Isnin, Mei 11, 2009

Jangan bersangka buruk & jangan cepat menghukum

Bismillah,

Macam tak percaya nak type jugak bende nih walaupun esok ade paper exam!

Duh. Kalau tangguh penulisan ni maybe akan jadi malas dah lepas ni.

Semalam pulang dari KL selepas ade Tamrin Tarbiah Nasional (TITIAN) 2009. Sepanjang 2 jam lebih perjalanan, i was with Bashir, one of ikhwah Kedah.

Kami bersembang dan bersembang..sampai tak sedar dah sampai.

Ada beberapa perkara yang disembangkan hasil daripada TITIAN 09. Kami bertukar pendapat tentang kandungan2 program tulah.

Tapi ada 1 topik yang nak dikongsikan bersama. Iaitu bagaimana kita dalam kehidupan seharian kita ni lebih cepat menghukum seseorang dan suka berburuk sangka daripada menyiasat dan menanam sangkaan baik.

Melihat sesuatu perbuatan yang jauh daripada norma kita yang 'baik ini'..terutamanya dalam konteks seorang pendakwah, mesti susah nak bersangka baik. Malah akal fikiran kita kadangkala generate things yang kita tahu sahaja. Setakat pengalaman yg kita ada sahaja. Benda yg kita fikirkan sebenarnya hasil daripada apa yg kita lalui dan kita tahu je. Walhal ada perkara2 yang dibelakang pengetahuan kita dan pengalaman kita yang perlu kita siasat dahulu sblm menghukum.

Kita amik example yg mudah la.

Kawan saya, Bashir membawa contoh, ada mesyuarat persatuan Islam ini dilakukan di sebuah bilik. Mereka perlu menutup pintu bilik itu supaya orang luar tidak mengganggu perjalanan mesyuarat itu dan kandungan-kandungan mesyuarat itu tak seharusnya dibiarkan didengari oleh semua orang.

Tetapi datang pula seorang yang cepat menghukum dan tidak suka bersangka baik ini melihat perbuatan ini maka dia akan terus kata "ape bende ni mesyuarat persatuan Islam tutup2 pintu?! macam ni ke nak bergerak utk Islam?!!". Seorang yg tidak tahu situasi yg sebenar terus menghukum ahli-ahli mesyuarat ini seolah-olah mereka tidak menjaga batas dan tidak pandai membuat keputusan. Seolah2 dia sahaja yg tahu situasi dan keadaan. Dia sahaja yang pandai menilai hingga apabila orang lain membuat keputusan, dia merasakan ia tidak benar.

Sesetengah orang akan kata, ELAKKAN FITNAH. Ya betul, kita memang sangat perlu utk mengelakkan fitnah dan mengawal keadaan supaya fitnah tidak timbul. Tetapi, kalau kita tidak tahu apa keadaan yang sebenar, kita akan menggunakan hujah elakkan fitnah daripada menerima hujjah situasi yang sebenar.

Semasa program tamrin, seorang ustaz berkongsi dengan kami peristiwa yang sangat memalukan dirinya. Ketika majlis konvokesyen nak bermula, beliau terlewat sedikit atas beberapa urusan (kalau orang selalu sangka buruk, akan terus kata "ustaz pun lewat2 ke?"). Kemudian, ketika di bilik memakai jubah konvokesyen pensyarah, datang pula pensyarah perempuan cina yang mengenali ustaz tersebut dan meminta ustaz utk bantunya memakai jubah tersebut disebabkan pakaian konvokesyen itu sememangnya telah direka sedikit susah utk dipakai jika ada pensyarah nak pakai kali pertama.

Dalam situasi semua orang dah takde di situ, adakah ustaz ni akan kata "oh...sorry saya takleh bantu awak..carilah orang lain..selamat tinggal!" ??

Ustaz kongsikan dengan kami, dalam hatinya kata "ya Allah~ situasi genting betul!". Dan dia cerita pada kami bahawa dia berdoa supaya tiada yang melihatnya. Kalau boleh dia nak orang lain yg tolong pensyarat cina ni tetapi memang tiada siapa di situ ketika itu. Bayangkan kalau ada orang yg melihat beliau dan terus menghukum, pasti dia akan kata "ustaz dengan pompuan cina???!!!!!!! apa punya ustaz perangai macamni?" walhal sebenarnya tak tahu pun situasi apa yg berlaku. Alhamdulillah Allah pelihara ustaz pada ketika itu dan tiada yg melihat insiden tersebut. Tetapi dia berasa sangat malu dan berharap situasi itu tak berulang balik pada dirinya.

Saya yakin ada pengajaran sebenarnya ustaz berkongsi pengalaman yg amat memalukan dirinya itu. Dia bukan berkongsi saja-saja. Tetapi beliau nak menanamkan nilai bagaimana kita harus melihat dengan teliti situasi, konteks suasana dan apakah sikap kita dalam menilai sesuatu perkara. Adakah kita akan cepat menghukum atau menyiasat dengan baik? Nak menyiasat ni satu hal lagi. Kalau salah kaedah menyiasat, mesti dah terbawa2 cerita tu pada orang yg tidak patut. Ni kene penulisan lain pulak tentang MENJAGA KEAIBAN ORANG LAIN.

Satu contoh yg lain, kita lihat dalam kereta, di hadapan ada 2 orang aktivis dakwah lelaki, di belakang ada 2 orang aktivis dakwah perempuan. Seorang yg cepat mengukum memang akan terus kata "ni persatuan Islam mana ni??? buat perangai mcam ni??". Adakah dia sudah tahu destinasi mana mereka pergi? Kenapa mereka perlu menaiki kenderaan yg sama? Mengapa mereka tidak boleh berkenderaan sendiri2? Kadangkala, ada pulak jenis manusia yg apabila selepas menghukum, kemudian mempersoal seolah-olah dia tahu segala situasi yang berkemungkinan.

Kita ambil contoh naik kenderaan tadi, seorang yg suka mempersoal akan kata
1. Takleh usaha ke cari kereta lain?
2. Takde cara lain ke nak pegi program??
3. Takkan tak boleh fikir kot diaorg nih?
4. Budak2 perempuan ni takde ke perempuan lain yg reti memandu kalau nak laki tu memandu jugak?

Tengok bagaimana sikap manusia yg suka jump to conclusion ini bila tidak tahu situasi sebenar. Kita jangan menimbulkan fitnah. Benar. Tetapi harus ada sikap jangan suka membuat fitnah juga.

Islam tu cantik sistemnya. Dia menggariskan beberapa perkara. Kita ambil contoh dalam bab Ikhtilat (percampuran berlainan jantina yg ajnabi):

  • Pihak yg melakukan ikhtilat jangan melakukan sesuatu yg menimbulkan fitnah. Menjaga adab pergaulan, menjaga aurat, menjaga batas yang dibenarkan.
  • Sebelah pihak yg lain pula harus ada sikap jangan membuat fitnah, jangan cepat menghukum, jangan selalu bersangka buruk, jangan suka membuka dan menyebarkan keaiban orang lain.
Begitulah Islam mendidik ummatnya.

Kita jangan selalu kata "eh..kamu jangan buat benda ni, nanti menimbulkan fitnah" dalam masa yg sama kita pula suka memfitnah orang, walaupun perkara/situasi itulah pilihan terakhir yang lebih baik dari pilihan lain yg lebih menimbulkan fitnah lebih besar.

Boleh menasihati. Tetapi fahami situasi dan berikan penyelesaian. Bukan terus menghukum dan membuat fitnah.

Allah swt mengingatkan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]


Kadang-kadang sesama aktivis Islam ni suka bersangka buruk sesama sendiri.


Imam Fakhruddin Ar-Razi menghuraikan :


الظن ينبغي بعد اجتهاد تام ووثوق بالغ


Ertinya : "Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam" ( Tafsir Ar-Razi, 28/115 )


Saya ambil contoh yg lain la, dalam sebuah persatuan Islam yg lain, ada sebuah mesyuarat. Mesyuaratnya pula terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan. Sedang mesyuarat berlangsung di sebuah sudut dewan (yg penuh dengan ramai orang), datang pula pemimpin tertinggi persatuan Islam ini dan memberi nasihat "tolong ganjilkan bilangan ahli mesyuarat". Maksudnya, kalau ada 3 lelaki 3 perempuan, jadikan 4 lelaki 3 perempuan, atau 3 lelaki 4 perempuan..atau yg penting jangan dalam nombor yg genap. Saya tak pasti apa yg dalam kepala otak pemimpin tertinggi ini. Adakah dia bersangka bahawa dengan bilangan genap, mereka mesyuarat ini akan ber'dating'?

Saya memuji polisi dan cara yang bagus ini. Tetapi pendapat saya, kurang practical. Bila mesyuarat 6 orang tu ingin diteruskan, mereka terpaksa mencari seorang atau lebih duduk sekali dalam mesyuarat itu walhal kemungkinan orang yg diminta utk bersama itu tidak ada kaitan dengan mesyuarat tersebut. Saya cuba memikirkan, kalau ahli mesyuarat 20 perempuan, 20 lelaki..perlu juga mencari seorang utk menjadikan bilangannya ganjil?!!

Lainlah kalau berdua-duaan. Memang betul perlu menjadikan ganjil disebabkan berdua-duaan itu dipanggil KHALWAT.

Saya rasa saya tak nak hurai panjang2. InsyaAllah apa yang nak dikongsikan sudah dikongsikan. Mungkin pembaca ada pengalaman masing-masing dalam situasi disangka buruk oleh orang lain atau dihukum tanpa siasat oleh orang lain. Saya sudah penat dengan sikap orang-orang begini yang tidak boleh berfikiran jauh. Seperti saya sebutkan tadi, mereka berfikiran pendek berdasarkan pengalaman mereka tanpa memerhati dari sudut pandangan yg lebih besar.

Menarik bila baca website ustaz Zaharuddin ni ada disebutkan bahawa Rasulullah juga pernah disangka buruk. Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari & Muslim:

Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :

"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),


Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."


Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata


"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :


Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".


Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"


Baginda membalas :-


إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ


Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )


Saya juga bersetuju dengan kata ustaz bahawa dalam sesetengah keadaan, kita memerlukan sangkaan buruk ini dalam konteks BERHATI-HATI (Hazar). Seorang perempuan bersangka buruk terhadap lelaki yang cuba menghampirinya atas sebab berhati-hati.

Juga benarlah kata Ustaz bahawa sangka buruk yang tidak dibenarkan biasanya hadir dari seorang yg hasad dengki, cemburu dan berniat menjatuhkan seorang individu atau kelompok. Juga kadangkala timbul disebabkan tiada keyakinan sesama rakan dalam persatuan Islam itu sendiri atau pun merasakan hanya dia sahaja yg paling wara' dan terbaik.

Wallahu'alam,

boleh komen jika tidak setuju. ada beberapa perkara yg susah nak dihuraikan dalam masa yg pendek ini kerana dikhuatiri penulisan ini akan terlebih panjang!

p/s: gagal cari gambar yg sesuai dengan penulisan kali ini..

pembacaan tambahan: http://www.zaharuddin.net/content/view/711/72/

12 komentar:

Tanpa Nama 4:20 PTG  

fiqh ikhtilat! ya, sepatutnya ramai aktivis or daie yg perlu byk cover ttg fiqh ikhtilaf ni.
-dosa adalah rasa hati yg tidak selesa-

HambaAllah Yang Memakmurkan 4:21 PTG  

ikhtilat ke...ikhtilaf? hehe..bercampur2.

Anyway, penulisan ni amik sebahagian je bab ikhtilat..tapi more kepada nak menyentuh bagaimana manusia ni perlu bersangka baik dan jangan cepat melatah/menghukum~

Tanpa Nama 5:29 PTG  

yang penting, jgn saje2 buat ssuatu perkara yang bertentangan dgn norma msyrkt skiranya tak sanggup menghadapi/menyelesaikan masalah yang akan timbul.

tp x relevan lah kalau orang pertikaikan, driver kereta lelaki, 2 orang perempuan dkt blkg. bukan nya, 2 on 2 pun. Naik teksi dgn driver bukan mahram ok plak?? lagi2 plak driver tu kafir. hah! cmne??

(orang tu jeles kot...haha)

Cha Syazana 5:41 PTG  

saya suka entry ni :)

HambaAllah Yang Memakmurkan 6:22 PTG  

I would say, ada pihak memang kadang2 suka bersangka n membuat hukuman dahulu sebelum menyiasat. Especially dalam bab2 khilaf (now i know why the 1st Tanpa Nama said about ikhtilaf..hehe..walaupun tah2 dia silap eja) & furu'.

Take example.

Ada sorang brader arab ni dari Sudan dan bermazhab maliki (i've asked him about his mazhab). Dia pulak selalu ke masjid dan rajin solat berjama'ah. Tapi dia pakai seluar pendek kat bilik. So ade sorang mamat melayu ni kata "dak sudan ni rajin jemaah..tapi tak tutup aurat!". Walhal dia bermazhab Maliki. Maliki kata lutut tu bukan aurat yg berat. Walaupun kalau dinilai, jumhur ramai kata aurat..tapi still ade mazhab yg kata tidak.

2nd..berjabat tangan berlainan jantina. Kalau tak teliti konteks berjabat tangan yg dibenarkan Islam, memang akan senang2 jump to conclusion jugak.

3rd..membaca Quraan tanpa wudhu'. Orang yg tak teliti betul2 dalil2 mesti akan terus jump to conclusion orang tak amik wudhu' time baca Quraan tu tak patut..berdosa..etc2..

In a way, I agree with Tanpa Nama 2 saying that kalau nak buat diluar norma2 masyarakat kalau tak sanggup menghadapi sangkaan2 orang. Hoho.

Kadangkala bile masyarakat terlalu taksub dengan pegangannya, akan jadilah perkara2 ini. Walhal syafie pun suruh ikut yang sahih dari Rasulullah..bukan ikut mazhab dia 100%.

Ni dah topik lain dah pasal mazhab2 pulak lain cerita.

HambaAllah Yang Memakmurkan 6:24 PTG  

Bila baca balik komen pertama..betul jugak. Memang sepatutnya ramai aktivis or daie yg perlu byk cover ttg fiqh ikhtilaf ni.

Yeah..anda tidak salah menulis. Maafkan saya tersilap sangka. Hehe. (baru tulis entry pasal salah sangka, dah tersilap sangka plak~)

cikEff 9:02 PTG  

peng, kena tembak!
kita ni jangan suka jadi qadhi yg menghukum.
urm, banyak kali jugak rasa gitu dalam perut, asyik org lain buat salah je..
tulah, gunanya perkongsian, meraikan perbezaan.. supaya tak cepat menghukum org lain..
nak berlapang dada ni kena buat banyak latihan agaknya.. cemane ek?

Aisyah 12:42 PG  

hu..saba jela. buat taktau je. lenkali jawab je balik..

"ha'ah.. ni psatuan islam paling terahsia didunia! paling hot! yeah~ so, bolehlah report polis skrg."

pening nak fikir ape org lain fikir. bile kt terlalu fikir ape org fikir, kt pun akan berakhir dgn rasa tertekan sbb tak dpt mengubah fikiran mrk. baik kt fikir ap yg perlu diselesaikan dahulu.. spt mesyuarat yg nak djalankan tu ke.. selesaikan yg dominant dan tujuan asal. fikiran sangsi ni, smua org ada. tipulah kalo kamu pun tak ada. lama2 isu akan jd bosan dan pudar sendiri.

Tanpa Nama 11:55 PG  

1st Tanpa Nama: betul la ikhtilat [pergaulan lelaki & perempuan]...
ikhtilaf tu perbahasan xsilap..
betul2 salah sangka ni -_-

HambaAllah Yang Memakmurkan 8:33 PTG  

ciktim: a'a..benar skali. kene buat latihan. latihannya, belajar dari situasi dan suasana. anggap kita ni hanya tahu tip of the ice-berg sebelum kita menyiasat. bila dah siasat, kita akan nampak dasar ice-berg yg lebih besar

isya: agree jugak. hehe. sape tanak fikirkan it's ok. tapi sape yg ade perangai suka menghukum dan bersangka2 sblm menyiasat, kena la cuba diubah sprt yg disuruh oleh AlQuraan. Tataula kalau AlQuraan pun tanak ikut. Fikiran sangsi ada, tapi kena latih otak utk tafsir dengan betul~

aku hambaNya 10:57 PTG  

akh, mintak izin nak opykan ke blog. Jzkk in advance.

aku hambaNya 10:57 PTG  

opykan--copykan

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP