Selasa, April 04, 2006

kawin awal? menyelesaikan masalah?

--sambungan entry lepas--

Aku pernah terfikir..setelah mendengar seorang yg aku kenali mengatakan "doakanlah aku dapat kawin tahun depan...". Umurnya baru menjangkau 21 tahun..dan tahun depan..22 lah. Juga aku dapat melihat beberapa orang senior yg lain sudah berkahwin..mereka nampaknya lebih tenang dan rilex.

Adekah berkahwin awal dapat menyelesaikan masalah sosial yang aku sebutkan dalam entry lepas? Aku merasakan ya. Kalau dah tak tahan..kawen je. Kalau dah tak sabar..kawen je. Kalau dah tak dapat kawal nafsu..kawen je.

Tapi bila orang menyarankan begitu..maka bermulalah babak yg ke2..babak "1001 alasan". Memang babak ni paling biasa ditermui dalam masyarakat kita. Mereka akan beralasan "takde duitla"..atau "nantilah dulu..dah kerja karang..skarang tengah study lagi"...lain2 "ish..mudanya lagi..tunggula dah 27 ke..28 kang". Banyak lagila alasan2 yg boleh dicari.."belum bersedia"..."mampu ke nk sara anak bini nanti??".

Aku paling benci alasan kewangan ni. Bila nak kawin..tak cukup duit. Tapi bila tengah dating..belagak kaya. Belanje awek makan..duit..tengok wayang..duit..minyak kereta..duit lagi...gayut ngan awek..duit lagi...sms pon duit gak..ape lagi duit? Aku rasa yg tengah becinta tu boleh tahula bape banyak duit dia dah fly begitu sahaja disebabkan nak contribute pada cinta sblm kawin dia tuh. Aku yakinla kalau buat bil dari awal mula bercouple tuh..boleh kire jugakla bape byk duit dah abis kat situ je. Pastu bagi alasan "TAK CUKUP DUIT NAK KAWIN". Aku nak aje lempang orang2 camni..

Aku hadiahkan ayat alQuraan ni la pada orang yg suka bagi alasan camtu:

... Barang siapa yang bertaqawa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar.Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. At-Talaq ayat 2-3.

Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Al-Ankabut ayat 62.

Pastu skarang ni pon dah ade skim bantuan perkahwinan anjuran MAIWP. Alasan duit ni tak releven dah. Lagipun bila kahwin ni, snanye Allah lebih meluaskan rezekinya. Takyah nak fikir susah2 la bende nih. Kadangkala kita yg menyusahkan sesuatu perkara yg mudah.

Satu lagi problem..bila mak ayah tak faham situasi skarang. Kadang2 mak ayah ni pon takleh nak terima kawin awal nih....beserta dengan mak ayah punya versi alasan. "awak tu muda lagi..dah fikir kawin pulak"...ade pula yg kata "sabarlah dulu..tumpu pada study". Ni common la nih...tambah la dengan "God knows what" alasan2 yg ade. Wahai mak bapak yg ade skarang nih..sedarlah bahawa masyarakat sekarang ni sudah sangat kronik. Cuba fikirkan masa depan anak2 kalau asyik bekapel sini sana. Aku takla kata sume mak ayah camni..ade segelinitir je.

Tapi mak ayah yg paling aku bengang skali...bile mana membenarkan anak2 mereka dengan laki tah mana tah..dengan anggapan "takpe..laki tu nampak baik..lagipun kenal dah dia siapa..mak ayah dia pon dah kenal". Memangla kenal. Tapi anak makcik yg pompuan tu tetap bukan muhrim jugak. Skarang ni..trend moden bila mak ayah dah tak kisah anak2 mereka kuar ngan laki/pompuan mana..janji balik sblm pukul 12.00tgh mlm. Lantak la nak date ke..nak pegi tengok wayang ke..janji call mak setiap sejam. Bukan takde mak ayah camni. Ade je. Susah..susah.

Bila mak ayah pon tak faham Islam. Jadi camnila. Galakkan couple..tangguhkan perkahwinan. Tak masuk lagi bab bertunang punya masalah plak.

Bilamana kita biarkan anak2 kita dengan keadaan sedia ada tanpa diterapkan dengan suasana Islam..bayangkan la masa depan generasi2 akan datang cmana. Kalau generasi skarang dengan keadaan sosialnya dah teruk tahap maut..cuba la bayangkan akan datang macam mana jadiknya kalau tak diselesaikan masalah2 ni mengikut ajaran Islam.

Mudah je nak selesaikan sume bende nih..ikut je ape yg Islam gariskan.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).

“ Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan) dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan” (hadith sahih riwayat bukhari no. 5063 , Muslim no. 3389 nasaie dan Ahmad).

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.

Cukuplah sebagai panduan. Try la kaji sendiri ape kebaikkan berkahwin awal nih. Bukalah minda dan berfikirlah dengan akal yang sudah Allah berikan. Buangkan segala budaya dan adat2 lama yg tidak releven dengan masa kini.


Fikirkanlah!

3 komentar:

nurul iman 3:02 PTG  

adeh~mmg pedas skali,apepn,ana sokong skali psal kawen awal ni.elak fitnah dan seangkatan dgnnya~

HambaAllah Yang Memakmurkan 2:23 PTG  

zaman skarang ni kene cakap camni je..ikut style ornag muda. One more thing..pasal adat tuh, ade plak istilah dalam melayu kuar peribahasa perigi cari timba..konon2nya perempuan takleh nak pinang lelaki..(ataukah aku salah tafsir peribahasa nih?)..kene laki stat dlu. Yela..pompuan ni kan kene jaga adab sopan..pemalu..etc2. Tapi pada hakikatnya khadijah pernah je pinang Rasulullah..dah tu khadijah tu ape kes? tak sopan ke?? Herm..kena semak balik adat2 melayu nih..

nurul iman 10:44 PTG  

huhu.da name kne jajah da ilang da adat2 melayu yg asal.hm atau maybe jgk wanita2 di tanah arab dulu dikenali dgn perwatakan mrk yg agak "kasar" kot~melayu kan layu..adeh~ ataupn ayat best yg sentiase digunakan oleh wanita zaman kini "aku tak semulia khadijah?" hm

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP