Rabu, Jun 10, 2009

Slot Nusantara di MIZU!~

Bismillah.

Saya sedang bersama peserta MIZU09 di Jitra, Kedah. MIZU adalah sebuah program 2 minggu dianjurkan oleh JIM IPT & KARISMA untuk ahli-ahli di zon utara. Boleh klik web blognya di SINI.

Hari ini sepanjang hari ada slot Sejarah Nusantara oleh Dr Hafidzi. Dr Hafidzi, seperti semua tahu adalah lulusan dalam bidang Biologi. PhD beliau dalam bidang Animal Ecology dari Uni. of Aberdeen. Teringat masa kat Aberdeen dulu bersama beliau dan anak2nya yg juga rakan sepermainan masa kecik dulu, ikut ke padang2 di Aberdeen utk mencari arnab. Kenangan yg seronok.

Dan juga ramai sudah tahu beliau pengarah kepada PACE (Palestine Centre of Excellence). Tapi sepanjang MIZU & MISI (program di zon tengah) dianjurkan, beliau hadir memberikan ceramah berkenaan Sejarah di Nusantara. Semoga Allah merahmati usaha beliau dan pengorbanan yg dilakukan utk menyampaikan pengisian-pengisian yang bermanfaat ini.

Saya tidak berniat utk mengulas panjang berkenaan pengisian yg sudah diterima hari ini. Kalau nak cerita memang tak seronok dekat blog ni sebab tak dapat dengar sendiri daripada Dr Hafidzi. Kalau ikut tahun ini, sudah 3-4 kali saya mendengar slot berkenaan sejarah nusantara ini tetapi 1 je saya boleh kata, SAYA TIDAK PERNAH BOSAN. Mempelajari sejarah ini memang tidak bosan. Sprt kata seorang ukhti yg menjadi MC sebentar tadi bahawa dia telah mengandaikan slot ini suatu yg tidak menyeronokkan, tetapi akhirnya Dr Hafidzi telah membuktikan sebaliknya.

Pun begitu, saya kongsikan beberapa point yg boleh saya simpulkan.

1. Belajar sejarah kerana kita tidak mahu mengulanginya. Tamadun2 yang runtuh adalah akibat daripada pembunuhan diri tamadun itu sendiri, bukan tamadun lain yg membunuhnya. Ini bermakna, manusia2 yg berada dalam tamadun itu telah melupakan sejarah menyebabkan mereka mengulangi kesilapan2 tamadun yang lalu (lalai, angkuh, bongkak, zalim) dan akhirnya runtuh. Ini pasti berlaku pada tamadun US hari ini dan semua tamadun2 yang tidak berasaskan keimanan dan akhlak yg baik.

2. Islam telah memberikan kesan yang amat mendalam kepada orang Melayu. Dengan islam lah melayu itu hebat dan diangkat martabatnya. Tanpa islam, melayu berkemungkinan dipecahkan kepada suku2 yg tidak mahu bersatu atas dasar adat dan budaya masing-masing. Tetapi dengan islam, mereka bersatu dan menjadi ape yg disebut sebagai orang melayu.

3. Islam telah meninggalkan beberapa kesan kepada orang Melayu, antaranya bahasa, tulisan, seni, undang-undang dan falsafah. Bahasa melayu, diperkaya dengan 2000++ bhs arab. Tulisan jawi, asalnya daripada tulisan arab. Seni yg pernah wujud sprt syair, puisi, gurindam, kit'ah, endoi, etc2. yang ada pada 1 masa dahulu diselitkan dgn unsur tazkirah yg amat mendalam. Undang-undang Kanun Melaka dan undang2 yg tercatit pada batu bersurat memberikan kita kefahaman bahawa telah wujud hukum2 islam suatu masa dahulu di bumi nusantara


Batu bersurat yang telah ada hukum hudud walaupun waktu itu perkataan Allah belum diperkenalkan dalam masyarakat

4. Kesan kepada penjajahan Sepanyol & Portugal (suatu masa dahulu tamadun yg sangat hebat sehingga membahagikan dunia kepada 2..sebelah utk Sepanyol, sebelah utk Portugal. Tapi hari ini nama kedua negara ini hanya tinggal gah dalam dunia bola sepak sahaja) ke atas Nusantara. Bagaimana kejatuhan Islam di Andalus telah menyebabkan bermulanya misi utk menjatuhkan kerjaaan2 ummat Islam di nusantara. Bagaimana ummat Islam di seluruh nusantara telah berjihad dan berjuang menentang kehadiran puak penjajah yang secara terang2 ingin menjatuhkan ummat islam walaupun mereka beralasan utk menakluk rempah ratus. Dikatakan seramai 20,000 mujahidin telah berjuang mempertahankan islam di nusantara. termasuklah seorang Panglima Perang Aceh yang telah dilantik menjadi Admiral (Amirul Bahr - ketua turus angkatan tentera laut), iaitu Laksamana Kemala Hayati. Seorang muslimah. Mengetuai sekumpulan bala tentera yg dinamakan Inong Balee (balu syuhada', sebab suami2 mereka sudah syahid, jadi Laksamana Kemala Hayati telah membentuk pasukan daripada balu2 syuhada') utk berlawan dengan tentera penjajah. Dikatakan beliau ada 100 buah kapal dibawah pimpinannya, sebuah kapal boleh memuatkan 400 orang perajurit.


Alfonso De Albuquerque, salah sorang penjajah yg datang ke nusantara

5. Peserta MIZU juga dapat mengenal bagaimana kekuatan-kekuatan mujahidin daripada Brunei, Laut Sulu, Mindanao, Manila, Kepulauan Maluku telah berusaha keras mempertahankan nusantara dari dijajah oleh penjajah yg ingin memusnahkan islam di bumi nusantara. Kata Pak HAMKA, "jihad di Maluku telah menangguhkan penjajahan barat ke atas nusantara selama 100 tahun". Antara nama tempat2 di nusantara yg dipelajari oleh peserta adalah Ambon, Bali, Lombok, Timur, Palawan, Sulawesi, Papua, Lampung, Aceh, Madura, Halmahera, Selat Sunda, Laut Sulu & Selat Makasar. Penceramah telah meminta peserta utk meletakkan nama2 ini di peta yg telah dilukiskan oleh beliau.

6. Dr Hafidzi telah menerangkan bagaimana Snouck Hurgronje telah berperanan dalam menghakis izzah ummat islam di nusantara. Beliau telah memeluk islam semata-mata nak ke makkah utk mengkaji tentang rahsia ummat islam, berkahwin dengan wanita islam, malah sampai tahap ulama' di jawa telah memuji beliau dengan panggilan syeikh allamah walliullah yg menunjukkan tahap ketinggian peribadi dia sbg seorang muslim yg hakikatnya sebuah strategi utk menjatuhkan islam.

En. Snouck yg licik

7. Rahsia kejayaan orang Aceh mempertahankan islam. Dalam sebuah adat aceh yg ditulis oleh kitab sejarah, ada menyebut bahawa; - orang yg meninggalkan solat lebih najis dari anjing & babi (najih nibak bui ngon asee <-- dlm bhs aceh nyer~). Ini menunjukkan mereka sangat menjaga solat mereka sehingga dianggap jijik lebih dari babi. Tapi kita ni orang melayu islam merasakan babi itu lebih jijik daripada orang yg meninggalkan solat? Cuba pikiaq skett. Aceh diperintah oleh 5 orang sultanah. Salah sorangnya Sultanah Safiatuddin. Walaupun dia seorang wanita, tetapi dia dinasihati oleh barisan ulama' yg hebat2. Boleh klik nama dia dan baca lebih lanjut. Juga Aceh ada barisan wanita yg hebat2, antaranya adalah Tjoet Nyak Dien. Beliau telah menggantikan suaminya menjadi panglima perang membawa orang2 Aceh menentang tentera Belanda. Cuba baca di wiki ada bahagian yang dia dibuang ke Sumedang.


Gamba Tjoet Nyak Dien

Setakat itu sahaja perkongsian utk slot Sejarah Nusantara di MIZU. Subhanallah perkongsian ini sememangnya memantapkan lagi pegangan kita dan meningkatkan lagi izzah kita utk terus berpegang teguh dengan islam serta mempertahankannya.

Ada sebuah topik yang Dr Hafidzi tak sempat nak bawa, iaitu peranan orang china dalam penyebaran islam di nusantara. Antaranya topik tentang peranan Admiral Muhammad Cheng Ho. Boleh baca dalam buku Dr Hafidzi kot ni.

sesiapa yg belum mendapatkan buku penulisan Dr Hafidzi, maka kena lah cari ya!

Ni baru Jilid 1.

Akan keluar nanti Jilid 5 & 6, lepastu baru keluar Jilid 2. Tak sabar nak beli jilid2 yg akan keluar nih.

5 komentar:

Tanpa Nama 10:13 PTG  

salam..rasanya kalau baca tentang wali songo..tentu berkaitan dengan peristiwa dan sejarah di Aceh tu.

HambaAllah Yang Memakmurkan 10:03 PG  

benar skali. wali songo pun ade disebut dalam sesi pembentangan tetapi tidak begitu detail.

cuma wali songo banyak berperanan di tanah Jawa. Aceh pulak berada di kepulauan Sumatera.

Wallahu'alam, boleh dikaji lagi la kot. Yg plg penting dalam kepala kita, mereka yg berjuang, berjuang bukan semata-mata utk negara bangsa, tetapi utk mempertahankan aqidah.

a l h a n z a l a h 12:15 PG  

terima kasih atas perkongsian...

Aisyah 12:41 PTG  

wah.. best2! thanks for sharing!

sejarah : bedtime story (n then u end up dreaming abt it.)

Qalam Fajr 9:28 PTG  

bestnye! jzkk for the perkongsian!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP