi kita choice utk buat pilihan..kenapa kita nak buat pilihan mcm ni? ko ade pilihan utk buat yg lebih baik".


Jawapannya mudah "entah..aku rasa aku takde pilihan. lagipun dia (kekasinya la tuh) baik sangat. tak pernah ada yang baik mcm dia. ex-aku sblm ni pun tak baik mcm dia..bla2..bla2" masih memuji kekasihnya walaupun telah dikecewakan..

Puji..puji jugak. Masalah tak selesai. Kemudian, menganggu pelajaran. Nak exam..dunia kacau bilau. Kepala jadi serabut, tak boleh nak study. Perasaan malas mula datang. Bosan dalam hidup. Nak cari siapa pun dah tak tahu.

Sekali sekala terasa mcm nak bunuh diri pula. Sebab give up & kecewa punya pasal. Lebih baik takyah hidup. Lepastu mula mempersoal kenapa Allah lahirkan dirinya ke dunia. Lepastu semua perasaan lain akan datang..mungkin sekali sekala menuturkan sesuatu yg berlawanan dengan prinsip aqidah yg sebenar. Ini memang bahaya.



OK.


Cukup saya bawa 2 case study sahaja. Saya boleh teruskan tetapi entry ini akan menjadi semakin panjang. Banyak lagi kes2 cinta yg saya tengok sekeliling saya ini yg sama ada saya rasa "dia ni tak sabar nak kawen kot" atau "hem...nak main2kan perempuan pulak"


NASIHAT

Saya ada beberapa perkara jela nak sebut pada 2 case di atas. Sekiranya ada yg tergolong dalam 2 case study di atas, ini utk anda.

1. Dunia tak akan kiamat sekiranya anda tidak ada bf atau gf.


2. Cuba check balik kenapa nak dicintai & disayangi? Kalau betul sebab nak kahwin, buat cara yg islam benarkan. Kalau dah mula dengan cinta monyet, sms i love u, sayang awak, baby, busuk, miss u, rindu, bla2...(the list goes on)...itu..u better check back Allah bagi tak buat semua tuh??

3. Kpd anda yg rasa nak bunuh diri itu..ketahuilah bahawa kesengsaraan yg Allah bagi kat dunia ini masih boleh disemak dan dimuhasabah. Pintu taubat Allah masih dibuka. Tapi kalau bunuh diri, dahlah buat dosa mengasihi perempuan yg bukan marham tanpa ikatan yg sah, pastu berdosa berdasarkan larangan Allah dalam surah An-Nisaa':

"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu" - 4:29

Jangan bila dah sampai akhirat nanti, kita tengok ape hadith yg menyebut tentang bunuh diri ni katad:

"Sesiapa membunuh dirinya dengan senjata tajam, maka senjata tajam itu akan sentiasa di tangannya merobek perutnya, di dalam neraka, berkekalan selama-lamanya. Dan sesiapa yg meminum racun lalu membunuh dirinya, maka dia akan meminumnya di neraka jahannam selama-lamanya. Sesiapa yg terjun dari tempat tinggi lalu membunuh dirinya, maka dia akan terjun juga dalam neraka jahannam, berkekalan selama-lamanya". (HR Bukhari Muslim)

Mungkin kat dunia kita rasa sengsara sebentar, tetapi itu mungkin 1 titik tolak utk kita menyedarkan diri dan kembali kepada Allah. Tetapi sekiranya kita tidak serik dan masih melanggar perintah Allah, ingatlah di AKHIRAT nanti sengsaranya bukan sementara tetapi sampai bila2. Dan pada saat itu kita dah menyesal kenapa tak bertaubat pada Allah.


4. Kembali jela pada cinta Allah. Allah akan bagi jodoh sekiranya Dia mengatakan sudah tiba masanya. Dia tidak akan bagi jodoh sekiranya belom masanya. So kena la berusaha utk ikut landasan yg betul.

credits to Moja (photographer) & 2 org pasangan yg baru melangsungkan perkahwinan (t.kasih krn bg izin guna gambar korang)

Kalau kita tak yakin dengan Allah, lepastu buat pulak apa yg Dia larang, agak2nya Allah nak tolong banyak mana pada kita??

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (Surah An Nahl : 96)

5. Ingatlah firman Allah dalam surah Az-Zukhruf, ayat 67 yg bermaksud:

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa."


Jadi kalau tak start bertaqwa, nescaya tidak akan bahagia di akhirat. "Hidup di dunia ni is NOTHING" kata naqibku. Hanya wayang dan mainan sahaja. Tapi kita sentiasa sibuk mengejarnya seolah2 dunia ini adalah kisah benar & realiti bagi kita.

6. Hidup ni bukan diciptakan utk cari pasangan bercinta sahaja semata-mata. Banyak lagi tanggungjawab nak ditunaikan.

Seorang sahabat saya telah mengatakan pada saya, "disebabkan manusia ni sibuk dengan dunia ini lah..sibuk dok bercinta, putus cinta, cari cinta lain..lepastu sedih2 dengan cinta, habiskan masa menangis krn cinta yg murahan, tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah..maka dunia ini kekurangan mujahid & mujahidah yg nak bela islam". yet..kita complaint dunia ni tak aman, islam ditindas, nabi dihina, quran dihina..

Kalian bayangkan sekiranya esok kita diserang oleh zoinis laknatullah (of course la dia takkan serang esok sebab tengok kita ni leka dengan dunia..piece of cake kalau serang pun), kualiti tentera mana yg akan keluar mempertahankan maruah dan kesucian islam?!

agak2 diaorg nih sempat ke nak kuar dating??

Allahuakbar..ini sememangnya tazkirah khusus buat saya. Betapa kita ini masih lagi dibuai mimpi yg indah & hidup senang lenang..sampai boleh memikirkan hadiah apa nak dibeli utk awek, lokasi dating seterusnya, bila nak berjumpa & bervideo2 di telefon lagi..hem.

7. Marilah sibukkan diri dengan Allah. Serious. Kalau selama ni anda allocate masa utk manusia berjam2, kena la allocate utk Pencipta kita yang Maha Agung, Maha Pengasih, Maha Memberi Rezeki ini lebih2 lagi. Allah memang tak perlukan kita, but we do need HIM!


Divert rindu2 dan cinta anda kepada Allah. Saya petik dari blog kawan saya, Lud, yg beliau telah ambil dari IBn Qayyim al-Jauziyah, tips2 nak merawat perasaan rindu pada selain Allah:

  • Sibukkan diri beribadah kpd Allah & mintak Allah sembuhkan penyakit rindu tuh
  • Jaga pandangan mata (hem..yg dok simpan gambar2 tu kan =D )
  • Cuba sedaya upaya utk melupakan kekasih larangan anda dari ingatan
  • Menyibukkan diri dengan amal soleh
  • (tambah sendiri) Sibukkan dengan kerja2 lain, selalu lepak dengan kawan2 yg soleh/solehah, jgn ponteng usrah!
berukhuwwah kerana Allah boleh menyalurkan cinta yg dibenarkan dlm islam~

9. Pada yang dah terlajak bercinta..kalau tak serious tu, elokla berhenti je. Kalau tak boleh berhenti, elokla cari solution nak kawin mcm mana. Cepat2 elakkan saham dosa bertambah pula. Saya berckp mcm ni atas dasar kasihkan sahabat & adik2 di luar sana. Sungguh kalau saya tak ckp begini, saya akan menyesal di hari akhirat kelak..


Okelah..panjang sangat dah. Harap bermanfaat. Saya mintak maaf sekiranya membuatkan sesiapa terasa hati. Semoga Allah ampunkan saya dan menjaga hati saya juga.


Wassalam

Btw: nk ucap tahniah kepada 3 pasangan yg dah announce walimah pada Disember ini. Kak Khadijah Azman & akh Amir, Akh Amin Ajmain & ukht Sakinah Norkhair,. Semoga Allah merahmati pasangan2 ini & menjadikan bait muslim kalian pemacu gerak kerja dakwah selepas ini.

p/s: thankyou so much to who ever contributed in giving pictures for this entry..may Allah bless~

15 komentar:

Tanpa Nama 11:52 PG  

oh. i like this entry so much!!

and extra like sebab ada gambar kitorg! ngeee~

terima kasih aO =)

Tanpa Nama 12:11 PTG  

very much muhasabah myself..
May Allah bless u & me..
amenn..

Deremind 2:45 PTG  

wah sungguh panjang. 2 entri sekaligus pulak.

agree dgn entri ni. kadang2 menakutkan bila tengok kat facebook & friendster. hurm~

muhasabah diri juga, cinta Allah masih belum kukuh lagi.

Hannan.R 12:15 PG  

best!

HambaAllah Yang Memakmurkan 8:11 PG  

to filz, nazirah & hannan: thanx for leaving comments

to tanpa nama; hehe..semakin ramai tanpa nama ye..may Allah bless us all insyaAllah..

Tanpa Nama 12:48 PTG  

terima kasih banyak2.
insaf~
moga lepas ni akan lahir lebih ramai lagi para mujahidin.amin~

[ Nazihah ] 3:51 PTG  

O0oh my picture..nasib baik bukan gambar chak-chak tuh..huhu..sila tanpa segan silu gunakan gambar-gambar saya untuk kebaikan.Semoga pahala itu sentiasa mengiringi

Yang paling utama dalam sebuah perkahwinan adalah barakah padanya sejak dari awal ia bermula. Jika sedari awal usaha kamu untuk menikah dimurkaiNya.Hentikan niat kamu untuk bernikah..Hidup BUKAN untuk mengumpul DOSA yang menjadikan kamu ahli TETAP NERAKA..

Buat yang kepingin bangat untuk MENIKAH: PERCAYALAH MENIKAH ITU TIDAK MUDAH..itulah sebabnya Allah belum sampaikan lagi waktunya untuk kamu..

Buat yang TAK HINGIN MENIKAH: Percayalah dengan menikah akan terkumpul dua kali ganda pahala yang kamu takkan dapat ketika kamu bujang..Pahala dan redhaNya adalah tiket untuk kamu ke JANNAH

Tanpa Nama 9:38 PTG  

mantap!

May Hashim 12:42 PTG  

nice writing!! LIKE~

pharie 2:01 PG  

briliant piece of mind! =)

Tanpa Nama 12:33 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama 12:35 PG  

case no 2 happens to my best fren..tatau nak cakap pe dah..but this entry really helps..thanks aO.

HambaAllah Yang Memakmurkan 6:43 PTG  

to k.nazihah: t.kasih bagi permission & bagi nasihat2 =D

to tanpa nama: thanx for dropping by..who ever u are

to cik may: mane tak like..ade gamba korang ek

to k.pharie: thanx for dropping by gak.

to k.yong: jgn putus asa membimbing! semoga Allah kuatkan hati2 kita

Tanpa Nama 2:39 PTG  

alhamdulillah..baca lg sekali sebagai peringatan.. :)

it's me

Tanpa Nama 10:41 PTG  

buah fikirn yg bgus.. memberi peringtan kpd dri utk menjd yg lbh baik.. smg dri n sume yg bce page nie sentiasa mendpt keredhaan Allah..
thanx ao!!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP