Jumaat, April 14, 2006

Gurls..leave your teddy bears at home..

Copy pasted from somewhere..which i don't know where is the original source

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Sambil mencuci mata, melihat panorama pagi... si gadis, si teruna, si lelaki dan si wanita, dengan berbagai gaya ketempat kerja.
Tiba-tiba, terkejut gilerrrrr saya apabila ternampak kereta ronda polis, berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang anggota polis datang ke arah saya.
"Selamat Pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang terkejut.
Tahu yang saya nampak panik, anggota polis tu terus tersenyum..sambil berkata:
" Selalu keofis, memandu sorang diri ke..?"
"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"
"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak lihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas.
Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak di dalam kereta. Biar "mereka" susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya di kompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa.
Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih.
Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu.
Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik."
"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat.
Errrrrrrr.... betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma. Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Logiknya ade..cubalah fikirkan..

0 komentar:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP