Selasa, April 01, 2008

Boikot memboikot~

Bismillah

Hem. Hidup sebenarnya sangat sibuk. Tapi tak tahula kenapa tangan ni rasa menggatal sangat nak menaip keyboard ni utk respon terhadap isu seperti yg telah ditulis pada tajuk di atas. Entri ini bukan bertujuan utk ulas filem fitna, bukan nak senaraikan barangan2 yg perlu diboikot..walaupun mungkin ade senarainya, aku pun tak tahu lagi sbb tak abis lagi type entry ni.

Kita tahula kan sejak kebelakangan nih, filem fitna menjadi sebutan semua masyarakat Islam (sape tak tahu lagi tu baik gi search kat Google. Kesian plak ketinggalan zaman). Filem pendek yg berbelas minit ini telah dengan mudah dan sesuka hati menghina Rasulullah, AlQuraan dan ummat Islam seluruhnya dengan memberikan beberapa ayat Quraan (alamak..aku ni tengah ulas filem ni ke??). Sesiapa yg tak faham Islam secara sebenar memang akan mudah tersentuh hati dan menerima bulat2 ape yg ditontoninya sebab sound effect filem tu konon2 sedih dan menyayat hati. Tapi seorang Muslim harus menonton filem tersebut dengan perasaan yg marah & kecewa kerana Islam telah dengan mudahnye difilemkan seburuk rupa.

Ekoran filem itu..dan sape yg ingat lagi kartun yg hina Rasulullah dikeluarkan oleh negara Denmark, maka sekarang tengah giat kempen memboikot produk2 Belanda, Denmark. Woh. Bagus. Lepas mahathir kuar kenyataan boikot, memang semua lapisan masyarakat bersemangat nak boikot produk2 Belanda, produk2 Denmark la. Hem. Bagus2. Aku pun gembira skali semangat memboikot inih. Memang agak berkesan gakla. Sape nak tahu senarai produk kampeni Anglo-Dutch (Anglo tu refer British..Dutch tu Dutch la..Belanda = Netherland). Oh. Shell tu pun under Anglo-Dutch. Kire kalo ade nama Dutch ni..mmg masuk list la nak boikot kan? Senarai dia byk kat sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Unilever. Kampeni Unilever ni la ade kaitan ngan Dutch. Bukak sendiri dan baca la..rajin2 kan diri sket.

Cuma mungkin ade 3 perkara yg suka aku berikan pendapat aku..

1. Takkan Belanda ngan Denmark je?
Hem..timbul persoalan dalam kepala aku, nape skarang baru sibuk promote boikot Belanda & Denmark? abis selama nih Israel membantai, membunuh, merogol, menghina, menganiaya, mencabul, menembak, mengebom, menyepak, menumbuk, membelasah, menerajang ummat Islam kat Palestine tu secara fizikal, maka berapa ramai ummat Islam yg peduli tentang keadaan mereka? So ok. Israel dapat bantuan US berbillion2 dollar utk membunuh ummat Islam..maka takde plak kita bersemangat nak boikot US? Bile ajak boikot makanan2 dari US, buat dunno je. Tapi bile kuar isu Belanda ngan Denmark ni..smangat je boikot. Okla, nanti ade yg kata "takkan smua bende nak boikot? dahla banyak produk2 sume import dari US, UK, Belanda, Denmark, kalo boikot, abis kita nak guna ape lagi? Ummat Islam ni dahla takde produk sendiri (ni point ke 3 nnt eh)".

Maka aku akan berkata "okla fine..takleh nak boikot semua, boikot la makanan je? at least. we can choose alternative lain kan?" sebab makanan ni melibatkan nafsu je. Kalau nafsu tu nak kat KFC, McD, Pizza Hut, maka kita sememangnya akan sumbang ke company2 US tu la. Nanti akan ade yg kata "eh..ustz zaharuddin kata harus je boikot..so boleh la gi KFC, McD sume tuh". Erm..berkenaan kenyataa Ustz Zaharuddin, mungkin dia lebih arif dari aku tentang isu nih. Sebab dia kat kalo nak boikot produk Yahudi ade beberapa syarat, tapi aku tataula utk kes Belanda ni dia kuar statement cmana plak. Sbb dia kata harus makan, minum KFC, McD sume tuh dengan syarat, ade 4 syarat yg dia bubuh pada akhir kenyataan beliau. (boleh baca di SINI). Tapi tu mungkin pendapat peribadi dia. BIaselah bende2 ni ade pendapat masing2 dan kita kene hormat la kan? Takkan kita nak kata "oo..dia salah dan dia tu lebih betul". Lagipun kalau ikut syarat yg dia bagi tu la kan..syarat ke-4 dan terakhir ialah:

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

Kalau fikirkan la, agak2nye ade ke syarikat US akan isytihar secara rasmi dia bagi duit utk bunuh ummat Islam? Serasa aku la mereka takkan 'kurang-bijak' sebegitu utk kuarkan statement itu. Tapi kalau kita faham betul2, akhirnya keuntungan KFC, McD, Pizza, Coca Cola ni akan gi mana? digunakan utk company sahaja ke......atau akan balik pada kerajaan US? cthnye bayar cukai kerajaan, tu gi ke mana duit2 tuh? (ke US takde tax?), kalo 1 company bayar 1000 dollar. So kalo ade 1000 company, maka dah jadi 1000000 dollar. Banyak2. Maka sepertimana yg kita tahu, sememangnya US ni menyokong Israel secara terang2an tanpa bleh dinafikan lagi.

Waktu Syeikh Yusuf Qardhawi dlu kuar statement suruh boikot produk US dan Israel dengan kenyataan setiap dollar menyumbang 1 peluru..ke camtulah lebih kurang kan? Tapi bape ramai yg endahkan saranan beliau?

Bagi yg nafsunya masih nak makan McD, KFC, Pizza, Dunkin Donut, Baskin Robin..or minum Coca Cola, PEPSI, etc2 dan sewaktu dengannya, maka mungkin kenyataan ini tidak akan diendahkan. Begitu juga sesapa yg suke isi minyak kat Shell, kemungkinan takkan mengendahkan saranan memboikot produk Belanda iaitu Shell, walhal ade je alternatif lain utk isi minyak. Tapi sebab hati tu dok kata "Shell la bagus..lebih kilometer". Maka kita akan buat tak endah ngan kempen boikot nih.

So nape la nak boikot produk Belanda sahaja? Kne la boikot sume produk negara yg menentang Islam gak kan? (ni kalo orang overseas ni maybe ade pendapat diaorg sendiri kot..)

2. Ubah cara pembelian
Bile ckap kne boikot smua produk negara2 yg menentang Islam, maka kita akan bermula dari US, Belanda, Denmark. Kemudian kita akan clik sana sini, akhirnya jumpa makin banyak orang yg berkaitan dengan US, Belanda & Denmark yg mungkin akan bawa anda kepada senarai barangan dari pelbagai negara yg perlu diboikot sebab semua ade link.

Maka pada saat inilah, peranan kita bermula. Ape peranan kita? Takkan nak hafal semua senarai barangan kot? Tak terhafal kita agaknye. Bukak website atas tadi pn dah tahu takleh hafal smua. Ok. Hafal yg penting2 je sprt barangan yg selalu kita guna. Ok gak tuh. Setuju2.

Alngkah baiknya kalau kita fikirkan carayg lebih mudah iaitu, drpd semarakkan kempen boikot barangan Belanda, Denmark ngan US, ape kata kita semarakkan pembelian barangan buatan Malaysia? yelah kadang2 ade barang yg di-condemn kata tak berkualiti la..tak sama class ngan barangan import, haih...kalau kita smua berfikiran camtu dari A-Z, alamatnye memang produk2 dari Malaysia tak bekembang la kan?

Dengan cara ini kita boleh didik orang membuat pemilihan dalam berbelanja. Biar orang lebih teliti dalam memilih produk2 sama ada ia buatan negara yg tidak menyokong Islam atau buatan negara sendiri. Marilah ubah cara pembelian dengan mengutamakan produk orang2 Islam (sprt saranan PPIM) dan kalo paling teruk pun, target la barangan buatan Malaysia (yg Islam tu cekla halal ke tak ye..jgn mian bantai gak). Pastu galakkan la member beli barangan buatan tempatan gak.

Kalau nampak orang len beli barangan negara yg patut diboikot, kalau berani tu tegur je. Takpun paling kurang, tnjuk contoh. Kalau kita berpendirian utk boikot, orang akan tertanya2. Maka itulah peluang kita nak menerangkan. Ade 1 kes, disebabkan orang yg beli produk2 yg nak kne boikot ini adalah golongan2 pendakwah, tak pasal2 dia kne tuduh "ler..diaorg pun beli barangan boikot? amacam? bukan diaorg ke patut jadi contoh" (ni ade kaitan ngan kempen Palestine nih). Kalau nampak situasi tu, tolongla jgn condemn orang. Tanya diri sendiri adekah kita berkekuatan utk tegur orang tuh? Tak tegur pun, at least bagi info. InsyaAllah doesn't make any harm.

3. Jual produk sendiri
Ok berbalik pada produk sendiri nih. Apabila kita sedar bahawa makin banyak barangan yg tidak dibuat oleh orang Islam, maka sudah tiba masanya ummat Islam bersama2 beramai2 memikirkan cara utk membantu agenda ekonomi ummat Islam. Bantu produk2 Islam, hasilkan produk2 sendiri yg Islamik dan diyakini halalnya. Sprt ubat gigi, skarang dah ade alterntif ubat gigi mu'min, gunakanlah sebab ubat gigi tersebut buatan orang Islam. Kalau orang Islam sendiri dok sibuk nak beli colgate ngan darlie lagi, mmg lambat lagi la ekonomi ummat Islam nak bekembang.


In future, bolehla hasilkan produk2 Islamic yg lain dan ummat Islam kena la be supportive of our own product. Ini kerana dengan proses produk Islam la ia akan diharapkan dapat memberikan kesucian dlm aspek pengendalian makanan dan mencapai status halal.

Bila ade produk sendiri, barulah ummat Islam dapat membantu 1 sama lain dan akhirnya boleh membantu kearah membuat other products yg Islamic. InsyaAllah

Kesimpulan
Kita mampu merubah diri sendiri. Maka jom mula dari diri sendiri. Jangan kita asek semangat boikot2...tapi tak semak diri. Jangan kalau ade isu je baru nak bising dan bersemangat tapi kita muhasabah balik produk2 ape yg kita gunakan? adekah produk2 orang Islam? adekah produk tu mempunyai tanda halal? adekah produk2 kita tu buatan tempatan? adekah diri kita particular dengan perkara2 ni? atau buat endah tak endah ke? Kalau sikap kita masih endah tak endah, buat tak peduli, maka tak usahlah kita bersemangat boikot memboikot. Seolah2 kita berkempen utk bagi orang sedar, tapi diri sendiri belum sedar lagi.

Bagi yg dah beli barangan yg perlu diboikot, takpelah. Jangan pegi campak dalam longkang plak. But lepas ni, bersama2 berusaha utk particular sket dalam pembelian produk2. Memang susah nak boikot or tak makan semua, tapi cubalah. Tak salah utk mencuba support produk Islam dan buatan tempatan daripada mengutamakan barangan2 dari luar negara..apetah lagi produk2 yg terang2an menentang Islam.

Bak kata orang PPIM, kita mesti beragenda! Maka marilah kita bijak beragenda utk masa depan yg lebih baik utk Islam.

2 komentar:

Tanpa Nama 8:59 PG  

assalamualaikum...
pertama kalinya...
terima kasih krn mmberitakan ttg hal boikot memboikot tu..
sekurang2nya ada pengetahuan br yg saya dapat..
so..lepas nie kalo ada apa2 hal br yg ao blog kn..hope that u let me know..thanks ! :)

HambaAllah Yang Memakmurkan 9:44 PG  

hem...menurut pendapat di blog saifulislam, takyah boikot2 ni. In a way, aku setuju plak dengan saranan dia. Diolah dengan baik skali. Sila ke

http://saifulislam.com/?p=1678

So takyah dengan mudah boikot..tapi kita ubah cara pembelian kita. Support Muslim product..support product tempatan!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP