Selasa, April 21, 2009

Jom Fikirkan Bersama juga!

Salam,


Dikala free2 ni saya nak kongsi lagi petikan interview dalam Utusan terhadap Nabil (pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 yg telah berlangsung pada 30 Mac yg lepas) ekoran tindakan beliau memeluk seorang artis bernama Irma.


Saya bukan peminat mereka berdua dan saya bukan berniat menjatuhkan sesiapa. Cuma kenyataan2 encik Nabil ni kadang2 membahayakan pembaca la pulak. Yang sedikit kelakarnya, dia ni dahla terkenal dengan trademarknye “Lu fikirla sendiri”. Skang macam dia tak boleh berfikir sendiri nampaknya??


Kalau semua artis bertindak memberikan jawapan sebegini, apela agaknya kesan kepada masyarakat kita??!


S = Soalan. N = Nabil. K=Komen


S: Apa komen Nabil bila orang mengkritik perbuatan Nabil memeluk Irma?


N: Saya dah agak akan menjadi isu. Saya sendiri tak sangka perkara ini boleh berlaku. Seingat saya memang saya terperanjat sangat dengan kemenangan tersebut. Perkara tersebut berlaku secara spontan dan memang tidak dirancang. Tapi tidak menyesal dengan perbuatan itu.


K = Sepontan, mungkin boleh diterima tapi perbuatan spontan ini biasanya berlaku jika kita sudah biasa dengan tindakan itu sebelum ini. Bayangkan anda mendapat result 4flat dalam exam atau mendapat cabutan bertuah atau ape2 lah kejayaan, tiba2 ada orang yg berlawanan jantina di tengah jalan anda semasa nak ambil hadiah/balik dari ambil result. Adakah dengan spontan anda memeluknya? Jika anda biasa begitu, ada kemungkinan ia boleh berlaku dengan spontan. Hem..nak maafkan ke tak ek sebab alasan spontan nih?


S: Takkan tak rasa menyesal sedikit pun?


N: Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena.


Saya tak kisah apa orang nak cakap. Lagipun saya dah tahu mesti ada orang yang akan cakap perkara ini selepas ini. Jadi sebelum orang lain cakap-cakap belakang baik saya cakap dulu. Tapi bukan niat saya nak tunjuk kepada orang lain kemesraan kami.


K = Feh. Ini memang tak takut Allah kah?? Tengok orang2 yg menzalimi diri mereka (ingkar pada Allah) kata ape dalam Quraan:


Dan setelah mereka sangat menyesali perbuatannya dan mengetahui bahwa mereka telah sesat, merekapun berkata: "Sungguh jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan tidak mengampuni kami, pastilah kami menjadi orang-orang yang merugi." Al-A’raaf 149


Enche Nabil, sekiranya anda tidak menyesal, nanti anda jadi orang yg rugi. Mestilah kami nak anda jadi orang yg untung. Bukan takat untung duit, untung pahala pun nak jugak~


Oh ye, apekah yg dimaksudkan dengan enche Nabil “mungkin tempatnya sahaja tak kena”? Jadi dimanakah “tempat yg kena” itu???


Tapi saya pun taknak cakap belakang2. Jadi saya publish kenyataan saya nih. Kalau abg Nabil datang baca, nanti kot kita boleh jumpa dan minum teh bersama?


S: Adakah Nabil akan minta maaf kerana telah mencemarkan nama seorang artis Melayu dan Islam?


N: Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja. Kalau peluk lelaki dengan lelaki orang akan cakap benda yang sama juga.


K = Pedih soalan utusan nih. Mencemarkan nama seorang artis melayu dan islam. Cantek pnye soalan. Bukankah Rasulullah kata:


Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya. [HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921]


Kadang2 kita heran orang melayu ni takde sebut hadith ni kalau bab sentuh ngan pompuan. Tapi selalu cakap “weh..takleh sentuh nanti batal wudhu”. Yang tu femes pulak. Saya sarankan lepasni ajar la remaja dan kawan2 kita sebut “weh..takleh sentuh, nanti kene cucuk kepala dengan jarum”. Maybe sebab tak penah try kot?? Boleh la buat experimen. Antara TAK BOLEH SENTUH PEREMPUAN dengan KEPALA DICUCUK JARUM mana nak pilih? TAK BOLEH SENTUH PEREMPUAN itu baik, KEPALA DICUCUK JARUM itu juga baik (lebih baik dari sentuh perempuan), agak2 pilih yg mana???


Tak buah kesalahn besar ye?? Tak hina ye kalau Allah murka? hem...


“Dan barangsiapa yang mengerjakan kesalahan atau dosa, kemudian dituduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah berbuat suatu kebohongan dan dosa yang nyata. An-Nisaa’ 122


Tataulah masyarakat zaman skarang ni. Peluk laki sama laki pun sama ke? Erm..Rasulullah dulu peluk2 sahabat baginda yg lelaki. Cmana tu?


S: Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?


N: Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya. Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.


Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula. Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.


K = Kesian jawapan camni. Tataula nak komen dah. Haih~


S: Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?


N: Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain. Jadi mungkin tidak timbul isu seperti yang dinyatakan.


K = DushH!! Memangla takde kaitan dengan ekonomi negara!! Adeh~ Susah jugak Nabil ni nak FIKIR SENDIRI. Sekarang nak minta orang Malaysia berfikir dengan waras kah? Kenapa laa tak fikir dulu sblm jawab soalan ni Nabil oi. Kalau masuk exam Pendidikan Islam ada soalan “Apakah kesan pada seorang muslim jika dia melakukan dosa?”. Jawapan yg berkemungkinan “semestinya dia tidak menjejaskan ekonomi negara. Selain itu, kanak2 pun tak faham apa itu dosa dan maksiat, jadi mereka tiada kesan”


S: Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?


N: Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.


K = Satu lagi budaya orang melayu islam...pening2


S: Bila lagi nak kahwin?


N: Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu.


K = Apekah kerjaya sehingga peringkat tertinggi itu? Adakah sampai tahap Siti Nurhaliza? Tapi takpelah. Buatlah ape yg patut dengan keperluan mak ayah tuh. Jangan memalukan mereka sudah.


S: Adakah keluarga menerima pilihan Nabil?


N: Keluarga saya tak kisah dengan siapa juga pilihan saya. Mereka tak ada masalah. Memang mereka ada cakap umur macam saya ni dah boleh kahwin. Tapi duit masih tak cukuplah. Biar saya kumpul duit banyak-banyak sebelum kahwin ni.


K = Hehe. Duit artis tak cukup? Hem3..


Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm


Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun. Al-Kahfi ayat 49


Sorrylah peminat2 Nabil (kot ade dikalangan pembaca), tapi yg haq tetap yg haq la kan. Kena pandai menilai yg baik atau buruk ye.


THINK BEFORE U ACT...THINK BEFORE U SPEAK!!


LU FIKIR BAIK2..jgn fikir sendiri2!~


Credits to: http://azzlie.blogspot.com/2009/04/nabil-cakap-peluk-irma-tak-jejas.html

and http://ummiroses.blogspot.com/2009/04/jom-pikir-sama-sama.html

13 komentar:

Tanpa Nama 5:38 PTG  

setuju ngan komen2 di atas..yeay..ade gak orang yg sependapat ngan aku!

Tanpa Nama 10:59 PTG  

kesian2..
tp kenapa mereka boleh bg kenyataan cmtu sedangkan tau dorg tu public figure? hm, malas nk layan!

Aisyah 4:41 PG  

typical

HambaAllah Yang Memakmurkan 10:57 PG  

konsep maruah diri dah tersasar..looks like nak cover problems he created but it turned out to become a bigger problem..

Humaira Xai 2:54 PTG  

Hmmm..dan pastinya depa selalu kata "belum masanaya lagi nak berubah..". Mana tau umur ada 100 tahun lagi?

Ummu Nuha 5:22 PTG  

hurm~ no comment.. artis yang menjadi role model anak2 muda, pewaris bangsa dan agama~ kalau macam ni contohnye, taktau la~

Ummu Thana' 9:14 PTG  

Bagus betul artikel ni..Moga mampu 'buka mata dan hati' mereka-mereka di luar sana. Yang pasti ini hanya secebis sahaja dari kisah-kisah artis Malaysia, Melayu dan Islam yang mana tindak tanduk mereka sentiasa diperhatikan dan didedah2kan.Dari mereka jugalah banyak remaja diluar sana yg rosak perlu diselamatkan..hmm

Unknown 10:54 PTG  

Betul tu, yg haq tetap haq... Walau pun ana peminat Nabil, tapi ana tetap tidak boleh terima apa yg telah beliau lakukan itu.. Sng citer, Nabil dh lupa diri!!!..

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. An-Nur, ayat 30...

Wallahu'alam...

Najwa Sofwani 9:39 PG  

die asik suh org pikir sndiri sbb tuh die xpikir dulu sblm bt ape2..
baik buruk halal haram pun dh xleh nk beza...skrg lu pikir la sndiri nabil

QAYYIM HAFIDZI 9:20 PG  

nampaknya 'lu fikirlah sendiri' back fire pada tuannya.

nyw, nice writing, sgt menarik bila kita kupas isu2 hangat sebegini dan letakkan perspektif yang haq

Tanpa Nama 5:07 PTG  

kalau dah berada di atas manusia ni senang lupa siapa diri dia yang sebenar...peringatan untuk empunya diri...tak insaf juga tak tahulah

misz_nierah 9:07 PG  

e? baru nk bawak topik ni dlm my blog..tp anta sudah mendahului ana..agagaga..xpe2..same je pon benda nk ckp..

anyway, nape kt reactions ade ckp entry ni hairan?? apekah??? for me its HEBAT!

Qalam Fajr 2:15 PG  

jazakallah khayr.. kupasan yg sngt best!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP