Jumaat, Julai 28, 2006

Pempimpin berjiwa rakyat yang sebenar

Haneyya dermakan gaji pertamanya kepada keluarga syuhada’ di Gaza
Posted on Friday, July 28 @ 09:19:12 MYT

"Jumaat ,28/07/2006 - Tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan-kerajaan PA sebelum Hamas, pemimpin memberikan wang gajinya kepada rakyat. Namun, Perdana Menteri kerajaan Hamas hari ini, Ismail Haneyya telah menunaikan janjinya untuk mendermakan separuh daripada gaji pertama beliau kepada keluarga seorang kanak-kanak yang mati syahid, Hadeel Al-Ghebn di Bandar Beit Lahia.

Hadeel,10 terbunuh di dalam rumahnya ketika perisai Israel melepaskan tembakan menggunakan bom mortar dan melancarkan serangan roket empat bulan yang lalu. Sepuluh orang ahli keluarga Hadeel yang kebanyakannya terdiri dari kanak-kanak cedera parah di dalam serangan terbabit. Wang sejumlah 1,700 dollar (separuh daripada gaji Perdana Menteri) telah diserahkan sendiri oleh Haneyya kepada keluarga Ghebn.

”Ini ada tanggungjawab kita terhadap hero kita dan rakyat Palestin yang tetap sabar mengorbankan barangan berharga milik mereka demi Palestin. Maka, kita seharusnya semakin bijak dan maruah kita mesti terus dijaga di dalam kita memperjuangkan kebebasan tanah air dan makam suci,” kata Haneyya selepas menyampaikan wang tersebut.
Haneyya berjanji akan mendermakan separuh daripada gajinya kepada keluarga itu pada sesi pertama kabinetnya Mac lalu.Ini adalah kali pertama Perdana Menteri dan menteri kabinetnya menerima separuh daripada gaji mereka sejak mereka menerajui kerajaan empat bulan yang lalu. Amerika Syarikat, Israel dan sekutu Eropah mereka telah mengenakan sekatan ekonomi yang dahsyat ke atas kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat semata-mata untuk menggulingkan kerajaan Hamas.

Tindakan Haneyya amatlah dialu-alukan oleh keluarga kanak-kanak perempuan yang syahid itu. Penduduk Beit Lahia turut mengulangi sokongan mereka kepada kerajaan yang dipilih samada dalam keadaan suka atau duka, senang mahupun susah. Haneyya mengambil peluang untuk melawat ‘bandar yang teguh’ ini semasa lawatan Setiausaha Amerika Syarikat, Condoleezza Rice ke kawasan tersebut. Lawatan Rice disifatkan oleh Haneyya sebagai melindungi penguasaan Israel di Timur Tengah.


Note: sumber : palestine-info.co.uk
perterjemah : @ff!za_0105
"


copy paste from: http://www.palestinkini.info

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP