Sabtu, Mei 02, 2009

Genap 10 Tahun. Terima Kasih semua!



Salam,

Pada hari ini, 2 Mei 2009, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) telah genap 10 tahun.

Doa saya agar Allah terus teguhkan hati-hati kami semua utk taat pada perintahNya, memberikan kami kekuatan utk terus melakukan kerja-kerja pengislahan. Semoga segala amalan selama ini diberkati dan diredhai. Segala kekhilafan, moga Allah ampuni.

Buat alumni2 dan mantan2, terima kasih atas tunjuk ajar dan pengorbanan kalian dalam menyusuri jalan-jalan diwaktu kalian berjuang. Semoga terus menyumbang walau dimana kalian berada.

Buat pakcik makcik, abang kakak, ustaz ustazah dalam JIM dan rakan-rakan, terima kasih atas nasihat, bimbingan, dorongan, sokongan dan sumbangan kalian. Ucapan terima kasih khas utk team JIM IPT Pusat & seluruh Malaysia atas kesabaran kalian menempuh mehnah bersama kami.

Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, terutamanya PEMBINA, GAMIS, PKPIM, TERAS kampus, GPMS, APIS, DEMA, Saff-Perdaus, KAMMI, MSM, MISG, AUSIS, AMIR, dan lain-lain yg tidak disebut, terima kasih atas penerimaan kalian terhadap kami. Semoga kita sentiasa menjalinkan hubungan yang erat dan terus melakukan pembaikan walau dimana kita berada, walau bumi mana kita pijak. Sesungguhnya tenaga muda seperti kita semua diperlukan untuk masa depan yg lebih gemilang!

Terima kasih lagi sekali!

Wassalam

2 komentar:

dijariza 11:18 PG  

dh jd mcm blog karisma pulak! he3. tanjoubi omedetou buat karisma yg disayangi~
mg lebih kukuh menjadi gerakan dakwah kontemporari buat mahasiswa!!

HambaAllah Yang Memakmurkan 12:16 PTG  

sbb website KARISMA sedang dibina selepas kene hack tuh. bleh access kat http://karisma.jim.org.my

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP