Selasa, Ogos 04, 2009

FAQ Demo anti ISA

Bismillah.

Penulisan kali ni mungkin tak berapa comprehensive dan menyeluruh. Tapi cuba gakla nak menjawab beberapa persoalan yg sering ditimbulkan oleh manusia-manusia yg mungkin tidak faham dasar dan kefahaman yg dibawa oleh penganjur yang menganjurkan demo ini.

1. Tujuan Demo?
Membantah kezaliman sebuah akta kuno yang diambil daripada zaman komunis di T.Melayu. Akta ini telah memenjarakan ramai pihak sewenang2nya dan menafikan hak seorang individu untuk dibicarakan dengan adil hatta dah masuk 8 tahun pun masih tidak dapat dibicarakan dengan adil. Ape maknanya tuh? Zalim la. Kalau tahan 60 hari tak dibicarakan, ikut logik manusia yg suka sangat mintak bersabar (nanti akan dijelaskan siapa yg suka sangat utk mintak bersabar ni) boleh diterima lagila..kot2 dia ni teroris betul ke kan..tahanla dulu. Tapi kalau dah 8 tahun tanpa bukti dan hujah yg jelas, keputusan mahkamah yg adil, kenapa perlu ditahan pula?



Ini jugak adalah siri yg dilancarkan oleh GMI sudah sekian lama mereka ditubuhkan, hampir 8 tahun untuk menegakkan kebenaran, memberitahu kepada rakyat betapa tidak adilnya akta ini dan seeloknya ia dimansuhkan.

Dalam syara', kita dituntut utk menegakkan keadilan, berhukum dengan adil. Boleh refer Surah Ma'idah ayat 8. Ayat fevret ana utk isu ini. Banyak lagi ayat2. Bleh baca majalah i bulan Julai kalau nak lagi jawapan panjang2.

2. Kenapa mansuh? Pinda je cukup la. Akta ni penting nak sekat terorris dan pengganas.
Mansuh. Sebab insyaAllah ada byk lagi Akta2 yang boleh digunakan utk menahan suspected terrorist atau penjenayah. Kalau dah siasat baik2, guna jela akta sedia ada untuk buat penahanan. Kenapa mesti guna ISA juga? MEmang negara lain ade akta macam ISA utk menahan seseorang tanpa bukti dan pembelaan, tapi mahkamah masih boleh interfere dan siasat sama ada betul atau tidak penahanan orang2 ini ada sebabnya. Berbeza dengan ISA di Malaysia ni yg tidak membenarkan mahkamah utk siasat langsung tentang penahanan seseorang dibawah ISA. Lagipun, ingat orang2 yg bergerak dalam GMI tu tak pentingkan keamanan dan kesejahteraan ke?? Nak capai keamanan dan kesejahteraan, buang dulu kezaliman yg wujud pada hari ini. Ni terus kata tak boleh mansuh, nnt negara akan huru hara dan tak aman. Habis tu kezaliman yg tidak dibongkar dalam media arus perdana tu sape nak amik tahu kalau aktivis2 GMI ni tak bersuara???

Cuba kita buka pula survey yg dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri di website mereka. Klik SINI. 92% ingin dihapuskan. Kita ni agaknya dapat info dari mana yg dok kata "pinda je takpela". Orang kata kalau kita pinda sekarang, sesiapa yg memerintah akan datang boleh pinda balik dan menjadikannya lebih kejam. Oleh itu jalan menghapuskan lebih baik. Dan diganti dengan akta2 lain yg lebih baik dan adil.

3. Kenapa tak tunggu je Najib kan kata nak pinda? Tak boleh besabar ke? Yela najib tak buat ape2 dalam 3 bulan ni..tapi sabar la sikit..
Ni yang saya maksudkan dengan golongan yg suka sangat mintak bersabar. Orang2 dalam GMI (antaranya Cikgu Laila yg suaminya ditahan 8 tahun dalam ISA, dituduh anggota JI tapi takde bukti sampai ke hari ini dan tidak dibicarakan dengan adil sehingga ke hari ini) yg dah berjuang 7-8 tahun untuk mansuhkan ISA tu nak bersabar macam mana? Bayangkan kalau anda bersabar selama 7 tahun..ape maknanya sabar tuh? Saya rasa sabar ni ade limit jugak kot. Yela Najib memang baru, tapi kalau betul concern tentang keluarga tahanan yg tidak terbela, buatla something..haih. Bile orang nak turun berhimpun secara AMAN barulah nak sibuk2 kata "kami akan pinda la..tunggu la kejap..". Walhal dulu kata nak kaji, nak pinda, nak tengok, tapi..hasilnya tiada beza. 1 Ogos yg lepas adalah antara kemuncaknya. Bukan baru nak mula.

Pak Lah dulu bile didesak utk semak, dia kata "kita tak perlu nak semak dah". Lepastu bila dah tak jadi PM, keluar kenyataan "kerajaan sepatutnya menyemak secara menyeluruh berkenaan ISA". Kena faham, inilah tarbiah B*N. Trend PM2 yg membebaskan tahanan bila naik pemerintahan tetapi bakal menahan lebih ramai lagi menggunakan akta ini sekiranya berlawan dengan kepentingan dan kedudukan diri.

4. Demo kan tak dapat permit? Kire haram la.
Oke..ni satu hal. Penganjur dah masak dah dengan permit2 ni. Sebarang perhimpunan AMAN yg sebenarnya dilihat tidak sebulu dengan apa yg diinginkan oleh pihak tertentu, mestilah permit itu akan disusah2kan. Kalau perhimpunan Palestin yg tiada kene mengena dengan sistem yg ingin ditentang, tiada kena mengena dengan kepentingan peribadi pihak berauthority, maka permit akan diluluskan dengan tiada masalah, malah pihak Baju Biru Berlencana akan kata "ok..boleh berhimpun..tapi jangan itu ini..harap dapat jaga tingkah laku". Haih. Ok pulak. So utk perhimpunan mansuh ISA ni, mesitlah awal2 lagi akan ditolak dengan mentah2 dan memberi alasan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, menimbulkan huru hara dan menjejaskan perniagaan orang.


Kebebasan utk berhimpun ade dalam perlembagaan Malaysia. Sila search berkenaan hak berhimpun tersebut.

5. Kan dah menjejaskan perniagaan orang kat jalan2 utama tuh? Dahla tutup jalan, menyusahkan orang lain
Em. Masa kementerian2, karnival2, merdeka, etc2 events semua tutup jalan takde masalah pulak. Time tu kata "ini perkara yg tidak membawa kepada ancaman, takpela tutup jalan utk karnival yg boleh sumbang lagi banyak kepada pekedai2 dan peniaga2". Kalau Polis nak bantu penganjur menggunakan hak mereka yg termaktub dalam perlembagaan, mestila polis pun akan announce "ok..hari ini ada sekelompok manusia nak membuat perhimpunan yg AMAN disekitar KL, jalan berikut akan ditutup untuk sementara waktu dan akan dibuka kembali pada jam sekian2". Tapi realitinya tak macam tu kot



Ye betul, sebenarnya perhimpunan AMAN bantah ISA ni pun boleh membantu peniaga2 sekiranya tidak diganggu oleh polis2 dan fru. Diaorg ni hanya nak berarak je. Orang lain boleh tengok. Peniaga pun tak akan diganggu. Panduan pun dah dikeluarkan kepada orang ramai supaya berhimpun dengan AMAN. Jangan buat kerosakkan. Jangan bawa senjata atau benda tajam. Hatta Kanak2 pun dilarang membawa MAINAN yang menunjukkan seperti senjata. Ini semua arahan pihak penganjur dalam usaha mengAMANkan perhimpunan. Siapa yg sebenarnya membuat kekacauan dan mengakibatkan kerugian? Haih. Pelik betul.

Petikan harakahdaily bertarikh 5 ogos:

Sementera, itu Dr Hatta menjelaskan bahawa terdapat maklumat yang diterima mana-mana para peniaga yang 'berani' membuka kedai, mereka mendapat keuntungan lumayan, kerana jumlah peserta yang berhimpun amat ramai sekaligus menjadi pengguna dan pembeli pada hari tersebut.

Perkara ini turut diakui oleh Pensyarah Media Universiti Malaya,Dr Abu Hasan Hasbullah dalam sebuah laporan yang menyatakan bahawa para peniaga mendapat keuntungan berlipat ganda hasil himpunan aman besar-besaran Sabtu lalu.

Dan seperti biasa, perkara ini pastilah tidak dilaporkan oleh akhbar arus perdana. Kalau laporkan jugak, jelas nak merugikan pihak kerajaan yg tak suka demo nih. Yelah, untung ke rugi ke, rasanya mula 2 ptg sampai 4 ptg je pun. Kerugian sampai 10 juta ke..20 juta ke..yg selama ni mangsa tahanan ISA diseksa hingga kejam, keluarga mangsa tahanan ISA yg tak dapat nak sara diri disebabkan suami ditahan tanpa bicara/tak tahu kesalahannya, keluarga yg dijanjikan elaun tetapi tidak diberi..ini semua peniaga tak tengok pulak? Penting keuntungan diri sendiri je ke?

6. Betul ke ni perhimpunan AMAN? Macam mana kalau tiba2 ada yg membuat rusuhan?


Itulah gunanya polis untuk berada di kawasan itu/fru sekalipun berada di kawasan itu untuk mengawal keselamatan sekiranya berlaku rusuhan/pemukulan/pemecahan/rompakan/provokasi. Ini tidak, mula2 bagi rakyat berjalan, kemudian kepung, belum ada lagi apa2 terjadi, dah sembur air, asid dan segalanya senjata apa yang ada. Nasib baik polis ni tak tembak mati je rakyat Malaysia ni. Dah tu pulak suruh bersurai, tapi block semua jalan dan kalau boleh nak tahan semua orang tanpa semena-mena. Orang nak niat memang nak bersurai pun ditembak lagi dengan gas pemedih mata.

Baca jela sendiri pengalaman Datuk Zaid Ibrahim ni: http://myzaidibrahim.wordpress.com/2009/08/01/sayang-malaysia-negara-polis/

Sepatutnya anggota keselamatan ni menjaga keselamatan manusia. Bukan dengan menyembur air dan asid lepastu kata "kami tengah jaga keselamatan la nih". Jaga keamanan tu bermakna kalau ada kelakuan yg tidak aman, barulah ambil tindakan. Dok promot sangat "kena bersedia sebelum jadi ape2..bantai dulu..belasah dulu..diaorg tak bersalah tu lain cerita".

7. Ni semua bende2 politik je, buat ape kita nak campur?
Ni pemikiran yg sangat sempit. Untuk pengetahuan, Pengerusi GMI bukan seorang ahli politik. Tetapi seorang aktivis NGO Islam yg menggunakan nama Islah = Pembaikan. Dan saya percaya dia memimpin GMI itu berdasarkan prinsip-prinsip Islam, bukan atas dasar politik dan nak menjatuhkan sesiapa. Prinsip Islam itu jelas, menegakkan yg haq dan menentang kezaliman. Gunakan cara yg baik (yg dah digunakan dah pun sebelum ni..jumpa menteri di parlimen, hantar memorandum, turun naik kementerian), kemudian sekiranya tidak didengar/diendahkan, gunakan cara yg last resort, berisiko tetapi masih di dalam ruang lingkup yg dibenarkan syara'. Iaitu berhimpun dengan AMAN. Sekali lagi diulangi, AMAN.


Lagipun mungkin nampak pembangkang je kot yg banyak dalam perhimpunan2 camni sebab tu la kata perhimpunan ni berkait dengan politik. Bagi saya, ye memang ia berkait dengan politik, iaitu kedudukan politik sesetengah pihak yg merasakan dirinya tergugat, sebab tu demo ini tidak dibenarkan.

Satu lagi jawapan ialah, mmg ramai dipihak pembangkang yg berada dalam demo ini disebabkan mereka sudah serik dengan kezaliman yg dilakukan oleh pihak yg bukan membangkang. Haritu sebelum polis memberi amaran utk jgn turun, satu pihak daripada kerajaan iaitu Pemuda Gerakan dah pun bersetuju utk bersama..atas apa? politik atau prinsip? Kalau atas dasar politik, baik ikut cakap parti politik yg mereka join tuh. Ramai je lagi orang2 yg bukan politik turun padang. Tak perlu terlalu sempit pemikirannya kalau tak tahu siapa yg ada semasa demo tersebut.

8. Demo2 ni tak jaga iktilat laki pompuan la..tu dah salah 1 yg menyebabkannya haram
Hem. Pegi shopping complex, naik KTM, masuk dewan orang ramai utk program, naik lif dengan berlainan jantina..boleh pula ye? Takpela kalau mmg nak jaga ikhtilat, ia boleh diusahakan. Tapi tak perlu jadikan ini sebagai alasan utk mempropagandakan perhimpunan AMAN ini haram.

9. Nanti Najib sediakan tempat berdemo, bolehla turun demo situ. Kenapa la nak buat sangat kat jalan raya?? Stadium smua tu ada.
Tempat? Hem. Memang ade stadium smua tu. Tapi tak significant. Orang tak nampak sebab duduk dalam tempat tertutup. Penting untuk menunjukkan pada orang ramai bahawa rakyat bersatu. Sebab tu buat di tengah bandaraya.

Ni petikan Malaysiakini bertarikh 5 Ogos jugak, kata2 Pengerusi GMI:

"Pertama, beliau (Najib) patut lihat pada mesej yang dibawa (penunjuk perasaan), bukan tempat berhimpun. Kita berhak berhimpun di mana-mana pun.

"Kedua, bukan tidak pernah ada perhimpunan di stadium, tetapi tidak ada tindak balas kerajaan.

"Jadi, tidak timbul isu di mana (demonstrasi), tetapi apakah tindak balasnya (berhubung demonstrasi rakyat)," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Kata-kata makcik Nashita pula, salah sorang aktivis GMI yg menjadi rakan kepada Cikgu Laila:

Kita memilih jalanraya kerana sejak bertahun kita sudah menggunakan banyak cara yang lembut dan diplomasi untuk kerajaan mendengar dan bertindak terhadap permohonan dan desakan rakyat.

Membuat acara desakan dan protes ini di suatu tempat yang tertutup tidak membawa makna kepada sebuah perjuangan yang inginkan kerajaan yang zalim mendengar, ianya hanya akan bertukar menjadi seperti sebuah acara santai dan hanya mendengar ucapan hingga tamat masa yang ditetapkan. Ramai yang sanggup datang dari jauh dari ceruk kampun seperti dari Baling dan banyak tempat lagi, sudah tentu mereka tidak hanya mahu mendengar ucapan2, tetapi mereka ingin menunjuk rasa marah dan tidak setuju mereka.

Kita dah banyak sangat dah ucapan selama 7-8 GMI ditubuhkan ini. Perlukan tindakan yg lantang pulak.

Saya suka ambil kata2 dari Bro Qayyim:

demo aman palestin di stadium melawati hari tuh memang berjaya. sebab berjaya kumpulkan jumlah peserta demo yang ramai sekali gus memberikan imej bahawa ramai yang menyokong perjuangan rakyat palestin. dalam isu ini, kita nak bagi tahu dunia luar sana..tekanannya berbeza dengan demo mansuh tempoh hari. sebab yang kita nak tekan ialah kerajaan kita sendiri.

pernah tengok rakyat palestin demo dalam tempat tertutup nak bagi tekanan pada israel? hari hari mereka demo di jalanan.

Lagipun, bile dah jadi camni baru nak kata "kami sediakan la nanti tempat". Sebelum demo tu takde plak sebut kami sediakan tempat. Tengok esok lusa kang lupa pula. Takpela..kita tengok mcm mana.

Oklah. Ade sesiapa nak bagi soalan2 lagi utk dijawab?? Kita boleh usahakan cari maklumat sekiranya anda ada enquiries ingin ditanya.

Nak bagi analogi yg dibuat oleh Akh Qayyim gak:

Kita tak suka dengan projek dangdut yang diusahakan ketua kampung.
1. tahun pertama kita jumpa direct dengan ketua kampung, cakap tak setuju..dia pedulikan

2. tahun kedua kita edar risalah pada orang ramai ajak boikot projek dangdut tu..ramai setuju projek tu tak bagus, tapi tak ramai pun yang personally jumpa dengan ketua kampung menyatakan pendapat

3. tahun ketiga kita ajak ketua kampung debat depan orang kampung tentang isu projek dangdut..ramai turun menyaksikan, tapi habis debat..ketua kampung sambung projek

4. tahun keempat, kita panggil jabatan agama islam bagi pendapat tentang isu projek dangdut ketua kampung..jabatan agama islam keluar statement dalam surat khabar, tapi segmennya terlalu kecik sampai ketua kampung pun terlepas pandang

5. tahun kelima, kita bantah ketua kampung time dia minum petang kat kedai kopi..dia buat bodo aje

6. tahun keenam, dah tak makan saman ketua kampung nih! kita ajak orang ramai yang setuju untuk batalkan projek dangdut demo depan rumah ketua kampung..ramai pula yang turun. yang sebelum nih setuju aje dengan pendapat kita pun turun sama sebab ada kekuatan.

YANG PALING PENTING: Selami perasaan, keadaan, kesengsaraan, keseksaan, kekejaman, pengorbanan dan tekanan hidup yang dialami oleh mangsa ISA/isteri tahanan ISA/anak2 tahanan ISA/keluarga tahanan ISA yang sampai ke hari ini tidak tahu bila tarikh yg akan dibebaskan dari tahanan. Fahami tekanan mental yg dihadapi oleh anak2 yg tidak berayah yg sehingga tahap boleh melakukan sesuatu perbuatan di luar logik akal dan akhirnya doktor menyimpulkan anak ini tidak mendapat belaian kasih sayang dari seorang bapa.

Sekian.

Saya harap penulisan ini tidak dijadikan motif untuk mengapa-apakan saya (maklumla..jadi blogger pun boleh kena dakwa dan ditahan ^__^) kerana saya menulis atas dasar ingin menjelaskan perkara yg benar. Sekiranya ada yg lebih benar dari ini, saya bersedia untuk menerimanya.

SAya juga hairan kenapa modus operandi untuk menyuraikan himpunan2 yg kerajaan tidak setuju ini tidak digunakan utk menyuraikan perhimpunan2 mat rempit dan lain2 yg jelas melakukan jenayah??


Haritu saya ke Penang, tengok pasukan mat rempit beratus yang tak dikawal oleh polis. Mana semua trak2 FRU dan senjata2 polis utk mereka ini??

Saya boleh bahagikan rakyat Malaysia ni kepada 4 kelompok mungkin

1. Tak setuju ISA, setuju demo dan turun berdemo
2. Tak setuju ISA, tak setuju demo..ade la sebab2. TAk berani atau tak nak ambil risiko atau tak berapa selesa dengan demo2 ni
3. Setuju ISA. Ni ada 2 kelompok la..1 yg suke nak turun demo gak sbb konon2 boleh tnjuk diaorg pn ade supporter. Ade yg setuju tapi mengatakan takyah turun jela
4. Kelompok tak peduli ape berlaku..buat ape nak serabutkan otak.

Anda mana 1?

Wassalam

Credits gambar dari: Malaysiakini & Blog Bebaskan Tahanan ISA

Bacaan tambahan:
Why Malaysian march? (antara sebab mengapa turun berdemo)
Blog Cikgu Laila (memaparkan perjuangan isteri seorang tahanan ISA)
Catatan Seorang Anak Tahanan ISA (luahan hati seorang anak tahanan ISA)
Laporan Merdekareview (rentetan peristiwa semasa demo)
Salahkah Berhimpun? (Rencana dalam mStar Online)
Soalan-Soalan Lazim berkenaan ISA (nak tahu tentang ISA..klik sini)

3 komentar:

ummiroses 10:06 PTG  

Salam anakanda abdullah....

Penulisan yang membina jiwa. Bukan sekadar penguat semangat malah memupuk penghayatan terhadap isu2 yang mendidik hati.Maka, wajarlah isu ini menjadi salah satu bahan amal yang mentarbiah spiritual kita...dan bukannya sekadar berteori. Makasih atas peringatan! Ummi yakin atas kepimpinanmu.

Ahmad bin Ariffin 10:29 PTG  

syabas! hujah dan pemikiran yg matang dan jelas =)

danialarief 1:44 PTG  

Tahniah Bro Abdullah.
Kupasan yang menarik terhadap persoalan-persoalan yang dikemukan 'orang ramai'.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP