Selasa, September 04, 2007

Hadith Dhaif & Maudhu berkaitan Ramadhan

Seringkali ramai para ustaz, penceramah membawa hadith-hadith ini sedangkan ianya bukan hadith dan tidak boleh dinisbahkan kepada rasulullah.

Antaranya yang boleh kita dapati ialah seperti berikut :

Pertama

“Kalaulah seseorang itu mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan itu nescaya mereka akan mengharap bahawa sepanjang tahun itu seluruhnya ialah Ramadhan sahaja…”

Hukumnya ialah hadith Palsu, hadith di atas diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1886 dan Ibn Jauzi meletakkan hadith ini dalam kitab Al-Maudhu’at m/s 188-189 Jilid 2 dan Abu ya’la dalam Musnadnya.

Diriwayatkan hadith di atas daripada Jarir ibn Ayub dari Sya’bi dari Nafi’ bin burdah dari Abi Mas’ud al-ghifari.

Hadith ini palsu dan disebut oleh Ibn Hajar ra (Lihat Lisan Mizan m/s 101 Jilid 2) bahawa ianya (Jarir ibn Ayub) ialah seorang dhaif dan juga disebut oleh Abu Nu’aim bahawa dianya pereka hadith dan berkata Bukhari dirinya ialah Mungkar hadith dan berkata Nasaie dirinya ialah matruk (ditinggalkan hadithnya).

Kedua

“Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu sebuah bulan yang agung, bulan yang padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan dan Allah menjadikan puasa padanya suatu yang fardhu dan mendirikan malamnya sebagai sunat dituntut dan barangsiapa yang mengerjakan sunat pada bulan tersebut maka ganjarannya sama seperti mengerjakan amalan fardhu …
dan itulah bulan yang awalnya ialah rahmat dan pertengahannya ialah pengampunan dan pengakhirannya ialah pembebasan dari api neraka”


Hukum hadith ini ialah dhaif, hadith ini sangat panjang dan diringkaskan sekadar mendapat pemahaman. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1887 dari riwayat Ali ibn Yazid dari Said ibn Musaiyib dari Salman.

Hadith ini dhaif kerana Ali Ibn Yazid itu dhaif dan tidak dikehendaki hadithnya seperti kata Ibn Saad dan berkata Ahmad ibn hambal ra dirinya bukanlah kuat, dan ibn Ma’in mengatakan dhaif dan demikian oleh ibn Khuzaimah sendiri mengatakan dirinya lemah ingatan dan tidak dikehendaki hadithnya juga oleh Ibn Abi Hatim dari bapanya dalam Ilal Abi Hatim m/s 249 Jilid 1 bahawa ini ialah hadith mungkar.


Ketiga

“Berpuasalah kamu maka nescaya kamu sihat”

Hukum hadith ini ialah dhaif, ianya ialah potongan hadith dari apa yang diriwayatkan ibn adi dalam Al-Ka’mil no. 2521 Jilid 7 dari Nahsyal dari dha’hak dari ibn Abbas ra.

Nahsyal ialah matruk hadithnya (tidak diterima) kerana berdusta dan Dhahak pula tida pernah mendengar hadith dari Ibn Abbas ra.

Diriwayatkan juga oleh Tibrani dalam Al-Aushat, Abu Nu’aim dari riwayat lain iaitu dari Muhammad ibn Sulaiman ibn Abi Daud dari Zuhair ibn Muhammad dari Suhail ibn Abi Soleh dari Abu Hurairah ra.

Sanad ini dhaif dan hadithnya mungkar.

Keempat

“Barangsiapa yang berbuka sehari dalam bulan Ramadhan tanpa uzur dan tanpa sakit maka tidak tergantilah puasanya sepanjang masa sekalipun ianya berpuasa”

Hukum hadith ini ialah dhaif dan ianya terdapat dalam sahih Bukhari secara tergantung tanpa sanad. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah ra dalam sahihnya no. 1987 dan Tirmidzi no. 723 dan Abu Daud no. 2397 dan Ibn Majah no. 1672 dan Nasaie , Baihaqi dan Ibn hajar dari jalan Abi Muthawis dari bapanya dari Abu Hurairah ra.

Permasalahan hadith ini mengandungi kegoncangan, keraguan dan kejahilan perawi bernama Abu Muthaiws ini dan keraguan mengenai benarkah mendengar bapanya dari Abu Hurairah.

Berkata Ibn Khuzaimah ra, sekiranya benar khabar ini maka aku sendiri tidak mengetahui siapakah dia ini dan bapanya.


Kelima


Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan di mana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnya sebagai fardu dan qiyamul lail sebagai ibadah”

Status: Dhaif. rujuk al-Ilal 1/249. Silsilah al-Dhaifah - no. 871


Keenam


"Orang yang berpuasa itu tetap di dalam ibadat meskipun ia tidur diatas kasurnya".
Sanad hadith ini Maudlu'/Palsu

Kerana ada seorang rawi yang bernama Muhammad bin Ahmad bin Suhail, dia ini seorang yang tukang pemalsu hadith, demikian diterangkan Imam Dzahabi di kitabnya Adl-Dluafa.
Periksalah kitab : Silsilah Ahaadist Dhaif wal Maudl'uah No. 653, Faidlul Qodir No. hadith 5125.

Ketujuh


"Tidurnya orang yang berpuasa itu dianggap ibadah, dan diamnya merupakan tasbih, dan amalnya (diganjari) berlipat ganda, dan do'anya mustajab, sedang dosanya diampuni".
(Riwayat : Baihaqy di kitabnya Su'abul Iman, dari jalan Abdullah bin Abi Aufa).
Hadith ini derajadnya sangat Dha'if atau Maudlu.

Di sanadnya ada Sulaiman bin Umar An-Nakha'i, seorang pendusta (baca : Faidlul Qodir No. 9293).

Kelapan


"Dari Ibnu Abbas, ia berkata : Adalah Nabi SAW apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan : Allahumma Laka Shumna wa ala Rizqika Aftharna, Allahumma Taqabbal Minna Innaka Antas Samiul 'Alim (maksudnya : Ya Allah ! untuk-Mu aku berpuasa dan atas rizkqi dari-Mu kami berbuka. Ya Allah ! Terimalah amal-amal kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Mengetahui).
(Riwayat : Daruqutni di kitab Sunannya, Ibnu Sunni di kitabnya 'Amal Yaum wa-Lailah No. 473. Thabrani di kitabnya Mu'jamul Kabir).
Sanad hadith ini sangat Lemah/Dhaif

Ada perawi yang bernama : Abdul Malik bin Harun bin 'Antarah. Dia ini rawi yang sangat lemah. Kata Imam Ahmad bin Hambal : Abdul Malik Doh'if
Kata Imam Yahya : Kadzdzab (pendusta)
Kata Imam Ibnu Hibban : pemalsu hadith
Kata Imam Dzahabi : di dituduh pemalsu hadith
Kata Imam Abu Hatim : Matruk (orang yang ditinggalkan riwayatnya)
Kata Imam Sa'dy : Dajjal, pendusta.

Hadith Doa yang tarafnya Hasan & boleh diterima pakai:

"Dari Ibnu Umar, adalah Rasulullah SAW, apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan : DZAHABAZH ZHAAMA-U WABTALLATIL 'URUQU WA TSABATAL AJRU INSYA ALLAH (maksudnya : Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan/urat-urat, dan telah tetap ganjaran/pahala, Inysa allah).”

(Hadith HASAN, riwayat : Abu Dawud No. 2357, Nasa'i 1/66. Daruquthni dan ia mengatakan sanad hadith ini HASAN. Hakim 1/422 Baihaqy 4/239) Al-Albani menyetujui apa yang dikatakan Daruquthni.!

Saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) berpandangan : Rawi-rawi dalam sanad hadith ini semuanya kepercayaan (tsiqah), kecuali Husain bin Waaqid seorang rawi yang tsiqah tapi padanya ada sedikit kelemahan (Tahdzibut-Tahdzib 2/373). Maka tepatlah kalau dikatakan hadith ini HASAN.


Wallahualam

Sebagai kesimpulannya hendaklah kita mengawasi dari mengatakan sesuatu terhadap agama dan menyampaikannya kepada manusia melainkan yang telah terbukti sahih dan diyakini selamat dan benar.


Sedang Rasulullah bersabda : " Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)” (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).


"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan."
(Surah Al-Isra : 36).

Diambil dari:
http://ustaz.blogspot.com/2005_10_09_archive.html
http://myislam.blogspot.com/2005/08/hadist-popular-yang-palsu-pada-bulan.html

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP