Rabu, Julai 16, 2008

Debat sebagai keterbukaan kerajaan?!!

Petikan Berita Harian menyebut:

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Sha*bery Cheek menyifatkan kejayaan program debat isu kenaikan harga minyak yang pertama kali diadakan serta disiarkan secara langsung malam tadi, sebagai bukti keterbukaan kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ini adalah kemenangan kepada kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar selepas berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini.

Datuk oi..kemungkinan anda sudah tua kot utk berfikir secara sihat. Ini kerana kenyataan berita ini menunjukkan dengan jelas "YANG PERTAMA KALI DIADAKAN!" Itu menunjukkan bahawa bile kalah PRU12 baru la sibuk nak bagi ruang buat debat kerajaan ngan pembangkang.

Kalau PRU12 ni tak jadi pelik, atau kata orang fenomena tsunami PRU12, kemungkinan besar jangan harap kita dapat tengok debat tu kot?

Kesian betul la menteri zaman skarang nih.

Ops~ nanti Sultan Pahang marah sebab menulis dalam blog yg akan memecah belahkan rakyat. Hem. Tapi kalau 'calculation' menteri macam tu pun masih nak ngaku menang gak, maka amat sedih dan berduka cita saya sebagai seorang rakyat Malaysia mendapat Menteri seperti itu wahai Sultan Pahang. (harap2 sultan baca la blog nih..hehe)

(pasni kuar waran tangkap utk bloggers plak ke?)

0 komentar:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP